Hati aku masih terseksa,itu tak dapat disangkal.Tapi perlahan-lahan aku rasa macam dapat bernafas.
-M
0 Comments
Weirdly,the hurtness kept me alive.But my heart is so tired
Tidak sempat aku ingin memadam penulisanku di buku tulis,laju aku membuka beg dan mencapai tisu.Cepat-cepat aku menghembus hingusku yang hampir meleleh dan pergi kebelakang untuk membuang tisu di tong sampah.Aduuh,merah hidung aku asyik hembus hidung dengan tisu je kerjanya.Kenapalah dalam banyak-banyak hari,hari ni mesti aku selesama.Sudahlah banyak kerja rumah,kalau nak tunduk menulis rasanya macam hingus nak keluar je.Lepastu kena stayback untuk aktiviti kokurikulum pula.Tengoklah,asyik merungut je kerja aku hari ni! Argghh. Pergi semula ke mejaku,entah kenapa mataku meliar ingin mencari Syarifah.Jujur,aku agak sunyi kerana sudah lama tak bercakap dengan minah seorang itu.Iyalah,dia seorang je kawan baik aku.Mataku meliar di koridor sekolah dan ternyata terdapat Syarifah yang sedang berborak dengan Aina di luar kelas.Aku memerhatikan perbualan mereka lama sebelum mengeluh panjang.Sampai sekarang Syarifah tak dekati aku,aku pun sama.Ieee,takkanlah selama-lamanya nak macam ni? Malas nak fikir lagi,aku terus duduk di kerusi dan mencapai pensel.Cikgu tak hadirkan diri dalam kelas hari ni,lepas ini pun waktu rehat.Jadi ramai budak kelas aku lepas di kelas sebelah atau berbual.Aku seorang je yang sesat siapkan kerja rumah waktu sekarang.Biarlah,dekat rumah aku boleh rilek sedikit.Malas kut nak buat kerja rumah dekat rumah.Tidak sempat aku ingin menyambung tulis semula,telinga aku menangkap perbualan sekumpulan orang perempuan di belakangku. "Kau ada dengar cerita pasal dia tak?" Soal Jasmin kepada Rasya. "Tak langsung." "Ha,kan! Aku pun sama.Sebab dia tu dah lama tak datang sekolah.Seminggu kut dia tak datang sekolah.Lepas terjebak dengan masalah hari tu,terus hilangkan diri." "Tunggu,tunggu,tunggu.Siapa yang kau tengah membebel ni?"Menyampuk Fatimah yang jelas tak mengerti apa-apa. "Aduuh kau ni.Mikael lah!" "Owwhh.." "Korang tak rasa pelik ke dengan Mikael tu? Sudahlah tahun ni perangai dia berubah semacam,asyik menyendiri je.Lepastu timbul pulak kes adik dia hilang.Tup tap tup tap sudah tak datang sekolah."Seloroh Jasmin. "Kan.Entah-entah,dia tak datang sekolah sebab ada masalah keluarga."Sokong Fatimah. "Tengoklah perangai dia,daripada jauh pun aku dapat tahu yang dia ada masalah keluarga weh.Lepastu,bila orang pandang sikit terus jeling-jeling tajam.Apa masalah-." Tanpa membuang masa aku terus bangun daripada kerusi dan keluar daripada kelas untuk pergi ke tandas.Serius,dengar diorang berborak betul-betul membantutkan semangat aku nak buat kerja.Diorang tak ada hak untuk nilai Mikael ada masalah keluarga macam tu.Kalau ada pun,senyap-senyap jelah.Hisshh.Tolak sahaja pintu tandas aku terus membasuh muka di singki.Aku mengetap bibir dengan geram apabila melihat cermin.Mikael tu pun satu!Sudahlah seminggu hilang,lepastu bila aku telefon semuanya masuk voicemail.Sampai aku rasa nak cekik-cekik pula suara orang voicemail tu.Tipulah kalau nak kata aku tak risau pasal mamat tu.Iyalah,lepas malam dia telefon aku dan kata hampir nak bunuh diri.Tiba-tiba tak datang sekolah minggu.Dia buat apa? Takkan tak datang sebab buat kerja gila lagi kut?Potret adiknya terlayar sekali lagi dalam ingatan aku,Fiza.Aku diam seketika.Mamat tu betul-betul ada pengalaman pahit.Dia mesti rasa penyesalan yang berat.Penyesalan ni seperti hukuman yang berat bagi mamat tu sebab setiap saat dia rasa bersalah sampai dia rasa macam nak bunuh.Macam mana dia nak atasi? Aku melepaskan keluhan berat.Well,even I don't have the answer for that.He has to figure it alone.Selesai keringkan tangan aku terus keluar daripada tandas,dengan fikiran yang penuh tanda tanya tentang Mikael. Tamat sahaja sekolah dan masuk waktu kokurikulum,aku terus menuju ke kelas seni.Aku mengambil tempat di belakang sekali dan meletakkan beg di bawah lalu mengeluarkan pencilbox.Aku memandang kearah Syarifah yang duduk di hadapan sekali dan hanya merenung ke luar tingkap.Aku berfikir lama sambil mengambil nafas dalam-dalam.Ok! Tak kisahlah apa yang terjadi antara aku dengan Syarifah,aku rasa baik aku yang mula dekati Syarifah dulu.Mungkin aku boleh minta maaf dan berbincang dengan Syarifah baik-baik.Syarifah mesti maafkan aku kan? Wait! Kenapa kau nak minta maaf,kau tak buat salah pun?! Habis,nak selamanya aku dengan Syarifah macam ni? Tak bercakap? Iyalah,nak dekati dia boleh tapi kau tak perlu minta maaf! Entahlah,aku dapat rasakan macam aku yang salah jugak dalam hal tu.Kau pasti,atau kau ni terlalu baik.Jangan jadi naif! Tapi dia seorang je kawan baik aku.Apa lagi aku nak buat?Arghhhh! Serabut seorang diri aku menghentakkan dahiku di atas meja. Aku rasa aku kena jumpa doktor sebab aku dah mula cakap seorang diri macam orang gila. Yeah. "Pelik gila kau ni?" Terkejut mendengar suara itu,terus aku mengangkat kepala dan sudah muncul wajah Zaki yang berdiri di sebelahku.Zaki? "Kenapa?" "Ambik ni." Kata Zaki dan terus meletakkan air kotak soya dihadapanku.Sekali lagi?! "Biar saya teka,Mikael yang bagi?" "Wow,you not dumb." Aku menayangkan wajah bengang yang membuatkan Zaki tersenyum kecil. "Iyalah cik kak,romeo kau yang bagi." Ieeee!Aku tahulah Mikael belikan aku air kotak soya supaya suruh aku jadi tinggi cepat.Tapi tak perlulah belikan untuk aku supaya aku ingat pasal tu! Geram gila. "Tolong sikit,dia tu bukan romeo saya ye! Lagi satu,kenapa awak ni rela sangat belikan air kotak soya untuk saya? Kenapa Mikael tak nak datang je dekat sekolah? Dia buat apa sebenarnya?" Tanpa aku sedar,aku terus menyoal bertalu-talu. Zaki tergelak kecil. "Soalan kau terlalu banyak.Malas aku." Ucap Zaki dan terus berpaling untuk pergi. "Tunggu.Kau mesti tahukan Mikael buat apa?" Zaki memandangku. "Aku tahu." Maksudnya diorang dah berbaik? Betullah kan? "Ha,dia buat apa sampai seminggu tak datang sekolah?!" "Nanti kau tahulah."Sempat Zaki tersenyum sinis. "Awak dengan Mikael,ermmm.Dah ok?" Zaki senyap seketika. "Lepas apa yang terjadi,aku rasa macam aku pulak yang bodoh.Aku cuma-Hmmm.Terhutang budi pada dia.Tu je." Ucap Zaki dan terus menuju ke tempatnya tanpa berkalih kebelakang lagi. Ieee,geram aku! Dua orang sekawan ni sama je sifatnya,cakap terbelit-belit! Dia ingat aku ni Sherlock Holmes,sudahlah Watson pun aku tak ada.Aku hanya merenung air kotak di hadapanku dengan tajam.Dengan rengusan aku mengambilnya dengan kasar dan simpan dalam beg.Complain-complain pun aku kena terima jugak,orang dah bagikan.Takkan nak tolak.Entah macam mana aku dapat menangkap pandangan tajam Syarifah pada aku,namun bila pandangan kami berlaga.Cepat-cepat Syarifah menarik muka dan memandang tempat lain.Wajahku berkerut.Syarifah baru jeling aku ke? Aku berfikir lama kemudian menggeleng-gelengkan kepala.Masuk sahaja Puan Nora ke dalam kelas,terus perutku rasa memulas.Aduh,waktu macam nilah nak pergi tandas.Laju sahaja aku mengangkat tangan dan minta kebenaran untuk pergi ke tandas. Sesi pelajaran seni berlalu seperti biasa dan tanpa aku sedar sudah waktu untuk pulang ke rumah.Laju sahaja pelajar-pelajar memasukkan barang ke dalam beg sekolah dan memasukkan kerusi ke dalam meja.Tidak sempat semua pelajar jejak ke luar kelas,Puan Nora bersuara membuatkan perlakuan kami semua terhenti. "Sebelum kamu semua keluar! Saya nak umumkan yang sekolah kita akan adakan pertandingan melukis yang dianjurkan oleh PPD." Mata aku bersinar dengan gembira.Namun separuh pelajar sudah keluar daripada kelas. "Saya sarankan semua orang masuk ye.Anggaplah ini peluang untuk kamu tambahkan sijil bila masuk alam universiti nanti.Lagipun hadiah dia berbentuk wang.Ha,untungkan." Separuh pelajar laju menuju kearah Puan Nora yang sudah siap sedia mengeluarkan borang pertandingan melukis di dalam begnya.Saat menghulurkan borang itu kepadaku,Puan Nora tersenyum. "Saya dah agak dah kamu akan masuk." Aku hanya menayangkan sengihan panjang dan mengambil borang itu. "Good luck Sara." "Terima kasih cikgu." Gembiraku dan terus keluar daripada kelas kemudian menuju ke tangga.Aku terlihat kelibat Syarifah,Yaya dan Aina yang sedang menuju ke surau sambil berbual dan tergelak.Laju sahaja aku lari kearah mereka untuk bersemuka dengan Syarifah.Tiba sahaja di hadapan surau,aku menyorok di sebalik dinding dan mengambil nafas panjang.Ok Sara,jumpa Syarifah dan bincang betul-betul.Takkanlah pasal Mikael Syarifah nak marah aku dengan lamakan? Takkanlah,sebab dia masih kawan aku! Kedengaran paip di tempat whuduk wanita dibuka. "Cepat sikit basuh kasut kau Aina,nanti aku dengan Syarifah tertinggal baslah." "Ishh sabarlah! Bukan aku mintak pun nak pijak tahi kucing hari ni!".Rengus Aina kembali membuatkan Syarifah tergelak. Aku mengintai sedikit Syarifah yang sedang menyandarkan bahunya ke dinding sambil meminum air kotak di tangan.Air kotak soya? Aku terkedu.Aku tak nampak pun Syarifah sempat pergi kantin beli air tadi.Laju aku membuka begku dan mencari air kotak soya pemberian Mikael tadi.Sudah hilang. Eh,takkanlah Syarifah yang ambil? Betul ke? Kalau dia ambil pun,bila?Aku merenung lama Syarifah yang sedang sedap meminum air kotak tersebut dan ketawa kecil melihat Aina yang membasuh kasutnya.Tak,tak.Banyak air kotak soya dalam dunia ni Sara.Habis,macam mana air kotak dalam beg aku pula boleh hilang?Otak aku beku seketika cuba proses kembali apa yang berlaku. "Syarifah,aku pelik dengan kau."Mula Yaya membuatkan Syarifah sedikit terkejut. "Pasal apa?" "Aku tahulah kau dengan Sara bergaduh,tapi pasal apa.Kau tak pernah nak mention dekat kitaorang." "Haah,pasal apa weh? Sampai kau dengan Sara lama tak bertegur sapa.Setahu aku korang ni memang rapat daripada form 1 lagi.Dia buat apa pada kau?"Menyampuk Aina walaupun sedang ralit membasuh kasutnya dengan air. Syarifah mengambil nafas panjang. "Jujurnya,aku pun tak suka keadaan macam ni berlarutan.Aku ingat aku nak minta maaf,tapi bila fikir balik kenapa aku pula yang kena minta maaf." "Kenapa?"Soal Yaya lagi. "Tak ada..Sara tu dah kecilkan hati aku.Takkanlah dia nak expect aku tak tersentak.Lepastu nak datang pada dia sebab nak minta maaf? Hmmmm,nantilah aku fikir."Ucap Syarifah mengendur. Aku menggigit bibir sementara Yaya dan Aina berpandangan sesama sendiri dengan bingung. "Tapi dia kawan baik kau kan,daripada form 1 lagi.Cubalah berbincang dengan Sara baik-baik,kadang-kadang mesti ada salah faham.Itu biasa."Nasihat Yaya. "Kan! Aku ingat lagi,bila ayah Sara meninggal dia luahkan dekat kau je.Semua masalah mesti dia pilih kau untuk dengar.Kau tak rasa sayang ke nak lepaskan persahabatan macam tu je."Sambung Aina membuatkan Syarifah memandang diorang berdua dengan tepat. "Guys,macam nilah.Masa form 1 sebenarnya aku dengan Sara mana ada rapat sangat.Gitu-gitu je.Tapi lepas ayah Sara meninggal,aku betul-betul rasa kesian dekat dia.Lagi-lagi masa tu dia macam tak ada kawan.Lonely semacam.Jadi aku dekatkanlah diri dengan dia,tapi aku tak sangka pula yang dia akan luahkan segalanya pada aku lepastu anggap yang kitaorang ni kawan baik.Tapi itu semua cerita lepas,sekarang aku pun dah anggap Sara kawan baik aku.Sehinggalah dia kecilkan hati aku." Jelas Aina mempamerkan riak tidak senang. "Eh,kau kawan dengan Sara ikhlas ke tak ni?" Syarifah diam seketika. "Daripada ikhlas,kau boleh kata...Simpati?" Kata Syarifah dan sambung meminum air kotaknya. Aku hanya tersentak dan membeku di sebalik dinding.Apabila Yaya dapat meningkap kelibatku disebalik dinding,dia terkejut.Namun laju sahaja aku menarik beg sekolah dan beredar daripada situ.Aku menuju ke pagar sekolah dengan perasaan tidak percaya. Jadi selama lima tahun aku berkawan dengan Syarifah,semuanya sebab Syarifah rasa simpati pada aku? Jadi selama ni di mata Syarifah aku hanya kawan yang memerlukan orang untuk dengar luahan?Kenapa Syarifah tak pernah fikir jauh macam mana aku fikir tentang dia.Aku anggap Syarifah macam kawan baik aku di dunia ni.Aku beritahu dia segalanya. Masuk sahaja ke dalam van,aku duduk di belakang sekali dan merenung ke luar tingkap.Van bergerak laju dan angin mula memainkan peranan untuk menampar lembut wajahku.Tanpa aku sedar,air mata aku jatuh.Jadi selama ni aku hanya dilihat sebagai simpati di mata kawan baik aku sendiri. Hati aku rasa sakit.Mungkin bengkak. ************************* Aku menjejak ke dalam lobi hospital dengan wajah yang murung.Habis,takkan nak bergembira pula lepas apa yang terjadi.Aduh,sedih-sedih macam ni membuatkan craving aku kepada ais krim bertambah.Aku memandang kedai serbaneka yang berada di dalam hospital tersebut.Terdapat peti sejuk ais krim namun ditampal 'rosak'. Argghhh! Dengan hati yang membengkak aku menuju ke lif untuk sampai ke wad mak.Tolak sahaja pintu wad mak,aku terus masuk dan meletakkan beg di sebelah meja.Mak yang berada di katil seperti biasa melihat wajahku dengan pelik.Aku mengambil kerusi dan duduk di sebelah mak.Muka tetap statik tanpa senyuman.Mak meneliti wajah aku betul-betul. "Apahal ni? Tak bagi salam tetiba terus masuk.Muka cemberut pulak tu." Tegur mak.Namun aku masih memuncungkan bibir. "Ha,muncungkanlah lagi bibir tu.Nak jadi itik! Siapa yang nak ada muncung macam tu? Haiisshh." "Ada je."Jawabku. "Siapa?" "Tu,orang dekat Instagram yang buat mulut 'duckface' apa benda entah." "Ha?" Mak semakin tidak faham membuatkan aku tersenyum kecil. "Tak ada apa-apalah mak."Kataku dengan keluhan. "Sukahati kamulah Sara.Hari ni ada pasar malamkan? Nanti tolong belikan mak rojak dengan cendol.Sudah lama tak pekena,mak rindulah." Aku tersenyum.Haahlah! Lupa pulak aku hari ni ada pasar malam dekat-dekat dengan hospital.Bolehlah aku melepaskan stres aku dengan makanan!Hmmm,apa aku nak bedal ek? "Kamu tak apakan jalan jauh sikit nak pergi pasar malam tu?" "Ok jelah mak.Macam tak biasa." Mak tersenyum sebelum sambung membaca buku di tangannya yang aku tak perasan sejak daripada tadi.Aku pula hanya senyap dan bermain dengan selimut mak di jari. "Kakak kamu macam mana Sara?"Soal mak tanpa memandangku.Dia membetulkan cermin mata kecilnya di batang hidung. Aku teringat kembali semua peristiwa yang berlaku sepanjang minggu ini.Akak sudah tidak tidur di rumah sejak tiga hari lepas.Dia dah pulang kembali ke rumah dia dengan abang Syamsul.Lepas abang Syamsul lawat rumah aku hari tu,terus akak tarik suaminya untuk berbincang di bilik aku.Sementara aku pula diarahkan untuk tidak naik atas dan dengar perbualan diorang.Perbualan? Maksud aku pertelingkahan.Yup,aku tak pekak lagi.Dan aku rasa orang pekak pun boleh dengar diorang bergaduh berpekik bagai. Aku setia tunggu akak turun semula di ruang tamu.Iyalah,aku risau juga apa yang abang Syamsul akan buat pada akak bila lelaki tu akan marah.Bukti lebam di pipi akak tak membuatkan kegusaran dalam hati aku reda sedikitpun.Lepas sejam setengah berlalu,dan aku pula sudah bosan sambil terlentang tengok televisyen,baru kelibat mereka dua turun daripada tangga.Abang Syamsul memeluk bahu akak dan mata akak kelihatan merah kerana menangis. Selepas itu.abang Syamsul beritahu aku bahawa akak telah memberikannya peluang kedua dan akak hanya menganggukkan kepala.Aku masih tak faham apa yang berlaku jadi aku senyap dan mengangukkan kepala sedikit.Bila akak sedia untuk keluar daripada rumah sementara abang Syamsul membawa masuk begnya dalam bonet kereta,aku menarik lengan akak dan berbisik kepadanya. "Betul ke ni? Akak dengan abang Syamsul?" Aku meminta kepastian dengan serius.Suaraku dikeraskan. Akak kelihatan tidak pasti,namun menganggukkan kepala. "Abang Syamsul kata dia akan cuba berubah untuk akak.Apa lagi yang akak boleh bagi selain peluang kedua."Luah akak perlahan. Aku merengus. "Banyak je pilihanlah kak! Sara tak tahu...Sara tak bolehlah percayakan suami akak tu.Sara risaukan keselamatan akak tau!" Akak tersenyum kecil dan mengenggam tanganku erat. "Akak akan ok.Ini rumah tangga akak.Akak boleh handle." "Hmmphhh."Aku sudah tidak tahu untuk bagi respon apa. Pap! Tersentak aku dibuatnya apabila bahuku ditampar oleh mak. "Isshh budak nih! Berangan je! Dengar tak apa mak cakap ni?"Membebel mak membuatkan aku tersengih dan menggaru-garu tudungku yang tidak gatal. "Dengar mak dengar.Ermhhhh,akak ok.Dia cakap dia ok."Sorokku. "Dia dengan abang Syamsul kamu tu?" "Diorang dah berbaik."Jawabku dengan berat. Berbaiklah sangat. "Betul ke kamu ni Sara?" Kening mak terangkat satu dengan tidak percaya. "Iyalah! Akak yang cakap sendiri." Mak hanya menggelengkan kepala dan melepaskan keluhan berat dan panjang.Dapat aku lihat mak sudah tidak menjadi membaca buku apabila memikirkan tentang akak.Dia meliarkan pemandangannya ke luar tingkap.Aku merenung mak yang sedang berfikir. "Mak..." "Ye?"Laju mak memandangku kembali. Aku menggigit bibir sebelum membuka mulut. "Sara nak tanya.Apa mak rasa kalau selama ni kawan mak hanya kawan dengan mak sebab simpati daripada ikhlas." Soalku membuatkan mak terdiam.Mungkin tak jangka apa yang aku soal. "Oklah tu." Mataku membulat. "Oklah?! Apasal pulak? Kalau seseorang tu berkawan dengan kawan dia sebab simpati,kesianlah kawan dia yang lagi seorang tu.Macam dia seorang je syok sendiri ingatkan persahabatan diorang ikhlas selama ni." "Iyalah,tapi tak salahkan kita kawan dengan seseorang sebab simpati.Sekurang-kurangnya,dia tak aniayai kamu daripada belakang.Lebih baik simpati." Kata-kata mak membuatkan aku memuncungkan bibir dengan tidak puas hati.Mana boleh! "Mula-mula dia simpati,lepastu berubah jadi kawan baik.Tak ada salah pun." "Tapi,tapi..Dia tak sepatutnya kawan dengan seseorang sebab simpati!Sesetengah orang tak suka dipandang simpati macam Sara!Kita sepatutnya ikhlas bila kawan." Luahku dengan marah. "Kamu ni kenapa Sara? Ok tak kamu ni?" Mak memandangku dengan pelik dan menutup bukunya. "Ergghhhh.Tak ada apa-apalah! Malas Sara nak fikir." Rajukku lalu menyandarkan badan ke kerusi sambil menyilangkan tangan. "Pelik-pelik jelah kamu ni.Ha,pergilah pasar malam cepat! Nanti hujan lagi.Tak dapat mak nak merasa!"Bebel mak yang telah keluarkan dompetnya entah dari mana. Aku mengeluh lagi,Malas pula nak jalan kaki huwaaa.Dengan terpaksa,aku bangun dan ambil huluran duit daripada mak. "Assalammualaikum" Terkejut aku dan mak mendengar suara daripada luar wad itu. "Eh,siapa tu?" Pelik mak. Tunggu.Aku kenal suara ni! Takkanlah-. Pintu wad mak dibuka perlahan dan muncul kelibat Mikael yang menapak masuk ke dalam.Mataku sudah membulat meneliti Mikael. Eh?! Mikael yang memasukkan kedua belah tangannya ke dalam kocek jeans tersenyum kecil kearah mak dan aku.Mamat tu mengenakan T-shirt putih dan jaket hitam.Kepalanya memakai topi berwarna merah yang tertulis 'obey'.Mungkin sebab sudah lama tak lihat Mikael,perwatakan dia betul-betul menarik hati aku. "Maaf ganggu mak cik,sebenarnya saya dah beritahu Sara yang saya nak lawat mak cik hari ni.Harap tak menganggulah ye." Suaranya dan mendekati katil mak. Mulutku hampir mencecah lantai.Mikael hanya tergelak kecil melihat wajahku yang tidak percaya dan mulut seperti ikan yang hendak oksigen.Sejak bila?! Seminggu hilang lepastu muncul dalam wad mak aku pulak! Aduuh mamat ni! Terkejut aku apabila mak menampar lenganku. "Isssh budak Sara nih! Dia tak inform mak cik pun.Bertuah betul!Eh tak ada kacaulah nak.Mak cik berborak dengan Sara macam biasa." Mak tersenyum lebar dan menyahut salaman Mikael.Aku hanya memandang mamat itu seperti mahu telan.Sekurang-kurangnya telefonlah aku dulu sebelum nak lawat mak! Dia ingat ni apa? Kejutan parti hari lahir?! Geram,geram,geram. "Kamu macam mana Mikael? Ok tak sekolah?" Soal mak dengan nada penuh keibuan. "Ok je mak cik." Aku mencebik kuat.Sekolah apa? Dia tak datang seminggu.Tiba-tiba muncul dekat sini.Mikael memandangku sekilas dan tersenyum sinis.Entah kenapa hati aku berdebar apabila sudah lama tidak melihat senyuman itu.Pantas sahaja aku memandang ke tempat lain dengan bengang.Aduh,sejak bila jantung aku berdegup abnormal nih? Mak memegang bahu Mikael dengan erat dan menatap mata Mikael dalam-dalam.Aku agak terkejut dengan perlakuan mak. "Kamu dah ok?" Soal mak perlahan.Namun penuh dengan tersirat. Mikael senyap seketika dan memandang lantai. "Susah mak cik." Jujurnya dan memandang mata mak. Mak mengeratkan pegangannya di bahu Mikael. "Kamu boleh buat.Semua benda susah dalam dunia ni nak.Cuma jangan putus asa." Mikael tak menjawab. "Apa ni? Susah apa? Kenapa Sara tak faham langsung ni?" Menyampukku tanpa malu. Tak sukalah macam ni.Mak dengan Mikael macam ada rahsia yang aku tak tahu! "Kau tak perlu tahu." Selambanya dan merenung kearahku. Ewah-ewah! "Hei,mestilah saya kena tahu! Ini mak saya." "Kau bukannya faham pun." Mataku membulat. "Sudahlah,mak nak pergi tandas.Kamu pergilah pasar malam cepat Sara.Mak dah mula lapar ni."Bebel mak dan ingin turun daripada katil.Laju sahaja aku menolong mak turun perlahan-lahan dan menuju ke tandas. "Kalau saya temankan Sara boleh mak cik?Saya ada kereta,cepat sikit nak pergi pasar malam." Minta Mikael dan membuka pintu tandas untuk mak.Kemudian berdiri di sebelahku. Aku sudah terkejut.Apahal mamat ni berani sangat? "Oh,yeke.Eh boleh je-." "Mak! Mikael tak ada lesenlah.Mana boleh macam tu."Bebelku dengan tidak puas hati. Mak memandang Mikael dengan serius. "Kamu betul-betul boleh memandu ni?" "Betul mak cik." Mak melihat wajah aku dan Mikael silih berganti.Aku sudah menggeleng-gelenkan kepala dengan tidak rela.Tiba-tiba,mak masuk ke dalam tandas dan bersedia untuk menutup pintu. "Kamu bawak Sara elok-elok,mak cik percayakan kamu sebab pasar malam tu dekat je.Tak sampai lebuh raya pun."Kata mak membuatkan mulut aku terlopong. Mikael sudah tersenyum panjang. "Mana boleh macam tu!" "Sudahlah,mak nak terkucil ni!" Bengang mak dan terus menutup pintu tandas dengan rapat.Dengan geram aku mengambil dompet di dalam beg sekolah dan terus keluar daripada wad.Mikael yang turut mengikutiku menutup pintu wad mak perlahan-lahan.Aku menyilangkan tangan.Kecik besar-kecik besar je aku tengok mamat ni. "Awak buat apa ha dengan mak saya?! Sampai mak saya betul-betul percayakan awak?" Luahku dengan tidak puas hati. Mikael menuju kearahku membuatkan aku semakin menapak kebelakang.Apabila belakangku berlanggar dengan dinding,dia menunduk untuk mendekatkan wajahnya padaku.Aku sudah mengetap bibir dengan geram. "Jangan dekatlah.Awak ni tak malu ke orang nampak?"Marahku dan sudah cemas seorang diri.Hakikatnya,koridor hospital kosong hari ni.Nurse pun tiada yang lalu. Riak Mikael serius apabila dia menatap seluruh wajahku dengan teliti.Apasal dia ni?Jantung aku dah marathon tak berhenti.Dia pandang aku pelik semacam.Kemudian,Mikael tersenyum. "Tak rindu aku?" Aku tergelak kecil. "Buat apa nak rindu? Tak ada masa." "Owhh,tak ada masa.Habis yang mesej berlambak kau send dekat aku ni apa benda?" Cepat sahaja mamat tu mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan mesej itu dihadapan aku.Aku sudah malu melihat mesej-mesej itu. "Itu bukan rindulah.Saya hantar sebab nak pulangkan barang awak balik." "Iyalah tu." "Awak pun satu,kenapa tak nak balas satu pun mesej saya ha?" Mikael membuat tidak peduli dan terus menuju ke lif.Ieeee,aku debik-debik jugak mamat ni! Lif terbuka dan kami berdua masuk ke dalam.Aku mencuri pandang kearah Mikael yang berdiri di sebelahku.Jujur aku gembira dapat tengok Mikael hari ni.Mamat ni kelihatan ok,tak ada tanda-tanda sensitif seperti nak bunuh diri.Alhamdulillah,buat