‘Blusher’ di pipiku hilang serta merta melihat perempuan yang berada di hadapanku.Perempuan yang berambut panjang paras bahu berwarna sedikit perang itu amat cantik di mataku.Dia memakai blaus peach yang longgar bersama skirt floral tepat-tepat paras lutut.So pretty! Tinggi dia pun macam model! “Daniel!” Laju Lyana berlari kearah Tengku Daniel dan memeluknya dengan erat.Aku agak terkejut begitu juga dengan Tengku Daniel.Tengku Daniel kelihatan teragak-agak untuk memeluknya kembali namun akhirnya mereka berpeluk erat.Aku menundukkan pandangan dan menelan air liur sedalam-dalamnya.Aduuh,nak berpelukan dekat depan aku jugak! Tak pasal-pasal aku dapat dosa maksiat mata Hissh. “Are you okay baby? When I heard the news I was so worried.”Lyana kata dengan resah dan kedua-dua belah tangannya memegang wajah Tengku Daniel. “I ok Lyana,you tak perlu risau.” Tengku Daniel senyum kecil. “Macam mana I tak risau Daniel,you kena culik dan tikam.” Lyana berpandangan serius. “ But I’m fine now,no need to worried.” Kata Tengku Daniel dan memandang sekilas kearahku.Cepat-cepat aku mengelak pandanganya. “I betul- betul minta maaf tak lawat you awal-awal,bila I dengar berita ni I terus berangkat ke Malaysia.” “It’s ok Lyana.” Tengku Daniel senyum lagi. Aku bermain-main dengan jariku sendiri.Hadir perasaan pahit dalam diriku.Ish,apahal dengan aku ni? Mungkin aku patut keluar,mereka berdua seperti perlukan privasi pulak. “You are-?” Terkejut aku mendengar suara itu dan terus memandang ke sisi.Kawan Tengku Daniel yang aku baru tahu namanya Zarul menegurku. “Oh,sorry! Nama saya Hanani.” Kalutku dan tersenyum. Zarul tersenyum lebar dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman.Aku mula rasa bersalah. “Maaf,saya tak sentuh lelaki.”Jujurku dengan lembut. “Opps,silly me.Sorry.”Zarul memegang tengkuknya dan tersenyum malu. “Woi, Zarul.”Panggil Tengku Daniel membuatkan aku dan Zarul memandang kearahnya.Laju Zarul mendekati Tengku Daniel dan mengenggam bahu rakannya erat. “Bro,kau ok? Serius aku terkejut dapat berita tentang kau masa aku dekat Manila.Macam Lyana,aku pun terus terbang pergi sini.” Kata Zarul dengan serius. Tengku Daniel tergelak. “Aku ok,tapi-“ Tengku Daniel mengeluh. “Projek aku bro,kena rampas.” Sambung Tengku Daniel lagi. “What?! Projek yang kau ceritakan dekat aku tu?” “Yes,it’really crazy right now.” “Boleh aku tengok kesan tikaman kau?” Pinta Zarul dan Lyana mendekati.Aku hanya seperti tugu di belakang mereka.Aduh,aku kena keluar nih.Rasa kekok gila.Tengku Daniel menyelak sedikit bajunya sehingga menampakkan kesan tikaman yang menceritakan kisah pahit Tengku Daniel. “Uissh,dalamnya.Sakit ni bro.” “Aku tahu.” Balas Tengku Daniel. “Baby,Im so sorry..” Kata Lyana dengan sayu dan memegang parut di perut Tengku Daniel. Aku agak tersentak namun cuba menyorokkanya.Sekali lagi Tengku Daniel memandang aku sekilas kemudian perlahan-lahan menarik tangan Lyana. “Sekarang luka ni dah ok,korang jangan risau.” Tangan aku sudah berpeluh-peluh.Perasaan pahit dalam hati aku sekarang ni pun seperti tak nak hilang walaupun sudah banyak kali aku cuba usir.Tak boleh jadi ni,aku kena keluar.Aku bukan sesiapa berbanding kumpulan diorang. “Encik-“ Suaraku membuatkan semua mata memandang kearahku.Aku mula resah. “Erm,saya rasa lebih baik saya-“ “Who are you?” Soal Lyana memotong percakapanku membuatkan aku terkejut. “Saya Hanani.”Perlahan aku menyebut. Lyana tersenyum manis dan menghulurkan tangan untuk bersalam.Aku menerimanya. “It was really nice to meet you Hanani.You buat apa dekat sini?” Soalnya lembut. Senyuman dia pun cantik! Aku mula berasa kecil hati.Ergh,benci perasaan ni. “Saya..Errm,saya kerja dengan Encik Daniel.Itu je.”Kalutku. “Really? Tapi kenapa kerja sampai dalam wad Dani-“ “Ok macam ni lah!” Suara Zarul menyampuk membuatkan Lyana tidak sempat menghabiskan katanya.Dalam hati aku sudah melepaskan nafas lega.Fuhh. “Aku dengan miss Hanani akan beli air mesin,sementara tu kau dengan Daniel borak-boraklah dekat sini dulu ye.” Zarul tersenyum lebar dan menghampiriku.Dapat aku menangkap kerutan di wajah Tengku Daniel. “Tak apa Zarul,aku tak perlukan air mesin.”Suara Tengku Daniel. “Alah,sekejap je.Nanti aku datang balik.”Kata Zarul tidak mahu beralah. “Thanks Zarul.Hanani, could you buy me ice lemon tea please?” Lyana tersenyum riang kearahku. Aku membuka mulut ingin protes kerana sebenarnya aku ingin pulang,biarkan sahaja kawan-kawan Tengku Daniel ini di dalam wad untuk berborak.Tapi Zarul ni terjebakkkan aku pula untuk membeli air untuk mereka.Haih.Aku menganggukkan kepala dan sedaya upaya menayangkan senyuman aku yang tidak berapa ikhlas. “Great,let’s go miss Hanani.”Kata Zarul dan ingin memegang bahuku.Aku agak terkejut dan menapak sedikit ke belakang.Ish,dia ni lupa ke aku tak pegang lelaki?! Namun Tengku Daniel lebih pantas memegang tangan Zarul sebelum mendarat keatas bahuku.Hati aku berdebar. “Kau kenapa?” Berkerut Zarul. Tengku Daniel menggaru-garu rambutnya yang tidak gatal. “Bro,Hanani tak sentuh lelaki.” “Ergh,aku lupa lagi.I’m so sorry miss Hanani.”Zarul menampar dahinya dan tersengih kearahku.Aku hanya tersenyum kecil.Kata ‘sorry’ je memanjang mamat ni.Ingat ni lagu Justin Bieber yang ‘sorry’ tu ke.Hissh.Tanpa membuang masa aku terus menuju ke pintu dan keluar daripada wad diikuti oleh Zarul. “Mesin air dekat mana?” Soalnya. “Dekat tingkat bawah sekali,dekat sini tak ada mesin air.” “Oh,oklah kalau macam tu.Jom.” Katanya dan terus menuju ke lif.Aku dengan malas ikutkan sahaja lelaki ni.Lif terbuka dan kami berdua masuk ke dalam.Aku cuba sedaya upaya menyibukkan diri dengan bermain jari dan merenung sandalku.Wow,teruknya aku selama ni tak perasan betapa cantiknya sandal aku.Haha.. “U scandal Daniel ke?” Soal Zarul tepat-tepat dihadapan wajahku apabila aku menoleh. Mata aku membulat.What? “Tak,saya bukan scandal siapa-siapa.Macam saya cakap tadi,saya pekerja encik Daniel je.” “Iyeke?” Dia merenung tajam. “Apa maksud encik ni?” “Panggil saya Zarul je Hanani.”Dia tersenyum dan aku agak terkejut dia mula memanggilku ‘Hanani’.Tiada lagi ‘miss Hanani’.Amboi,mesra alam sungguh mamat nih. “Ermm..”Aku masih teragak. “You think I wanna flirt you right?” Dia tersenyum nakal.Aku hanya menayangkan wajah ‘blur’. “Jangan risau,I dah ada ‘girlfriend’ dan I sayangkan dia.”Jujur Zarul.Aku tersenyum dan melepaskan nafas lega apabila mendengarnya.Takut aku,ingatkan Zarul ni buaya darat. Zarul ketawa membuatkan wajahku pula berkerut. “Kenapa encik tergelak?” “Encik?” “Opps,sorry.Maksud saya Zarul.Kenapa awak tergelakkan saya?” Terbelit lidahku untuk menyebut nama lelaki nih. “Hahah,you funny Hanani.” Katanya dan lif terbuka.Tanpa membuang masa Zarul keluar dan aku agak tergamam.Funny? Aku ada buat lawak ke tadi? Pelik gila mamat nih.Laju aku keluar dan terus menuju ke mesin air. “Nak air?Saya belanja.” Aku menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum kecil.Zarul membeli satu ‘ice lemon tea’ dan jarinya teragak-agak untuk menekan butang air tin diantara kopi Latte dan Mocha. “Emm,mungkin awak tak perlu belikan Encik Daniel air sebab dia dah beli kopi dekat Cafe tadi.” Entah kenapa aku bersuara. “Really?” Zarul senyap seketika. “Tak apalah,I nak belikan dia air jugak.I datang tanpa bawak apa-apa buah tangan.It’s kinda rude you know.”Dia tergelak kecil dan aku menganggukkan kepala tanda faham.Kemudian jarinya teragak-agak lagi.Aku melepaskan keluhan kecil. “Tekan air Latte.” “Kenapa?” “Entah.Saya rasa Encik Daniel suka Latte berbanding Mocha.” Cadangku.Aku agak-agak sahaja.Tengoklah mamat sengal tu,setiap hari cakap ‘belikan aku Americano Latte’ yang entah apa-apa tu.Siapa lagi yang tolong dia belikan kalau bukan aku. Tanpa membuang masa,dia menekan butang air tin Latte dan air tin jatuh kebawah.Zarul mengambil air tin itu dan memandang wajahku. “Let see if he like this drink or not.Hmm?” Cabar Zarul dan aku hanya tersengih. “Jomlah.” Kataku dan mula melangkah. “Hanani.” Aku berhenti melangkah dan menoleh.Zarul mendekatiku. “Ye?” “Sekali lagi saya nak tanya awak,awak ada apa-apa ke dengan Daniel?Just honest with me because I don’t care if you have relationship with him or not.” Soal Zarul sekali lagi membuatkan wajahku berkerut.Ish,aku dengan Daniel nampak macam bercinta ke? Aku tak rasa langsung.Penglihatan Zarul ni ok ke tak? “Tak.Saya dengan Encik Daniel takkan ada hubungan.Awak,dia majikan saya.Walaupun dia dah ada Lyana kan.Tak ada sebab untuk Daniel bercinta dengan saya.” Kataku jujur.Tengoklah kecantikan Lyana berbanding aku,memang jauh sekali.Sebab itulah aku seratus peratus pasti Tengku Daniel takkan pandang aku.Tengoklah cara mamat tu layan aku,buat orang marah je memanjang. “Are you certain?” Aku melepaskan keluhan. “Ya Allah,kenapa awak tak percayakan saya? Saya dengan Daniel memang tak ada apa-apa!” Kataku buat kali terakhir.Rimas pula asyik dilabelkan sebagai ‘scandal’ mamat sewel tu. Zarul ketawa. “I’m sorry..I’m sorry.Hahaha,saya percayakan awak.”Katanya dan tergelak lagi. Tengoklah tu,cakap ‘sorry’ lagi.Haiih. “Kenapa awak fikir saya dengan Daniel macam tu?” “No,it just-the way he look at you.Dan bila I nak sentuh you tadi dia macam ‘over proctective’.I tak pernah nampak dia macam tu.It’s kinda interesting for me.” Dia berkata serius. Mata aku membulat.Alamak,dia nampak ke Tengku Daniel dua kali pandang sekilas kearahku?! “Yup,I nampak Hanani.”Zarul tersenyum lebar.Seperti tahu apa yang ada di fikiranku.Aku malu dan menunduk ke bawah. “Awak,Daniel dah ada Lyana dan mereka amat sepadan .Saya takkan ada hati untuk hancurkan hubungan tu.” Luahku namun perasaan pahit itu hadir lagi.Argh,stupid feeling! “Hahah,Hanani.Kalaulah U tahu macam mana hubungan Daniel dan Lyana.Jomlah pergi.”Zarul ketawa kecil dan terus menuju ke lif.Aku terkedu memikirkan kembali kata Zarul.Kenapa hubungan Daniel dengan Lyana? Ish,kau jangan sibuk tepi kain oranglah! Laju aku menggelengkan kepala dan terus menyusun langkah ke lif.Kami berdua memasuki lif dan tekan tingkat tiga. “So,awak buat apa dekat wad Daniel?” Aduh,Zarul ni asyik menyoal aku je kenapa? Rasa macam kena soal temuduga pun ada. “Saya akan kerja dengan Encik Daniel dekat syarikat Group Perdana Jaya,jadi dia suruh saya siapkan laporan dekat sini.” Jujurku.Malaslah nak dalih-dalih. “Oh,saya faham.Tapi buat laporan dekat wad dia?Why?” Aku mengangkat bahu. “Dia kata senang dia nak pantau saya.”Kataku perlahan dan teringat kata-kata Tengku Daniel padaku.Lembap.Grrr,aku akan buktikan dekat mamat tu yang aku tak lembap lepas siapkan laporan maut dia tu! Zarul tergelak membuatkan lamunanku hilang. “Hahahahah..” Aku bingung. “Kenapa awak tergelak?” Zarul tersenyum lebar dan menggeleng-gelengkan kepalanya. “Aduh,Daniel,Daniel.Tak ada apa-apa Hanani,I just found that you really are interesting.U suka buat I gelak...”Katanya dengan sisa ketawa.Aku hanya melihat wajahnya dengan tidak percaya.Aku rasa otak Zarul ni kena buat Check-up.Aku tak buat lawak langsung tapi dia asyik ketawa je.Biar betul dia ni? Sampai di tingkat tiga,aku keluar mendahului Zarul dan laju menuju ke bilik Tengku Daniel.Bercakap dengan Zarul tadi membuatkan aku boleh melihat wajahnya dengan jelas.Mata Zarul yang agak sepet membuatkan dia mempunyai wajah yang comel tambah lagi dengan kulit putihnya seperti Daniel.Tapi warna ungu di hadapan rambutnya memang tak sesuai langsung.Apasal dia warnakan? Biarlah,itu hak dia jadi suka hati dialah. “Hanani.” Aku menoleh.Apa lagi ni? “Nanti dalam bilik pastikan panggil saya dengan nama tau.Jangan panggil encik.”Kata Zarul dengan senyuman nakal. “Ha?” Tidak sempat aku menyoal, Zarul terlebih dahulu membuka pintu wad dengan dua minuman tin di tangan. Bab 11 Zarul buka sahaja pintu,aku sudah melihat dua tubuh susuk yang membelakangi kami dan menghadap tingkap besar hospital.Lyana dan Daniel menoleh apabila terdengar Zarul menolak pintu.Dapat aku lihat tangan Lyana merangkul lengan Tengku Daniel dengan erat.Aku menarik nafas dalam-dalam tanpa aku sedari. “Hey,korang dah sampai.”Senyum Lyana. “Apasal lambat sangat?” Soal Tengku Daniel dan sempat memberikan aku jelingan tajam.Apahal pulak dia jeling aku nih? “Sorry guys,seronok aku berbual dengan Hanani tadi.Hahaha..”Zarul tersenyum lebar dan mendekati mereka berdua.Tengku Daniel menaikkan satu keningnya kearahku.Ish,apahal dengan dia ni? Mukaku hanya berkerut memandangnya. “Nah,Ice lemon tea for Lyana.Latte for you.” Zarul menghulurkan mereka berdua air tin masing-masing. “Aww,thanks Zarul.”Lyana bersuara. “Wow,aku suka air ni.Thanks bro.” Tengku Daniel tersenyum meneliti air tin Latte nya. “Unfortunately,bukan aku yang pilih air tu.Hanani yang tahu kau suka air ni.”Beritahu Zarul membuatkan aku resah.Aduh,perlu ke