masa ini. "Berhenti pandang aku." Terkejut aku apabila secara tiba Mikael memakaikan aku topinya sehingga menutupi mata.Bapak besar kepala mamat ni! "Hei!" Bengangku dan membuka topi itu dengan rimas. "Kau ni memang suka ushar orang ek?" "Bukanlah! Saya pelik." "Apa yang pelik?"Soal Mikael dan mula mendekatiku kembali. Aduh,ini yang aku tak suka tentang mamat ni.Dia ni tak faham langsung konsep personal space.Suka dekat-dekat ikut kehendak dia. "Saya pelik,kenapa awak dah lama tak datang sekolah?" Aku melihat wajahnya untuk jawapan. Mikael menjongketkan satu keningnya.Secara tiba,pintu lif terbuka dan laju sahaja mamat itu keluar.Geram aku dibuatnya.Jawab jelah soalan aku! Susah sangat ke?Dengan perasaan geram berbukit aku menutur langkah ke kereta Mikael yang diparkirkan di tepi hospital.Masuk sahaja ke dalam kereta,aku meletakkan topinya di atas dashboard dan mencampakkan pemandanganku ke luar tingkap.Malas nak bercakap dengan mamat sebelahku lagi.Bukan dia nak jawab pun,macam ada batu seberat alam je dalam mulut tu.Menyampah. "Sara." Panggilnya membuatkan aku menoleh untuk melihat wajahnya dengan bosan. "Jumpa pakar psikatri." "Apa?" "Sebab aku tak datang sekolah seminggu." Mata aku tak berkedip. Secara tiba Mikael mendekatkan tubuh kami membuatkan aku cemas kembali.Apabila tali pinggangku ditarik oleh Mikael dan dia memakaikannya untuk aku.Aku memandangnya dengan tidak percaya. "Awak tak perlu pakaikan untuk sayalah.Saya reti pakai sendiri."Marahku dan menjarakkan tubuh kami.Mukaku sudah malu dengan perlakuan Mikael yang begitu hampir denganku tadi.Namun aku dapat menangkap sesuatu di pergelangan tangan Mikael apabila dia cuba menarik tali pinggang untukku. Terdapat kesan luka torehan di pergelangan tangannya.Pasti kesan itu dapat pada waktu malam dia menelefonku.Aku menelan air liur sedalam-dalamnya.Mikael yang dapat kesan riak mataku terus menarik sedikit lengan baju jaketnya. "Nampak je kesan ni waktu malam tu,mak dengan ayah aku terus hantar aku jumpa doktor pakar psikatri."Katanya tanpa perasaan dan terus menghidupkan enjin. Kereta bergerak dan kami berdua menyepi.Aku agak terkejut dengan berita yang aku dengar.Mikael pula masih mempamerkan wajah tiada emosi.Tak sangka pula aku bahawa Mikael dihantar pergi ke tempat macam tu. *********************** Parkir sahaja keretanya di tepi pasar malam,aku terus membuka pintu dan keluar daripada kereta. "Eh,awak tak nak keluar ke?" Mikael meletakkan lengannya di tingkap kereta yang terbuka. "Aku tak nak beli apa-apa."Katanya tanpa memandangku. "Suka hati awaklah." Rungutku dan tidak sempat menutup pintu,Mikael bersuara. "Cepat sikit ye mak cik." Arahnya dan aku hanya mencebik dan menutup pintu.Nak hempas pintu ni kereta orang pulak.Masuk sahaja ke pasar malam aku terus tidak membuang masa untuk membeli rojak dan cendol mak.Selesai membeli makanan mak,aku membeli nasi ayam dan apam balik untukku.Tiba sahaja di hadapan gerai air,penjual lelaki yang berukuran lebih matang daripadaku terus memandang kearahku.Dia tersenyum lebar. "Ye nak air apa cik?" "Fresh oren satu.Seringgit je." "Okey."Katanya dengan semangat dan terus meletakkan sedikit air gula dalam cawan dan kacau air fresh oren seketika. "Semester berapa dah?" Muka aku berkerut mendengar soalannya. "Semester?" "Iyalah.Awak pelajar universitikan? Sudah semester berapa?"Soalnya lagi dengan senyuman yang tidak lekang. Pulak dah! Muka aku ni nampak matang atau tua sangatkah? "Ohh,tak saya-." "Harith! Tolong aku sekejap!"Jerit seorang kawannya yang sedang mengangkat barang daripada van. "Ok bro! Sekejap ye cik."Pintanya dan terus pergi kebelakang. Aku hanya memerhatikan perbuatan lelaki yang bernama Harith tadi.Mesra alam betul mamat tu. "Apasal lama sangat?Panas gila aku duduk dalam kereta tahu tak." Rungut Mikael disebelahku.Terloncat aku dibuatnya. "Macam mana awak cari saya?" "Kau seorang je yang paling pendek dekat gerai ni.Aku bagi air kotak soya pun tak tinggi-tinggi jugak." Ewah-ewah. "Saya tak suruh pun awak belikan saya air kotak.Nasib awaklah." Mikael hanya mendengus sebelum meraupkan rambutnya kebelakang. "Itulah,tadi tak nak ikut saya siapa su-." "Issh,banyak songehlah kau ni!Belilah air cepat."Bengangnya dan terus berdiri di luar gerai menungguku. Sabar je aku dengan mamat ni. "Nah cik air cik." Aku tersenyum dan menghulurkan seringgit.Namun dia menolak membuatkan aku terkejut. "Tak apa cik,saya belanja."Katanya dengan senyuman yang manis. Serius? Yeaay! "Terima kasih ye." "Sama-sama.Semoga datang lagi." Katanya dengan lembut membuatkan aku berasa pelik namun cepat-cepat aku mengambil air minumanku dan keluar daripada gerai dengan senyuman lebar. "Apahal dengan senyuman kau?" Soal Mikael melihatku dengan pelik. "Hehehe,abang tadi belanja saya air.Jimat seringgit.Mana tak gembira."Sengihku dan menyedut air fresh oren ku.Hilang haus. "Apasal pulak tiba-tiba dia nak belanja kau air?"Nadanya tidak puas hati. "Entah." "Kau kenal dia ke?" "Tak." Mikael merengus sebelum masuk ke dalam gerai dan memberikan seringgit kepada Harith.Terkejut Harith dibuatnya.Apahal dia bayar untuk aku pulak ni? "Aku bayarkan untuk perempuan tadi."Bayar Mikael dengan tiada riak perasaan. "Abang dia ke?" Mikael tersenyum. "Kalau aku kata bukan." Wajah Harith kelihatan tersentak.Malas menunggu lama,Mikael terus meletakkan duit itu di atas meja dan menuju kearahku. "Jomlah." Arahnya dengan bosan dan terus berjalan laju. "Awak ni! Dia belanja saya dikira rezeki tau,yang awak nak bayarkan jugak untuk saya kenapa?" Dia tidak mengendahkanku membuatkan aku berasa geram.Masuk sahaja ke dalam kereta,Mikael terus menghidupkan enjin dan keretanya berjalan di atas jalan raya.Aku melihat Mikael dengan pelik. "Apa maksud awak cakap macam tu dengan abang tadi?" "Kau tak faham?" Aku berfikir lama. "Tak." "Bodohlah kau ni." "Hei!" "Tapi aku rasa abang jual air kau tu faham."Mikael tersenyum dengan nada sinis. "Dia bukan 'abang' saya ok.Hmmphh."Bidasku dan terus menyandarkan badan kebelakang. Apabila melihat kereta Mikael mengambil simpang yang lain,badanku tegak semula.Eh,jalan hospital di simpang satu lagi! "Awak nak pergi mana ni?" Mikael tak menjawab,masih fokus memandu.Aku sudah seperti cacing kepanasan. "Awak jangan nak bawak saya pergi dekat tempat bukan-bukan Mikael!" Dia hanya tergelak kecil.Ieee! "Saya serius ni! Kalau tak-!" Srett! Nasib baik kepala aku tidak terhentak cermin hadapan apabila Mikael menghentikan keretanya dengan tiba-tiba. "Dah sampai."Ucapnya dan terus menanggalkan tali pinggang. "Ha?" Aku melihat di luar tingkap dengan terpinga-pinga.Tanah perkuburan?! "Ke..Kenapa awak bawak saya dekat sini pulak?" "Keluar cepat." Katanya dan terus keluar lalu menghempas pintu kereta.Aduuh,dia inikan! Geram aku! Aku turut keluar daripada kereta dan terus berdiri di sebelah Mikael. "Saya tak fahamlah dengan awak ni?! Kenapa bawak saya dekat sini pulak?" Mikael membuka topinya dan memandangku. "Dekat sini tanah perkuburan adik aku." Owwh. "Jadi kenapa bawak saya dekat sini?" "Salah ke?" "Bukanlah salah.Tapi-." "Bukan kau ke yang selama ni busybody sangat tentang hal aku."Sindirnya membuatkan aku memberikan mamat di hadapanku jelingan yang tajam. Malas untuk melayan aku lagi,Mikael terus menuju kearah tanah perkuburan adiknya yang kelihatan terdapat bunga berwarna biru dan kuning di atasnya.Bunga itu nampak segar.Maksudnya selain Mikael,ada orang yang lawat tanah perkuburan Fiza.Ibu bapa Mikael ke? Mikael menyiram tanah perkuburan adiknya dengan tenang.Kemudian dia menadah tangan dan membaca doa.Usai melakukan doa,Mikael merenung lama kubur adiknya.Aku hanya memerhati daripada jauh.Aku lihat Mikael mengambil nafas panjang sebelum menundukkan kepala dan meletakkan dahinya di atas tanah perkuburan adiknya.Tangannya mengenggam tanah yang merah itu dengan erat.Aku mendekati Mikael perlahan-lahan daripada belakang. "Maafkan abang Fiza.Sebab abang,Fiza dapat abang yang bodoh.Fiza nak hidup dengan abang selama-lamanya,tapi abang tak dapat tunaikan." Entah kenapa mataku ingin berair.Melihat keadaan Mikael sekarang penuh dengan perasaan sayu.Dia rasa bersalah dan penyesalan. "Perkara yang terjadi dekat Fiza,akan kekal jadi luka yang dalam untuk abang.Abang betul-betul rasa nak mati,nak pergi sekali dengan Fiza.Tapi abang sedar,kalau abang mati pun.Itu macam membuktikan yang abang lari daripada semua kesalahan abang pada Fiza.Kesalahan yang akan menghantui abang selamanya." Mikael mengangkat wajahnya dan aku agak terkejut bahawa mamat itu tidak menangis.Kerana suaranya sangat mengendur.Dia mengusap-usap batu nisan adiknya dengan lembut.Mikael tersenyum pahit. "Fiza adik abang yang paling cantik dan comel macam princess.Fiza nak abang hidup,abang akan hidup untuk Fiza.Walaupun susah dan ada masa abang akan jadi separuh gila,abang lakukan demi Fiza." Mikael mencium batu nisan adiknya dan terus bangun daripada tanah.Dia menuju kearah keretanya,tanpa memandang kebelakang lagi.Aku mengusir air mataku yang telah menitis sejak daripada tadi. "Fiza,awak ada abang yang tabah.Kalaulah awak nampak sekarang betapa sayangnya abang awak pada awak." Ucapku seorang diri dan mendongak melihat langit yang tinggi.Angin yang laju dan sepoi-sepoi bahasa membuatkan sekuntum bunga berwarna kuning berterbangan daripada tanah perkuburan Fiza.Aku mengutip dan tersenyum kecil melihat bunga itu. "Saya doakan abang awak sentiasa tabah."Ucapku dan meletakkan kembali bunga itu di atas tanah perkuburan Fiza. ************************** Sepanjang perjalanan ke hospital,kami berdua hanya menyepi.Mikael kelihatan melayan perasaan sendiri.Aku pula hanya kunci mulut kerana betul-betul tak tahu nak cakap apa.Perbuatan Mikael selalu tak dijangka yang meninggalkan aku tertanya-tanya.Tapi daripada apa yang aku nampak tadi,Mikael cuba berubah demi adiknya.Aku tahu dia masih lemah untuk terus hidup,tapi sekurangnya Mikael mencuba.Itu satu kekuatan.Tanpa aku sedar,kereta Mikael berhenti tepat-tepat di hadapan bangunan hospital. "Terima kasih bagi tumpang."Kataku dan terus keluar daripada kereta bersama makanan mak dan aku di tangan.Apabila terdengar pintu dihempas,aku terkejut melihat Mikael yang keluar sekali daripada kereta dan berdiri dihadapanku. "Cakap dekat mak kau yang aku terus balik.Kirim salam dekat mak kau." Aku perasan bila Mikael cakap tentang mak aku,nadanya bertukar lembut.Aku hanya merenung wajah Mikael dengan lama. "Apahal kau pandang aku macam tu?" "Awak...Awak masih rasa nak bunuh diri lagi?" Mikael menanggalkan topinya dan meraupkan rambut perangnya kebelakang.Dia tersenyum nakal kearahku.Entah kenapa senyuman itu nampak manis sangat dekat mata aku.Mata aku ni betul ke tidak? "Kalau aku kata ya,kau nak halang aku lagi?" "Saya cakap seriuslah,janganlah main-main."Bengangku "Siapa cakap aku main-main." Isshh. "Kalau aku nak bunuh diri pun,kau mesti datang selamatkan aku.Apa aku kisah."Dia senyum selamba. "Tolong sikit,awak ingat saya ni superwoman!Nak selamatkan awak je kerjanya.Lagi satu,seminggu awak pergi jumpa pakar psikatri takkan awak tak dapat apa-apa?"Soalku dengan curiga.Tapi sebenarnya,aku boleh nampak perubahan diri Mikael selepas dia jumpa pakar psikatri.Sekarang ni sifat dia lebih santai dan selamba di sisi aku,membuatkan aku agak terkejut dengan perubahan itu.Kalau tak sebelum ni,marah-marah je kerjanya.Aku pula tu yang terkena tempias. "Sebenarnya jumpa pakar psikatri tu tak ubah apa-apa pun diri aku.Macam angin yang tak gerakkan habuk." "Iyeke?" "Soalan yang doktor tu bagi semua aku tak jawab.Lepastu malam-malam kena makan ubat.It sucks actually." Aku memandang Mikael dengan kasihan.Daripada hantar Mikael jumpa pakar psikatri,ibu bapa Mikael tak mahu meluangkan masa dengan Mikael ke? "Tapi aku tahu satu benda yang aku tak jangka." "Apa dia?"Laju aku memandangnya dengan teruja. Secara tiba dia mendekatkan dirinya padaku sehingga kasut kami bersentuhan.Aku terkejut,tidak sempat ingin marah,sebuah ambulans berhenti di hadapan kami dengan mengejut. Neee! Nooo! Neee! Noo! Bunyi nyaring ambulans itu diberhentikan dan pintu ambulans dibuka dengan cemas.Suara dokor dan pesakit saling berlaga membuatkan keadaan riuh rendah seketika. "Apahal tu-?" Secara tiba Mikael memusingkan kepalaku memandangnya dan menutupi pandanganku dengan topi besarnya. "Hei-!Saya tak nampak!" "Dalam masa seminggu ni,I'm actually thinking about you." Bisik Mikael halus di telingaku membuatkan aku terkedu.Deru nafasnya begitu rapat dengan wajahku. Tidak semena-mena,Mikael menarik kembali topi di kepalaku dan memakai di kepalanya.Dia terus membuka pintu kereta dan masuk ke dalam.Aku melihat pemergian kereta Mikael dengan wajah membahang.Apa maksud dia? Hati aku tak berhenti berdegup. "Apa kena dengan mamat ni?" Gumamku sendiri dan cuba meredakan debaran dihatiku perlahan-lahan.Haduuui. Orang kata,sakit hati lagi sakit daripada sakit fizikal.Sekarang,aku rasa lebih teruk daripada sakit hati.Aku rasa nak mati.Tapi,bila aku tak tahan buat benda bodoh,kau tarik aku balik ke tempat asal.Macam mana kau buat? -M If I was the question,would you be my answer?
Ting! Pintu lif terbuka dan aku masih tergamam bahawa aku sudah sampai di tingkat bumbung hospital dengan cepat.Aku hanya memandang papan tanda 'Jangan Masuk' yang senget di pintu itu dengan tidak berkedip.Aku memandang Mikael dengan tidak puas hati. "Siapa kata yang saya nak bercakap dengan awak?Saya nak turunlah,saya dah lambat." Tegasku dan melekatkan kaki di dalam lif.Aku dah lambat nak jumpa mak nih,dia nak suruh aku dengar cerita dia pulak.Timing tak betullah! "Habis kau nak tarik baliklah kata-kata kau?" Keningnya terangkat satu.Nadanya ingin mencabar. Aku mendengus bengang dan terus menekan butang untuk turun kebawah.Malas nak layan! Secara tiba dia menarik beg taliku membuatkan badanku terdorong keluar daripada lif.Terkejut aku dibuatnya.Sebelah tangannya lagi menolak pintu dan memandangku kembali. "Aku takkan ambil lama masa kau.Jom."Arahnya dan terus melepaskan beg taliku dan menuju keluar. Aku menarik nafas dalam-dalam dan melihat jam tangan.Erggh! He better not take too much of my time!Membetulkan kembali tali begku,aku keluar daripada pintu dan memberikan Mikael jelingan tajam.Dia menuju ke tembok yang berdekatan dengan pagar dawai hijau dan duduk bersila di situ.Aku pula menghampirinya dengan wajah berkerut.Seperti biasa,mamat tu mengeluarkan kotak rokoknya dan mengeluarkan satu batang daripadanya.Aku sudah melepaskan keluhan berat.Mamat nikan! "Awak akan menyesal hisap rokok." Kataku dengan nada putus asa.Agak penat sebenarnya cakap dengan mamat ni pasal benda yang sama. "Itu..Ayat yang cliché." Dia tersengih lalu menghisap rokok tersebut dan mengeluarkan asapnya kembali daripada mulut. Aku sudah menggeleng-gelengkan kepala dengan laju dan meraupkan wajah.Nasib baiklah angin dekat atas bumbung ni kuat,tak adalah hati aku ni membara sangat tengok mamat ni.Tudung aku ni pun hampir senget benget sebab angin.Mikael yang tenang menghisap rokok sambil melemparkan pandangannya di bawah dan melihat bangunan-bangunan membuatkan aku bengang.Dia ni nak cakap ke tidak! Tidak sempat aku ingin membuka mulut untuk marah,Mikael mula bercakap. "Pasar malam." "Ha?" Mikael menghisap rokoknya lagi sebelum menyambung cerita. "Pada waktu tu,aku ingat lagi.Benda ni terjadi pada waktu petang.Lepas habis sekolah,aku balik rumah dan ambil Fiza daripada sekolah rendah." "Fiza?" "Adik aku." Dia berkata dengan selamba membuatkan aku terkejut.Menyedari yang dia sedang membuka ceritanya pada aku,aku mula duduk berhadapan Mikael di atas simen.Potret Fiza terlayar dalam kepala aku apabila Mikael menyebut nama adiknya. "Ibu aku cakap,lepas ambil adik aku terus balik rumah.Jangan lencong mana-mana.Masa memandu dalam kereta,Zaki sms aku satu benda untuk jumpa dia dekat pasar malam waktu tu.Aku sedar aku tak boleh bawa Fiza dengan aku sekali bila nak pergi pasar malam,jadi aku-." "Benda apa yang penting sangat sampai awak tak boleh bawak adik awak dekat pasar malam?"Pelikku. Mikael memalingkan wajahnya dan merenung kearah lain. "Time tu ada geng Rusydan ajak aku bergaduh dengan dia.Mana boleh aku bawak adik aku sekali.Jadi aku buat keputusan untuk singgah kedai runcit berdekatan.Senang je,aku bagi adik aku duit,suruh dia beli ais krim atau snek lepastu tunggu aku sekejap dekat depan kedai." Mata aku membulat.Tinggalkan adik depan kedai! Itu memang kerja gila.Secara tiba Mikael memandang wajahku dan tersenyum kecil. "Aku tahu sangat apa yang kau fikir Sara.Hahaha.." Aku hanya diam dan memberikan pandangan serius. "Masa tu aku tak fikir apa,buku lima aku dahagakan untuk tumbuk Rusydan dan kalahkan geng dia pada waktu tu.Aku cakap kau naif,padahal masa tu akulah yang paling naif sekali.Obses nak jadi kuat lepastu kalahkan orang.Lepas selesai hal aku,aku kembali balik dekat kedai runcit tu lepastu nampak kelibat Fiza dah hilang.Aku tunggu,aku tunggu sampai dah nak gelap.Ibu aku telefon banyak kali tapi aku tak jawab.Aku cari dekat semua tempat tapi tak nampak Fiza langsung.Malah pekerja kedai runcit tu pun tak nampak bayang adik aku pada waktu tu.Kau boleh bayangkan betapa gilanya aku waktu tu." Mikael diam untuk menghisap rokok kembali.Kemudian dia bangun dan memegang pagar dawai hijau. "Pendek cerita,keluarga aku buat laporan polis dan lepas beberapa hari.Polis dapat jumpa lokasi adik aku dekat mana." Aku menelan air liur sedalam-dalamnya. "Keadaan adik awak...Macam mana?" Mikael tersenyum kecil dan menggeleng-gelengkan kepala. "Teruk.Kau takkan nak tahu apa yang diorang buat dekat adik aku." Aku nampak Mikael mengenggam erat puntung rokoknya yang masih panas. "Hei,jangan genggam rokok tu macam-." "Bila serbu tempat manusia-manusia keji tu,aku dapat tengok keadaan adik aku depan mata..Kau tak tau betapa aku rasa macam nak bunuh diorang semua dengan tangan aku." Walaupun mukanya serius,nada Mikael berubah keras.Dia tetap menggenggam erat puntung rokoknya dengan bengang mengendahkan nasihat aku.Secara tiba,dia membuang rokoknya di atas simen dan meraupkan wajahnya dengan kasar.Dia memandang langit dan menutup mukanya dengan tapak tangan. "Sekali lagi,aku seorang yang hipokrit.Aku selalu jaga adik aku,tapi aku tak tunjukkan pada dia.Aku selalu abaikan Fiza kalau dia ajak main,aku tau dia terasa.Tapi aku buat bodoh.Dan sekarang,aku rasa macam aku yang bunuh adik aku.Keputusan aku hari tu,semuanya salah aku."Mikael tergelak kecil. Aku bangun perlahan-lahan. "Haha..Kau patut tengok wajah mak dengan ayah aku bila terjadinya peristiwa tu.Cara mata diorang pandang aku.I'm like useless piece of shit." Aku nampak dia menelan air liur sedalam-dalamnya.Kemudian,Mikael tunjukkan aku sisinya yang aku tak pernah sangka aku akan nampak.Walaupun dia menutup wajahnya,satu air matanya jatuh melalui pipi.Mikael menangis. Aku agak tergamam. "Damn!" Dia mendengus dengan kasar dan laju tangannya ingin menumbuk tembok untuk melepaskan geram. "Hei,hei! Tenang." Cepat sahaja aku menarik tangannya yang hampir menumbuk tembok.Gila ke mamat ni! Tangan dia tu baru berbalut kemas,dia nak berdarah lagi ke? Hessh.Mikael memandangku dengan tajam. "Kau..Jangan cakap dengan aku yang semuanya akan berubah jadi ok.Thats all bullshit!" Marahnya. "Aku tak perlukan kenyataan atau nasihat hipokrit kau sekarang." Dengusnya dan melepaskan pegangannya daripadaku dengan kasar.Aku menarik nafas panjang dan bercekak pinggang.Susah nak berkomunikasi dengan mamat bi-polar nih! "Oklah! Saya terus terang dengan awak.Saya takkan kata yang keadaan awak akan ok langsung,sebab saya tak pasti benda tu akan terjadi pada awak." Mikael memandangku. "First,awak memang bodoh sebab tinggalkan adik awak macam tu.Second,sampai mati pun saya rasa awak tak boleh berhenti rasa bersalah.Third-." Aku berhenti cakap dan melepaskan keluhan.Aku melihat jam tangan dan mendengus.Aduh,dah lambat sangat.Laju aku berpaling daripada Mikael dan menuju ke pintu. "Hei.Apa yang ketiga?" Dia bersuara di belakangku.Aku senyap seketika dan menoleh memandangnya. "Third,awak kena belajar hidup dengan kesalahan awak." Dia tak memberikan respon. "Ikut aku." Aku agak terkejut bagaimana ayat itu boleh terkeluar daripada bibirku.Mikael memandangku dengan tajam. "Apa maksud kau?" "Suka hati awaklah." Malas untuk melayan karenahnya lagi,aku terus menolak pintu dan menekan butang lif.Hmm,nampaknya mamat tu tak nak ikut aku.10 saat kemudian lif sampai dan membuka pintunya.Aku jejak masuk ke dalam dan menekan butang tingkat wad mak,tidak sempat pintu lif tertutup terdapat satu tangan yang menahannya. Aku mendongak dan melihat wajah Mikael.Dia tidak memandangku dan terus masuk ke dalam.Aku tersenyum.Ikut jugak mamat ni. Berdiri sahaja di hadapan pintu wad mak,Mikael memandangku dengan pelik. "Apa kita buat dekat sini?"Soalnya. Aku bersedia membuka pintu wad mak dan memandangnya. "Awak negatif sangat.Biar saya kenalkan dekat awak orang yang paling positif yang saya kenal." "Ha?" Aku tersenyum kecil dan terus membuka pintu membuatkan Mikael terkejut.Mak yang berada di atas katil wad seperti biasa terkejut melihat aku yang berada di pintu. "Ha! Sara lama mak tunggu-Eh?" Terkejut mak melihat susuk tubuh Mikael yang berada di sisiku.Mamat itu pun hanya menggaru-garu rambutnya dan memandang kebawah. "Ermm,mak sorry lambat.Ada hal." Laju aku menyalam mak dan mencium pipinya. "Itu siapa tu?" Laju mak menyoal sambil memandang kearah Mikael. "Tu,kawan Sara.Nama dia Mikael" Aku memandang Mikael dan membuat mulut : Datang sini ! Mikael mengambil nafas panjang sebelum datang dihadapan mak dan menghulurkan senyuman kecil. "Assalammualaikum mak cik.." Dia bersuara dengan kekok membuatkan aku hampir tergelak. "Waalaikummussalam.Macam mana kamu boleh datang dengan Sara?" "Ermm.." Laju aku masuk campur. "Mikael ni kawan sekolah Sara mak.Kebetulan jumpa dia dekat sini.Alang-alang tu ajak dia jumpa mak sekali." Laju mak menarik lenganku dan berbisik halus di telingaku.Mikael yang faham dengan tindakan mak meliarkan matanya disekeliling. "Apa ni? Sudahlah Sara datang lambat lepastu datang wad mak bawak budak lelaki pulak?" "Ishh,mak.Mak tahukan yang Sara bukan jenis macam tu! Kalau Mikael ni pakwe Sara pun,Sara takkan bawak dia depan mak." "Mak tahu tu.Mak tahu sangat perangai kamu,sebab tulah mak dapat konfem yang kamu takkan ada pakwe." Aku tersenyum lebar.Even my own mum trusted me! Kakak aku tu je yang tak faham perangai aku.Hmmph! "Ni mak,Mikael nilah yang lukis dekat buku lukisan yang Sara bawak hari tu." "Yang lukis kotak dengan potret tu?" "Yup." "Yang sunyi tu?" "Haah." "Habis asal bawak dia datang sini pulak?" "Dia tu,negatif sangat.Lepastu bila orang bagi nasihat semua tak nak dengar.Malas Sara nak layan,terus bawak dia jumpa mak.Hahaha.."Aku tergelak kecil namun mak hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. "Mikael,ambil kerusi duduk depan acik." Arah mak dengan lembut. Aku mengambil tempat di sebelah mak manakala Mikael yang mengambil kerusi duduk dengan selamba.Mak meneliti wajah Mikael dalam-dalam sebelum memulakan perbualan. "Kamu sama kelas dengan Sara ke nak?" "Tak.Kami tak sama kelas." "Kamu datang sini buat apa?" Mikael memberikan aku pandangan tajam yang aku balas dengan sengihan.Tak pasal-pasal mamat ni kena tipu mak aku. "Saya..Ermm,saya nak lawat saudara saya dekat hospital ni jugak."Kekok Mikael menipu. Mak membuat mulut berbentuk 'o'. "Mak cik suka lukisan kamu nak." "Lukisan?" Wajah Mikael kelihatan terkejut.Alamak. "Hari tu,Sara tunjukkan dekat mak cik buku lukisan yang kamu lukis.Mak cik betul-betul kagum.Terutama potret budak perempuan tu! Mak cik tak sangka Sara ada kawan yang pandai melukis."Puji mak dengan senyuman lembut. Matilah aku! Mikael memberikan aku pandangan sekilas sebelum memandang mak dan menghulurkannya senyuman kecil. "Terima kasih cik."Dia jawab dengan tenang. Tenang-tenang pun aku tahu dalam hati dia mesti marah sebab aku beritahu mak tentang buku lukisan dia. "Ermm,Sara nak pergi tandas sekejap." "Ishh,budak nih."Rungut mak. Laju sahaja aku bangun dan menuju ke pintu tandas untuk lari daripada situasi tersebut.Lagi banyak mak bukak mulut,aku dapat rasakan lagi banyak masalah yang aku dapat dari mamat ni.Baik aku buat bodoh je! Tolak sahaja pintu tandas aku terus menutup pintu dengan rapat.Perbualan mak dan Mikael hanya aku dengar desas-desus di dalam tandas.Tak ada masa aku nak skodeng diorang cakap apa.Tersedar yang aku terbawa masuk sekali sling bag Kiplingku,aku meletakkan beg itu di atas singki dan menguruskan hal aku di dalam tandas. Selesai sahaja urusanku,aku membasuh tangan di singki dan mengelap tanganku dengan tisu.Buang sahaja tisu di dalam tong sampah kecil,telefon bimbitku yang berada dalam beg berbunyi membuatkan aku terkejut.Panggilan daripada akak. "Assalammualaikum kak,apasal?" Aku memakai kembali sling bag kipling di bahuku. "Kau kat mana sekarang?" "Hospital mak.Duhh." "Owh..Ni,malam ni akak tidur rumah tau." "Apasal?" Akak senyap seketika.Dan aku dengar bunyi cawan berdenting. "Abang Syamsul outstation.Akak takut nak tinggal rumah seorang diri." "Akak tengah minum teh ke?" "Haah.Macam mana Sara tahu?" "Tak ada apa-apalah.Ok,malam ni Sara tunggu akak." "Kirim salam dekat mak ye.Nanti akak bawak makan malam." "Tak payah!Sara buat macaroni dengan cheese je." "Eceh,tetiba nak masak.Sejak bila kau rajin sangat."Perli akak. "Sukahatilah." "Fine.Bye!" Putus sahaja talian aku merenung telefon bimbitku dengan lama.Kenapa akak nak minum teh pulak? Dia bencikan teh.Pelik.Fikir terlalu lama di dalam tandas,aku terus menolak pintu dengan perlahan dan memandang mak dan Mikael.Mikael kelihatan sedang menundukkan kepalanya kebawah dan mak memegang bahu tegapnya.Mukaku sudah berkerut saat aku mendekati mereka. "Cakap pasal apa ni?" Kepala mereka berdua pusing melihat kearahku. "Tak ada apa-apalah."Mikael bersuara membuatkan aku geram. Tak ada apa-apa? Ha,jangan kelentong lah! "Mak cakap apa tadi?"Rungutku dengan tidak puas hati.Aku kena tahu! Mak tergelak kecil. "Kamu tak payah tahu.Menyibuk je." "Erghh,apa-apalah!" Rengusku dengan malas. "Oklah acik,saya gerak dulu." Mikael bangun daripada kerusi dan menyalam tangan mak.Mak tersenyum lebar. "Ingat apa kata acik nak." Mikael menganggukkan kepala dengan senyuman.Aduuh,ini yang buat aku rasa ingin tahu nih! Secara tiba mamat tu mengeluarkan telefon bimbitnya daripada poket dan memandang mata mak kembali. "Sebelum tu,saya nak nombor telefon Sara boleh?" Mak dan aku kelihatan terkejut.Apahal dia nak nombor telefon aku? Minta dekat mak aku pulak tu?! "Asal nak minta dekat acik,ni Sara dekat sini ha.Mintaklah dekat dia." Mak semakin pelik.Aku pula sudah memandangnya seperti ingin telan.Jangan buat macam-macam depan mak aku! "Saja.Alang-alang acik ada dekat sini,saya minta keizinan acik terus.Saya inga nak lawat acik lagi,boleh terus contact Sara"Dia tersenyum penuh makna dan memandangku.Aku sudah geram. "Tak salahkan?" Mak tergelak. "Hahaha! Darah muda macam kamu ni memang berani ek.Sara,bagi cepat nombor telefon kamu.Dia nak balik tu." Mak ni pun! Dengan malas aku mengeluarkan telefon bimbitku dan memandangnya. "Nombor telefon saya 013-xxxxxx."Kataku dengan bosan. "Thanks."Ucapnya dengan senyuman sinis. Cis. "Pergi dulu mak cik." Mikael melambai tangan dan menuju ke pintu. "Jalan baik-baik nak." Aku mengikutinya sehingga keluar daripada wad mak. "Apasal tetiba nak nombor telefon saya pulak ni?" Dia tak menjawab dan hanya merenung wajahku dengan lama.Eh,beku ke mamat ni? "Hello? Saya cakap-." "Sorry." Dia menyebutnya dengan perlahan membuatkan aku terkejut.Dia minta maaf dekat aku ke? "Sorry apa?"Pelikku. "Aku balik dulu." Kata Mikael dengan bosan dan terus melangkah pergi.Issh dia nih! Laju aku mengeluarkan buku lukisannya di dalam sling beg kiplingku dan memanggil namanya. "Mikael.Nah!" Aku membaling buku tersebut dan Mikael menyambutnya dengan sempurna.Aku tak tahu macam mana aku boleh terfikir untuk bawa buku lukisan Mikael bila nak lawat mak hari ni.Memandangkan hari ni aku jumpa Mikael,nampaknya semuanya ada hikmah. "Cuba awak check muka surat terakhir sekali.Saya rasa adik awak tahu yang awak sayangkan dia." Kataku dan terus masuk ke dalam wad meninggalkan Mikael yang terpinga-pinga di luar.Masuk sahaja ke dalam wad,laju aku menuju kearah mak dengan tidak puas hati. "Mak ni,mak cakap apa dengan dia?Beritahulah." Serius aku tak puas hati. Mak tidak melayanku dan terus sambung melayan drama Melayu di televisyen. "Tak payahlah kamu nak tahu hal orang Sara.Pergi buat hal kamu tu." "Mak ni.." Mak merenung lama kearah televisyen. "Mikael tu baik budaknya.Dia cuma lemah." "Lemah?" Macam mana mak tahu?Tidak sempat aku ingin berkata lagi,telefon bimbitku berbunyi menandakan ada sms.Malas betullah! Siapa yang hantar mesej ni? Aku mendengus apabila membaca mesej tersebut. Luar pintu.Buang kotak rokok aq.Pegang lighter tu untuk aq. -Mikael Apakah? Keluar sahaja daripada wad,aku terlihat satu kotak rokok dan lighter dihadapan pintu.Issh,asal dia tinggalkan benda alah ni dekat sini? Malas nak berdalih aku terus menghubungi Mikael dengan bengang.Panggilanku diangkat. "Hei!Saya nak buat apa dengan benda alah yang awak tinggalkan nih?"Terus suara aku menterjah tanpa memberi salam. "Kau yang tak nak sangat aku hisap rokokkan.Kau peganglah.Nanti bila aku nak,aku minta balik."Selamba dia berkata. Ewah-ewah! "Awak ingat saya ni pembantu peribadi awak?"Sinisku. "Boleh je." Aku mengetap bibir dengan geram. "Jaket awak pun saya tak pulangkan lagi,sekarang ni lighter awak pu-." "Tut!" Talian dimatikan oleh Mikael secara tiba membuatkan aku rasa tidak percaya.Geram aku! Dengan rasa meluat aku membuang kotak rokok itu ke dalam tong sampah dengan kasar.Aku memandang lighter itu dengan gelakan kecil.Ieee mamat ni! Kalau nak berhenti merokok pun tak perlulah libatkan aku.Iyelah tu nak berhenti,tak sampai sehari mesti mamat tu hisap rokok balik.Tadi dekat atas bumbung punya sedap hisap benda alah tu.Huhh,tak faham aku! Aku terus masuk ke dalam wad mak dengan perasaan sebal. ********************** Langit yang gelap menunjukkan waktu Maghrib telah lama berlalu,kebetulan hujan yang renyai turun.Kereta Mikael masuk ke dalam perkarangan rumahnya dan dia keluar daripada kereta.Menarik beg sekolahnya di bahu dia menutup pintu kereta dengan kasar.Dia membuka kasutnya yang terdapat banyak lumpur kesan di tanah perkuburan tadi.Sebelum pulang rumah,Mikael singgah di perkuburan adik tersayangnya dan duduk di situ sehingga gelap.Kira-kira sudah Maghrib,dia memandu pulang ke rumah.Buku lukisan berada di tangannya saat dia menolak pintu utama dan menapak masuk ke dalam.Lintas sahaja dapur,satu suara memanggilnya daripada belakang. "Why you so late?" Tegur suara wanita berukuran 40-an.Ibunya.Laju Mikael menoleh dan melihat ibunya yang sedang bercekak pinggang di kaunter dapur.Ayahnya pula yang berbadan besar sedang membaca suratkhabar tanpa mengendahkan mereka berdua. "Ada hal tadi."Tipu Mikael dan terus meneruskan langkah ke tangga. "Jangan tipu Mikael.Kamu selalu balik lewat!" "Mikael kata ada hal kan." "Honest with me.Where have you been?" Soal ibunya lagi. "Answer your mother."Tegur suara ayahnya yang mendalam. Mikael mula rimas,kepalanya semakin serabut. "Mikael pergi kubur Fiza! Puas hati!" Ibunya kelihatan terkejut.Wanita itu meraupkan wajahnya da mengambil nafas panjang.Apabila hal arwah anak bongsunya disebut,dia merasa hiba. "Kenapa..Kenapa pergi sana?" Malas ingin menjawab,Mikael terus mendaki tangga dan menuju ke pintu biliknya.Tidak sempat dia memulas tombol pintu,dia terdengar suara ibunya di tingkat bawah. "This all your fault! Abang bagi dia memandu sebelum umur dia sesuai! Sekarang ni dia selalu balik lewat lepastu-" "Don't blame it all on me.Waktu beli kereta tu,Zana pun setuju dengan keputusan abang."Tenang sahaja ayahnya bersuara. "Fine,fine! I'm just frustrated.Zana tak faham langsung kenapa Mikael boleh berubah sampai macam ni?!" "Zana,kamu pasti kamu tak tahu." Keadaan senyap seketika. "I don't want to talk about it." "Tak berguna awak berpura-pura Zana,kita berdua tahu apa yang Mikael alami sekarang." "Zana tak nak ingat.Kalau Zana ingat peristiwa tu balik,satu perasaan marah akan hadir dalam Zana kalau tengok wajah Mikael.No,No.I don't want to feel that at our own son." "Zana,awak cakap macam tu.Tapi sebenarnya awak tak jujur pada diri awa-." "Stop! I don't want to talk about it." Kemudian bunyi singki dan cawan mula kedengaran.Mikael mendengus kasar sebelum masuk ke dalam bilik dan menghempas pintu dengan kuat.Dia rasa sesak berada dalam rumah ni.Baling sahaja beg di atas lantai,Mikael merebahkan badannya di atas katil.Apabila berada dalam keadaan tertekan begini,Mikael ingin sekali menghisap rokok.Damnit.Aku suruh Sara buang kotak rokok aku dan lighter aku minah tu pegang.Erghhh,apahal dengan aku hari ni? Mikael bukan bodoh,dia tahu ibunya masih rasa marah kepadanya sejak peristiwa penculikan adiknya,Fiza.Tapi yang dia tidak puas hati,mengapa ibunya tak luahkan sahaja kepadanya? Selepas peristiwa itu,ibunya cuba berlakon seperti tiada apa-apa dan melayan Mikael seperti tak pernah bersalah.Tak guna! Dia tak suka ibunya layan dia macam tu.Membuatkan hati Mikael lagi berat dengan rasa sesal dan tak berguna.Layanan ibunya kepadanya seperti dia abang yang jahat yang tak pernah kisah tentang kematian adiknya.Bodoh,dia tak boleh hidup dengan keadaan macam tu. Perlahan-lahan dia membuka buku lukisannya dan menyelak muka surat yang terakhir sekali.Dia meneliti tulisan adiknya di kulit buku.Mikael tersenyum pahit memikirkan Fiza yang sedang mencuri-curi menulis di atas buku lukisannya.Tulisan Fiza yang senget benget itu dia cuba baca perlahan-lahan. Yeay yeay,abang lukis potret Fiza.Fiza sayang abang!Fiza harap dapat hidup dengan abang selama-lamanya macam cite dekat Disney.Hehehehehehehe Habis sahaja ayat itu,terdapat tanda 'love' yang Fiza lukis di tepinya.Mikael menyentuh tulisan itu dengan senyuman.Dia rindu adiknya.Sejujurnya,rumah ni rasa kosong tanpa kehadiran dan ketawa Fiza.Secara tiba,perasaan amarah muncul dan dia baling buku itu di atas lantai.Dia bangun dan duduk di birai katil.Tapi semuanya salah aku! Sebab aku ,adik aku mati dengan malang macam tu! Aku betul-betul bodoh! Mikael meraupkan wajahnya apabila akalnya sesak dengan perasaan marah,sedih dan bersalah.Dia kena lakukan sesuatu untuk lepaskan perasaan ni.Apa-apa je asalkan dia tak mahu terseksa dengan perasaan ni lagi.Mikael terpandang gunting yang berada di atas meja belajarnya.Dia memandang gunting itu dengan lama sebelum bangun daripada katil. ************************** Selesai mandi dan menukar pakaian,aku menyidai tuala di ampaian dan menuju ke meja belajar.Lighter Mikael yang terdapat di atas meja aku ambil.Aku merenung lighter itu dengan lama seperti aku merenung diri Mikael yang sebenar.Mamat tu betul-betul pelik.Dan misteri.Malas lagi untuk berfikir,aku meletakkan lighter itu di atas meja kembali dan keluar daripada bilik.Turun sahaja melalui tangga,aku menuju ke dapur dan melihat akak menuangkan macaroni dan cheese ke dalam pinggan. "Jom makan." Ajak akak dan aku hanya menganggukkan kepala dan menarik kerusi.Akak meletakkan pinggan di hadapanku dan aku hanya merenung macaroni yang masih panas itu.Aku memandang akak yang sedang membelakangkan aku ketika membancuh tehnya.Apahal dia buat teh ni?! Selama aku hidup dengan akak,aku tahu akak bukan penggemar minuman teh.Mukaku hanya berkerut melihat akak yang memasukkan dua sudu gula kedalam teh panasnya.Mesti ada sesuatu berlaku sampai akak jadi pelik gila macam ni.Berasa geram,aku menolak pinggan ke tepi dan menyilangkan tangan. "Tak payahlah nak sorok-sorok lagi akak.Sara dengan mak dah tahu akak ada masalah dengan abang Syamsul." Suaraku membuatkan perbuatan akak membancuh teh terhenti. "Akak tak faham apa yang Sara cakapkan."Akak berbuat bodoh dan sambung tindakannya. "Mak mungkin tak tahu hal ni,tapi Sara tahu sebab apa muka akak lebam.Sara tak bodoh kak." Akak mengambil nafas panjang. "Ni hal orang dewasa Sara,kau tak payah masuk campur." Aku tergelak. "Jangan buat lawak sekarang boleh tak.Sara nak akak laporkan hal ni pada polis sebelum diri akak tu makin teruk!"Seriusku. Namun akak hanya menggeleng-gelengkan kepala dan menuju ke ruang depan dengan mug nya. "Hei,Sara serius ni!Entah-entah malam ni pun akak sebenarnya nak larikan diri daripada abang syamsul je." "Akak nak buat kerja Sara.Mana kalkulator Sara,akak nak pinjam."Akak mengubah topik dan meletakkan mug nya di atas meja kopi. "Isshh! Sukahati akaklah." Putus asaku dan menggeleng-gelengkan kepala dengan kecewa sebelum mendaki tangga dan menolak pintu.Orang risaukan dia,dia kata kita tak matang pulak! Kakak aku ingat dia tu superwoman?! Arggghh. Aku tersedar daripada tidur apabila telefon bimbitku tak berhenti bordering.Ya Allah,siapa yang telefon aku tengah malam macam ni?! "Ishh,ganggulah telefon ko! Jawablah." Rungut kakakku yang tidur disebelahku dan memusingkan badannya kearah lain.Dia menyorokkan kepalanya di bawah bantal untuk sambung tidur.Aku mendengus dan mencapai telefon bimbitku dengan geram.Sempat mataku terpandang jam loceng sebelum melihat telefon bimbit.Siapa yang telefon aku pukul 2.30 pagi macam ni? Menyemak betullah! Aku membuka mataku yang mamai sebelum membaca nama pemanggil.Mataku membulat. Mikael?! Isshh mamat inikan! Dengan separa sedar aku bangun daripada katil dan menolak pintu perlahan-lahan untuk keluar daripada bilik.Gila nak cakap dengan mamat tu dalam bilik.Sudahlah kakak aku anti dengan mamat tu sekarang.Turun sahaja daripada tangga,aku terus duduk di atas sofa ruang tamu.Grrr! Mamat ni mengacau betullah aku nak tidur.Sudahlah esok sekolah! Dengan marah aku menjawab panggilan Mikael. "Assalammualaikum.Asal awak kol saya waktu-waktu macam ni ha?! Tak boleh telefon awal lagi ke lain kali?" Perliku dengan rimas sambil meraupkan rambut panjangku kebelakang. Talian sana masih senyap.Namun aku dapat tangkap nafas Mikael.Dia ni main-main ke dengan aku? "Awak buat prank ke sekarang? Tak lawak ok." Mikael masih senyap membuatkan darah aku mendidih. "Hello-!" "Aku tak boleh buang perasaan tu." Aku terkejut apabila terdengar suara dalamnya.Suara dia kedengaran sangat serak. "Apa maksud awak?" "Aku asyik terfikirkan benda tu je." "Fikirkan apa?" "Bunuh diri." Aku tergamam. "Aku tak boleh berhenti berfikir untuk bunuh diri.Aku tahu kau cakap aku tak patut buat benda tu.Tapi aku asyik fikirkan je." "Awak dekat mana ni?" Resahku. "Rumah.Dalam bilik.Aku tak dapat berhenti daripada fikirkan adik aku.Damnit!" Marahnya dan aku dengar bunyi katil ditendang.Ya Allah,mamat tu dalam keadaan lemah lagi. "Kenapa awak telefon saya?" "Aku tak tahu." Aku bangun daripada kerusi dan mundar-mandir di lantai.Otak aku sedang galak berfikir untuk buat apa dengan Mikael sekarang.Mamat ni telefon aku tengah-tengah malam dengan keadaan mental dia lemah macam ni.Kenapa dia buat macam ni? "Mikael dengar sini,jangan buat benda bodoh." Aku dapat dengar dia tergelak kecil. "Awak ada MP3 sayakan? Ambil MP3 saya lepastu dengar lagu ayat Alquran dalam tu." Arahku dan memegang telefon bimbitku dengan erat.Entah kenapa idea itu yang muncul dalam kepalaku.Sebab akal mamat ni sedang dikuasai oleh syaitan yang desak untuk dia membunuh diri.Aku kena haling benda tu berlaku. Aku terdengar bunyi laci yang dibuka dan tunggu seketika. "Awak tengah dengar ke?" "Yes." Aku melepaskan nafas lega. "Bagus,bagus.Sekarang ni,jangan fikir apa-apa dan terus baring atas katil sambil dengar MP3 saya." "Hahaha,aku dengar kau ni dah macam pakar psikologi pulak." Sempat dia tergelak membuatkan mata aku terjegil.Ini bukan masa untuk buat lawak! "Mikael,dah berapa lama awak asyik fikirkan benda tu-." "Aucch! Shit!" Terkejut aku apabila mendengar Mikael mengaduh kesakitan. "Awak sakit ke sekarang?" "Tak.Aku bukan sakit.Aucch!" "Habis tu?"Aku semakin mendesak. "Aku..Aku cederakan tangan aku dengan gunting tadi.Luka tu berdarah lagi walaupun aku dah balut." Aku menutup mulut kerana rasa terkejut.Dia hampir bunuh diri lagi malam ni! "Awak..Awak tak kelar pergelangan tangan awakkan?"Aku semakin risau. Mikael Senyap. "Hampir." Ieee,risaunya aku dengan mamat ni! "Mikael..Jangan cederakan diri awak lagi.Please."Rayuku dengan ikhlas.Serius aku risau dengan keadaan Mikael sekarang. "Aku cuba.Sekarang aku tengah betulkan balik balutan dekat lengan aku.Fuck! Sakit gila." Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala mendengar Mikael mencarut.Keadaan senyap seketika kerana aku menunggu Mikael untuk berkata apa-apa.Namun mamat tu hanya senyap. "Kalau macam tu,saya-." "Teman aku malam ni." Mukaku berkerut. "Apa maksud awak?" "Just-jangan putuskan talian.Stay dengan aku." Gila ke mamat ni? "Jangan merepek boleh tak.Esok sekolah saya kena tidur ni.Lagipun,kredit awak tak habis ke?" "Kredit aku takkan habis." Iyalah tu. "Saya nak tidurlah wak,saya tutup du-." "Sara,tolong."Rayunya membuatkan aku terkejut.Aku terkejut lagi apabila mendengar dia menyebut namaku dengan lirih. "Tolong.Aku perlukan orang yang waras sekarang.Dan kau je aku dapat fikir." Aku menelan air liur sedalam-dalamnya sebelum duduk semula di atas sofa.Kata- kata Mikael membuatkan hatiku berdegup bagai nak gila.Aku cuba mengawalnya. "Fine.Apa-apalah.Kalau saya tertidur jangan salahkan saya pulak.Lepastu,kalau kredit awak habis pun jangan salahkan saya.Hmpph!" Ucapku dan terus baring di atas sofa.Tidur dekat ruang depanlah nampaknya malam ni.Keadaan senyap seketika. "Awak tengah fikir apa sekarang?"Soalku.Risau pulak kalau mamat ni nak fikir bunuh diri lagi.Aku menguap seketika. "Kata-kata mak kau petang tadi." "Apa yang mak saya cakap pada awak?" "Kau tak perlu tahu." Ishhh! "Whateverlah.Saya nak tidur." "Selamat malam Sara." Kata Mikael dengan betul-betul lembut membuatkan aku terkejut.Namun laju aku menggeleng-gelengkan kepala dan sambung tidur di atas bantal. *********************** Sejak peristiwa malam tu,sudah tiga hari Mikael tak datang sekolah.Aku betul-betul risau sebab aku tak tahu keadaan mamat tu macam mana.Kenapa lama sangat dia tak datang ke sekolah? Dia buat apa?Jenguh aku mencari dia di serata sekolah namun bayang mamat tu tak ada dekat mana-mana.Mata aku menjeling kearah jam yang menunjukkan pukul 6.24 pagi.Kejap lagi van sekolah sampai.Aku melepaskan keluhan dan menarik beg sekolah ke bahu.Tidak sempat aku ingin keluar,aku ternampak lighter Mikael yang telah berada di atas mejaku sejak tiga hari lagi.Aku mengambilnya dan merenungnya lama.Kau pergi mana ha Mikael? "Sara turun cepat nanti van datang!" Jerit akak di bawah membuatkan laju aku meyorokkan lighter itu di dalam laci.Tak naklah akak nampak nanti.Mati aku! Aku turun daripada tangga dengan terkocoh-kocoh dan membuka grill pintu.Akak menuju kearahku dengan bekal roti.Ini juga merupakan hari ketiga akak tidur di rumah ni bersama aku.Bila aku bangkitkan hal abang syamsul,akak buat muka tidak suka dan terus mengelakAku tak tahu nak buat apa lagi dengan keadaan kakak aku.Haiihh. "Nah bekal!" "Thanks!" Van acik sudah berhenti dihadapan rumah dan menuju ke pagar. "Bye akak!" "Belajar elok-elok." Sahut akak dan terus menutup grill pintu. Tiba sahaja di sekolah aku menuju ke kantin seperti biasa.Aku meletakkan beg di atas kerusi dan keluarkan buku untuk meyiapkan kerja sebelum masuk kelas.Mataku menangkap kelibat Syarifah yang sedang berbual dengan Shofiah dan Yaya.Pasal aku dengan syarifah,aku tak tahulah nak cakap apa.Setakat ni bertegur sapa pun kitaorang tak pernah buat.Aku tahu Syarifah cuba menegur aku.Tapi bila aku bagi peluang,Syarifah mengelak dan pergi berkawan dengan orang lain.Geram aku! Aku boleh maafkan Syarifah kalau dia mohon maaf pada aku.Syarifah adalah salah seorang sahabat yang berharga bagi aku,jadi tak mungkin aku dapat marah dengannya lama.Waktu ayah aku meninggal,Syarifahlah yang teman aku.Waktu mak masuk hospital,Syarifahlah yang dengar cerita sedih aku.Aku sayangkan Syarifah macam adik aku sendiri.Cuma aku agak terasa dengan terkilan je kenapa Syarifah boleh cemburu buta macam tu. Mata Syarifah dan aku bertembung membuatkan aku terkejut.Kami bertentang mata dengan lama,mulut Syarifah terbuka sedikit seperti dia ingin katakan sesuatu.Namun dia menggeleng-gelengkan kepala dan sambung berborak dengan Yaya dan Shofiah.Aku melepaskan keluhan berat.Mata aku meliar lagi mencari kelibat Mikael seperti biasa.Sejak tiga hari yang lepas,aku selalu bawa jaketnya ke sekolah untuk pulangkan balik pada Mikael.Namun batang hidung mamat tu tak kelihatan langsung.Aku melepaskan keluhan lagi apabila membuat spekulasi bahawa Mikael tak datang ke sekolah lagi hari ni.Ini sudah masuk hari keempat.Aku mengeluarkan telefon bimbit secara sembunyi dan membuka mesej. Awak x dtg sekolah lagi ke? Saya nak bg jaket ni. - Sara Aku menghantar mesej itu kepada Mikael dan merenung lama.Sebenarnya bukan jaket yang aku risaukan.Aku risaukan mamat tu.Loceng berbunyi dan laju aku menyusun barang dan masukkannya ke dalam beg.Disebabkan pelajar terlalu ramai menggunakan tangga,aku menunggu sekejap di kantin sehingga sesakan pelajar reda. "Sara." Terkejut aku mendengar suara itu dan laju aku menoleh.Ternyata terdapat Zaki yang berdiri di sebelahku.Zaki? Tegur aku? "Ermmh,ye?" Zaki tidak menjawab namun menghulurkan aku air kotak soya.Aku terpinga-pinga. "Kenapa ni?" "Ambiklah.Mikael bagi." Mataku membulat. "Mikael datang sekolah ke?" "Tak.Ambil cepat,aku nak masuk kelas nih."Gerutunya dan laju aku mengambil air kotak soya itu.Zaki terus berlalu pergi membuatkan aku resah. "Eh,tunggu-!" "Dia tak datang dekat sekolah.Dia sms aku." Ucap Zaki dan terus berlalu pergi kearah tangga laluan pelajar lelaki.Mikael sms Zaki? Diorang dah berbaik? Aku memandang air kotak itu dengan bingung.Apahal dengan Mikael ni? Tersedar yang aku telah lambat,laju aku berjalan dan masuk ke dalam kelas.Cikgu masih tak masuk lagi dan aku melepaskan nafas lega.Aku duduk di kerusi dan tidak sempat keluarkan buku,telefon bimbitku bergetar menandakan ada mesej masuk.Laju aku bukak dan sorok telefon bimbitku di bawah meja. Minum air tu,gadis bersih -Mikael Berkerut-kerut aku membaca mesej itu.Aisssh,apahal dengan mamat ni? Disebabkan cikgu mula masuk ke dalam kelas,laju aku menyorokkan kembali telefon bimbit ke dalam poket.Namun aku masih tak faham maksud Mikael memberikan aku air kotak soya.Sebab saja-saja? Erggh.Namun,aku agak terkejut dia masih ingat gelaran 'gadis bersih' yang dia berikan padaku pada waktu dulu. Aku tak tahu apa yang aku buat sekarang.Ini pertama kali aku buka hati aku untuk seseorang.Pada kau.Aku takut. -M Some die looking for a hand to hold