beritahu?! Geram pula aku pada Zarul. Tengku Daniel memandang kearahku membuatkan aku malu.Entah kenapa aku memandang pula kearah Lyana. “Aww,bagusnya Daniel ada pekerja yang tahu air kesukaan dia.You so sweet Hanani.”Lyana tersenyum lebar membuatkan aku agak terkejut namun cepat aku membalasnya dengan senyuman kecil.Aku ingat Lyana akan jeling ataupun jeles.Fuhh,nampaknya aku yang ‘over-thinking’.Mungkin Lyana memang gadis yang baik dan cantik.Mungkin aku yang cepat menilai orang.Lega aku. “Tak ada apa-apalah.”Balasku. “Bro,aku nak kau cerita dekat aku apa yang jadi.Aku kena tahu.”Nada Zarul mula serius dan Tengku Daniel menarik Zarul di pinggir bilik.Mulut mereka terkumat kamit seakan-akan sedang menceritakan sesuatu.Mungkin Tengku Daniel sedang ceritakan segalanya pada Zarul.Hmm,mungkin aku tak perlu menyibuk.Menoleh sahaja,aku terkejut melihat Lyana yang telah berada di belakangku.Dia tersenyum sambil mengangkat beg plastik yang berisi buah-buahan. “Can I call you Hani?” “Sure.” “Jom tolong saya potong buah untuk Daniel.Saya ada bawa pisau kecil lagi.”Mintanya dengan lembut sekali.Kalau aku lelaki memang dah cair dengan Lyana ni.But I am girl,sorry.Jeles adalah. “Boleh je.Meh sini saya tolong.”Kataku dan mengambil beg plastik itu perlahan.Aku mengeluarkan buah-buahan itu di atas meja dan memandang Lyana. “Saya basuh dulu ye?” Lyana tersenyum menganggukkan kepala.Selesai membasuh buah-buah epal tersebut,Aku dan Lyana mengupas kulitnya perlahan-lahan.Lyana memberitahuku dia tidak suka memakan kulit buah-buahan kerana ada lilin.Aku mengiakan sahaja sebab pendapat aku dengan dia memang sama.Aduh,bila aku boleh keluar daripada wad ni agaknya? Bencinya rasa kekok nih.Rasa macam aku orang sesat berbanding diorang semua. “So,awak bekerja untuk Daniel la nih?” Soal Lyana tanpa memandangku.Masih fokus mengupas kulit buah. “Saya tak kerja dengan dia lagi.Saya akan bekerja dengan dia.Saya datang wad ni pun sebab nak siapkan laporan yang dia suruh.”Kataku supaya tiada salah faham.Aku tak suka buat drama dalam hidup aku. “Macam mana U kenal Daniel.” Aku terdiam seketika. “Ayah saya rakan baik Datuk Tengku Hananfi.”Aku memandang sekilas kearah Lyana cuba mencari reaksinya.Namun Lyana hanya tersenyum. “Ohh,patutlah.Jadi dia tawarkan awak kerja ataupun awak yang minta?” Soalnya lagi.Why? Kenapa semua orang nak soal aku hari ni? Aku terkenal ke sejak akhir-akhir ni? Waduuh,malas betul.Ini semua kau punya pasal Tengku Daniel tak guna! Marahku dalam hati. “Ermm,dia tawarkan.”Kataku perlahan. Kemudian Lyana tergelak kecil. “Daniel,dia terlalu baik.”Kata Lyana dan menggeleng-gelengkan kepala.Aku melihat Lyana dengan bingung. “Auuch!” Aku terjerit kecil apabila jariku terkena pisau.Sakitnya!Huhu. “Oh my gosh,are you okay?!” Resah Lyana dan meneliti jariku. “Saya okey,saya okey.Saya nak basuh luka sekejap.”Kataku dengan malu.Lyana menganggukkan kepala dan aku tanpa membuang masa terus masuk ke dalam tandas.Aku membasuh jariku perlahan-lahan dan menampar dahiku sendiri.Ish,kau ni memalukan la Hani! Mesti Lyana ingat yang kau ni tak pernah kupas kulit buah.Waaa,bila aku boleh keluar daripada wad ni? Aku melepaskan keluhan apabila selesai membasuh jariku dan sedia untuk keluar.Ada plaster ke tidak ye dalam beg aku? Keluar sahaja tandas aku terdengar suara Tengku Daniel. “Apahal ada darah dekat buah ni?” “Tadi,Hani potong buah tangan dia terkena pisau.”Jawab Lyana. “What?” Kata Tengku Daniel dan matanya terus tepat kearahku yang berada di hadapan pintu tandas. “It’s ok.Luka kecik je.Tak ada apa-apa.”Senyumku dan berasa agak malu. Tanpa aku jangka,Tengku Daniel meluru kearahku dan meneliti jariku sendiri.Aku bingung.Dia mengeluarkan plaster di dalam poketnya. “Eh,itu bukan plaster saya ke?” Kataku dan teringat kembali saat aku memberikannya dua plaster semasa di dalam kereta.Tengku Daniel tidak menjawab namun terus membuka plaster tersebut.Dia memegang jariku dan melekatkan plaster itu di atas luka.Aku terkejut. “Issh,lepaslah-.“ “Shh!” Tengku Daniel tidak mempedulikanku dan selesai menampal ‘plaster’ tersebut. “Sekali lagi awak telah ceroboh hak saya Encik Daniel.”Desisku dan menarik jariku dengan laju.Aku menjeling tajam.Tengku Daniel tersenyum sinis dan hanya menggerakkan bahunya.Geramnya aku! “Nampak tak,kau memang lembap.” Panas sahaja telinga aku mendengarnya.Kalau mamat tu kata perkataan L.E.M.B.A.P lagi,jangan salahkan aku kalau dia terpelanting ke Bosnia kejap lagi. “Sekali lagi awak panggil saya lembap saya akan-“ “Awak akan apa?” “Saya akan tendang awak punya ‘bawah’ dekat sini jugak!” Marahku tapi masih berbisik.Sebab dialah aku boleh bertindak ganas nanti! Dia betul-betul buat aku geram! “Oh really?” Senyumnya dan terus berlalu pergi kearah Lyana. Aku mengetap gigi dengan geram.Grrr,dia mencabar keganasan dalam diri aku. “Baby,makanlah buah ni.Tadi I potong dengan Hanani.”Pinta Lyana lembut dan mengangkat pinggan berisi buah.Tengku Daniel tersenyum. “Thanks Lyana.”Katanya dan memakan satu buah tersebut.Hatiku masih panas. “Do you see what I meant just now.” Aku terkejut dan terus menoleh kearah Zarul yang berada di sisiku entah bila.Dia tersenyum nakal kearahku. “Apa maksud awak ni?” “Maksud saya ialah-Daniel ‘protective’ dekat awak.” “Jangan merepeklah.” “Mungkin sebab U yang nak selamatkan Daniel masa dia kena tikam dekat lorong hari tu kut.” Mataku membulat. “Awak tahu hal tu?” “Daniel ceritakan dekat saya segalanya tadi.”Zarul tersenyum bangga. Aku hanya melepaskan keluhan.Hadoii.Aku lepuk juga mamat ni! “Macam ni lah encik-“ “Nope,call me Zarul.” “Ok,ok,Zarul.Saya rasa awak dah salah faham ni,saya memang tak ada apa-apa dengan Daniel.Awak je yang terlebih fikir hal ni.”Luahku dengan geram. Zarul tergelak. “Hanani,saya tahulah apa yang saya nampak.Saya dah lama kenal Daniel,dan apa yang saya lihat tadi.I think he’s attracted to you.” Laju aku menggeleng-gelengkan kepala.Haissh,gila Zarul ni.Dah banyak kali aku bilang dia masih cakap benda yang sama.Aku ketuk jugak dengan kuali. “Tak,awak salah-.