Masuk sahaja ke dalam kereta aku melemparkan pandangan ke luar tingkap dengan keluhan.Kejap lagi akak meletuplah tu.Akak merengus kasar sebelum masuk ke dalam kereta dan menghempas pintu. Aduh.This is gonna be a long trip to hospital. Hidupkan sahaja enjin,kereta akak bergerak di atas jalan dan menuju ke hospital mak.Akak menggeleng-gelengkan kepala sebelum dia menjeling kearahku.Aku menjeling kearahnya kembali.Kemudian matanya fokus pada jalan raya.Dia melepaskan nafas tidak puas hati. "Satu benda je akak tak faham..Dalam banyak-banyak benda kenapa Sara nak hidupkan pengesan pembakaran tu?" "Nanti-nantilah Sara cakap."Rungutku dan memuncungkan bibir. Pertama,aku tak suka cakap tentang benda tu.Kedua,perkara tu memalukan aku.Ketiga,teringatkan aku kembali pada kebodohan diri aku.Argghh,cukup-cukuplah Puan Vithia pandang aku semacam tadi,tak perlulah aku tambah garam dekat luka aku dengan soalan akak.Hmmph! Ni semua mamat sengal tu punya pasal!Nak sangat bergaduh dengan geng tadi,lepastu bila aku selamatkan dia marah-marah pulak! Gedik. Kau yang gedik Sara,kalau dia tak bergaduh tadi mesti Zaki yang akan jadi mangsa.Keadaan dia tadi pun dah teruk.Aduuh,apahal fikiran hati aku selalu menyebelahi Mikael ni? Aku merengus dengan bengang. "Tengok tu! Dah berani nak bengang dengan akak pulak.Sudahlah aku soal tak nak jawab."Marah akak. Haiih,nampaknya akak salah faham dengan rengusan aku tadi. "Bukanlah..." "Ini pertama kali akak nampak kau jejak dalam bilik pengetua tu.Nasib baik cikgu disiplin kau kata kau jadi saksi je tadi.Itupun cikgu kau tu nasihatkan akak jugak untuk selalu perhatikan tindak tanduk kau.Hesshh,apahal ni Sara? Kau lepak dengan siapa sampai jadi macam ni?" "Apa ni? Akak ingat Sara dalam fasa memberontak ke apa? Akak dengar cikgu kata tadikan,Sara saksi je!Mana ada kena mengena dengan siapa yang Sara lepak." "Akak tengok Syarifah tu ok je.Habis kenapa kau macam ni?" Akak bercakap sendirian membuatkan aku geram. "Isshh,ni tak ada kena mengena dengan pengaruh rakan sebayalah!" "Ohh,tak ada kena mengena.Habis yang kau dah pandai ber'couple' bagai ni apa cerita?" What the fudge? "Apa?! Bercinta apa pulak ni? Ya Allah!" Aku sudah rimas dan meraupkan muka. "Hahaha,kau nak berlagak macam rimas pulak.Akak tak bodohlah.Cikgu kau cakap kebetulan masa tu kau dengan seorang budak lelaki-siapa nama dia? Ha,Mikael! Akak tahu takkan 'kebetulan' punya!Tu jaket tu ha,dia punyakan?" Suara akak penuh dengan sinis dan menjeling kearah aku dengan tidak puas hati. Aku menghentak-hentakkan kepala di atas dashboard. Pening kepala aku dengan tuduhan akak yang bertubi-tubi.Kalau aku bukak mulut pun,macam akak nak percaya! Macam mana aku nak terangkan dekat akak pasal jaket Mikael ni,sebab Mikael bagi aku benda alah ni pun aku tak tahu! Mamat tu sudahlah bipolar.Sekejap serius,sekejap senyum.Sekejap marah,sekejap selamatkan aku.Macam ada satu rollercoaster besar dalam sistem badan mamat tu! Aku tak faham. "Fikirlah kak..Fikirlah apa yang kau nak."Mengalahku memandang akak. Sukahatilah.Tak kisah aku. "Akak tau 'couple' ni macam trend bila kau masuk sekolah menengah,tapi kau masih belajar sara.Nak SPM lagi!Mungkin mula-mula bagi kau benda ni macam best,tapi tu semua cinta monyet je.Lagi-lagi akak dengar budak lelaki tu bermasalah!" Seriously? Boleh tak seseorang culik aku sekarang. "Lepastu nanti bila keputusan exam kau teruk,barulah nak menyesal sebab tak belajar.Sesal dah tak berguna tau,kau SPM sekali je dalam hidup! Inilah masanya kau nak bagi mak kau bangga dengan result kau tu.Bukannya habiskan masa dengan perkara buang masa,macam bercinta!" "Sudahlah tu kak! Bercinta? Seriously! Akak kenalkan Sara macam mana,anti-lelaki.Ini nak bercinta.Kalau Sara beritahu dekat Syarifah yang Sara ada pakwe pun dia tak percaya tau! Ini lagi-lagi akak,orang yang terdekat dengan Sara.Tolong...Tolong berhenti membebel"Geramku memandang akak. Akak tidak menjawab malah menggeleng-gelengkan kepalanya banyak kali.Raut wajahnya masih tegang. "Just-jangan dekat dengan budak lelaki tu lagi.Akak tak suka.Fikirkan tentang mak-." "Sara tahulah."Potongku dengan dingin. Akak melepaskan keluhan berat sebelum suasana di dalam kereta hening kerana akak tidak membuka radio.Aku hanya membuang pandangan ke luar tingkap dengan bosan sementara akak pula fokus memandu.Kami berdua melayan perasaan sendiri. ********************** Tiba sahaja di hadapan wad mak,akak memegang lenganku sebelum aku sempat menolak pintu.Aku memandang akak dengan pelik. "Dengar sini Sara,akak nak kita berdua lupakan tentang tadi.Akak takkan beritahu mak,sebab mak dah lalui banyak benda dan akak tak nak tambahkan lagi kerisauan dalam hati mak.Akak cuma nak kau janji dengan akak,yang kau takkan buat benda ni lagi dan fokus pada pelajaran kau.Ok?" Aku senyap seketika sebelum melepaskan keluhan.Kemudian aku menganggukkan kepala. "Ok.." "Bagus." Ucap akak sepatah dan terus membuka pintu wad untukku dan masuk ke dalam.Mak yang berada di atas katil seperti biasa gembira apabila melihat aku dan akak menjejak masuk ke dalam wadnya. "Ha,datang pun! Asal lambat sangat kamu berdua datang hari ni?" Aku tidak berkata apa-apa cuma menayangkan sengihan sebelum meletakkan beg sekolah di atas kerusi yang disediakan.Nasib baik mak tak perasan tentang baju sekolah aku yang agak basah namun telah kering.Jaket Mikael aku telah simpan dalam beg awal-awal lagi.Cukuplah akak tegur,aku tak nak mak pula tegur aku tentang 'couple' nanti.Hmm. "Jalan jammed."Tipu akak dan menarik kerusi untuk duduk di sebelah mak. "Eh,rajin kau ambil Sara bawak pergi hospital hari ni? Selalunya sibuk. " Akak menjeling kearahku sebelum memandang mak kembali.Aku hanya membuat bodoh. "Saja je.Alang-alang akak keluar kerja awal,tetiba teringat dekat sekolah Sara."Akak memerliku. Sempat aku mendengus kecil sebelum pergi ke sisi mak juga dan melihat makanan hospital yang terhidang di atas meja di hadapan mak.Aku tersenyum.Lapur kut.Macam semua masalah tu membuatkan metabolisma aku semakin laju.Hahaha.Laju sahaja tanganku mengambil buah tembikai dan masukkan ke dalam mulut. "Sedap! Manisnya!"Gembiraku dan menyumbatkan lagi satu ke dalam mulut. Akak menepis tanganku dengan kasar. "Hissh,ini untuk maklah." "Biarlah.." Sengaja aku ingin menjengkelkan akak dan akak memberikan pandangan tajam.Mak hanya menggeleng-gelengkan kepala. "Makanlah dulu Sara,mak tak ada selera." Aku menganggukkan kepala. "Macam mana kerja kak?" "OK je,cuma bos akak tu ha! Suka bagi arahan last minute lepastu kalut akak dengan kawan akak nak siapkan dia punya-." Malas untuk mendengar perbualan mereka.Aku pergi kearah begku untuk mengeluarkan telefon bimbit.Hidupkan sahaja telefon bimbitku,satu mesej masuk membuatkan aku terkejut.Daripada siapa ni? Ohh,minah tu.Dan bila aku maksudkan minah tu,faham-faham jelah ye.Syarifah. We jgn lupa petang ni aq gi umah ko.Nak siapkan homework sejarah sama2 -Syarifah Aku menampar dahiku.Aduuh,macam mana aku boleh lupa tentang petang ni! Sekarang pukul berapa ek? 3.27 petang. Bila kau nk dtg? Perlu ke? Senang je kan hw sejarah -Sara Agak2 lepas asar.Hahah,senang bg kau cik kak.Im suck at KBAT remember? -_- -Syarifah. Arggh,fine.Aq dekat hospital lg ni.Nnt dah sampai rumah aq watsaap. -Sara. Noted.Bai-bai -Syarifah. Aku melepaskan keluhan.Tidak sempat aku ingin menyimpan telefonku kembali,satu mesej tiba lagi daripada Syarifah.Apa lagi dia ni? Btw,ada gossip baru aq nak beritahu ko.Aq ushar twitter bdak sesi petang.Diorang kata ada sesuatu terjadi tadi.Hahah,cant wait to tell u ;) -Syarifah Sudah...Mesti pasal semua orang basah sebab aku hidupkan pengesan pembakaran tu.Dengar perkataan pengesan pembakaran tu pun dah buat aku rasa menyampah.Kenapa hidup aku macam ni?Tak guna kau Mikael,tak guna.Malas untuk berfikir lagi aku memasukkan telefon bimbitku ke dalam beg dengan ganas dan mendengus bengang.Bencinya! Tak nak jumpa muka mamat tu pun esok aku kena pulangkan jugak buku lukisan dia.Dan aku nak ambil MP3 aku balik!Haihh,kenapalah Syarifah ni perlu peka sangat dengan khabar angin dekat sekolah? Aku berjalan semula kearah katil mak dengan tidak puas hati.Pening kepala memikirkan tentang Syarifah,Mikael dan sekolah.Mak dan akak kelihatan berborak dengan mendalam dan aku hanya memerhati. "Mak tahu.Mak tahu ada sesuatu yang berlaku,cerita jelah dekat mak."Rayu mak dengan suara perlahan. "Akak oklah.Betul!" "Shila,ini mak.Mak dapat rasa kalau ada yang tak kena." "Shila cakap betul.." Suara akak mula kendur. Mukaku sudah berkerut. "Kenapa ni? Mak?Akak?" Secara tiba aku menyampuk membuatkan mata mereka berdua terarah kepadaku.Laju akak menggeleng-gelengkan kepala. "Tak ada apa-apalah.Mak,akak nak keluar sekejap.Beli makanan dekat kantin,mak makanlah." Ucap akak dengan suara perlahan dan terus keluar daripada wad tanpa pandang kebelakang.Mak hanya melihat pemergian akak dengan senyap. "Kenapa ni mak?Macam semacam je." "Kakak kamu tu,degil betul.Mak tau ada sesuatu yang berlaku,kamu pun dapat rasakan benda nikan Sara?" Aku hanya menganggukkan kepala. "Akak tu susah sangat nak bukak mulut." "Itulah.Mak tau ada sesuatu yang terjadi.Kakak kamu tu selalu cuba selindungkan apa yang dia fikir,dia ingat mak dengan Sara tak perasan.Tapi dia lupa yang kita ni keluarga dia.Kita dapat baca riak dia." "Susahlah akak tu.Sara pun dah pujuk dia suruh luahkan,macam ada emas je dalam mulut dia tu! Hmmm." Mak menggeleng-gelengkan kepala. "Mak,sorry ye.Sara kena balik awal lah hari ni." "Asal?" "Sara dah janji dengan Syarifah nak buat homework sejarah dengan dia petang ni.Sorry ye tak dapat duduk lama dengan mak hari ni."Kataku dengan rasa bersalah. "Ohh,pasal tu je ke.Ha baguslah kamu tolong si Syarifah tu.Tak payah minta maaf Sara,kamu datang wad mak ni hampir setiap hari! Mak yang risau kamu nanti sibuk sangat." "Eh mana ada Sara sibuk kalau nak jumpa mak." Kalau aku sibuk pun,aku akan cuba juga cari masa untuk jumpa mak. "Iyalah tu.." Gumam makku sendirian kemudian menyambung melihat drama di televisyen.Aku hanya merenung wajah mak dengan lama.Tangan dan badan mak makin kurus,mukanya kelihatan berkedut dan cengkung.Di bawah mata mak terdapat lingkaran hitam kerana tidak cukup tidur.Rambutnya yang ditutup dengan serkup semakin nipis.Aku berasa sayu.Aku tahu..Aku tahu masa mak semakin hampir.Aku cuma tak nak percaya. Air mata yang ingin jatuh cuba aku tahan.Kau ni memang cengeng lah Sara,asyik menangis je.Kau kena nampak kuat depan mak,bukan sedih bagai nak rak macam ni! Aku mengambil nafas panjang sebelum membuka mulut. "Mak,makanlah sikit.Tak sentuh pun makanan tu." Tegurku secara tiba membuatkan mak terkejut. "Eh,nantilah.Mak tak ada selera." Aku tahu itu adalah salah satu simptomnya. "Ishh,makan sikit pun tak apa.Tengok tu tangan mak,dah kurus sangat! Meh sini Sara letakkan lauk dekat nasi." Kataku dengan beriya dan meletakkan lauk kari ayam dengan kentang itu di atas nasi.Mak memandang wajahku dengan curiga sebelum menganggukkan kepala perlahan-lahan.Aku tersenyum apabila melihat mak menyuap nasi ke dalam mulutnya perlahan-lahan.Ya Allah,lambatkanlah masa.Walaupun aku tahu itu mustahil. Pintu wad terbuka dan akak masuk kembali ke dalam wad bersama plastik di tangan.Dia menuju kearah aku dan mak lalu menunjukkan plastiknya yang berisi makanan. "Akak belikan nasi ayam dengan air untuk Sara.Nah."Kata akak dan menghulurkan plastik itu kepadaku. "Akak tak nak makan?" "Akak dah kenyang.Mak,akak balik dulu ye.Pejabat dah call tadi." "Ha,bawak si Sara ni sekali.Dia kata nak balik awal."Ucap mak dan menjuihkan bibir kearahku. "Kenapa nak balik awal pulak?" "Sara nak jumpa Syarifah kejap lagi." Aku bersuara dan bangun daripada kerusi untuk mengambil beg sekolah. "Lahh,nak jumpa dekat mana petang-petang macam ni?" Muka akak semakin berkerut. "Hissh,dekat rumahlah! Dekat mana lagi."Balasku dengan meluat dan menghulurkan tangan untuk menyalam tangan mak sebelum balik.Mak mencium dahiku seperti biasa. "Oh,akak lupa rumah Syarifah dekat dengan rumah kita." Rungut akak dan menyalam tangan ibu juga sebelum mencapai tas tangannya. "Hati-hati memandu bawak adik kau tu Shila!" Pesan mak apabila kami berdua di muka pintu. Akak tersenyum sebelum menganggukkan kepala dan berlalu pergi.Aku pula sudah melambaikan tangan kepada mak. "Jaga diri ye mak.Apa-apahal call,nanti Sara data-." "Iye,iye! Kakak kamu tu dah lambat nak pergi kerja.Ikut dia cepat Sara." Aku tersengih. "Ok,ok.Heheh.Assalammualaikum mak." "Waalaikummussalam." Aku terdengar suara mak buat kali terakhir sebelum menutup pintu wad dan mengekori akak ke lif.Masuk sahaja ke dalam kereta,akak tidak membuang masa untuk menghantarku pulang ke rumah kerana tindakannya agak terkocoh-kocoh. "Tak penat ke?" Tegur akak secara tiba membuatkan lamunanku putus. "Maksud akak?" "Tak penat ke datang wad mak setiap hari." "Buat apa nak penat,dekat je kan dengan rumah kita?" "Memanglah dekat.Dekat kalau naik kereta! Kau setiap hari balik sekolah naik bas.Lepas bas hantar rumah kau naik bas rapid KL pulak nak pergi hospital mak.Jalan kaki pulak tu.Tak payahlah paksa diri sangat untuk tengok mak setiap hari."Kata akak panjang lebar. Aku diam seketika. "Biarlah.Bagi Sara tak penat pun semua tu.Dah biasa." Jujurku. Akak hanya melepaskan keluhan panjang sebelum aku lihat kereta akak tiba di hadapan rumah.Pantas aku keluar daripada kereta sambil menarik beg. "Tunggu akak." "Apa lagi ni? Akak dah lewat nak masuk meeting nih!" Laju aku mengambil sesuatu di dalam beg dan menghulurkan kepada akak. "Sapu ubat ni dekat lebam pipi akak tu.Makin teruk Sara tengok." Akak terkejut. "Kau..Kau perasan kesan lebam ni?" Ucap akak dengan tidak percaya sebelum memegang pipinya perlahan-lahan. Aku mendengus. "Sara perasanlah! Ingat akak cover dengan foundation,mekap semua tu Sara tak nampak ke? Ini Saralah,mata Sara tajam.Ambik ni cepat! Kata dah lambat." Gesaku dan akak mengambil ubat itu perlahan-lahan.Dia kelihatan masih terkejut aku dapat menangkap kesan lebam di pipinya.Kenapa nak terkejut sangat?Lalu dia menggeleng-gelengkan kepala sebelum memandangku kembali. "Hati-hati duduk rumah.Kalau ada apa-apa terjadi terus 'call' akak!" Pesan akak dan aku hanya menganggukkan kepala dan melambaikan tangan sehingga kereta akak hilang daripada pandangan.Laju aku masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu.Kena cepat,nanti minah tu nak datang! Aku tak mandi dengan tukar baju lagi ni!Aduuh. Aku menolak pintu bilik dengan kasar sebelum membaling beg sekolah di atas katil.Secara tiba mataku tertancap pada buku lukisan Mikael di atas meja belajarku.Alamak,aku kena sorokkan buku tu! Tak nak Syarifah nampak! Laju sahaja aku mengambil buku itu dan sorokkan di dalam timbunan buku yang lain.Aku memerhati timbunan buku itu.Ok,good.Buku lukisan Mikael tak nampak daripada jauh.Tanpa membuang masa lagi,aku mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air. 30 minit kemudian.. Aku hanya memandang mulut Syarifah yang tidak boleh berhenti bercakap daripada tadi.Perggh,macam machinegun mulut minah ni.Tak berhenti-henti keluar ayat aku tengok.Syarifah sudah datang ke rumah aku sejak 30 minit yang lalu,jejak sahaja ke dalam rumahku dia terus menarik aku ke dalam bilik untuk menyiapkan kerja sekolah sejarah bersamanya.Siap sahaja kerja kami,dia terus menolak buku sejarah itu ke tepi dan menarik aku duduk bersila di atas karpet bilikku dengan muka terujanya.Yup,dia tidak sabar untuk memberitahuku tentang gossip terbaru yang dia tahu tadi.Dan sekarang mulut dia tak boleh berhenti bercakap.Oh my gosh,kepala aku mula pening. "Lepastu tetiba je kan semua pelajar dalam blok tu basah beb!Mula-mula cikgu semua panik tau,sebab ingat ada kebakaran besar.Sekali tak ada apa-apa pun,tapi aku dengar cerita jugak ada orang yang main api dekat sekolah tu.And then suddenly,polis pulak datang! Kau kenal tak-." "Tunggu,tunggu! Macam mana kau tahu semua ni dekat twitter?"Aku semakin keliru. "Budak sekolah kita Twit lah." "Kalau benda tu terjadi masa budak sesi petang tengah sekolah.Macam mana budak tu bukak twitter?" "Issh kau nih,dia bawak telefon dekat sekolahlah!Duhh.."Jawab Syarifah dengan bosan. Aku hanya memuncungkan bibir.Aku benci twitter.Aku dapat rasakan macam twitter ni nak balas dendam pulak pada aku.Ini dah kali kedua dia bagi masalah dekat aku hari ni! Ergghhh.Hate it. "Dengarlah ni Sara! Kau kenal Haziq,Rusydan dengan Faiz tak? Budak batch kita?" Aku menelan air liur sedalam-dalamnya. "Errmm,tak.Kenapa?" Sebenarnya..Aku baru kenal tadi. "Ala..Kau ni semuaorang tak kenal! Petang tadi,budak tiga orang tu kena tangkap dengan polis.Sebab dadah beb! Semuaorang tak terkejut sebab dah kenal sangat macam mana perangai budak geng tiga orang tuh.Tapi yang semuaorang terkejutnya sebab kenapa tetiba polis dapat tangkap diorang.Pelikkan?" Please stop talking.Please stop talking. "Lepastu diorang kata semuanya bermula dalam stor.Ada orang cakap jugak diorang nampak Mikael terlibat.Oh my gosh weh,crush aku tu buat masalah lagi! Aku tak tahulah nak fikir apa pasal-." "Syarifah." "Ye?" "Aku nak turun bawah kejap minum air.Boleh?" "Ohh? Pergi jelah.Aku tunggu sini." "O..Ok." "Sementara tu aku ambil balik mechanical pencil aku dalam pencil box kau ye?" "Ada dalam beg sekolah." Syarifah menganggukan kepala sambil tersenyum dan aku terus tidak membuang masa untuk bangun dan keluar daripada bilik.Aku bukan nak minum air seperti apa yang aku katakan pada Syarifah.Tak.Aku menuju ke tandas bawah dan membasuh muka. Ahh,tak boleh jadi.Aku tak tahu kenapa aku semakin gelisah bila Syarifah cerita semua tu! Macam mana kalau Syarifah tahu yang Mikael terlibat sekali dengan aku? Errgh,aku bukan tak percayakan Syarifah tapi dia tu suka sangat dengar khabar angin yang entah apa-apa.Aku rasa risau. Apabila terasa lama di dalam bilik air,aku meraupkan muka sekali lagi sebelum mendaki tangga.Tarik nafas panjang-panjang,aku menolak pintu dan sudah melihat Syarifah berdiri di hadapanku dengan wajah serius.Di tangannya terdapat jaket Mikael.Mataku membulat. "Sara,ni jaket siapa?" Shoot! Aku terlupa jaket tu dalam beg sekolah! "Aku kenal kau Sara,kau tak pakai jaket macam ni.Ini jaket lelaki!" "Err.." "Dan bau lelaki dekat jaket ni kuat sangat weh! Apa kau buat sebenarnya ni?"Syarifah memandangku dengan wajah curiga dan tidak percaya. "Dan jangan cakap kau ada pakwe sebab aku takkan percaya!Aku kenal kau Sara.Kau anti-lelaki." Nampak tak akak?Syarifah pun tak percaya yang Sara ni jenis bercinta.Aiissh. Aku melepaskan keluhan berat tanda mengalah.Tak ada guna nak sorokkan lagi,Syarifah dah tahu. "Ok.Kalau aku beritahu kau hal ni.Kau kena janji dengan aku tak beritahu siapa-siapa." "Beb,aku dah kawan dengan kau beberapa tahun.Kau tahukan perangai aku macam mana? Aku mana ada pernah bocorkan rahsia kau." "Aku tahu tu! Tapi kau selalu dengar cerita entah apa-apa dekat twitter.Aku risau kau jadik macam budak-budak yang post cerita dekat sana." Syarifah menggeleng-gelengkan kepala. "Sara,aku kawan kau.Aku takkan tergamak buat macam tu."Kata Syarifah serius dan aku cuba mencari kepercayaan di sebalik wajahnya. "Ok,ok.Sebenarnya-." Dan aku ceritakan pada Syarifah daripada A sehingga Z.Tapi bukan semua tentang cerita aku dan Mikael.Aku cuma ceritakan pada Syarifah apa yang terjadi di dalam stor.Tak lebih daripada itu. Mulut Syarifah tercengang. "Oh my gosh! So kau nak cakap pada aku yang kebetulan kau dengan Mikael ada dalam stor waktu tu?!" "Ermhh..Yup?" "Lepastu kau nampak diorang pukul Zaki semua tu?" "Iye.." "Lepastu Mikael bergaduh dengan diorang and then kau hidupkan pengesan pemba-." "Syarifah! Aku dah cerita semuanya tadi kan? Aku tak nak ulang." Geramku apabila tidak mahu dengar perkataan pengesan pembakaran.Tak suka! "Ohh,heheh.Ok,ok.Sorry.Maksud aku,wow! Aku tak sangka yang kau terlibat sekali.Issh,kalau aku tahu benda akan jadi macam ni! Dah lama aku tolong kau angkat meja tadi.Geramnya!Boleh terserempak lagi dengan Mikael lepastu tengok dia berlawan." Syarifah sudah tersenyum panjang apabila membayangkannya. Aku dah agak minah tu akan fikir macam tu.Aku ketuk jugak kepala dia nanti. "Kau tak nak tanya aku ke kenapa aku hidupkan pengesan pembakaran tu?" "Asal pulak? Kau buat macam tu sebab nak tolong Mikael kan?" "Iyelah.Maksud aku-kau tak rasa pelik ke aku buat macam tu?" Macam kakak aku dan Puan Vithia. "Tak.Sebab aku kenal kau.Kau memang suka buat benda pelik-pelik." Kata Syarifah kemudian tergelak.Aku sudah menampar lengannya dan mengetap bibir dengan geram. "Mana adalah!" "Iye,kau memang peliklah Sara! Hahahaha!" "Senyaplah."Rengusku. "Tunggu.Jadi jaket ni-." Syarifah memegang jaket Mikael di tangannya. "Kenapa dia bagi kau?" Sambung Syarifah. Responku hanya menjongketkan bahu tanda tidak tahu. "Sebab aku sejuk rasanya?Entahlah.Aku mana faham mamat tu." Syarifah merenung jaket itu lama sebelum memandangku semula. "Kau...Kau tak suka diakan?" "Taklah.Aku suka gila dengan Mikael." "What?!"Mata Syarifah membulat. Aku tergelak melihat reaksinya. "Kau ni Syarifah percaya sangat! Kau rasa aku suka mamat tu lepas berbuih aku nasihatkan kau tentang Mikael selama ni." "Haahlah!Hahaha..Bodohnya aku." Syarifah tergelak kecil dan melepaskan nafas lega. "Aigoo..Minat sangat dengan mamat bermasalah tu! Lupakan jelah dia tu Syarifah,aku tak nak kau-." "Ok,ok.Aku tak nak dengar kau membebel lagi mak cik.Boleh tak esok aku temankan kau bagi jaket ni dekat dia? Bolehlah!" Gesa Syarifah dan memegang jaket Mikael dengan erat. Issh,issh,issh.Parah minah ni.Laju sahaja aku merampas jaket itu kembali dan balingnya di atas katil. "Tak payahlah weh.Sekejap je aku nak pulangkan." "Alala,sebab sekejaplah aku nak temankan!" "Tak payah! Jangan nak ngada-ngada. Aku nak hantar je jaket lepastu tamat,habis cerita,the end.Faham?" "Kau ni degil lah." "I don't care.Aku tahu perangai kau macam mana Syarifah,nanti entah apa-apa kau nak cakap dengan crush ko tu." "Hmmphh.Iyelah,iyelah.." Syarifah memuncungkan bibir yang hanya membuatkan aku tergelak kecil.Obses sangat dengan mamat tu!Entah apa-apalah minah ni. ******************* Aku menjeling kearah jam sekali lagi sebelum memasukkan barang ke dalam beg sekolah terkocoh-kocoh.Ok,ok! Buku sejarah dah bawak,kalkulator,buku lukisan Mikael.Oh,jaket mamat tu ada dalam beg plastik.Nice.Semua aku dah bawak.Aku tersenyum kecil.Alamak,dah lambat! Tanpa membuang masa lagi aku memakai beg sekolah dan turun tangga dengan laju.Buka sahaja pintu,van telah datang tepat pada waktunya di hadapan rumahku.Cepat pulak acik ni datang pagi ni,selalunya lambat. Tiba sahaja di sekolah aku terus menuju ke kantin untuk menemui Syarifah seperti biasa.Masuk sahaja ke dalam kantin aku agak terkejut kerana ramai pelajar yang duduk di sini sementara menunggu loceng pertama untuk masuk ke dalam kelas.Apahal ramai sangat? Selalunya diorang semua duduk dekat dataran perhimpunan.Malas untuk berfikir panjang aku terus mencari kelibat Syarifah dan menuju kearahnya.Aku perasan sesuatu.Kantin terlalu bising pagi ni,mesti pasal gossip semalam.Sabar jelah. Tengok Syarifah yang sibuk menyelesaikan masalah addmath di buku,mukaku berkerut seribu.Tak suka Addmath.Erggh.Aku terus meletakkan beg sekolahku di sebelah Syarifah dan mengeluarkan dompet. "Weh aku nak beli air kejap.Ko nak apa-apa tak?" Syarifah tidak mengendahkanku,fokus sangat dengan bukunya. "Woi!" "Issh,apa?" "Nak apa-apa tak?" "Tak nak.Shoo,shoo.Jangan kacau aku selesaikan ni.." Katanya lagi dengan selamba