“ “Apa korang berbual ni?” Suara Tengku Daniel. Tanpa aku sedari Tengku Daniel dan Lyana sudah berada di hadapanku. “Tak ada apa-apa,kan Hanani?” Zarul tersengih. “Iye Zarul.”Balasku dengan senyuman malas. “Kau panggil dia Zarul?” Tengku Daniel bingung memandang kearahku. “Yup,aku yang suruh dia panggil aku macam tu.Sebab sekarang kita berdua agak rapat kan,Hanani?” Katanya sekali lagi dan mengenyitkan mata kearahku.Dalam hati aku meluat.Aku menganggukkan kepala sahaja dengan malas.Dapat aku lihat Tengku Daniel memberikan aku panahan matanya yang tajam.Aduh,aku buat salah ke? “You know what,aku rasa Hanani kena balik rumah.” Kata Tengku Daniel tersenyum kearahku.Keningku terangkat satu. “Ye,saya pun rasa yang saya kena balik dulu.”Kataku dan menjeling tajam kearah Tengku Daniel.Laju aku mengambil barang-barangku di atas meja dan memasukkan laptop di dalam beg.Finally,aku dapat keluar! Dalam hati aku sudah menari riang. “What? Biarlah Hanani stay lama sikit.Aku tak kisah.” Rungut Zarul “It’s ok Zarul,I pun rasa yang Hanani nak balik daripada tadi.”Kata Lyana. Selesai mengemas barang aku menoleh kearah mereka. “Saya balik dulu.Nanti lepas siap laporan saya akan hantar dekat awak ye Encik Daniel.Terima kasih semua.”Kataku dengan senyuman.Lyana dan Zarul menganggukkan kepala kecuali Tengku Daniel.Tanpa membuang masa aku keluar daripada wad dan menapak ke koridor. “Hani tunggu!” Aku berpaling dan lihat wajah Lyana. “Ye?” Senyumanku masih tidak hilang. “Daniel saya punya.” “Apa?” “I said,Daniel is mine.So back off.” Aku tergelak kecil dengan tidak percaya. “Lyana,saya dengan Daniel tak ada-.“ Tidak sempat aku berkata,Lyana terus berpaling masuk ke dalam wad dan tutup pintu.Aku terkedu.Jadi selama ni Lyana pun salah faham jugak ke? Ya Allah peningnya kepala aku terjebak dengan mamat sewel tu! Hissh,tak boleh jadi ni! Aku kena jauhkan diri daripada Daniel,dia buat semua orang pandang aku dengan curiga.Tanpa aku sedar,perut aku berbunyi.Aku memegang perutku sambil menjuihkan bibir.Tengoklah,nak makan pun tak sempat.Sedihnya hari ni.Sudahlah dilabelkan ‘scandal’ mamat tu,lepas tu Lyana pula ‘sound’ aku.Arggh! Dengan malas aku menuju ke lif untuk turun ke tingkat bawah.Stupid Daniel! Sejurus sahaja Hanani pulang,Tengku Daniel meraupkan rambutnya kebelakang dan naik ke atas katil.Lyana menuju ke tandas sebentar dan Zarul duduk di atas kerusi bersebelahan katil Tengku Daniel.Mereka berdua makan epal yang telah dipotong oleh Lyana dan Hanani sebentar tadi. “So macam mana sekarang,dengan projek kau hilang lagi.Apa kau nak cakap dengan board directors dan partnership yang lain?” “Erggh,kau jangan serabutkan otak aku boleh tak.”Rungut Tengku Daniel. “What? Aku cakap benda realistik je kan?” Tengku Daniel tidak membalas malah terus mengunyah epal di dalam mulut. “Yang aku tahu,kau kena cari projek tu secepat mungkin bro.Tinggi nilai dia.” “Aku tahulah.” “Mesej tu kata pasal dendam,kau ada buat orang sakit hati ke?Sekejap,dengan perangai kau macam ni,aku memang dah agak kau memang ramai musuh bro!” Gelak Zarul namun Tengku Daniel hanya mempamerkan wajah bengang.Lawak ke? “Kau tahu apa aku rasa,nak tumbuk kau sekarang.”Bengang Tengku Daniel dan melemparkan pandangan ke luar tingkap.Ada kawan baik pun selalu jengkelkan aku buat apa? “Mungkin,orang yang rampas projek kau berdendam dengan keluarga kau kut?” “Keluarga aku? Ayah aku mana ada musuh ketat sejak akhir ni? Semua musuh-musuh syarikat ayah aku bersaing dengan sihat ok.” “I don’t know,but there must be something that triggers the bad guy to steal the project.” Tengku Daniel memicit dahinya yang tidak pening.Keluarga aku? Dendam? “Aku tak pasti Zarul,tapi nanti aku bincang dengan ayah aku.Yang pasti,aku tak boleh maafkan orang yang rancang semua ni.Damn.” Tengku Daniel mengeratkan buku limanya dan rahangnya menjadi tegang. “Apasal?” “Jangan cakap pasal ni boleh tak,aku tak boleh kawal kemarahan aku.”Tengku Daniel menutup mata dan melepaskan keluhan.Zarul menepuk-nepuk belakang rakanya. “Relaks bro,relaks.Let’s look from the bright side,you met Hanani.”Zarul tersenyum lebar membuatkan Tengku Daniel tergelak dengan tidak percaya. “Kau ni gilalah.” “Woi,aku cakap betul apa! Kalau benda ni tak jadi,kau takkan jumpa dia kan?” “Malaslah aku nak fikir.Minah tu pelik gila.” Makin bertambah lebar senyuman Zarul. “Pelik? Aku rasa Hanani seorang yang lawaklah bro.” “Kau ni ‘sengal’ lah.” “Betul apa aku cakap,dia lawak sebab tak sentuh lelaki.Lepas tu dia comel bila buat muka berkerut dia tu yang-.“ “Berhenti cakap pasal dia Zarul.Aku tak suka.”Tengku Daniel membaling bantal ke arah muka Zarul dengan kasar. “Woi,sakit hidung!” “Kau dah ada girlfriend Rul,jangan aku report dekat Zana pulak.” “Ceh,aku tau kau marah sebab aku sebut nama dia kan!” “Whatever.” Malas Tengku Daniel ingin melayan otak mereng rakanya. Sejurus itu,pintu tandas terbuka dan Lyana menapak keluar.Dia tersenyum kearah Daniel dan mengambil kerusi untuk duduk di sisi katil itu. “Aunty Miza dengan Uncle Hanafi tak lawat you malam ni? I ingat nak jumpa diorang.Lama tak jumpa.”Senyum Lyana.Tanganya seperti tidak sah menyentuh lengan Tengku Daniel.Tengku Daniel yang rimas menepis jari Lyana perlahan-lahan.Pergerakan itu cukup membuatkan Lyana agak tersentak. “I tak tahu lagi Lyana,diorang tak lawat kut hari ni.” Serentak itu,telefon bimbit Tengku Daniel berbunyi dan laju dia baca mesej yang diterima.Daripada ibu? Lama dia meneliti mesej itu dan akhirnya memandang wajah Lyana tepat-tepat. “Ibu hantar mesej,dia kata nak datang malam ni dengan ayah.”Senyum Tengku Daniel. Dengar itu Lyana mula teruja. “Really?! Kalau macam tu I tunggu sampai malamlah.I rindu betul dengan Aunty Miza,banyak I nak ceritakan dekat dia pasal butik I dekat Milan.”Senyum Lyana dengan lebar.Tengku Daniel menggaru-garu rambutnya yang tidak gatal.Aduh,dia nak teman aku sampai malam ke? “Bro,aku kena pergi.Sorry.”Kata Zarul secara tiba dan bangun daripada kerusi. “Ala,stay lama sikit!” “Sorry dude,but there was emergency at my contractor site.I have to go.” “Oklah,oklah.” “Sorry sekali lagi bro,nanti aku lawat kau lagi.Aku blah dulu.Bye Lyana.”Sempat Zarul tersenyum kearah Lyana dan Lyana membalasnya.Tanpa membuang masa,Zarul keluar daripada wad tersebut dengan tergesa-gesa.Lyana makin gembira dan menolak sedikit rambutnya kebelakang telinga. “Jangan risau Baby,I jaga you ok.”Katanya dengan lembut dan mengambil pinggan epal tadi untuk dibasuh.Tengku Daniel tiada pilihan selain tersenyum paksa.
0 Comments