sebelum menekan kalkulator.Suka hati kaulah! Malas untuk melayan Syarifah lagi aku terus menuju ke gerai menjual air.Aku tak tahu kenapa,tapi sejak akhir-akhir ni aku ada tabiat beli air soya setiap hari dekat kantin.Tak tahulah sebab apa,mungkin sistem dalam badan aku dah berubah ke apa ke.Entah. "Acik nugget RM1 !" "Acik,acik! Air mineral!" "Roti dua cik!" Aduuh.Ramai gila.Aku cuba menyelinap di sebalik orang ramai dan mencapai kotak yang banyak berisi air kotak.Tidak sempat tanganku ingin mencapai air kotak soya,seorang pelajar ingin keluar daripada sesakan orang ramai membuatkan aku terpaksa kebelakang.Ish! Aku cuba menyelinap sekali lagi dan akhirnya dapat mencapai air kotak soya dalam kotak.Yes! "Acik air kotak soya ni satu!" Ucapku namun suaraku tenggelam dalam lautan suara pelajar.Semua orang terlalu tidak sabar untuk bayar.Badanku semakin kebelakang kembali apabila ramai yang berdiri di hadapanku. "Acik,acik!" Kenapalah aku pendek!Aku menjongketkan kaki sedikit dan mengangkat tangan dengan air kotak di tangan.Harapan agar acik nampak aku di sebalik sesak orang ramai. "Acik,air kotak ni satu!" Jangan sampai aku bawa bendera putih nanti. "Acik! Air kotak sa-." Tidak sempat aku ingin menjerit sekuat hati,air kotak di tanganku diambil seseorang.Aku terkejut dan pandang belakang.Ternyata terdapat Mikael yang berada tepat dibelakangku.Dan cuba teka sesuatu? Mukanya kelihatan agak teruk dengan kesan lebam yang hampir pulih di rahangnya dan bibirnya kelihatan sedikit terluka.Mata aku tak berkedip dan secara tiba suasana di kantin senyap seketika.Mungkin tidak menyangka bahawa Mikael yang sedang berdiri di belakangku.Lagi-lagi mamat ni merupakan tajuk utama gossip hangat pagi ni.Mikael mana pernah pergi kantin pada waktu pagi.Mata-mata di kantin mula terarah padanya. "Hei,itu air-!" Dia tidak mengendahkanku dan terus berjalan di hadapan acik kantin dengan senang.Aku agak terkejut kerana sesakan pelajar tadi semua telah hilang.Semua orang fokus pada Mikael.Aku berasa meluat.Mamat tu bukannya selebriti,kenapa nak bagi laluan bagai! Erggh.Mungkin semuaorang lebih kepada rasa takut. Dia mengambil air mineral dan menghulurkan duit kertas untuk membayar kepada acik kantin dengan selamba.Dia turut membayar air kotak soyaku sekali.Aku sudah berasa geram gila.Dia curi air kotak soya aku! Selepas bayar Mikael berdiri di hadapanku kembali membuatkan aku pelik.Dia memberikan senyuman kecil yang aku balas dengan renungan tajam.Dia menghulurkanku air kotak soya membuatkan aku memandangnya dengan wajah berkerut.Dia menggoncang-goncangkan air kotak tersebut sebagai tanda menyuruh aku mengambil minuman di tangannya dengan cepat.Laju aku menerima huluran itu dengan terpinga-pinga.Dia bagi aku? "Minum air ni,lepastu jadi tinggi cepat." Ucapnya lagi sebelum tersenyum sinis. Darahku sudah mendidih. "Pendek." Kutuknya lagi. "Hei-!" Tidak sempat aku ingin membalas,dia tergelak kecil sebelum berlalu pergi dengan selamba dan terus menuju kearah blok.Grrr! Dia berani tergelakkan aku pulak tu!Memang ketinggian aku macam ni habis nak buat macam mana?! Dengan perasaan bengang aku menuju kembali kearah Syarifah dengan tidak puas hati.Aku berasa terlalu geram sehingga aku tak perasan yang mata-mata di kantin sudah berpindah kearahku.Ohh,jadi dia belanja aku air ni supaya aku tinggi cepatlah ye! Cis,tak guna punya Mikael.Hmmph,aku yang untung sebab dia belanja aku.Blekk. Tidak sempat aku ingin mencucukkan penyedut minuman ke dalam air kotak,aku menoleh untuk memandang Syarifah.Minah itu hanya memandang aku dengan mata membulat. "Kenapa?"Soalku dengan pelik. Syarifah masih memandangku dengan riak yang sama membuatkan aku bingung.Ada apa-apa ke dekat belakang aku? Aku pandang kebelakang namun tidak ada apa-apa. "Apahal kau ni?" Aku menegur Syarifah lagi. Syarifah menggeleng-gelengkan kepala sebelum menjeling kearah minuman air kotak soya di tanganku.Ohh,aku faham! Sebab tadi ni Mikael bagi aku,mesti dia nak sikit. "Kau nak sikit?" Kataku dan menghulurkan air kotak itu kepadanya. Syarifah mendengus kasar membuatkan aku terkejut sebelum dia berdiri tegak. "Aku nak pergi tandas sekejap." "Eh,kejap lagi nak masuk kelaslah.Beg kau macam mana?" "Biar jelah! Nanti aku ambil sendiri.Kau pergilah masuk kelas dulu."Ucapnya dingin dan terus berlalu pergi. Otak aku semakin berpusing-pusing.Apahal si Syarifah tu? Takkanlah dia jeles? Issh pasal minuman je kut! Ieee,dia nih.Tidak sempat aku menyedut,kehadiran tiga orang yang duduk di hadapanku secara tiba membuatkan aku terkejut.Shofiah,Yaya dan Aina yang merupakan rakan sekelasku melihat wajahku dengan tidak percaya. "Weh,kau rapat dengan Mikael ke?!"Soal Shofiah. "Sejak bila?! Aku tak pernah nampak korang bertegur sapa pun selama ni?" Aina menyampuk. "Err..Assalammualaikum?" Sengaja aku memberi salam apabila mereka datang kepadaku dengan terus soalan bertubi-tubi. "Ehehe,sorry,sorry.Waalaikummussalam.Back to the topic,kau dengan Mikael ada apa-apa ke? Kenapa dia belanja kau air?!" Kata Yaya dengan tidak percaya. "Biarlah dia belanja aku air.Salah ke?" "Salah! Sebab kitaorang tak pernah tahu pun korang rapat."Bentak Aina. Aku melepaskan keluhan.Perlu ke? What are you guys? Paparazzi Mikael? "Korang ni paparazzi ek?"Perliku. "Boleh dikatakan macam tulah.."Shofia hanya tersenyum sumbing. "Aku dengan Mikael tak ada apa-apalah.Kawan pun tidak.Tak perlulah korang bising." "Masalahnya,ini kali pertama semuorang nampak dia tergelak tadi! Buat pertama kalinya dalam tahun ni sebelum dia berubah jadi pelik gila!" Haiiih.Aku rasa macam nak ketuk je kepala atas meja layan budak tiga orang ni.Kalau datang kepada aku untuk bincang kerja rumah tak apa jugak. "Apa salah dengan tergelak?Diakan manusia,mestilah kena gelak." Aku boleh nampak yang mereka bertiga mula geram dengan jawapan basi- basa ku. "Ieee,bukan! Kau taukan perangai Mikael selama ni,dia mana pernah-." Kringggg! Alhamdulillah!Ini pertama kali dalam hidup aku,aku rasa lega dengar loceng tu berbunyi.Selama ni rasa malas je nak masuk kelas. "Oklah loceng dah berbunyi,aku pergi dulu ye!" Laju sahaja aku menarik beg dan mengangkat kaki.Dapat aku tangkap dengusan tidak puas hati mereka tiga yang membuatkan aku menggelengkan kepala.Semua orang kecohkan sangat pasal Mikael! Apa istimewa sangat mamat tu? Dia tu sudahlah asyik buat masalah je.Tahu tak ada banyak benda yang aku boleh fikir daripada terfikirkan pasal mamat tu 24 jam! Macam...Err macam-ha! Global warming.Yes.Nampak sahaja tong sampah,aku terus membuang air kotak ke dalamnya dengan geram. ********************** "Ingat ye,jangan ulang kesalahan macam ni lagi! Banyak saya tanda kertas,semua buat kesalahan yang sama.Masa SPM ingat formula yang saya bagi ni betul-betul.Saya tak nak pelajar saya buat kesilapan yang 'careless' lagi!" Lantang Suara Puan Nora memberi teguran.Sesetengah pelajar hanya menganggukkan kepala termasuk aku.Kemudian loceng berbunyi menandakan waktu rehat. "Ok,kamu semua boleh keluar sekarang.Ingat apa yang saya pesan." Ucap Puan Nora buat kali terakhir sebelum menuju ke meja dan menyusun buku-bukunya ke dalam beg.Laju aku menutup buku dan simpan ke dalam beg.Apabila terpandang beg plastik yang terdapat jaket Mikael di dalam begku.Aku terkedu seketika.Hmm,bila aku nak bagi dekat mamat tu ek? Waktu rehat? Tak,tak.Waktu rehat terlalu singkat dan aku tak nak gadaikan masa makan aku untuk cari mamat tu.No way.Masa baliklah,aku rasa mamat tu selalu balik lewat.Harap-haraplah.Zip semula begku,aku memandang Syarifah yang masih ralit menyalin nota. "Lama lagi ke kau nak salin nota?" "Banyak lagi.Kau pergilah rehat dulu,sebab lepas ni aku nak pergi tandas pulak." "Ya Allah,sejak bila kau salin nota lambat sangat ni?" "Sejak aku kuat berangan,heheh." Sengih Syarifah dan sambung menyalin notanya dengan tergesa-gesa.Aku hanya merenung perbuatannya sebelum membuka mulut. "Kalau macam tu aku pergi kantin dulu ek." "Pergilah dulu!" "Oh,tak,tak.Aku nak singgah surau nak buat solat dhuha sekejap.Lepastu aku tunggu kau dekat kantin.Jangan lambat!" Jeritku sebelum keluar daripada kelas dan Syarifah hanya menganggukkan kepalanya dengan laju.Tidak ingin membuang masa lagi,aku turun menuruni tangga dan terus menuju kearah surau sekolah.Sedikit sahaja pelajar yang menunaikan solat sunat dhuha pada waktu begini.Selesai mengambil whuduk aku terus melaksanakan solat sunat dhuha dua rakaat dan membaca doa yang agak singkat.Aku membetulkan bentuk tudung aku seketika sebelum menyarung kasut dan keluar daripada surau.Daripada jauh aku tidak nampak langsung kelibat Syarifah.Meliar mata aku mencari namun batang hidung minah tu langsung aku tak dapat kesan.Lama sangat dia pergi tandas?Entah-entah cirit-birit. Risau tentang Syarifah,aku naik ke atas blok sekolah semula dan mengintai ke dalam tandas perempuan.Tak ada orang.Eh,mana dia ni? Aku bergerak kearah kelas dengan laju dan masuk ke dalam.Kelihatan nota Syarifah masih tidak selesai dan aku melihatnya dengan pelik.Kemudian mata aku perasan sesuatu,zip beg aku terbuka.Ada orang bukak beg aku! Dengan pantas aku memeriksa isi dalam beg aku untuk memeriksa apa yang hilang.Barang aku semua ada,kecuali satu je yang hilang.Plastik yang terdapat jaket Mikael di dalamnya.Perasan benda itu hilang aku terus menjatuhkan beg aku di atas meja dengan bengang dan merengus kasar. Syarifah! Ieeee,kenapa dengan dia tu?! Tergamak dia buat macam ni dekat aku! Aku mundar-mandir di dalam kelas dengan nafas turun naik.Aku tak sangka yang Syarifah akan bertindak sejauh ni! Sebab Mikael.This is crazy! Kringg! Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat dan pelajar berpusu-pusu masuk kembali ke dalam kelas.Keadaan riuh rendah seketika di dalam kelas namun aku hanya mengetuk-ngetuk jari di atas meja menunggu kelibat Syarifah di sebalik pintu.Mana dia ni?! Aku menarik nafas panjang-panjang.Sabar Sara,sabar. Lihat sahaja Syarifah di muka pintu bersama plastik di tangannya,terus aku bangun daripada kerusi.Aku menuju kearahnya dengan tidak puas hati dan menarik tangannya keluar daripada kelas. "Ikut aku sekejap!"Aku cuba menahan marah dan menarik Syarifah bersamaku sehingga di hadapan tandas.Keadaan sekeliling kami kosong,kerana semua pelajar telah masuk ke dalam kelas masing-masing.Aku tahu cikgu Syahrul akan datang lewat ke dalam kelas kami hari ni,jadi aku sengaja mengheret Syarifah keluar daripada kelas.Aku melihat Syarifah menelan air liurnya sedalam yang mungkin. "Sara-." "Weh.Kau nak buat apa ambil jaket Mikael dalam beg aku sebenarnya?"Aku mengambil beg plastik itu di tangan Syarifah dan menunjukkan benda itu di hadapan matanya. Jelingan tajam aku beri. "Aku..Aku nak-." "Kau nak jumpa diakan!?Tak,kau dah jumpa dia! Ya Allah!" Aku berasa tidak percaya. "Argghh,janganlah over sangat weh! Aku tolong kau bagi jaket ni pada Mikael je.So what?Aku dah selesaikan masalah kau,kau kan tak suka dia." Mataku membulat.So what?! "Masalahnya ,aku tak sangka yang kau akan buat macam ni pada aku!" "Buat apa?!Apa kau merepek? Kau kata tak suka Mikael,yang kau marah sangat aku ambil jaket dia ni kenapa?" Soal Syarifah dengan jengkel. Aku sudah melepaskan nafas panjang. "Ini bukan pasal Mikael Syarifah.Aku tak kisah langsung kalau kau nak bagi jaket ni dekat Mikael.Tapi mintaklah kebenaran aku dulu!" "Pfft,sekarang nak pegang jaket crush aku pun kena mintak kebenaran kau? Kau memang suka diakan!" Oh my gosh! "Kenapa dengan kau ni beb?!Sejak bila kau jeles tak bertempat macam ni?" Mukaku sudah berkerut seribu. "Tak,bukan aku yang bermasalah.Kau yang sorokkan perasaan kau daripada aku.Aku nampaklah cara Mikael layan kau lepastu kau cuba cover macam tak suka dia." "Ini bukan masalah aku suka Mikael atau tak!Kau nak sangat mamat tu kau ambiklah.Kau kawan aku,aku percayakan semua benda pada kau.Bila kau buat macam ni dekat aku,macam mana kau expect aku nak percayakan kau lagi?"Nadaku jelas dengan kehampaan. Sebab lelaki Syarifah buat macam ni dekat aku.Sebab lelaki.Aku tergelak kecil memikirkan apa yang berlaku.Syarifah hanya melemparkan pemandangan ke tempat lain dengan riak tiada perasan.Aku menggeleng-gelengkan kepala. "Mikael cakap apa dekat kau?"Soalku. Muka Syarifah kelihatan ketat apabila aku menyoalnya dan dia mendengus bengang. "Aku tak nak cakap hal ni." "Aku kena tahu Syarifah."Aku menekan nada. "Argghh!" Syarifah mengambil nafas panjang sebelum menatap mataku dengan geram. "Mikael kata dia tak nak tangan jijik aku pegang jaket dia.Hmmph! Dia nak kau sendiri yang datang dan hantar jaket tu pada dia.Habis sekolah nanti." Aku diam seketika. "Gembiralah kau kan,ada peluang dengan dia.Kau tahu aku suka dia,tapi kau masih-." "Aku..Aku tak tau nak cakap apa dengan kau Syarifah.Kau fikirlah sendiri." Kataku dengan dingin dan terus berlalu pergi meninggalkan Syarifah yang tergamam di depan tandas.Aku betul-betul kecewa sekarang.Kecewa pada Syarifah.Marah pada Mikael.Aku ingat tunaikan solat dhuha akan membuatkan hari ini akan menjadi lebih tenang.Aku silap.Allah ada benda lain yang nak tunjukkan pada aku. ******************** Ada satu rokok yang telah habis di tanah.Kemudian aku lihat Mikael mengambil satu lagi rokok di dalam kotak dan menghisapnya.Jujur aku kata,melihat Mikael sekarang,adalah pemandangan yang sedih.Cara dia tidak boleh berhenti hisap rokok di bibirnya.Dan melepaskan asap dengan lega.Aku boleh baca betapa banyak keperitan hati dia sekarang walaupun dia cuba memakai topeng dengan muka 'tak ada perasaan'.Separuh hatiku rasa kesian melihat keadaan Mikael sekarang,dia baru pelajar sekolah menengah.Bukan ini yang patut dia ketagihkan.Separuh lagi hatiku berasa marah.Yang amat.Sebab Mikael Syarifah buat macam tu pada aku,dan mamat tu selalu libatkan aku dalam masalah. Tamat sahaja sekolah aku terus mencari Mikael di belakang blok sekolah,padang dan belakang bengkel kemahiran hidup.Namun bayang mamat tu tiada.Aku menuju ke stor sekolah dan terjumpa kelibatnya yang enak menghisap rokok sambil menyandarkan badannya di dinding stor.Aku mengetap bibir dengan geram dan laju meluru kearahnya.Mikael yang baru sedar dengan kelibatku menjatuhkan puntung rokoknya di atas tanah dan memijaknya.Satu senyuman sinis dia berikan padaku sebelum aku berhenti di hadapannya.Aku memberikan dia jelingan bengang sebelum mengeluarkan buku lukisan dan jaketnya di dalam begku.Aku menolak benda itu kearah dadanya dengan kasar memaksa Mikael untuk memegang barangnya dengan terkejut. "Nah! Sekarang mana MP3 saya?" Ucapku laju dengan nada dikawal.Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa aku menyampah untuk melihat wajah dia sekarang. Mikael tergelak sebelum menjatuhkan barangnya di atas tanah membuatkan aku terkejut. "Kau memang mudah percayakan orangkan?"Soalnya secara tiba. "Apa maksud awak?" "Macam mana kau rasa sekarang? Bila dapat tahu kawan kau macam tu."Sinisnya berkata seakan-akan gembira melihat keadaan aku sekarang. Darah aku memang sudah menggelegak. "Apa masalah awak?! Awak memang suka ke tengok saya bertengkar macam tu dengan kawan saya?" "No.Yes.Maybe.Rasa kelakar bagi aku."Dia tersenyum lebar. Aku melihat wajahnya dengan tidak percaya. "Awak anggap ni kelakar? Bagi saya sekarang yang paling kelakar adalah awak.Saya macam nak tergelak tahu ada manusia macam awak." "Ohh,sekarang kau nak kutuk lepastu salahkan aku pulak.Patutnya kau berterima kasih pada aku sebab sedarkan kau.Naif." Kesabaran aku memang sudah hilang apabila mendengar ayat naif keluar daripada bibir Mikael. "Kenapa awak jadi macam ni Mikael?! Macam mana awak boleh suka dengan kesengsaraan orang?Pengalaman apa yang awak lalui sampai bentuk diri awak macam ni?" "Dan kenapa aku perlu ceritakan pengalaman aku pada kau?"Dia mencabarku lagi. "Tak ada sebab! Sebab saya betul-betul nak tahu.Saya ikhlas nak tahu kalau awak nak ceritakan pada saya." Mikael tergelak sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. "Buang masa aku cerita dekat kau." Dia menatap mataku dalam-dalam. "Bagi aku,orang macam kau.Tak hidup lebih lama untuk tahu sengsara aku macam mana.Atau kau takkan tahu pun."Katanya dengan serius. Argghh! Sombong! How can he be so selfish?! Dia selalu fikir yang hanya dia seorang sahaja yang sengsara dalam dunia ni sampai rasa nak mati! Tak pernah ke dia bukak mata dan lihat ada orang lagi teruk dan sengsara daripada dia! Dan dia ingat hidup aku penuh dengan gembira dan warna-warni.Macam mana dengan mak aku? Dia ingat aku gembira bila dapat tahu yang mak aku akan meninggal?! Dia ingat aku akan 'live happily ever after' sementara dia berterusan sengsara? Aku cuba tahan air mata dan tabah untuk mak aku,tapi sekarang Mikael seperti menggoncangkan ketabahan itu.Dia nilai aku tanpa tahu apa yang aku lalui. "Habis kata?"Perli Mikael apabila melihat aku hanya senyap dan memandangnya seperti menahan kemarahan. "Awak ingat awak seorang je yang sedih dalam dunia ni?Awak nak tahu sesuatu,saya tahu ramai orang yang ada pengalaman pahit.Pahit sangat sampai diorang rasa nak mati macam awak.Tapi mereka tak lakukannya.Mereka tak bunuh diri sebab mereka bukan pengecut.Mereka bukan pengecut macam awak." Keluar sahaja ayat itu daripada mulutku,wajah Mikael kelihatan tersentak.Secara tiba dia menghentakkan bahuku di dinding dengan kasar dan menatap mataku dengan kemarahan membara.Belakangku terasa sakit dan aku memandang matanya perlahan-lahan. "Pengecut?! Aku? Hahahah!" Dia tergelak membuatkan aku berasa takut.Aku cuba menjarakkan wajah kami namun Mikael hanya merapatkan lagi.Dia menumbuk dinding di sebelah kepalaku sekuat hati membuatkan aku hampir terloncat kecil kerana terkejut. "Kau tak tahu apa-apa tentang aku!Jadi jangan berlagak macam kau tahu semuanya." Aku menoleh ke tepi apabila jarak kami terlampau dekat dan mata Mikael semakin mencerlung.Aku perasan yang tangannya mula berdarah dan mulutku terbuka sedikit.Ada sedikit kesan darah di dinding.Hatiku berdegup lagi apabila Mikael menarik wajahku untuk memandangnya.Dia memegang daguku dengan erat. "Takut dengan aku?"Soal Mikael apabila dapat mengesan tanganku mula berketar.Aku tak tipu.Aku kecut perut dengan baran Mikael sekarang. "Tak!Dan saya masih maksudkan apa yang saya cakap tadi."Beraniku dan mengawal suaraku yang mula gugup. Mikael ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepala sebelum menjauhkan dirinya daripada aku. "Jangan tipu diri sendiri,princess." Sindirnya dengan senyuman panjang sebelum ingin berlalu pergi. "Awak pun tak boleh tipu diri sendiri Mikael.Saya tahu,kalau awak bunuh diri pun,perasaan sedih tu takkan hilang." Langkah Mikael yang membelakangiku terhenti.Aku dapat lihat dia mengeratkan buku limanya seperti menahan kemarahan sebelum dia meneruskan jalan.Nafasku pula sudah turun naik dan aku cuba menenangkan dadaku yang kencang akibat perbuatan Mikael tadi. ********************* Kepala aku pening.Aku tak boleh lupakan langsung apa yang terjadi diantara aku dengan Mikael tadi.Bila aku fikir balik,macam mana aku boleh berani sangat beritahu Mikael yang dia tu pengecut? Mungkin sebab aku rasa geram sangat kut.Ya,sangat geram.Disebabkan terlalu memikirkan tentang hal itulah,aku hampir terlanggar kerusi roda pesakit hospital tadi semasa aku berjalan.Sempat aku tersenyum sumbing dan meminta maaf namun mak cik itu hanya menganggukkan kepalanya dan terus berlalu pergi.Aisshh,buat malu je! Berhentilah fikir pasal mamat tu. Macam biasa,balik sahaja daripada sekolah aku terus menuju ke hospital mak.Sementara itu aku sempat menukar beg sekolahku dengan bag sling bag kipling warna merah yang aku beli tahun lepas.Aku malas untuk menukar baju sekolah jadi aku hanya menukar beg kerana beg sekolahku hari ni agak berat.Aku keluar daripada lif apabila sampai di tingkat wad mak.Laju aku menutur langkah ke wad mak dan tidak sempat aku ingin menolak pintu.Suara lelaki yang berumur 40-an membuatkan perlakuan aku terhenti. "Betul puan tak nak beritahu anak puan?"Suara lelaki itu agak risau. Ohh,itu doktor mak aku. "Betul doktor..Betul.Uhuk!Uhuk!" Suara mak kelihatan sangat lemah. "Tapi sekarang keadaan puan makin teruk.Selera makan puan makin merosot,berat badan pun dah susut.Kami terpaksa masukkan air gula dalam badan puan,puan tak cukup nutrient." "Tak apa doktor.Saya tahu saya akan alami benda ni jugak.Saya ni menunggu masa je." "Jangan macam ni puan.Saya tengok dua orang anak puan tabah datang sini setiap hari.Terutama anak puan yang muda remaja tu.Jangan hampakan mereka puan." Mak senyap seketika. "Baiklah.Saya akan paksa diri saya makan." "Macam tulah semangatnya puan." Hatiku rasa hiba dan laju aku menjarakkan diriku daripada pintu wad.Aku berlari kearah tandas wanita membuatkan pesakit dan nurse di tingkat itu memandangku dengan pelik.Tutup sahaja salah satu pintu bilik air,aku duduk di atas tandas dan membiarkan air mataku bergenang tanpa ditahan lagi.Ahh,kenapa aku macam ni? Aku kata nak jadi tabah tapi kenapa aku selalu menangis kalau tengok keadaan mak macam tu! Aku mengesat-ngesat air mataku dengan kasar. Tabah,tabah,tabah. Aku membaca mantra itu seribu kali dalam hati sebelum menarik nafas panjang.Bukan kau seorang je Sara.Mak kau pun sengsara melawan sakit dalam wad tu.Tahan kesedihan kau.Ok,ok.Apabila hampir setengah jam aku menahan air mata di dalam tandas,aku keluar daripada tandas dan membuka air di singki.Laju aku membasuh mukaku yang comot dan merenung cermin dengan lama.Bagus,mataku tak sembap walaupun agak pelik kerana aku menangis agak lama tadi.Alhamdulillah lah,aku tak nak mak perasan yang aku menangis. Keluar sahaja daripada tandas aku menuju ke lif untuk pergi ke kantin.Aku tahu mak akan risau sebab kelihatan aku agak lewat untuk lawat mak seperti biasa.Tapi aku nak beli air agar dapat menenangkan sedikit hati aku sekarang.Aku memegang erat tali begku dan lif berbunyi menandakan telah sampai.Pintu lif terbuka dan aku bersedia untuk masuk sehinggalah aku perasan terdapat seorang sahaja susuk tubuh di dalam lif saat ini. Mikael. Aku agak terkejut dengan kehadiran Mikael di dalam lif itu.Dia memakai T-Shirt berwarna kelabu dengan seluar jeans berwarna hitam.Rambutnya kelihatan serabut seperti dia sudah meraupkan rambutnya banyak kali.Apa dia buat dekat sini? Mikael memandang mataku tepat-tepat namun aku hanya membuat bodoh dan masuk ke dalam lif.Tutup sahaja pintu lif aku menekan butang bawah sekali dan berdiri tegak di hadapan Mikael.Dia buat apa datang sini? Nak bunuh diri lagi? Hmmm,lantak dialah.Aku sudah malas ingin melayan karenahnya,lagi-lagi dia suka kutuk aku.Mikael masih kaku berdiri dibelakangku.Aku dapat rasakan renungan dalamnya dibelakangku namun aku cuba sedaya upaya membuat riak biasa.Riak sombong untuk lebih tepat. Pintu lif terbuka dan aku bersedia untuk melangkah keluar.Namun langkahku terhenti apabila Mikael memegang tali begku secara tiba membuatkan aku kebelakang.Tangan Mikael yang berdarah tadi telah berbalut.Aku hanya pandang wajah Mikael dengan berkerut apabila dia memegang tali begku dengan erat dan menatap mataku dalam-dalam. "Kau kata kau ikhlas nak dengar cerita aku kan?" Aku terkedu. "Aku nak kau dengar cerita aku sekarang." Katanya lagi dengan serius membuatkan aku memandangnya dengan tidak percaya.Aku tidak sedar bahawa pintu lif telah tertutup. People are useless.Selalunya aku tak kisah pasal orang.Bodohnya.Kenapa aku bagi jaket aku. -M What you can't say owns you.What you hide controls you.
Aku hanya melihat Mikael dengan bingung.Apa maksud dia? Bukankah Zaki tu kawan dia! Ok,ok.Ex-kawan.Tapi takkanlah Mikael sekejam itu sampai sanggup melihat ex-kawan dia sendiri kena buli depan mata! "Pergilah selamatkan kawan awak tu!"Bisikku lagi dengan nada mendesak. Mikael buat bodoh,matanya hanya fokus menyaksikan apa yang terjadi.Geramnya!Tidak sempat aku ingin membuka mulut lagi,suara mereka membuatkan aku terkejut. "Weh,bangunlah! Apahal lemah sangat." Kata salah seorang daripada mereka dan menendang kaki Zaki yang terduduk di atas tanah. Aku hanya melihat Zaki yang mengerang kesakitan dan hanya mampu memberikan mereka pandangan tajam.Aduuh.Kesian Zaki! "Bila kau dah tak dengan Mikael,kau datang dekat kitaorang.Kitaorang suruh kau buat benda simple je kut.Takkan itu pun tak boleh buat." Seorang pelajar lelaki yang berbadan gempal mencangkung di hadapan Zaki.Dia menarik kolar Zaki dengan kasar dan merapatkan wajah mereka. "Kau yang nak sangat jadi geng kitaorang kan? Sekarang ikutlah cara kitaorang."Katanya dengan sinis dan memberikan Zaki panahan mata yang tajam. "Ah,kisah apa aku! Aku tak naklah buat benda bodoh tu! Aku boleh cari geng lain yang-" Tidak sempat Zaki menghabiskan kata,pelajar lelaki itu menampar kepala Zaki dengan kuat membuatkan kepala Zaki berpusing dengan kasar. "Sakitlah bodoh!" Bengang Zaki. "Faiz,bak benda tuh." Arah pelajar lelaki yang berbadan gempal itu kemudian berdiri tegak.Dia memandang Zaki yang berada di tanah dengan bongkak. Lelaki yang aku rasakan bernama Faiz mendekati pelajar lelaki yang berbadan gempal itu kemudian mencari sesuatu di dalam kocek seluarnya.Dia tersenyum apabila menjumpai benda yang dicari kemudian membaling benda itu di atas tanah.Dihadapan Zaki.Zaki memandang benda kecil itu dengan muka berkerut. "Kau nampakkan macam mana aku,Faiz dengan Haziq buat semlam.Buat.Sekarang."Arahnya dengan serius. Faiz dan budak lelaki yang aku rasakan Haziq membuat 'high-five' dengan senyuman sinis.Kemudian Haziq mendekatkan lagi benda kecil itu di hadapan Zaki menggunakan kasutnya dengan senyuman lebar. "Jangan risau bro,benda ni akan buat hidup kau lagi seronok!Kau takkan fikir apa-apa masalah.Betul tak Rusydan?Hahaha!" Lelaki yang berbadan gempal itu menganggukkan kepalanya dengan perlahan.Aku sudah lihat Zaki menggelengkan kepalanya banyak kali dan menjauhi benda itu daripadanya. Aku menutup mulut dengan tidak percaya.Mana diorang dapat benda tu?!Aku tak bodoh.Walaupun dalam kegelapan dan aku tak dapat melihat objek itu dengan jelas.Aku tahu benda yang berada di atas tanah itu adalah dadah.Tak silap lagi,paket kecil yang padat dengan serbuk putih itu merupakan dadah! "Itu....Dadahkan? Diorang..diorang nak zaki-." Aku tak dapat menghabiskan kata apabila menangkap Mikael tersenyum dengan lebar.Seperti apa yang terjadi dihadapannya sekarang sungguh menarik.Dia tergelak kecil membuatkan mataku membulat.Dia tergelak dalam keadaan macam ni?! Aku melihat Mikael dengan tidak percaya.Tangan dan dahi aku sudah berpeluh-peluh macam nak banjir.Serius aku terkejut,sebab dalam hidup aku tak pernah hadapi situasi macam ni.Macam mana mamat ni tenang sangat?! "Sampai mati pun aku takkan hisap benda tu!"Bentak Zaki dengan berani dan bangun daripada tanah. "Hahaha,ok.Haziq,pegang dia." Arah Rusydan kemudian laju sahaja Haziq memegang kedua belah tangan Zaki dibelakang dengan erat.Rusydan membuat isyarat mata kepada Faiz dan Faiz hanya menganggukkan kepala dengan senyuman.Faiz memegang rahang Zaki dengan kasar dan memaksa Zaki membuka mulutnya. "Mudah je.Kalau kau tak nak kitaorang akan guna cara kasar."Kata Haziq dengan seronok. "Lepaslah wei!" Berontak Zaki dan wajahnya mula resah. "Rusy,cepat bukak paket tu!Hahaha." Arah Faiz dengan gembira dan aku lihat Rusydan mengambil paket itu kembali dan membukanya perlahan-lahan. Ini semua terlalu kejam! Aku membeku dan mataku tidak berkedip memandang apa yang berlaku.Diorang nak paksa Zaki hisap benda tu! Nafas aku sudah turun naik.Namun,aku agak terkejut apabila secara tiba Mikael memusingkan badannya dan memandang wajahku tepat-tepat.Dia mengeluarkan sekotak rokok dan lighter daripada koceknya sebelum menatap mataku kembali.Dia tersenyum. "Aku nak kau pegang benda alah ni untuk aku."Katanya membuatkan aku terpinga-pinga. "Apa?Euuww! Tak nakla-" "Pegang Sara." Arahnya dengan serius sebelum menarik tanganku dan meletakkan dua objek itu di atas tapak tanganku membuatkan aku terkejut. "Kenapa? Awak nak-." "Memandangkan badan kau kecik,aku nak kau sorok bawah meja.Sekarang." Katanya lagi dengan serius lalu terus menolak tubuhku untuk sorok di bawah meja membuatkan mataku membulat.Apabila aku sedar apa yang Mikael ingin lakukan,laju aku mengeraskan kakiku di tanah dan memandanganya dengan tidak percaya. "Awak..Nak berhadapan dengan diorangkan!Jangan buat kerja gila! Nanti ada pak cik kebun akan datang sekejap-." "Habis kau nak tengok diorang paksa Zaki hisap dadah." "Sa..Saya.." Aku tak tahu nak katakan apa lagi. "Exactly.Sekarang duduk bawah meja!" Mikael hilang sabar sebelum menolak tubuhku di bawah meja dengan kasar.Issh,nasib baik muat-muat je!Tidak sempat Mikael melangkah aku memegang kasutnya dengan erat.Mikael memandangku di bawah meja. "Tolong..Jangan buat kerja gila."Rayuku dengan muka gusar.Serius aku betul-betul rasa tak sedap hati. Mikael tersenyum nakal. "Aku memang gila." "Ini bukan masa nak buat lawak!"Desisku dengan geram. "Lagi satu,tutup telinga kalau takut." Katanya sebelum meneruskan langkah tanpa sempat untuk menghalangnya lagi.Ishh dia nih! Dan apa maksud dia tutup telinga?! Oh no.Aku betul-betul rasa benda buruk akan berlaku dekat sini.Gosh,mana pak cik kebun?! Bila nak datang! Dalam hati aku sudah berdoa banyak kali agar batang hidung pak cik kebun kelihatan.Mataku melihat Mikael daripada bawah meja. "Wohoo! Tak sangka lepak sini dapat tengok drama.Nice." Jerit Mikael dengan gembira sebelum menapak dan berdiri di hadapan mereka.Mata mereka berempat terkejut apabila tidak meyangka dengan kehadiran Mikael sekali di dalam stor itu. "Kau-!" Jerit Rusydan apabila terkejut. "Bro!" Ucap Zaki juga dengan tidak percaya namun wajahnya jelas terpamer kelegaan. "Bro? Siapa bro kau?" Sinis Mikael berkata kearah Zaki. Zaki kelihatan terkejut sebelum menundukkan kepala apabila rasa bersalah. "Bukan kau ke yang nak sangat lepak dengan...Tiga orang monyet ni."Sambung Mikael lagi dan memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket. "Monyet?! Sial!" Baran Faiz dan ingin menyerang Mikael namun Rusydan mengangkat tangan membuatkan perbuatannya terhenti.Rusydan mendekati Mikael sehingga wajah mereka begitu rapat dan dapat mendengar deru nafas masing-masing. Aduh. Aku sudah memegang lighter dan kotak rokok Mikael erat dalam tangan. "Kau buat apa dekat sini? Tunggu.Dah berapa lama kau duduk sini!" Soal Rusydan dengan mata yang terjegil. "Saja lepak,hisap rokok.Lamalah jugak untuk tengok drama korang." "Kau dengar semua tadi?!" "Aku tak pekak." Senyum Mikael membuatkan darah Rusydan semakin mendidih apabila melihat Mikael tidak gentar langsung berhadapan dengannya.Ego lelakinya agak tercabar.Rusydan mengeratkan buku limanya seperti menahan marah. "Hahaha! Aku tau kau pengecut Mikael.Kau saja nak menyorok dalam gelap sementara tengok kitaorang kerjakan kawan kau! Hahahaha!" Gelak Rusydan secara tiba. "Siapa kata Zaki kawan aku? Kalau aku pengecut kenapa aku berdiri depan kau sekarang."Selamba Mikael. Aku dapat lihat Rusydan mula hilang sabar. "Dengar sini bodoh,ini masalah geng aku bukan kau.Aku tak nak diri kau yang jijik ni masuk campur.Jadi baik kau keluar daripada sini sementara kitaorang bagi atau mati kau aku kerjakan!"Rusydan memberi amaran dengan serius sambil menekan-nekan dada Mikael dengan jari tundingnya.Sengaja ingin memprovok. Mata Mikael mengerling kearah paket kecil dadah di tangan Rusydan sebelum menatap matanya kembali. "Kau nak tahu satu hakikat?" "Pergi matilah dengan hakikat kau!" "Hakikatnya adalah aku kuat.Sebab tak perlu ambil dadah untuk kalahkan kau." Rusydan sudah memandang Mikael dengan kemarahan membara. "Dan kau lemah.Sebab ambil dadah tu untuk kalahkan aku.Dan masih kalah dekat tangan aku,macam bulan lepas."Kata Mikael dengan halus sebelum tersenyum lebar. "Argghh!Matilah kau!" Tidak sempat Rusydan ingin memberi wajah Mikael buku limanya,Mikael sempat mengelak dan memberikan tendangan di perut Rusydan dengan kuat.Rusydan terjatuh di atas tanah sebelum mengaduh kesakitan.Faiz yang melihat itu mengambil kaki kayu kerusi yang patah di atas lantai dengan bengang.Dia berlari kearah Mikael dan ingin memukulnya dengan kayu namun dapat dielak juga oleh Mikael dan laju sahaja Mikael menendang 'bawahnya' dengan laju. "Argghh! Shit!" Mencarut Faiz apabila kesakitan di 'bawah'nya bukan kepalang.Dia mengepitkan kedua belah kakinya sebelum terjatuh di atas lantai menahan kesakitan.Haziq yang melihat rakannya diserang tidak menunggu masa untuk menuju kearah Mikael namun dihalang oleh Zaki apabila Zaki memberanikan diri untuk memberi tumbukan pada wajah Haziq dengan mengejut.Haziq yang menerima tumbukan itu terdorong kebelakang dan memegang dagunya sambil berdesis kesakitan. "Oh,kau dah berani sekarang! Marilah!" Jerit Haziq apabila rasa tercabar dan ingin menumbuk wajah Zaki namun dapat dielak.Akhirnya mereka berdua bergelut sehingga Haziq mendapat ruang untuk menyepak kaki Zaki membuatkan Zaki terjatuh di atas tanah.Haziq menendang-nendang Zaki yang berada di atas tanah bagaikan orang gila. Aku tak menangis,namun tangan aku menggigil tanpa aku sedar.Aku memandang Zaki daripada jauh dengan sayu.Seseorang hentikan Haziq! Seperti dapat membaca fikiran hatiku, Mikael menoleh dan tangkap perbuatan Haziq pada Zaki.Laju dia menuju kearah mereka untuk menyelamatkan Zaki,namun terhenti apabila satu pukulan kayu terkena pada belakangnya.Mikael hampir terjatuh namun dapat mengimbangkan badannya.Dengan pantas dia memandang hadapan kembali dan terkejut apabila melihat Rusydan yang kembali bangun beserta kayu yang diambil oleh Faiz tadi di tangannya.Rusydan seperti orang kena rasuk,dia tergelak dan melibas-libaskan kayu itu pada Mikael namun Mikael dapat mengelak apabila semakin mengundur kebelakang. This is getting creepy and creepier! Aku melihat Haziq yang pantas meluru kearah Mikael untuk menyerangnya apabila mendapati Mikael sibuk dengan Rusydan.Haziq sudah bersedia untuk menumbuk Mikael daripada belakang dan aku hampir menjerit nama Mikael.Tapi Mikael lebih pantas mengesan Haziq yang berada di belakangnya dan menunduk ke bawah membuatkan tumbukan Haziq mengena pada Rusydan dan pukulan kayu Rusydan terkena kepada kepala Haziq. "Kau pukul kepala aku sial!" "Sakitlah bodoh!" Mereka berdua menjerit sesama sendiri. Aku menggeleng-gelengkan kepala dengan tidak percaya.Aku tahu Mikael takkan dapat bertahan lama,melihat Zaki yang sudah tidak sedarkan diri lagi selepas ditendang oleh Haziq membuatkan aku semakin kecut perut.Dalam otak aku sudah terbayang kes-kes buli yang aku baca di suratkhabar tempoh hari.Aku takut kalau keadaan bergaduh ni berterusan akan beransur pula kepada keadaan yang lebih teruk macam membunuh! Lagipun Haziq,Rusydan dan Faiz agak bahaya kerana mereka kerap menghisap dadah dalam penglihatan aku.Aduuh,kenapa dalam banyak-banyak benda aku tersekat dalam keadaan macam ni! Aku tak suka! "Argghhh!" Mikael mengerang kesakitan apabila Rusydan berjaya menumbuk wajahnya. Aku sudah tidak tentu hala. Aku tak boleh tunggu pak cik kebun lagi dalam keadaan ni!Serangan diorang makin lama makin agresif dan tengok wajah mereka pun macam kena rasuk dengan hantu! Kalau boleh aku ikut sahaja arahan Mikael yang menyuruh aku tutup telinga dan senyap.Tapi aku tak segila tu untuk membiarkan semua ini berlaku dan berlalu dengan senang.Jangan salahkan aku,aku tak nak ada pengalaman trauma jadi saksi pembunuhan! Lagi-lagi dalam zaman persekolahan.Argghh! Aku kena buat sesuatu-tapi apa?! Tak guna.Fikir,fikir,fikir! Entah kenapa secara tiba mataku terpandang atas dan wajahku berkerut memandang siling yang gelap.Aku mengecilkan mata untuk melihat objek yang melekat di siling itu dengan lebih jelas.Terdapat pengesan pembakaran di siling yang akan mengeluarkan air apabila terdapat kebakaran yang berkemungkinan berlaku di stor(fire detector and extinguisher). Hmm? Aku tak sangka benda tu akan ada di siling stor? Selalunya aku nampak di blok sekolah atau bilik guru je.Mungkin pihak sekolah letak di situ kerana kalau pembakaran berlaku,mesti tempat ni paling teruk.Iyalah dalam stor ni semua yang ada hanyalah kayu.Masuk akal juga.Aku diam seketika. That's it! Aku selalu nampak dalam movie kalau ada rusuhan berlaku di hadapan bangunan parlimen,pihak berkuasa akan menyimbah air kepada para rusuhan untuk bertenang menggunakan hos air yang besar.Jadi apa kena mengena dengan sekarang?Err,gilalah.betul ke rancangan aku ni?Laju aku memandang Mikael dan melihat badan Mikael hampir rebah ke tanah apabila Haziq dan Rusydan berterusan memberikan serangan.Faiz pula daripada tadi tidak bangun langsung daripada tanah menahan kesakitan di 'bawah'nya.Poor him,must be so bad.Mataku membulat juga apabila melihat wajah Mikael yang agak teruk apabila menerima beberapa tumbukan. Screw it! Aku menelan kegusaran dalam hati dan laju keluar daripada bawah meja.Mereka bertiga masih sibuk bergaduh tanpa menyedari aku yang mengambil kerusi dan meletakkannya di atas meja.Dengan menelan air liur sedalam-dalamnya aku memanjat meja dan kerusi serta menyalakan lighter di tangan. Tunggu! Ini kerja gila!Buat jelah,Mikael perlukan distraction sekarang! Tapi-! "Hahaha.Tadi berlagak! Sekarang siapa lagi kuat!" Gelak Rusydan apabila melihat Mikael sudah tercungap-cungap.Haziq pula sudah tersenyum kemenangan sebelum mencapai lagi satu kayu meja patah di tepi dan bersedia untuk menyerang. Melihat itu aku tidak membuang masa dan menjongketkan kaki untuk mendekatkan api daripada lighter Mikael dengan pengesan pembakaran di siling.Disebabkan aku sedikit pendek aku menjongketkan lagi kakiku untuk mendekatkan lagi jarak api dengan pengesan pembakaran.Cepat Sara!Sikit lagi!Sikit lagi-! "Rusy,aku bagi kau kehormatan untuk pukul bangkai ni dulu!" Kata Haziq dengan gembira. Mikael memberikan mereka pandangan tajam. "Okey bro,aku akan-." Kringg!!!! Bunyi loceng kebakaran yang panjang bergema dalam blok sekolah sehingga kedengaran di dalam stor.Tidak sampai sesaat pengesan pembakaran yang berada banyak di atas siling itu mengeluarkan pancutan air membuatkan kami semua yang berada dalam stor itu basah.Ahh,Alhamdulillah! Aku melepaskan nafas lega yang aku tahan daripada tadi. "What the-?!"Terkejut Rusydan apabila badannya lencun dan memandang ke atas. "Ada kebakaran ke dekat blok sekolah?" Soal Haziq dengan bingung memandang Rusydan. "Sial! Mana aku tau bodoh!" Jerit Rusydan dengan bengang. Mikael yang sedang melihat siling dengan terkejut laju memandang kearahku apabila dapat mengesan ini semua daripadaku. Aisshh,basah gila badan aku! Aku dapat rasakan badan aku yang paling basah sekali diantara diorang semua sebab aku yang paling dekat dengan pengesan pembakaran.Dengan perlahan-lahan aku turun daripada kerusi kerana agak basah.Tidak sempat kakiku menjejak tanah untuk turun daripada meja,satu bunyi membuatkan aku terkejut. Bukk! Kerusi di atas meja tersebut terjatuh.Mataku membulat dengan tidak percaya.Kenapa kerusi tu perlu jatuh sekarang! Dan tidak semena-mena mata Rusydan dan Haziq memandang tepat kearahku. "Ada perempuan?!" Kata Rusydan dengan tidak percaya apabila melihat aku di hujung sudut. "Shit! Ada lagi orang yang menyorok!" Bengang Haziq. "Tak guna! Kau mesti awek Mikael kan!"Jerit Rusydan kearahku. "Err..Saya-." Sumpah aku takut gila. "Dia dah nampak apa yang kita buat tadi Rusydan,kita kena-!" Tidak sempat Haziq menghabiskan kata Mikael menendang kaki Haziq dengan kuat membuatkan dia terjatuh mengaduh kesakitan.Rusydan yang semakin laju menghampiriku membuatkan aku semakin takut dan mengundur kebelakang.Tidak sempat dia ingin mencapaiku,Mikael sempat menarik Rusydan dengan kasar dan menumbuk wajah Rusydan dengan kuat sekali membuatkan Rusydan terjatuh di atas lantai dan memegang hidungnya yang berdarah. "Aduuhh! Hidung aku!" Rusydan menjerit dengan bengang. Aku hanya memandang Rusydan yang rebah di atas tanah dengan mata tidak berkedip.Badanku agak menggigil memikirkan Rusydan yang ingin menangkapku tadi.Tanpa aku sedar Mikael sudah berada di hadapanku dan memusingkan kepalaku untuk melihat wajahnya.Dia memegang wajahku dengan erat berserta raut wajah yang bengang. "Damnit! Aku suruh kau pegang lighter aku,bukan guna!" "Tadikan keadaan awak makin teruk!" "So?! Kau patut duduk senyap je dekat bawah me-!" Mataku membulat apabila aku dapat menangkap kelibat Rusydan bangun susah payah daripada tanah berserta kayu di tangannya.Tidak semena-mena dia berlari laju kearah Mikael yang membelakanginya untuk memukulnya dengan kayu. "Belakang awak!" Jeritku untuk memberi amaran.Wajah Mikael kelihatan terkejut seketika sebelum dia memegang kedua-dua belah meja di sisiku seperti memerangkapku.Atau lebih tepat,hadang aku daripada Rusydan. Apa mamat ni buat?! "Matilah korang berdua!"Kata Rusydan dan menghayunkan kayunya. Aku menutup mata begitu juga Mikael apabila menunggu kesan hentakan di belakang bahunya. "Ya Allah! Apa yang-?! Apa yang berlaku nih! Astarfirullahalazim!" Mata kami berdua terbuka kembali.Aku dan Mikael terpandang sesama sendiri sebelum mata kami memandang di pintu stor yang telah terbuka luas setelah dikunci oleh geng Rusydan tadi.Rusydan juga kelihatan terpinga-pinga dengan kayu yang telah bersedia untuk memukul Mikael di tangannya. "Kamu semua,bilik disiplin sekarang!!" Jerit cikgu Anuar dengan garang selaku guru disiplin kami.Di sebelahnya terdapat guru Vithia yang hanya terkejut melihat keadaan di dalam stor.Baju mereka berdua kelihatan basah dan aku tahu sebab apa.Sebab aku. Oh,great. *********************************** Aku memeluk tubuh apabila penghawa dingin di dalam bilik pengetua itu menggigit-gigit badanku.Sudahlah badan aku basah! Sejuk gila! Bibirku agak tergetar.Hahaha,kau ingat kau seorang je basah! Cuba pandang orang dalam bilik ni,semuaorang basah.Sebab perbuatan kau!Errk.Senyaplah.Malas untuk berperang dalam hati,aku menjeling kearah Mikael yang berdiri di sebelahku dengan wajah kosong. Selepas Encik Anuar dan Puan Vithia menjumpai kami semua,Zaki yang kelihatan pengsan di tanah terus bergegas di bawa ke bilik kesihatan untuk diberi rawatan.Tidak sampai beberapa minit pula,pihak polis pula sampai untuk membawa Rusydan,Haziq dan Faiz ke balai polis untuk disoal siasat tentang aktiviti dan dadah yang mereka miliki.Dan akhir sekali,part paling best sekali dalam hidup aku(note the sarcasm).Aku dan Mikael dibawa masuk ke dalam bilik pengetua kerana menjadi saksi untuk kejadian tadi! Aku,Sara,pelajar yang tak pernah buat masalah dalam hidup aku hari ni akhirnya cipta sejarah.I'm in the freakin principal office.Bersama Mikael pula tu.Aiissshhh! Puan Vithia masih sibuk berbincang dengan pengetua kami yang merupakan lelaki tua yang memakai cermin kaca mata .Rambutnya hampir putih kerana uban.Mulut mereka terkumat kamit menukar kata.Manakala Encik Anuar pula mengikuti pihak polis tadi untuk membawa Haziq,Rusydan dan Faiz ke balai polis.Aku hanya berdiri dengan kekok di sebelah Mikael di hadapan meja pengetua.Aku menggigit bibir dengan resah. Matilah aku kalau kakak dan mak tahu tentang hal ni sekejap lagi.Huwaa! Apa dosa aku kena masuk bilik pengetua macam ni! Kalau masuk untuk dapat tawaran atau biasiswa tak apa lagi,ini sebab masalah macam ni!Ahh,my life.Aku menggigit bibir dengan resah sebelum menjeling kearah Mikael di sebelahku.Dia kelihatan menguap besar sebelum menggaru-garu rambutnya yang tidak gatal.Aku mencebik.Mamat tu mesti dah biasa masuk bilik pengetua,tengoklah gaya dia.Apabila Mikael perasan aku mencuri pandang kearahnya,dia mendekati tubuh kami sedikit. "Mana lighter dengan kotak rokok aku?" Bisiknya dengan halus dan memandang mataku. Aku terkejut. "Alamak! Lighter awak terjatuh dekat stor masa Rusydan nak serang tadi!" Balasku dengan nada berbisik juga. "Kotak rokok aku?" Laju aku merasa poket baju kurung sekolahku.Kotak rokok Mikael ada bersama aku sekarang. "Oh,ada dekat saya!" Dia tersenyum. "Great.Simpan." Mataku membulat. "Apa?!" Tidak sempat aku ingin memarahinya,pengetua dan Puan Vithia memandang kami berdua serentak membuatkan aku menelan air liur sedalam-dalamnya.Aduuh,kotak rokok dia ada pada aku! Kalau Puan Vithia nak buat spotcheck macam mana?! Aku memberikan Mikael pandangan tajam namun mamat tu hanya tersenyum panjang.Im gonna kill him!Grrrr. Pengetua memandang kami sambil membetulkan cermin matanya di batang hidung. "Baiklah,biar saya cuba fahamkan keadaan sekarang menurut cerita kamu berdua tadi.Kamu berdua cuma sibuk mengangkat meja ke dalam stor sehinggalah geng Rusydan datang lalu mengunci pintu stor untuk membuli Zaki.Dan mereka semua tak perasan pun kehadiran kamu berdua sehinggalah Mikael masuk campur untuk selamatkan Zaki.Dan kamu Sara,gunakan lighter Mikael untuk hidupkan pengesan pembakaran dan buat kami semua basah.Betulkan cerita saya?" Kata pengetua dengan sedikit sarkastik pada ayat basah membuatkan mukaku merah. "Yup."Selamba Mikael membalas. Aku pula sudah malu tahap gaban. "I..Iye.." "Why you do that Sara?" Soal Puan Vithia dalam bahasa Inggeris kerana memang tabiatnya untuk bercakap dalam matapelajaran yang dia ajari.Puan Vithia memandang mukaku dengan rasa ingin tahu.Mungkin memang pelik mengapa aku buat benda yang tak masuk akal itu.Aku bermain dengan jari sendiri yang telah berpeluh. "Masa tu keadaan teruk sangat.Diorang hampir nak pukul Mikael dengan kayu.Jadi..Errmm,rancangan itu je yang ada dalam otak saya."Kataku seperti orang bodoh dan menundukkan kepala.Aku dapat mengesan Mikael tergelak kecil membuatkan hatiku membara.Erggh,aku buat macam tu sebab dia tau tak! Puan Vithia menggeleng-gelengkan kepala manakala pengetua pula hanya melepaskan keluhan panjang.Dia bangun daripada kerusi dan berdiri di hadapan Mikael. "Ok Sara,that matters I will discuss with your sister.She's on the way to the school right now."Keluh Puan Vithia dengan lemah. Gulp! Aduuh,membebellah akak kejap lagi. Kemudian aku melihat pula pengetua menjeling Mikael atas sehingga bawah.Sebelum matanya menatap anak mata Mikael dengan tepat. "Bagi saya kotak rokok kamu Mikael.Saya tahu kamu bawa,ini bukan kali pertama kamu datang sini." Mikael tersenyum kecil. "Maaf.Saya bawa lighter je,terlupa bawa kotak rokok." Kening pengetua terangkat satu. "Jadi kamu nak kata,kamu bawa lighter je dekat sekolah,tanpa rokok?" Soal pengetua lagi dengan curiga. "Haah."Selamba Mikael membalas. Pengetua mendekati Mikael lagi sebelum tangannya meraba-raba poket belakang dan hadapan seluar Mikael.Namun tak menjumpai apa-apa.Sebab kotak rokoknya pada aku.Aku sudah mengeratkan tangan dengan resah. "Betul,hari ni memang kebetulan saya bawak lighter je."Sengaja Mikael ingin mencabar pengetua lagi.Pengetua meraba-raba pula baju Mikael dengan tidak puas hati sebelum merengus dengan kasar apabila tidak menjumpai apa-apa.Dia memandang kearahku pula membuatkan jantungku hampir terhenti. Alamak,pengetua nak check dekat aku pula ke?Aku menahan nafas dengan takut dan sedaya upaya menyorokkan riak takut pada wajah. Pengetua merenung kearahku lama sebelum menggeleng-gelengkan kepala dan menatap mata Mikael sekali lagi. Fuhh! "Kamu jangan tipu saya Mikael."Tegas dia berkata. "Saya cakap betul."Berani Mikael menipu dengan senang. Padanlah dia suruh aku pegang.Mamat ni memang.. "Baiklah,saya percayakan kata kamu.Tapi jangan ingat kamu terlepas daripada dikenakan mata penalti sebab bawa lighter ke sekolah Mikael.Ubah sikap kamu tu.Hal ni saya akan bincangkan dengan ibu bapa kamu sekejap lagi." "Mak dengan ayah saya dekat oversea.Mungkin orang gaji saya yang akan datang,dia akan hubungi mak dengan ayah saya untuk pengetua." Mikael bersuara lagi membuatkan pengetua memandangnya dengan musykil lagi.Sikapnya tidak terganggu langsung apabila pengetua berkata ingin membincangkan hal ni kepada kedua ibu bapanya. "Baiklah." Pengetua memberikan kata putus sebelum pergi kearah mejanya lagi dan ingin duduk di kerusi. "Sara dan Mikael.Kamu berdua ada apa-apa ke? Bagi saya macam pelik pulak mengapa hanya kamu berdua je dalam stor pada waktu itu.Takkan kebetulankan?" Soal Puan Vithia dengan curiga dan memandang kami berdua silih berganti dengan tajam. Puan Vithia ingat aku dan Mikael couple ke? Lepastu nak buat benda senonoh dengan Mikael?! Euuww,no way in my life! "Tak! Serius memang kebetulan saya dengan Mikael ada pada waktu tu! Percayalah!" Laju aku berkata benar dengan resah. "Cikgu,cubalah tengok perwatakan dia,dengan tudung labuh lagi.She even doesn't have twitter for god sake!"