Aku tersenyum ketika menaip di laptop. “Yang kau tersenyum ni kenapa?” Terkejut aku dengan sergahan Tengku Daniel dan terus memandang kearahnya di atas katil.Tengku Daniel merenung wajahku dengan pelik. “Ehehe,tak ada apa-apa.” Aku memberi alasan dan terus menaip di laptop.Mana aku tak senyum,laporan aku dah nak hampir siap! Yeay me! Termasuk hari ini,sudah dua hari aku bertapa di dalam wad Tengku Daniel dan balik pada waktu petang untuk menyiapkan laporan mautnya itu.Mulanya aku pelik kenapa aku kena buat laporan di sini sedangkan aku boleh siapkan sahaja di rumah dan hantar kepadanya di hospital.Nak tahu apa alasan mamat ni : “Kau datang je wad aku buat kerja,senang sikit aku nak arahkan kau.” Mamat sewel tu memang suka susahkan hidup aku.Mengenangkan dia sebagai bos aku,aku datang juga ke wadnya untuk siapkan laporan,kalau ada yang aku tidak faham boleh juga tanya mamat ni.Tapi yang paling tak makan saman sekali adalah ketika peristiwa semalam.Pada waktu tengahari,aku meminta izinnya untuk menunaikan solat dan makan di bawah.Nak tahu apa yang dia pesan: “Belikan aku Americano Latte sekali bila kau naik atas balik.” Arahnya. “Jangan mengarut boleh tak,mana ada jual air tu dekat cafetaria hospital.” Geramku. “Carilah kat luar.Aku tak kira,bila kau naik atas aku nak kopi aku.” Arahnya dengan tiada perasaan dan tidak memandang kearah aku langsung. “Tapi tak ada-“ “Ingat,no whipped cream.” “Arggh.”Aku mendengus geram dan menarik nafas dalam-dalam.Hissh,mamat gila nih! Dengan berat hati,selepas selesai menunaikan solat terpaksalah aku mencari Americano Latte mamat tu di luar hospital.Geram aku! Patutlah dia nak suruh aku buat kerja dalam wad dia.Aku menggeleng-gelengkan kepala cuba mengusir daripada teringat peristiwa semalam daripada mindaku.Fokus Hanani,laporan kau dah hampir.Kalau dah siap lagi cepat kau keluar daripada wad mamat sengal ni! Huiish,tak sabar aku.Secara tiba telefon bimbit Tengku Daniel berbunyi dan aku memandangnya.Tengku Daniel tidak mengendahkan panggilan itu namun terus menaip dan meneliti beberapa kertas di tangan.Wajahku berkerut. “Awak tak nak angkat?” Soalku daripada jauh. “Tak nak.” Aku sudah bingung.Eh dia ni,kalau itu urusan pejabat macam mana? “Kalau penting macam mana?” Matanya dikerlingkan kearah telefon bimbitnya sebelum sambung menaip. “Tak pentinglah.Kau jangan nak usik hal aku boleh tak,siapkan kerja kau.”Katanya dengan kasar.Aku menjeling tajam apabila terdengar nada kasarnya. “Tanya je..”Kataku diantara dengar dan tidak dengar.Aku menyandarkan badan di sofa dan memandang jam tangan.Alamak,waktu zohor dah lama berlalu,baik aku solat.Laju aku bangun daripada sofa dan mengambil begku yang berisi telekung. “Awak,saya solat dan rehat macam biasa ye?” Dia tak menjawab dan hanya menganggukkan kepala.Aku pelik namun melangkah ke pintu.Sebelum sempat keluar,aku menjeling kearahnya lagi.Pelik ni? Dia tak arahkan aku apa-apa pun hari ni? Atau suruh aku beli Americano dia yang entah apa-apa tu? “Kau pandang aku ni kenapa?” Tegurnya sambil menaip.Aku terkejut dan mukaku merona merah. “Erk,tak ada apa-apa.Keluar dulu.”Laju aku melarikan diri dan menuju ke lif.Apasal mamat tu tak arahkan apa-apa? Ah,biarlah.Mungkin ni hari bertuah aku! Haha.Aku tersenyum panjang sebelum menuju ke surau di tingkat bawah. Selesai solat,aku berdoa kepada tuhan yang maha esa seperti biasa-Allah.Lama aku berdoa untuk aku,keluargaku dan orang yang terapat denganku.Termasuk juga Tengku Daniel agar terbuka hatinya untuk lebih bersolat menghadap dan bertunduk kepada Allah tuhan sekalian alam.Memikirkan mamat tu,hati aku akan berasa sungguh pelik.Seperti ada kehangatan dalam jiwaku yang tak dapat aku rungkaikan.Apa ye perasaan ni? Sejak akhir-akhir ni pun aku selalu rasa diri aku ni direnung apabila berada di dalam wad mamat itu.Namun apabila aku mencuri pandang kearahnya,Tengku Daniel masih statik melakukan kerjanya di atas katil.Aku ke yang terlebih perasaan? Takkanlah dia nak renung aku? Haih,pening kepalaku.Biarlah,Allah yang maha mengetahui semua benda.Aku melipat telekung dan memasukkannya ke dalam beg sebelum menuju ke luar.Siap memakai stoking dan sandal,aku menolak pintu surau dan menapak ke koridor.Alangkah terkejutnya aku apabila ingin pergi namun terlihat Tengku Daniel yang menyandarkan belakangnya di dinding koridor berdekatan dengan surau wanita.Dia memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam poket seluar jeans dan masih tidak menyedari kehadiran aku.Dia tunggu aku? Hatiku mula berdebar.Aku mendekatinya. “Awak buat apa dekat sini?” Laju dia memandang kearahku dan berdiri dengan tegak.Ish,berhenti berdebarlah Hani! “Kau belum makan kan?” Mamat ni selalu macam ni,bila aku soal dia tak pernah bagi jawapan. “Belum.” “Bagus,aku nak kau ikut aku beli Americano Latte sebelum kau makan.Jom.”Laju sahaja dia kata dan terus berlalu pergi. “Eh,naik kereta siapa?” Dia menoleh. “Siapa lagi,kereta kaulah.”Katanya dan terus berlalu pergi. Aku melepaskan keluhan dan menggeleng-gelengkan kepala.Mungkin aku yang fikir terlalu cepat,mamat ni takkan tunggu aku kalau bukan untuk kepentingan diri dia sendiri.Hish,kau ni perasan sangat la Hanani.Dengan malas aku mengikutinya sehingga keluar daripada hospital dan di tempat parkir. “Eh,doktor bagi ke awak keluar ni?” Soalku ketika buka pintu kereta.Takut juga nanti aku yang dipersalahkan pulak. “Doktor bagi,dia kata aku makin pulih.”Katanya dan terus masuk ke dalam kereta.Hatiku lega.Tanpa membuang masa aku menghidupkan enjin dan keretaku keluar daripada hospital menuju ke Cafe yang mempunyai Americano Latte Tengku Daniel. Tiba di hadapan Cafe,aku membuka tali pinggang dan bersedia untuk keluar.Terkejut aku apabila menyedari Tengku Daniel sudah keluar daripada kereta dan masuk ke dalam Cafe.Lah,mamat ni pun nak keluar sekali ke.Terkocoh-kocoh aku mengunci kereta dan masuk ke dalam Cafe mengikuti Tengku Daniel daripada belakang.Kami berdua beratur di kaunter untuk mengambil pesanan.Aku memandang kearahnya. “Patutnya awak tak perlu keluar sekali,biar saya je yang order.”Pintaku. “Tak boleh ke aku keluar?” “Bukan itu maksud saya,saya kata-“ “Cukuplah aku rasa bosan duduk dalam wad,aku tak nak bosan tunggu kau dalam kereta pulak.”Alasannya.Aku hanya menganggukkan kepala dan memandang kehadapan.Lantak kaulah Tengku Daniel.Malas lagi aku nak berdebat dengan dia nih. “Lepas ni biar aku drive pulak,slow lah kau pandu.” Aku mengetap bibir. “Awak ni kan,sehari tak kutuk saya,tentang pemanduan saya dan ucap perkataan ‘lembap’ tak boleh