!" Kata Mikael lalu tergelak kecil. Laju aku memberikan dia jelingan tajam. "Mikael,don't mock people appearance.Baiklah,saya akan percaya pada cerita kamu berdua memandangkan terbukti kamu berdua memang tak bersalah dalam hal ni.Dan disebabkan kamu berdua juga,pihak sekolah berjaya bagi maklumat baru tentang dadah dalam kalangan pelajar pada pihak polis.Tapi,saya tak nak tengok perkara ni berulang lagi!I don't want to see both of your face in principal office again,got it?Especially you young man.I expect more of you."Tegasnya memberi kata-kata terutamanya kepada Mikael. Laju aku menganggukkan kepala namun Mikael hanya menganggukkan sedikit kepalanya sebelum matanya meliar pada tempat lain.Puan Vithia memberikan keluhan. "Now out both of you.duduk dekat luar sebelum penjaga kamu datang." Arahnya dan aku terus tidak menunggu dua kali untuk mengangkat kaki dan keluar daripada bilik pengetua yang seperti menyesakkan nafasku.Keluar sahaja daripada bilik pengetua,aku melihat beg aku dan Mikael sudah ada di atas kerusi.Kami berdua diberi masa untuk mengambil beg kami tadi sebelum masuk ke dalam bilik pengetua.Erggh,aku tak nak masuk bilik pengetua lagi.Meremang bulu roma aku. Tidak sempat aku ingin mencapai beg sekolahku,Mikael memegang lenganku dengan erat dan memusingkan tubuhku untuk menghadapnya. "Rokok aku."Pintanya tanpa perasan. "Iyalah,iyalah!Lepaskanlah lengan saya dulu!"Marahku dengan perbuatannya. Namun Mikael hanya membuat bodoh dan selamba memasukkan tangannya ke dalam poket baju kurungku untuk mengambil kotak rokoknya sendiri.Aku yang semakin geram ingin melepaskan pegangannya namun terkejut apabila Mikael merapatkan wajah kami dan menatap mataku dalam-dalam.Aku dapat mendengar deru nafasnya.Isshh,apahal hati aku berdebar! "Dengar sini bebaik.Esok,kau bagi balik buku lukisan aku dan diantara kau dengan aku takkan ada apa-apa."Katanya dengan halus. "Dan jangan sekali-sekali menyibuk hal aku lagi.Aku benci,faham?" Katanya dengan agak kasar namun aku memberanikan diri untuk melihat matanya "Esok,saya nak MP3 saya jugak."Tegasku. Mikael tidak menjawab,dia hanya merenung wajahku dengan kening terangkat satu.Dia melepaskan pegangannya pada lenganku dan mencapai begnya di kerusi untuk mengeluarkan sesuatu di dalam beg. Tidak sempat aku berkata apa-apa,satu jaket berwarna hitam menutupi pemandanganku apabila Mikael membaling jaketnya di atas kepalaku dengan bosan. "Dan pulangkan sekali jaket aku esok." Katanya buat kali terakhir sebelum aku lihat dia memakai beg dan berlalu pergi untuk menuruni tangga.Aku mengambil jaket di atas kepalaku dan memandangnya dengan bingung.Jaket? Dia kata tak nak ada apa-apa dengan aku tapi kenapa bagi aku jaket dia? Apabila tubuhku agak menggigil kerana angin yang lalu baru menyedari sesuatu.Ohh,sebab itu ke dia bagi.Aku tak sangka yang dia perasan aku sejuk? Aku hanya memegang jaket itu dan merenung lama.Tidak tahu untuk buat apa dengan benda alah itu. Secara tiba aku melihat kelibat akak daripada jauh yang bergegas berlari kearahku dengan terkocoh-kocoh.Tiba sahaja dihadapanku dengan nafas tercungap-cungap,akak memandangku dengan geram. "Kau ni Sara-! Argghhh!" Akak meraupkan mukanya dengan rimas mengenangkan masalah yang aku alami. "Tunggu sini,akak nak berbincang dengan cikgu disiplin kau.Dalam kereta,siap kau."Akak memberi amaran sebelum membetulkan tudungnya yang agak senget dan masuk ke dalam pejabat.Aku hanya melepaskan keluhan dan menganggukkan kepala perlahan-lahan.Aku tahu kejap lagi mati akak kerjakan aku.Tapi aku tak adalah takut sangat.Sebab..Duhh,dia kakak aku. Penat dengan apa yang terjadi,aku duduk di kerusi untuk menunggu akak menyelesaikan urusannya dengan Puan Vithia.Fikirlah positif Sara,kau tak dikenakan penalti dan kau tak bersalah.Dan bersyukurlah pada Allah kau tak apa-apa tadi.Yeah.. Malas lagi untuk berfikir dan disebabkan terlalu sejuk dengan angin yang kuat di bangunan sekolah petang itu,aku memakai jaket hitam Mikael dengan selesa.Bau mamat ni kuat betul.Rasa macam diri aku ni diselubungi Mikael pula.Aku benci mamat bermasalah tu.Entah kenapa aku teringat pula situasi apabila Mikael ingin menghadang aku daripada Rusydan.Aku tahu sebab apa dia buat begitu.Bongok betul mamat tu.Tanpa aku sedar,aku memegang jaket Mikael dengan erat. "Terima kasih."Kataku sendirian yang hanya hilang dibawa angin. On a second though.Aku teringin nak tahu apa akan jadi kalau kau jadi dakwat pada pen aku. -M
Sometimes we're broken.And we don't know why. Zruuu! Buka sahaja pintu wad,aku menapak masuk ke dalam wad mak dengan wajah yang murung.mak yang sedang khusyuk mononton televisyen mengalihkan pandangan matanya kearahku.Matanya membulat. "Ya Allah! Habis lencun! Hiissh budak nih!" Leter mak sambil menggelengkan kepala. Aku hanya menuju kearah beg sekolahku di atas meja untuk memasukkan buku lukisan Mikael di dalamnya. "Itulah,tak sangka hujan lebat pulak tadi.." "Ha! Lain kali riak sangat tak nak bawak payung.Kan dah basah."Sindir mak sambil tersenyum, Aku hanya memuncungkan bibir tanda mengalah. "Tu buku apa tu? Tadi kamu keluar tak ada pun mak nampak kamu bawak buku."Soal mak dan matanya telah memandang tepat kearah buku lukisan Mikael di tanganku. Errmm,patut ke aku tipu mak aku yang aku baru beli tadi? Maybe I should.Sara,mak kau dah tak lama dekat dunia ni bongok,kau masih nak tipu pada dia? Hatiku tersentak seketika dan perasaan hiba muncul kembali dalam jiwaku.Dengan mengambil nafas aku memandang kearah mak dan tersenyum pahit. "Tadi terjumpa kawan Sara,dia tertinggal buku."Jujurku dan meletakkan buku itu di atas meja kecil bersebelahan katil mak.Kemudian aku menuju ke almari untuk mencapai tuala mak bagi mengeringkan muka dan tudungku yang basah. "Owhhh.." Mak membuat mulut berbentuk 'o' sebelum mencapai buku itu dan membukanya dengan luas.Dia menyelak satu persatu sehingga senyuman kecil terbit di bibirnya.Hmm? Aku menarik kerusi dan mendekati mak. "Ada apa-apa yang menarik ke dalam buku tu?" Soalku. "Sara..Kawan kamu ni berbakat betul.Cantik lukisan."Kata mak dengan perlahan dan menyelak lagi satu kertas yang mempamerkan sebuah lukisan hutan.Jari mak memegangnya dengan terpesona.Aku pun ikut tersenyum melihat beberapa lukisan Mikael yang indah.Mamat tu memang ada bakat yang luar biasa.Melihat lukisannya membuatkan mata mak dan aku tidak boleh melepaskan mata daripada lukisan itu buat beberapa saat. "Mak kagum.Kawan kamu ni bukan ada bakat melukis je,tapi ada bakat penceritaan jugak.Kawan kamu ni memang pandai." Apa maksud mak? "Penceritaan? Tak ada kena mengena pun lah mak." Mak tergelak kecil. "Hahaha Sara.Kamu tahu tak nak,andai kata kamu ada satu subjek manusia untuk dilukiskan di atas kertas lukisan.Kamu bukan hanya lukis muka,rambut dan badan dia sahaja.Tapi,kamu kena lukiskan jugak penceritaan di sebalik kulit dan hati subjek kamu.Kamu kena kenal apa yang tersirat.Jadi,bila orang tengok lukisan pelukis tu,macam-macam cerita yang datang yang boleh ditafsir sendiri dengan mata kasar." Aku terkedu apabila terkejut mendengar mak memberikan nasihat kepadaku tentang seni. "Kamu tengok ni.." Mak menyelak kertas lukisan itu beberapa kali sehingga muncul potret seorang budak perempuan berambut panjang yang tersenyum lebar. "Daripada pandangan mak sendiri,mak dah boleh tahu budak perempuan ni orang terpenting bagi kawan kamu tu.Tengoklah betapa detail nya dia lukis dan shading yang dia gunakan.Seolah dia ambil gambar yang terindah dalam memori dia dan terjemahkannya dalam gambar." Aku agak kagum apabila mak dapat meneka setepat-tepatnya tentang adik Mikael.Tak boleh disangkal,menurut penglihatan aku Mikael memang betul-betul sayangkan adiknya.Aku hanya merenung potret itu dengan lama.Adik Mikael. Kemudian mak menyelak lagi buku itu.Lukisan tentang kotak kosong terbentang di mataku.Mukaku berkerut. "Kotak kosong?" Mak tersenyum. "Itu bermaksud,kawan kamu tu sunyi Sara." Aku memandang mak dengan wajah berkerut. "Sunyi?" "Kawan kamukan yang lukis kotak kosong ni.Ibarat hidup dia bagaikan kotak yang kosong-sunyi .Tak ada fungsi." Mak betul sekali lagi. Aku hanya terdiam.Mikael benar-benar sunyi.Zaki sudah tidak bersamanya lagi.Kalau tak sunyi,dia takkan jadi seteruk macam sekarang.Secara tiba,renungan mata Mikael yang tanpa perasaan menerjah masuk dalam akalku.Aku teringat juga pada buku limanya yang berdarah.Parah sangatkah? Sentuhan lembut di bahu membuatkan aku terkejut. "Hei,senyap je."Tegur mak. Aku hanya tersenyum kecil. "Kamu rasa bersalah ye sebab tak perasaan yang kawan kamu tu sunyi." "Err..bolehlah jugak."Kataku dengan terpaksa. Mak ketawa kecil. "Macam nilah,daripada rasa bersalah lebih baik Sara teman kawan Sara tu selalu.Tak adalah hidup dia sunyi sangat.Setiap orang perlukan kawan Sara.Jangan biarkan kawan Sara tu seorang diri,sebab syaitan suka hasut orang yang sunyi dan pencilkan diri mereka sendiri.Mak tak nak kawan Sara tu buat benda yang bukan-bukan." Senyum mak membuatkan aku menganggukkan kepala perlahan-lahan.Kalaulah mak tahu yang 'kawan' dimaksudkan oleh aku sekarang adalah Mikael.Seorang lelaki! Aduuh,mana boleh Sara teman dia setiap hari mak.Nak dekat dengan mamat tu pun aku kecut perut.Ayoyo... "Kawan kamu tu nama dia siapa?" "Na..Nama dia?" Gulp.Aku mula bermain dengan jari sendiri. "Iyelah! Takkan tak ada nama." "Err..Ermm.." Patut ke aku tipu? patut ke?! Tapi..Aku dah janji tak nak tipu tadi.Arghhh.Aku menggigit bibir sebelum membuka mulut. Screw it.Jujur jelah! "Ermhhh..Nama dia..Mika-" Tidak sempat aku berkata,telefon bimbitku bergetar menandakan ada mesej.Yes! "Sara tengok mesej jap ek mak."Sengihku seperti kerang busuk. "Isshh budak nih.."Gerutu mak dan terus meyambung pandangannya di televisyen.Laju sahaja aku membuka mesej yang diterima dan terkejut apabila mendapati mesej itu daripada akak. Akak x dpt dtg hari ni.cakap sorry kat mak k. -Akak Secara drastik aku melepaskan keluhan. "Akak balas balik.Dia kata tak dapat datang hari ni." Jawabku perlahan. Mak diam seketika. "Bukan apa,mak risau je dekat kakak kamu tu.Mak tahu dia ada masalah."Luah mak tanpa memutuskan pandangannya pada skrin kaca televisyen. "Inshaallah,Sara rasa akak akan ok."Kataku namun masih berasa tidak pasti dalam hati. "Hmmph.Mak pun harap." Keadaan senyap seketika. "Mak,jujur dengan Sara cepat." Kataku dengan serius membuatkan laju mak memusingkan kepala untuk melihat wajahku dengan bingung. "Jujur apa ni?" "Mak pernah belajar seni ke dulu?" Soalku dengan pandangan tajam. Namun mak hanya ketawa membuatkan aku berasa tidak puas hati. "Kamu rasa?" Balas mak dengan nada main-main membuatkan aku mendengus bengang.Isshh mak nih! ************************************** Malam itu,habis sahaja mengaji aku terus bangun dan meletakkan Al-quran di atas meja dan membuka telekung.Lipat sahaja telekung dan meletakkannya di atas sejadah yang terhampar di atas lantai,aku terus merebahkan badanku di atas katil. Fuhh. Hari ni memang hari yang memenatkan.Baru pukul 9.15 minit tapi mata aku dah memberat.Nasib baik kerja rumah tak banyak.Dengan malas aku mengiring ke kanan dan terlihat buku lukisan Mikael di atas meja bersebelahan dengan katilku.Buku lukisan yang basah petang tadi telah kering namun masih mempunyai kesan titik titik air hujan.Aku merenung buku itu dengan lama sebelum mencapai untuk mengambilnya.Aku membuka semula buku itu dan merenung lukisan-lukisan Mikael dengan bosan. "Haiihh,kalau mamat ni berbakat sangat kenapa tak nak masuk banyak pertandingan lukisan je.Alih-alih jadi atlet badminton sekolah pulak.." Gumamku sendirian dan mataku terhenti pada lukisan kotak yang kosong. Sunyi. Ah,sudah-sudahlah pasal tu! Dia kehilangan adik dia,tapi Mikael masih tak sedar yang dia masih ada keluarga dekat sisi.Mamat tu ingat dia seorang je ke yang sunyi.Semuaorang pernah sunyi.Aku pun sunyi.Dia ingat aku tak rasa sunyi tinggal dalam rumah ni seorang diri.Mak dekat hospital,akak pulak duduk dengan suami dia.Yup,my life definitely not lonely right now.Hahaha. Tapi yang penting sekarang aku kena pulangkan buku ni pada Mikael.Mamat tu sudahlah cop aku ni sebagai stalker dia.Siapa yang rela sangat jadi stalker dia! Aku cuma jalankan tanggungjawab aku je sebagai manusia biasa.Sudahlah ambil MP3 aku,sekarang handkerchief aku pulak! Esok aku nk tuntut balik semua barang aku dekat pencuri tu.Hmmph.Malas untuk berfikir lagi,aku ingin menutup buku lukisan itu buat kali terakhir sebelum mataku terpandang sesuatu tulisan.Tulisan itu berada di atas kulit buku lukisan di muka surat akhir sekali.Aku meneliti tulisan itu betul-betul. Sekali pandang,sudah dapat agak tulisan itu milik kepada seorang budak tadika atau sekolah rendah.Tulisannya senget benget dan 'e' nya terbalik.Aku tergelak kecil membayangkan seorang budak yang tulis di atas buku Mikael itu.Comel.Aku membaca ayat yang ditulis dan keningku terangkat satu. "Ini-?" Tidak sempat aku bercakap sendirian,satu bunyi mengejutkan aku daripada atas katil. Tok!Tok!Tok! Ada orang yang mengetuk pintu dengan kuat membuatkan mataku membulat.Laju aku memandang jam loceng dan bangun daripada katil.Siapa yang nak datang malam-malam macam ni? Akak tak pernah jenguk aku malam-malam.Selalunya dia datang petang.Laju aku berlari menuruni tangga dan menuju ke dapur.Dengan kelam kabut aku mencapai pisau dan menuju ke ruang depan dengan langkah yang berhati-hati.Pintu itu diketuk bertalu-talu dan hatiku semakin kencang. Gulp. Pencuri ke? Satu peluh muncul di dahiku dan tidak cukup dengan pisau,aku mencapai payung pula.Aku memandang pintu itu dengan tajam.Tunggu! Stupid!Kalau waktu kecemasan macam ni kau ambil telefon la bijak! Telefon akak! Aku menampar dahiku sendiri dan tidak sempat aku berpaling untuk berlari ke tangga,pintu rumahku dibuka membuatkan aku terkejut.Pintu terbuka dan akak menjegulkan kepalanya ke dalam. Lahh,akak rupanya! "Ya Allah akak! Buat Sara takut je tadi!"Marahku dan melepaskan nafas lega.Aku mengusap usap dadaku yang kencang. "Yang Sara nak takut sangat ni kenapa? Bukan akak tak biasa datang macam ni."Selamba akak berkata dan masuk ke dalam.Akak kelihatan masih belum menukar pakaiannya daripada kerja.Dia masih memakai baju kurung yang berwarna hijau cair. "Iya pun janganlah ketuk pintu macam nak roboh! Sara ingat ada orang nak rompak tadi!Hisshh.." Akak tergelak. "So that's why you holding a knife and.. Umbrella?Hahaha,kau nak buat apa dengan payung tu?Pukul perompak sampai mati?"Perli akak dan melabuhkan punggungnya di atas sofa.Dia melepaskan keluhan kecil dan akak kelihatan penat di mataku. "Senyaplah." "Bahayalah Sara kau duduk sini seorang diri,Akak ajak duduk dengan akak dengan abang Syamsul,tak nak.Degil,lepastu bila benda dah terjadi baru nak menyesal." Membebel je. "Kalau Sara duduk dengan akak,siapa pulak nak jaga rumah ni?Tak naklah."Aku masih berkeras dan akak kelihatan putus asa sambal menggeleng-gelengkan kepala.Terlalu banyak memori tentang ayah dan keluarga kita dekat rumah ni.Aku tak nak tinggalkan rumah ni. "Buatkan akak air teh.Tolong."Pinta akak dengan suara perlahan dan aku hanya menganggukkan kepala.Rasa kesian pula pada akak yang kelihatan penat bekerja.Aku meletakkan payung di atas meja dan tidak sempat berpaling untuk menuju ke dapur,akak tergelak kecil. "Dalam banyak-banyak benda kau pilih payung Sara.Payunglah benda yang tak efficient sekali digunakan sebagai senjata untuk lawan perompak.Hahahah." "Arghh!" Aku mendengus bengang sebelum menyambung langkah. Letak sahaja cawan teh di atas meja,aku duduk di sebelah akak dan memandangnya. "Asal tak datang wad mak hari ni?Mak nak akak datang tau." "Akak sibuklah.Sara ingat senang ke nak uruskan kerja kat pejabat semua tuh.Kalau akak senang lenggang dah lama akak duduk je dekat wad mak tu." Aku hanya mendiamkan diri.Akak mengangkat cawan teh dan menyisip sedikit air teh yang masih panas itu.Aku hanya merenung akak dengan lama.Aku tak tahu kenapa,tapi ada sesuatu yang tak kena dengan akak hari ni.But I just can't pin point it where. "Macam mana study? Ok tak?" "Okey je.." Akak melepaskan keluhan berat lagi. "Sara pasti tak nak tinggal dengan akak dan abang Syamsul? Akak tahu Sara fikir-" Mulut akak tak berhenti bercakap namun aku hanya merenungnya dengan pandangan kosong.Aku tahu akak nak aku tinggal dengan mereka sebab risaukan keselamatan aku seorang diri di sini.Tapi macam ada sesuatu yang lebih dari itu. Aku kembali pada realiti apabila suara akak menterjah kembali. "Akak tahu Sara sayangkan rumah ni tapi tak elok untuk remaja tinggal rumah seorang diri macam ni.Jomlah duduk dengan akak ye?Hmm?"Akak memandang mataku tepat-tepat dengan terdesak.Dia betul-betul nak aku tinggal bersama dia dan abang Syamsul. "Ada sesuatu terjadi ke kak?" Kataku tanpa berfikir dan akak kelihatan terkejut apabila aku berkata sesuatu yang terkeluar daripada topik. "Maksud Sara?" "Mak dapat rasakan akak ada masalah.Sara pun sama." Akak diam. "Akak dengan abang Syamsul-" "Dah lewatlah Sara,akak balik dulu.Nanti abang Syamsul risau." Potong akak dan terus bangun daripada sofa membuatkan aku terpinga-pinga.Dia terus menuju ke pintu dan membukanya.Buat kali terakhir akak memandangku. "Kunci pintu rumah ni betul-betul.Sebelum tidur baca doa.Esok Inshaallah akak lawat mak,jadi-" "Kalau ada masalah luahkan jelah dekat kitaorang kak.Jangan paksa diri."Aku masih berdegil dan mendekati akak.Aku meneliti wajah akak dalam-dalam sehingga aku dapat kesan sesuatu di pipinya.Mataku membulat. "Akak ok.Kata dekat mak janganlah risau.Akak mana ada masalah sekarang." Aku masih tidak percaya apa yang aku Nampak di pipi akak. "Tunggu akak,itu-" "Akak balik dulu,dah lewat sangat nih.Bye,Assalammualaikum." Ucap akak dan terus menutup pintu tanpa memandang kebelakang lagi. Aku masih tergamam. "Waalaikummussalam..." Aku pasti apa yang aku nampak dekat muka akak tadi.Bedak di muka akak kelihatan sudah luntur sedikit dan menyerlahkan sesuatu yang memeranjatkan aku.Itu macam...Macam lebam? Tanpa membuang masa aku mengambil cawan teh akak yang kelihatan separuh dan meletakkannya di dalam singki.Malas untuk basuh aku terus keluar daripada dapur dan mendaki tangga dengan fikiran menerawang.Akak terjatuh ke sampai lebam pipi dia?Teruk sangat lebam tu sampai dah berwarna ungu. Aku masuk ke dalam bilik dan duduk di meja belajar.Telefon bimbitku kelihatan menyala dan aku terlihat satu notification yang baru masuk beberapa minit tadi.4 missed calls daripada Syarifah? Apasal pulak si minah ni telefon aku? Macam terdesak pun ada.Jariku ingin mencapai telefon bimbit dan menghubungi Syarifah kembali namun aku berhenti.Esok jelah aku jumpa Syarifah,tak payah telefon.Esokkan sekolah.Lagipun kerja sekolah tak siap lagi nih.Aku memandang buku-buku di hadapanku dengan sayu. Alaa...Malasnya. ****************************** Turun sahaja daripada bas sekolah aku terus masuk ke dalam perkarangan sekolah dan menuju ke kantin seperti biasa,untuk menemui Syarifah.Dia selalu datang awal daripadaku.Menuju ke kantin,aku perasan aura disekeliling aku sedikit pelik.Kelihatan ramai pelajar yang duduk setempat bersama kumpulan mereka dan sedang berborak tentang sesuatu.Daripada gaya mereka seperti ada berita tergempar pun ada.Ada sesuatu yang terjadi ke? Aku hanya sempat mengerling kepada pelajar-pelajar yang berborak sekilas dan terus menuju ke kantin untuk mencari Syarifah.Ada gossip baru ke? "Sarah!" Laju aku menoleh apabila terdengar suara Syarifah memanggilku dan terus melihat rakan baikku lari untuk mendapatkanku. "Hei,apasal?"Ucapku selamba dan meletakkan beg di atas meja dan duduk di kerusi kantin sementara menunggu loceng untuk masuk ke dalam kelas. Syarifah menenangkan nafasnya yang turun naik sebelum duduk di sebelahku dan memandangku dengan teruja.Dia kelihatan sedikit tercungap-cungap. "Weh! Apasal semalam aku telefon kau tak dapat! Ada berita tergemparlah!" "Aku buat homeworklah,berlambak tau tak." "At least jawablah satu call aku!Hiish."Geram Syarifah memandangku. "Aku dekat ruang tamulah masa tu.Telefon aku dalam bilik." "Alasan!" "Mana ada!Eh,tapi aku memang perasan macam ada berita tergempar je hari ni.Semuorang macam syok sangat bergossip hari ni.Pasal apa?"Aku mendekati Syarifah dan perasaan inkuiri mula terbit. Syarifah memandang sekeliling dengan berhati-hati sebelum mendekatkan bibirnya pada telingaku.Aku tergelak kecil. "Kalau satu sekolah tengah gossip benda yang sama,kau tak payah takut sangatlah Syarifah nak cerita dekat aku."Perliku. "Shh!Kau nak dengar ke tak." "Iyelah,iyelah.." "Ni..Semalam ada satu budak sekolah kita yang viralkan benda ni dekat twitter." "Siapa budaknya?" "Manalah aku tahu.Mulanya budak ni share cerita ni dekat kawan baik dia.Last-last kawan baik dia ni,pergi screen shot perbualan whatsaap diorang lepastu upload gambar dekat twitter.Habis satu budak sekolah kita tau!" Aku membuat muka jijik.Errgghh.Kawan baik apa macam tu? "Cerita pasal apa?" "Pasal Mikael." Aku terdiam. "Budak ni,dia ter-dengar perbualan guru kaunseling tentang masalah Mikael tau.Lepastu kau tahu tak apa yang dia tahu.Cikgu kata adik Mikael hilang weh.Kena culik!" Ucap Syarifah lagi dengan nada membisik. Otak aku seperti tidak mahu berfungsi.Alamak. "Macam mana dia boleh terdengar pulak perbualan cikgu?"Aku semakin pelik. Syarifah hanya menjongketkan bahunya dengan selamba. "Entah.Dalam bilik guru kut." Adakah..Perbualan cikgu yang sama yang aku dengar tempoh hari? "See! Daripada sinilah aku dapat tahu semuanya!Padanlah sikap Mikael berubah gila.Sebab adik dia.Aww,kesianlah beb.Aku tak sangka Mikael bijak sorokkan semua ni.Dia tu-" Mulut Syarifah tidak berhenti berceloteh namun otak aku seperti sedang memikirkan sesuatu yang lebih kritikal.Tunggu sekejap! Mikael tahu yang aku tahu tentang adik dia.Dan yang lebih teruk lagi,aku ceritakan dekat dia yang aku dengar semua ni daripada perbualan guru kaunseling jugak! Oh no. "Errmm..Dekat twitter tukan,ada pamerkan nama budak tu tak?"Kataku sedikit resah. Tolonglah pamerkan nama budak tu! Bukan aku yang sebarkan! "Tak.Mestilah budak tu dah potong nama kawan dia siap-siap sebelum upload kan dalam twitter." Hatiku hampa.Aduuh!Mikael akan fikir 100% yang aku sebarkan cerita tu dekat budak tu.Dan aku tidak! Disebabkan perbuatan bodoh budak tu,aku terjebak sekali! Apakah ini?! Grrr,siapa budak tu! Aku terkejut apabila Syarifah memegang bahuku dengan kasar dan menatap mataku dalam-dalam. "And lastly,kau betul-betul nak tahu benda yang gempak Sara."Muka Syarifah kelihatan serius. "A..Apa dia?" Syarifah mengeluarkan telefon bimbitnya daripada poket dengan berhati-hati dan menyorokkan sedikit telefon bimbitnya di sebalik beg.Aku terkejut. "Kau bawak telefon dekat sekolah weh?!" Desisku dan memandang telefon Syarifah dengan tidak percaya. "What? Even aku nampak pengawas bawak tadi.Eleh,kau bawak pergi sekolah 24 jam okey je,asal aku tak boleh?" "Aku lain! Aku bawak sebab aku risau kalau doktor telefon tentang keadaan mak aku.Kau-" "Ok,ok,fine.Aku bawak hari ni jelah.Bukan aku nak tayang dengan berlagak macam budak-budak lain." "Ermmhh..Sukahati kaulah.Apa berita tergempak sangat tuh."Ucapku malas nak bertengkar lagi. "Yang tergempaknya adalah-Mikael dah tahu tentang hal ni." Mataku membulat. "Dan pagi tadi,sebelum pergi sekolah aku check twitter.Dia siap bagi komen lagi." Mukaku sudah pucat.Kenapa dunia benci aku sangat? "Bila keluar je komen Mikael,terus senyap kut ruang komen!" "Syarifah...Apa yang Mikael komen?" "Err..Aku tak tahu nak beritahu kau ke tak.Komen Mikael agak kasar.Dan otak kau pulak agak innocent."Teragak-agak Syarifah. "Alah,beritahu je!"Pintaku dengan gusar.Hati aku dah tak berhenti berdegup nih! "Ok..Ok jap aku bukak twitter." Kata Syarifah dan menekan sesuatu di telefon bimbitnya kemudian menghulurkan kepadaku.Laju sahaja mataku mencari komen Mikael. "Mana weh?" "Itu ha!" Tunjuk Syarifah dan wajahku berkerut membaca separuh komen-komen yang terpapar.Komen Mikael berada di bawah sekali. Kesiannya...I will pray for his sister T^T. -Mia_Johari Hei,ini privasi oranglah! Kau x berhak nak sebarkan ni dekat twitter >:( -MissLyana_99 Aq rasa kesian..tp ni maybe balasan tuk dia kut sebab selalu buli orang dekat sekolah. -LukManHipster Ikr!😂 Hahaha -Anonymus here. X baiklah korang... -Bungataman97 Kitaorang ckp bende betul plak.. -LukManHipster Setuju dgn Luk.Karma. -Anonymus here. *Middle finger* -Mi_kael Erkk.Aku agak terkejut dengan komen Mikael.Ini je yang dia balas? "Kau tahukan middle finger tu apa-" "Ishh aku tahulah.."Gumamku dan menggeleng-gelengkan kepala.Kecewa dengan sikap orang yang komen dan Mikael juga yang membalasnya.Seeloknya tak payah komen langsung. "Its kinda harsh kan.Aku rasa orang yang komen tu buat Mikael betul-betul marah." Ucap Syarifah sambil menyimpan kembali telefon bimbitnya di dalam poket.Aku pula sudah menghantukkan kepala di atas meja.Huwaaa,aku akan mati.Mamat tu gerenti salahkan aku!Aisshh,macam mana aku nak pulangkan buku lukisan dia balik kalau dia akan salahkan aku dalam hal ni? Aku nak ambil balik MP3 dengan handkerchief aku! "Sara,itu Mikael datang!" Bisik Syarifah membuatkan laju aku mengangkat kepala daripada meja.Hatiku bagai mahu terhenti. Mikael yang baru tiba di sekolah berjalan disekeliling kantin untuk menuju ke blok sekolah.Ikutkan peraturan,pelajar dilarang masuk ke dalam kelas sebelum loceng berbunyi.Tapi kalau nak diikutkan pada Mikael-I don't think he give a damn.Mikael berjalan dengan ramai mata pelajar yang mengikutinya daripada belakang.Mulut mereka tidak berhenti terkumat-kamit bercakap tentangnya. Dalam separuh hati aku berasa kesian,mesti rasa rimaskan kalau berada dalam situasi dia.Sudahlah tak ada kawan,orang mengata pula pada dia.Ya Allah,kesiannya.Mikael seperti membaca fikiran hatiku apabila dia menoleh kebelakang dan memberikan renungan tajam pada orang yang berbisik-bisik di belakangnya.Laju sahaja mulut-mulut yang bercakap tadi ditutup apabila melihat Mikael memandang kearah mereka dengan bengang.Satu kantin kelihatan senyap sebelum bayang Mikael hilang di sebalik blok.Kantin itu riuh rendah kembali dengan gossip terbaru tentang hari ni. Hatiku kembali resah.Gulp.Aku kena elakkan jumpa Mikael hari ni.Daripada riak dia tadi,nampak sangat bad mood dia tu teruk.Kalau dia jumpa aku lepastu tuduh aku yang sebarkan hal ni.Aduuh,lagi teruk aku rasa. "Kesiannya aku tengok crush aku tu Sara.Awww.."Ratap Syarifah seorang diri. "Haihhh..Kau patut risaukan tentang aku Syarifah.."Kataku dengan lemah. "Ha?" "Tak ada apa-apalah.."Suaraku semakin mengendur. Aku tak tahu macam mana nak selesaikan hal ni.Tapi yang penting hari ni :Elakkan Nampak muka Mikael.Yup,itu je yang terbaik sekarang. ********************************** Aku menulis apa yang ditulis oleh Puan Nafisah di papan whiteboard di buku nota.Memikirkan apa yang terjadi hari ni,aku tersenyum kecil.Aku berjaya mengelak daripada terserempak dengan Mikael untuk satu hari! Dan lepas kelas ni sekolah akan tamat! Yass.Aku berjaya.Aku tersenyum lebar lagi memikirkan pencapaian aku hari ni.Tak adalah susah sangat nak elak jumpa mamat tu.Waktu rehat pun apabila aku ternampak Mikael di kantin,terus aku memberi alasan kepada Syarifah untuk pergi ke tandas.Lepas aku balik daripada tandas dan menuju ke kantin semula,bayang mamat tu terus tak ada.Terima kasih Ya Allah kerana memudahkan kerja hambamu.Hehehe. Tidak sempat aku meletakkan tanda noktah di nota,Puan Nafisah menepuk tangan untuk mengambil perhatian pelajarnya membuatkan aku memandang kehadapan. "Okey,memandangkan kita ada lagi 15 minit.Cikgu nak minta tolong sesuatu dekat kamu semua." Kata Puan Nafisah membuatkan kami semua hanya terdiam dengan muka yang 'blur'.Puan Nafisah menyimpan semua barangnya ke dalam beg dan menyusun beberapa buku sebelum memandang kearah kami semula. "Macam ni,kamu taukan minggu depan budak universiti UITM akan buat MUET dekat sekolah kita.Jadi kelas kamu sampai kelas F diarahkan untuk susun meja dengan kerusi dekat kelas tingkat bawah je.Mana meja dengan kerusi yang lebih hantar dekat stor." "Sekarang cikgu?"Soal Kamilia yang duduk dihadapanku. "Iya.Nanti lepas habis susun kamu semua boleh balik.Siapa yang dah siap salin nota boleh bergerak sekarang." Arah Puan Nafisah dan terus keluar daripada kelas dan diikuti dengan beberapa pelajar yang telah selesai menyiapkan nota.Laju aku menyimpan buku dan kotak pensil di dalam beg sementara Syarifah disebelahku menyalin nota dengan terkocoh-kocoh. "Isshh sabarlah weh.Tunggu aku! Tak siap salin lagi ni."Celoteh Syarifah dan aku lihat tulisannya sudah tidak serupa tulisan.Nak cepatlah tu minah ni. "Tulah,masa semuaorang tulis nota kau berangan.Cepat sikit." "Mana ada berangan.Aku fikir pasal Mikael lahh.Kesian dowh aku dengan dia.Dahlah-." "Chup! Siapkan nota kau sekarang." Arahku dengan serius dan Syarifah hanya tersengih kerang busuk sebelum sambung menyalin notanya dengan tergesa-gesa. Selepas aku menunggu Syarifah menyiapkan notanya,kami berdua terus turun melalui tangga dan masuk ke dalam kelas di tingkat bawah.Ramai pelajar yang telah menyusun meja dan kerusi dan beberapa orang pelajar pula mengangkat sebahagian meja yang tidak digunakan ke dalam stor.Stor sekolah kami agak besar dan terletak jauh sedikit di belakang blok sekolah.Kesian gila kepada siapa yang diarahkan oleh cikgu untuk hantar meja dengan kerusi dekat sana.Terutamanya lelakilah.Hahaha.. Aku yang sudah menyusun dua tiga meja dan kerusi memandang kearah Syarifah yang hanya tercongok di muka pintu kelas daripada tadi.Gayanya seperti mengintai sesuatu.Isshh minah ni.Laju sahaja aku menampar lengannya membuatkan Syarifah mengaduh kesakitan. "Sakitlah weh!" "Hello,semuaorang bertungkus lumus susun meja.Kau duduk sini tak buat kerja!Kau tengok apa ni daripada tadi?" Soalku dengan geram. "Alaa,aku dengar kelas Mikael pun kena susun meja macam kelas kitaorang.Tengah cari bayang dialah ni.Tak ada pun.Hiisshh."Rungut Syarifah dan matanya masih melilau di sekitar luar kelas. Aku tumbuk jugak minah.Misi aku hari ni sudahlah nak elakkan daripada jumpa muka mamat tu. "Kau ni seriuslah.Asyik Mikael,Mikael,Mikael.Kau tau tak fikirkan pasal mamat tu takkan effect apa-apa untuk masa depan kau.Get a life.Dude." "Eleh,kau jeles sebab aku ada crush.Kau tu hati batu sangat.Sejak daripada Form 1 tak minat siapa-siapa." "Aiisssh.Nasib baik kau kawan baik aku,kalau tak dah lama aku sumbatkan mulut kau tu dengan pemadam papan whiteboard dekat sana." Syarifah tersenyum lebar. "Sebab aku kawan baik kaulah aku berani cakap macam ni.Hahahaha.." Ketawa Syarifah sebelum menjelir lidah kearahku dan terus menuju kebelakang kelas untuk menolong pelajar yang lain menyusun kerusi.Sabar jelah aku dengan dia tu.Kemudian tanpa berfikir aku mengintai di luar kelas juga.Betul jugak.Aku tak nampak langsung Mikael,Zaki aku nampaklah.Lantaklah! Kerja kami semakin selesai,kerusi dan meja siap disusun untuk budak UITM mengambil MUET dalam kelas ni.Aku tersenyum lega. "Yeayy! Jom balik beb."Gembira Syarifah. Aku pula tersenyum sambil menganggukkan kepala.Loceng berbunyi menandakan waktu sekolah telah tamat,beberapa orang pelajar mula keluar daripada kelas dengan riuh rendah. "Syarifah,Sara sekejap!" Panggil Puan Nafisah yang berada di belakang kelas membuatkan langkah kami berdua terhenti untuk jejak di luar kelas.Laju sahaja kami menuju kearah Puan Nafisah yang telah tolong kami menyusun meja sejak daripada tadi. "Ye cikgu?"Soal Syarifah. "Ni ada lagi satu meja lebih cikgu nak kamu berdua hantar dekat stor.Sebab kejap lagi pak cik kebun tu pun nak kunci stor sebelum balik.Cikgu kena pulang awal sebab nak ambil anak cikgu.Maaf ye menyusahkan." Aigoo.Stor jauh kut. "O..Ok cikgu."Aku memaniskan muka dan cuba tampak seperti ikhlas. "Thanks.Cikgu balik."Puan Nafisah tersenyum lebar sebelum mengambil tas tangannya dan terus keluar daripada kelas dengan laju.Syarifah terus memandang kearahku. "Beb,aku kena balik awal!Pak cik van aku datang awal hari ni." Aduuh. "Ala janganlah macam ni Syarifah.Takkanlah aku kena angkat meja seorang diri? Stor belakang sekolah sunyi pulak tu!"Gusarku seorang diri. Lagi-lagi bila semua pelajar dah balik sekolah. "Kau bolehlah Sara sebab bas kau datang lambat.Aku betul-betul minta maaf tapi aku tak dapat tolong kau beb.Aku...Nanti aku belanja kau aiskrim!" Aku memandang Syarifah dengan bengang. "Fine.Ais krim Magnum." "Magnum?! Mahal kut.Ais krim Malaysia 20 sen sudahlah." Aku memberikan jelingan tajam membuatkan Syarifah tersengih panjang. "Ehehe..Ok,ok.Magnum.Sekarang aku kena pergi.Sorry ye! Bye beb!" Laung Syarifah sebelum keluar daripada kelas meninggalkan aku seorang diri di sini.Aku melepaskan keluhan berat dan memandang meja itu dengan lama.Ahh,angkat jelah!Lepastu boleh balik!Bentak hatiku dan terus mengangkat meja itu keluar daripada kelas. Selepas mengangkat meja itu dengan susah payah menuju ke belakang blok sekolah,langkah aku terhenti untuk mengambil nafas aku yang tercungap-cungap.Apahal stor sekolah kitaorang jauh sangat nih! Aku mengambil nafas panjang sekali lagi sebelum meneruskan perjalanan ke stor sekolah yang kelihatan pintunya terbuka luas.Dalam stor sekolah kami terdapat banyak longgokan kerusi dan meja yang boleh dikatakan menggunung sampai mencapai bumbung.Aku masuk ke dalam stor yang dirasakan agak gelap itu dan berhenti seketika untuk memandang sekeliling.Terdapat banyak juga kerusi dan meja yang patah dilonggokkan di hujung stor.Hmm,letak mana ye meja ni? "Letak je dekat situ." Hampir terloncat aku mendengar suara itu dan laju aku berpaling untuk mengetahui daripada mana arah suara itu datang. Tanpa aku sedari,sejak daripada tadi ada seorang pelajar yang duduk di hujung stor dalam kegelapan.Dan pelajar itu sedang sedap menghisap rokok dan melepaskan asap daripada bibirnya. Mikael. Mata aku tidak berkedip memandang Mikael daripada jauh.Walaupun sekarang aku tidak dapat melihat wajahnya kerana kegelapan,namun aku kenal suaranya.Ahhh! Musnah plan aku nak elak daripada jumpa mamat tu! Aku seperti ingin sorok sahaja sekarang. Mikael memandang tepat kearahku membuatkan hati aku semakin takut dan kecut.Buat bodoh Sara.Buat bodoh.Letak meja dekat tepi lepastu terus lari keluar! Rancang suara hatiku dan aku terus mengangkat meja ke hujung stor dengan cepat.Letak sahaja meja di tepi,aku ingin berpaling kebelakang dan terus lari.Namun apabila terdengar tapak kaki Mikael yang seperti menuju kearahku membuatkan aku menelan air liur sedalam-dalamnya. Alamak,apa yang dia nak buat pada aku?! Ugut? Marah?Paling teruk tumbuk! Mak! Apabila langkah Mikael berhenti,aku dapat kesan tubuh Mikael betul-betul berada tepat dibelakangku.Satu peluh mula muncul di dahi dan aku menggigit bibir dengan takut. "Pandang belakang."Arah Mikael dengan serius membuatkan bulu romaku meremang. Kau kena kuat Sara! Kuat!Ok,ok! Pandang sahaja belakang,aku terus menghadang tubuhku dengan tangan dan menutup mata. "Bukan saya sebarkan cerita tentang adik awak ok!Ada orang lain yang sebarkan! Saya pun tak tahu tentang hal ni sehinggalah pagi tadi bila-!" Mata aku terbuka besar apabila Mikael memegang pergelangan tangan aku dengan erat. "Hei!" Tidak sempat aku menarik,Mikael mengikat handkerchief aku dipergelangan tanganku sendiri membuatkan aku tergamam dengan tindakannya.Dia mengetatkan lagi ikatannya sebelum melepaskan lenganku dan tersenyum sinis. "Aku tau bukan kaulah." Katanya tanpa berganjak membuatkan aku tak selesa dengan keadaan kami yang terlampau dekat.Aku melihat handkerchief yang diikat pada pergelangan tanganku dengan tidak percaya.Mikael pulangkan sendiri handkerchief ni pada aku? "Ma..Macam mana awak tahu?" Dia tergelak kecil sebelum membuka mulut. "Tengok gaya kau pun aku tau.Kau ada twitter ke?"Soalnya seperti maki. Aku terdiam dan mukaku menjadi merah.Aku mana ada twitter. "See? Obvious right." Dia tersenyum lagi membuatkan aku geram. "Aku dah lama syak benda ni akan berlaku.Aku dapat rasakan cikgu kaunseling tu tak dapat tutup mulut dia untuk dia seorang je.Bukti dia,kau dengan budak sengal dekat twitter tu."Katanya selamba dan memandang tepat kearah mataku. "Awak tak kisah ke satu sekolah tahu tentang hal ni?" Mikael tidak menjawab namun terus menghisap rokok dan melepaskan asapnya dengan tenang. Macam mana mamat ni boleh jadi sungguh..tak ada perasaan? "Benda yang awak hisap sangat tu,tak elok tau."Kataku dengan tegas.Aku tak tau kenapa,aku pantang tengok orang hisap 'cancer-stick' (rokok) tu,nanti mesti mulut aku nak bising. "Hisap rokok benda yang teruk.Tapi sebab aku menghisapnya lagi teruk."Ucapnya dan merenung rokoknya di tangan membuatkan muka aku berkerut.Apa maksud mamat ni? Cuba mengambil peluang ini untuk menyedarkan Mikael,aku membuka mulut. "Tak terlambat untuk berubah sekarang.Lambat laun semuaorang kena teruskan kehidupan. Kita yang tentukan kehidupan kita." Mikael tergelak apabila tahu aku cuba menasihatkannya. "Jawapan aku pada kau adalah-I don't give a f**ck." Mata aku membulat apabila terdengar ayat yang asing itu. "Hei,jangan mencarut! Apa yang awak cakap tu serupa melambangkan diri awak macam mana tau!" Nasihatku lagi. "So? Diri aku memang macam ni."Dia tersenyum lagi seperti mencabar aku. Grrr. "Percaya cakap saya,sebab saya tak nak awak menyesal nanti.Dunia ni ibarat kertas putih.Awak cuma perlu pegang pen dan tentukan samada nak lukis garis lurus,atau bengkok."Kataku lagi dengan tegas dan memberanikan diri untuk menatap matanya. "Macam mana kalau aku ada pen,tapi tak dakwat." "Apa?" "Kau nak jadi dakwat aku?"Mikael merapatkan wajah kami dan tersenyum nakal. Bengang dengan loyar buruknya,aku mengetap bibir. "Mikael,awak bukan 'kotak yang kosong' tau!"Kataku tanpa berfikir dan terkejut apabila menyedari aku terlepas cakap. Shoot! Riak Mikael berubah dan sekejap sahaja bertukar bengang. "Kau yang ambik buku lukisan aku!" "Hei,hei-bukan ambik ye!Saya terjumpa dan ingatkan nak pulangkan pada awak hari ni.Jangan nak tuduh-tuduh!"Aku memberanikan diri mempertahankan diriku. Mikael tergelak sambil menggeleng-gelengkan kepalanya dengan tidak percaya.Aku tak tahu samada dia pelik macam mana aku yang boleh terjumpa buku lukisannya,ataupun macam mana aku dapat baca apa yang tersirat di sebalik lukisannya. Secara tidak semena-mena,dia meletakkan kedua-dua belah tapak tangannya di atas meja membuatkan aku terperangkap di tengah.Aku terkejut dan hatiku sudah berdegup laju.Mikael merapatkan wajah kami membuatkan aku semakin ingin kebelakang namun dihalang oleh meja.Dia memandang tepat kedalam anak mataku membuatkan hatiku semakin tak keruan. "Mikael.Jangan dekat."Aku cuba memberi amaran. Dia tidak berganjak membuatkan aku dapat dengar deru nafas,bau rokok dan..bau minthe?Pelik . "Let my box be empty.Don full it with shit and lies." Katanya dengan nada yang dingin dan serius membuatkan aku terkedu. Tersedar yang aku merenungnya terlalu lama,aku mula membuka mulut untuk membalas.Memandangkan mamat ni speaking pulak dengan aku,ingat aku tak boleh speaking balik ke? "If I want to fill it with just sincerity,what would you say?"Kataku perlahan. Mikael kelihatan terkejut dengan jawapanku dan merenungku lama.Tidak sempat dia membuka mulut,bunyi bising daripada luar menyedarkan kami berdua. Tiga orang budak lelaki masuk ke dalam stor sambil tergelak kuat.Kemudian aku melihat salah seorang daripada mereka mengheret seorang budak lelaki dengan kasar dan menolaknya jatuh keatas lantai stor.Aku terkejut dan menutup mulut. "Kita paksa dia dekat sinilah! Tak ada orang.Hahaha!" "Bagus bro..Bagus hahah!" Mereka bertiga tergelak dan aku hanya melihat lelaki yang berada di atas lantai itu mengaduh kesakitan.Mereka berempat tidak menyedari kehadiran aku dan Mikael yang berada di hujung,mungkin kerana kegelapan stor yang menyorokkan kami.Melihat itu laju sahaja Mikael menarik tangannya daripada meja dan berdiri di hadapanku.Mataku dikecilkan lagi untuk mengamati wajah mereka satu persatu.Aku tidak kenal langsung tiga orang budak lelaki yang berbadan besar itu,tapi aku rasa yang dekat atas lantai itu adalah...Zaki! Aku rasa tidak percaya. "Itu Zaki kan! Kawan awak!" Bisikku pada Mikael dengan terkejut. Mikael diam seketika sebelum membalas. "Ha'ah." "Apa maksud awak ' ha'ah'? Pergilah selamatkan dia! Dia kena buli tu!"Aku resah seorang diri. Namun aku terkejut apabila melihat Mikael menjatuhkan rokoknya di atas lantai dan memijaknya. "Tak.Kita tunggu."Mikael tersenyum kecil membuatkan mulut aku seperti mahu ternganga mencecah lantai. "Apa?" Mamat ni gila ke? Argghh,tak faham aku! Laju aku meraupkan wajahku dengan rimas.Aku ingat rancangan aku untuk elak daripada Mikael hari ni akan berjaya dan aku akan terus balik rumah dengan aman dan jumpa mak! Tapi tak,benda lain pulak yang berlaku.Kenapa Ya Allah,kenapa semua benda perlu terjadi pada hari ni jugak? |
ArchivesCategories |