ke?” Marahku. “What?Aku cakap benda yang betul je.Kau memandu lambat.Dan ye,aku tak sah sehari nak kutuk kau.” “Kesian,nampaknya Tengku Daniel tak boleh hidup sehari kalau tak kutuk saya.”Sengaja aku menyindirnya.Tengku Daniel ketawa membuatkan aku pelik. “Yup,you right.Kau perlukan seseorang untuk tegur kesalahan diri kau cik Hanani,terutamanya aku sebagai bos kau.Tengoklah,buat kerja pun boleh terlentok dekat sofa.”Dia tergelak membuatkan mukaku merah padam. “Saya tertidur je kan,bukanya sengaja!” “Well,semuanya aku akan judge berdasarkan laporan kau.” “Fine,lepas tu jangan sekali-kali panggil saya lembap.” “We see about that later ye sayang.” “Jangan panggil saya sayang.”Gumamku dengan geram.Namun mamat tu hanya tersenyum.Hatiku sudah membara sehingga tidak perasaan kami berdua sedang menghadap di hadapan kaunter.Eh,cepatnya? “Ye encik nak order minuman apa?” Pekerja itu berkata riang dan galak matanya memandang Tengku Daniel.Amboi,macam ada sesuatu je pekerja perempuan ni.Well,who I’m kidding,beside me was Tengku Daniel after all.Aku mengeluh malas apabila tahu pekerja itu mula tertarik kepada Tengku Daniel. “Saya nak Americano Latte no whipped cream.”Katanya dengan serius dan pekerja itu terlebih gembira menekan di mesin untuk pesanan Tengku Daniel. “Kau nak apa?” Tersentak aku apabila ditegur Tengku Daniel.Itulah,renungkan sangat pekerja perempuan tu. “Emm,tak apa.Saya tak nak apa-apa.” “Kau jangan nak ngada-ngada boleh tak,order cepat.” Ish,tak faham bahasa ke mamat ni? Buat aku marah je. “Saya kata saya tak nak apa-apakan.Saya makan dekat hospital je nanti.” Tengku Daniel memandang tajam kearahku sebelum memandang kembali kearah pekerja perempuan itu. “Bagi kopi tadi dua ye.” “Okey abang.”Pekerja perempuan itu tersengih lebar sebelum berpaling menyiapkan minuman kami.Abang? Aduh,pelik betul pekerja perempuan tu.Gatal benar. “Awak ni kenapa,kan saya kata tak nak tadi.”Marahku.Dia ni memang suka betul susahkan aku.Sudahla aku benci Latte. “Aku tak suka minum sorang,so kau kena minum dengan aku.”Katanya selamba.Aku menarik nafas sedalam-dalamnya dan lepaskan karbon dioksida dan oksigen yang aku hirup tadi.Sabar,sabar,sabar.Aku melemparkan pandangan ke tempat lain dengan menyampah sementara menunggu minuman kami siap.Apabila minuman kami siap,Tengku Daniel membayarkan minuman itu kepada pekerja perempuan tadi dan bersedia untuk keluar daripada kedai.Tidak sempat aku mengikuti Tengku Daniel yang telah keluar,pekerja perempuan itu memanggil aku. “Ye?” “Hensem abang tadi,pakwe akak ye?” Pulak dah.Malas untuk melayan,aku hanya menguntumkan senyuman manis dan terus keluar daripada Cafe itu. “Eh? Akak!” Dia memanggilku namun aku buat bodoh je.Huh,ingatkan aku lain kali jangan keluar dengan mamat ni.Aku keluar daripada kedai dan terlihat Tengku Daniel yang menungguku. “Kau apahal lambat sangat?” Katanya dengan bengang.Aku tak suruh tunggu pun.Hmmph. “Tak ada apa-apa.” “Jomlah masuk kereta.”Dengusnya dan pergi kebelakang kereta untuk membuka pintu. Saat aku ingin membuka kereta,seorang orang tua yang berbaju lusuh dan rambut putih yang serabai mendekatiku.Terkejut aku dibuatnya. “Adik,tolong bagi saya duit.Saya nak makan.”Pintanya dan mendekatiku.Wajahnya yang berkedut dan comot serta matanya yang besar membuatkan aku takut. “Err,pak cik sekejap ye,saya-“ “Tolonglah dik,pak cik nak duit je.”Desaknya lagi. “Pak cik,sekejap saya-“ Aku tak sempat menghabiskan ayat aku pun,pak cik itu telah menarik lenganku dengan kasar.Aku mula takut. “Tolonglah dik,kamu mesti banyak duit.Saya nak duit!” Jeritnya.Hatiku kecut. Secara tiba,satu tangan menepis tangan pak cik tadi dan menolak tubuhku supaya berada di belakang badanya yang lampai.Aku menyentuh erat lengan Tengku Daniel akibat terlalu takut.Sungguh aku terkejut kerana pak cik tadi tiba-tiba menarik lenganku. “Pak cik jangan nak cari pasal dengan saya.” Kata Tengku Daniel dengan dingin. Gulp. “Pak cik tak sengaja nak..Pak..Pak cik cuma nak-“ “Pak cik sentuh dia lagi,saya takkan lepaskan pak cik.Faham.” Tengku Daniel terus memberi amaran membuatkan pak cik itu sedikit terketar dan menapak kebelakang.Aku berasa kasihan pula. “Ba..Baik nak.Pak cik akan pergi.”Kata pak cik itu dan terus berpaling untuk pergi dengan kakinya yang tempang.Laju Tengku Daniel menghadap kearahku dengan resah. “Kau ok?” Soalnya dan mengangkat lenganku untuk memerhatikan apa-apa kesan cedera.Namun aku tidak mengendahkanya dan menoleh kearah pak cik tadi. “Pak cik tunggu!” Jeritku dan pak cik itu menoleh.Laju aku mengeluarkan duit not RM 10 dan hulurkan kepada pak cik tadi. “Pak cik ambil lah.” “Kamu bagi pak cik duit? Aku ada duit! Yahoo,aku ada duit!” Riang pak cik itu dan terus berlalu pergi tanpa mengucapkan terima kasih kepadaku.Aku tersenyum dan melangkah kembali kearah kereta.Tengku Daniel memandangku dengan tidak percaya sebelum membuka pintu untukku.Aku masuk ke dalam perut kereta begitu juga dengan Tengku Daniel.Tengku Daniel tidak meneruskan pemanduannya malah melihat wajahku dengan serius.Aku memberanikan diri melihat matanya. “Kenapa?” Soalku dengan kalut. “Kau tahu kan pak cik tadi tak waras.” Soalnya dengan suara mendalam membuatkan aku resah pula. “Saya tahu.” “Aku dapat bau rokok daripada mulut dia,kau tahukan dia menipu.” “Itupun saya tahu.” “Jadi kenapa kau lembap sangat bagi dia duit?” Soal Tengku Daniel tapi bukan dengan nada marah malah bingung. “Saya tak tahu.” Tengku Daniel tergelak dan menggeleng-gelengkan kepalanya sebelum menghidupkan enjin. “Aku tak tahu samada kau ni bodoh-“ Aku agak terasa. “Atau terlalu baik.”Sambungnya lagi. Aku diam seketika. “Saya pun tak tahu awak.” Balasku dengan jujur.Serius aku tak tahu samada aku terlalu bodoh atau baik.Tengku Daniel hanya mengerling sekali lagi kearahku sebelum fokus pada pemanduannya. Akhirnya,Tengku Daniel memakirkan keretaku dihadapan hospital dan kami berdua keluar daripada kereta.Di tanganku terdapat Americano Latte yang dipesan oleh Tengku Daniel untuk aku tadi dan bungkusan makanan yang sempat aku beli dalam perjalanan ke hospital.Itupun setelah pujuk Tengku Daniel untuk berhenti sebab mamat tu memang malas untuk memberhentikan keretaku di gerai tepi jalan.Dia memberi alasan bahawa makanan seperti itu bukan ‘taste’ nya.Ada aku kisah? Aku yang nak makan,bukan dia.Aku tersenyum.Kami masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat atas. “Tak sangka ye yang kau ni hipokrit.” Terkejut aku mendengarnya.Laju aku menoleh. “Mula-mula kau bagi amaran supaya aku tak sentuh kau,tapi tadi rupa-rupanya kau yang sentuh aku.Erat gila sampai berkedut lengan aku.” Dia tersenyum nakal kearahku membuatkan mukaku merona merah apabila teringatkan peristiwa tadi.Waktu aku takut dan memegang lenganya dengan erat. “I..Itu emergency lah! Saya tak sengaja,awak jangan fikir bukan-bukan!” Dia tergelak dan matanya memandang lenganku yang disentuh pak cik tadi. “Nasib baik tak ada kesan dekat tangan kau.” Katanya dengan perlahan. Aku hanya menundukkan kepala apabila hatiku sudah bergetar laju.Aduh,janganlah macam Hanani,dia risau je tadi. Pintu lif terbuka dan kami berdua keluar dan menuju ke bilik Tengku Daniel.Aku cuba menyorokkan wajahku kerana ‘blusher’ di pipiku masih tidak hilang.Arggh,hilanglah! Pintu ditolak oleh Tengku Daniel dan kami berdua terkejut.Di dalam wad terdapat seorang perempuan dan lelaki yang sedang menunggu Tengku Daniel sejak daripada tadi.Lelaki itu memakai sut dan rambutnya agak terpacak dengan diwarnakan sedikit warna ungu cair yang agak tidak kelihatan di hadapan.Perempuan itu pula adalah seorang perempuan yang paling cantik dan tinggi yang pernah aku lihat.Mereka berdua pun terkejut melihat kehadiran kami berdua. “Daniel.” Perempuan itu tersenyum lebar dengan manis. “Lyana? Zarul?” Tengku Daniel kata dengan terkejut. Aku pula sudah berasa kekok.Just great. Lama aku tunggu di sofa dan kelibat Tengku Daniel kelihatan jua apabila dia masuk ke dalam wad.Tengku Daniel menyimpan telefon bimbitnya ke dalam kocek sebelum memandang kearahku.Laju aku bangkit dan buka mulut. “Awak,saya nak rehat sekejap boleh?Nak solat dengan makan dekat bawah.”Mintaku. Tengku Daniel melihatku dan akhirnya menganggukkan kepalanya perlahan-lahan.Kemudian dia naik kembali di atas katilnya dan sambung taipannya di Macbook.Mamat ni biar betul,tak penat ke menaip? Biarlah,mungkin dia ni robot kut.Tanpa membuang masa aku keluar daripada wad dan turun ke tingkat 1 dengan lif.Aku menunaikan solat di dalam surau yang disediakan oleh pihak hospital.Lama aku berdoa agar Allah permudahkan urusan duniaku dan jangan biarkan aku terpesong ke jalan salah.Usai solat,aku melipat telekung dan meneliti tudungku di cermin.Secara tiba aku teringat kembali wajah Tengku Daniel yang menegurku apabila aku tertidur di sofa hospital.Aduh,malunya.Aku menggeleng-gelengkan kepala dan terus menyarungkan sandal. Keluar daripada surau,aku menuju ke cafetaria hospital dan berdiri di depan kaunter.Hmm,nak makan apa ek? Baca fail-fail syarikat tu memang buat aku lapar gila. “Ye nak makan ape cik?” Soal mak cik di kaunter itu dengan muka bosan.Mungkin dia memang sudah bosan dengan kerjanya. “Emm..saya nak bihun sup dengan air teh ais.” Mak cik itu menekan sesuatu di mesin dan memandangku kembali dengan mata kuyunya. “Semuanya RM4.40 sen cik.” Aku mengeluarkan duit kertas RM10 dan dia pula memulangkan bakinya.Aku mengetuk jari-jariku di atas kaunter sementara tunggu mak cik itu masak di dalam dapur.Otak aku menerawang.’Lyana’. Nampaknya betul lah mamat tu dah ada awek.Haiih,kenapa aku asyik terfikir je nih. “Kau order ape?” “Oh mak kau-!” Terkejut aku dibuatnya apabila disapa daripada belakang secara mengejut.Aku mengurut-urut dadaku dengan perlahan dan menoleh kebelakang.Guess who? Tengku Daniel. “Ish,jangan terkejutkan saya boleh tak.”Bebelku. “Itu pun terkejut.’Cebiknya.Aku hanya memberikan jelingan. “Awak buat apa dekat sini?” “Aku duduk dekat meja sana tau,nanti datang.”Katanya tanpa mengendahkan soalan aku sedikit pun.Tengoklah tu! Suka sangat mengarah orang,kalau mamat tu jadi diktator negara ni memang hancur aku rasa.Hissh.Beberapa saat telah berlalu akhirnya pesananku siap juga.Aku mengangkat makanan itu dan mataku meliar mencari kelibat Tengku Daniel.Tengku Daniel duduk di hujung sekali berdekatan dengan tingkap,aku menuju ke sana.Aku meletakkan dulang plastikku di atas meja dan mengacau-ngacau air teh aisku dengan penyedut minuman. “Awak buat apa dekat sini?”Soalku lagi. “Aku bosan duduk dalam wad,duduk dekat sini pulak.”Alasanya.Aku hanya memerhatikanya lagi sebelum menyedut minumanku. “Tak nak makan?” “Dah kenyang.” Aku hanya menganggukkan kepala. “Makan cepat sikit,lepas ni kita sambung buat kerja.”Arahnya lagi.Ewah-ewah,sedapnya dia bagi arahan lagi. “Kalau awak nak pergi sekarang pun tak apa encik Daniel,tak payahlah duduk sini.”Kataku dengan nada sindiran. “Kan aku kata tadi,aku bosan duduk dalam wad ni.Dekat sini kau ade,bolehlah aku maki kau lembap.”Balasnya dengan senyuman.Aku hanya menghadiakan jelingan tajam.Kebalkan telinga Hani,buat bodoh je apa lelaki ni cakap.Bosan konon,pergilah layan girlfriend dia tuh! Dengan ganas aku memegang garfu dan masukkan ke dalam bihun sup tersebut.Hmm,sedapnya.Hehe.Aku mula ingin makan sebelum satu fikiran terbit dalam akalku.Nak tanya tak? Tak apa ke kalau aku nak tanya? Aku curi pandang kearah Tengku Daniel yang berada di hadapanku.Mamat tu sedang termenung ke luar tingkap dengan pandangan kosong.Tanya je lah,bukankah aku akan bekerja dalam syarikat tu jugak? “Ehem.Awak.”Mulaku. Tengku Daniel memandang wajahku. “Kalau saya nak tanya boleh tak?” Dia meneliti wajahku dengan wajah berkerut. “Tanya apa?” “Emmm,projek terbesar tu projek apa sebenarnya?” Soalku dengan perlahan-lahan.Tengku Daniel agak terkejut dengan soalanku dan dia meraupkan rambutnya kebelakang.Aku tahu dia runsing apabila hal projek tu timbul dan mungkin dia agak tak suka aku bertanyakan hal ni.Tapi sejak persitiwa semalam,aku bermati-matian nak tahu apakah projek itu? So,don’t blame on me. Dia memandang wajahku untuk cari kepercayaan.Kemudian dia melepaskan keluhan. “Projek tu dikatakan projek terbesar ayah aku sebab projek tu sebenarnya projek pelancongan yang dirancang untuk dibina di seluruh semenanjung Malaysia.Lama ayah aku fikirkan projek ni akhirnya ramai pihak dan klien yang bersetuju dan bagi kerjasama.” Projek pelancongan? Wow.Aku agak tergamam.Tak sangka betul. “Projek ni besar dan makan masa untuk ambil kepercayaan partner-partner bisnes ayah aku yang lain.Jadi tahun ni,disebabkan aku yang akan gantikan ayah.Ayah berikan aku kepercayaan sepenuhnya untuk handle kan projek ni pulak.”Wajahnya kelihatan muram. Aku hanya buat mulut bentuk ‘o’.Tapi,projek tu dah kena rampas.Alahai,kesiannya. “Jadi,kalau projek tu dah ada dekat tangan orang lain sekarang,macam mana-“ “Mungkin ramai pihak yang sudah hilang kepercayaan dengan syarikat kitaorang dan mungkin juga mereka akan tarik diri.Lama kelamaan saham syarikat akan turun dan Group Perdana Jaya Enterprise akan muflis.You see,because of mine mistakes the whole thing will be ruin.”Dia memandang wajahku tepat-tepat.Aku terkedu.Tengku Daniel sedang salahkan dirinya sendiri. “Tapi mesti ada cara nak cari orang yang rampas projek tu.Awak tak syak siapa-siapa ke sekarang?” Soalku ingin tahu. “Aku syak ramai orang,tapi yang paling aku tahu orang yang terlibat adalah orang yang mempermainkan Rasyid dan memalsukan projek tu.Aku masih tak tahu siapa orang tu.”Secara drastik raut wajahnya menjadi keruh dan geram. “Jadi,orang yang ada projek tu sekarang untunglah ye?” “Untung.Sangat untung.Ayah aku bertungkus lumus buat projek tu dan ambil kepercayaan orang ramai tapi dia rampas macam tu je dari tangan aku.Damn,memikirkannya pun buat aku marah.”Dia mengeratkan buku limanya dengan erat di atas meja.Aku menelan air liur sedalam-dalamnya.Melihat raut wajah Tengku Daniel sekarang memang menakutkan.Baik aku tutup mulut dan makan je lah.Huhu.Tanpa membuang masa,aku terus makan bihun sup dengan senyap.Tengku Daniel pula menyambung melemparkan pandanganya ke luar tingkap dengan fikiran yang aku sendiri tidak tahu dia fikir apa.Selesai makan,aku minum air dan memandang sekeliling.Dapat aku tangkap beberapa wanita dan jururawat yang duduk berhampiran dengan kami menghadiahkan jelingan kepada Tengku Daniel.Ada juga yang berbisik-bisik dan tersenyum malu-malu kucing.Aduh,duduk dengan mamat ni macam duduk dengan selebriti pulak.Dia memang macam ni ke,mana-mana dia duduk mesti ada penarik kepada kaum wanita.Maklumlah,mamat sengal ni kan ada rupa,gaya,harta.Sebut je lah apa-apa semua mamat ni rembat.Menyampah pulak aku.Sempat pula jururawat itu menjeling kearahku dengan pandangan jengkel.Amboi,tak pasal-pasal aku terkena sekali. “Seronok dapat duduk dengan aku?” Tengku Daniel tersenyum melihat kearahku.Seakan-akan dia juga dapat kesan pandangan wanita yang berada dalam cafetaria itu padanya.Aku berasa jelik. “Tolonglah,saya baru makan.Jangan buat saya termuntah.” Dia ketawa kemudian bangun daripada kerusi. “Jom naik atas.”Arahnya kemudian terus berlalu pergi.Aku bangun dengan kalut dan keluar daripada cafetaria meninggalkan renungan yang mengikutiku daripada tadi.Kemudian aku perasan sesuatu.Aku malu untuk bertanya namun beranikan diri jua. “Awak tak guna ke plaster yang saya bagi?”Soalku. Langkahnya terhenti dan dia berdiri menghadapku membuatkan aku terkejut.Apahal ni? Kemudian dia mengeluarkan ‘plaster’ ku semalam dan tunjukkannya di hadapanku.Wajahku berkerut. “Kau nak sangat ke aku pakai?”Dia tersenyum nakal membuatkan mukaku merona merah. “Ma..mana ada.Saya tanya je.” “Dalam diam-diam kau ni sayang jugak dekat aku ye.” Aku hanya memberikanya wajah ‘blur.’ “Iyelah tu,kau nak sangat aku pakaikan.Cakap je lah tak payah selindung macam ni.” Galak dia tersenyum.Geram aku. “Suka hati awaklah nak pakai ke tak.Saya tak kisahlah.”Gumamku dan terus berlalu pergi ke lif namun tanganku ditarik kebelakang.Aku ingin marah namun terhenti apabila melihat perlakuan Tengku Daniel yang melekatkan ‘plaster’ itu sendiri di hidungnya di hadapanku. “See? Aku dah pakai.Puas hati lembap.” “Berhenti panggil saya lembap!Ieee,nanti saya betul-betul lembap saya salahkan awak!” Marahku.Dia ketawa dan terus menuju ke lif.Aku menghentakkan kaki dan membuntuti langkahnya.Lembap,lembap! Dia tu sewel! ********************************* Malam itu,aku membetulkan cermin mataku di batang hidung sambil menaip di komputer.Daripada habis solat maghrib sehingga sekarang,jariku tidak berhenti menaip untuk menyiapkan laporan yang disuruh oleh Tengku Daniel.Penat tu memanglah penat,tapi nak buat macam mana? Kalau bising mamat tu memang aku tak boleh tahan.Sudahlah asyik kutuk aku je kerjanya.Tak pernah lagi aku dapat majikan yang tak masuk akal seperti dia! Hmmph.Aku menyelak lagi fail dan melihat data sebelum jariku menaip dengan laju. Tok,tok Aku mengeluh.Haih,malas betul nak jalan buka pintu.Lagi-lagi aku tengah fokus menaip macam ni. “Ye Zu,kenapa?” Jeritku dalam bilik.Memang anak dara malas aku nih. “Beb,keluar jap.” Aduh,malas betul.Tapi memikirkan tentang Zulaikha,aku bangkit jua daripada kerusi dan menuju ke pintu.Aku buka pintu sedikit sahaja dan melihat wajah Zulaikha. “Ye?” “Kau pakai cermin mata?” Soal Zulaikha. “Iyelah,kenapa?” “Maksudnya kau tengah buat kerja la nih?” “Emmm...” Aku menggaru-garu rambutku yang tidak gatal.Zulaikha menjeling tajam. Tidak semena-mena dia masuk ke dalam bilik dan melihat laporanku dalam laptop. “Kau tulis laporan?” “Emm,yup.” “Kau dah dapat kerja la nih?” Aku hanya tersengih panjang seperti kerang busuk dan hanya membuat jari ‘peace’. “Sorry tak beritahu kau awal-awal,sebenarnya aku dah dapat tawaran kerja.Heheh.” “Ieee,bertuah punya kawan! Bukan nak beritahu aku.Geram betul!” Marah Zulaikha lalu menampar lenganku dengan geram.Aku tergelak panjang. “Sorry,sorry..Hahah..Aku tak konfem tentang kerja tu masa dapat tawaran,sebab itu lah takut nak mention depan kau.” Kataku memandang Zulaikha. “Hissh,konfem tak konfem lain kali beritahu aku je.Kau janganlah sorok-sorok macam ni aku tak sukalah.” “Ok,ok.Sorrylah,janganlah touching Zu.Mulai hari ini,aku akan beritahu kau semua benda.”Senyumku namun mengeluh dalam hati.Kecuali pasal mamat sewel tu lah,aku takut takleh handle dengar leteran Zulaikha nih.Haha,so sorry Zu. “Lain kali beritahu,kita boleh raikan benda ni.”Rajuknya lagi. “Alalala,ok ok beb.Aku tahu aku salah,nanti kita raikan sama-sama eh.” Aku rajin memujuk dengan gelakan sisa tawa.Zulaikha memuncungkan bibirnya dan melirikkan matanya kearah laptopku. “Kau dapat tawaran kerja daripada siapa?” “Aku dapat tawaran daripada syarikat Group Perdana Jaya Enterprise.”Balasku perlahan.Takut pula Zulaikha ni syak apa-apa.Namun,mata Zulaikha pula yang membulat. “Serious beb?! Dekat syarikat Group Perdana Jaya Enterprise?” “Iye?” “Ya Allah,macam mana kau dapat tawaran dekat sana? Aku dengar syarikat tu demanding betul nak pilih pekerja.Kau sendiri baca majalahkan syarikat tu canggih macam mana.” “Aku tahu tu.Ala,aku dapat..macam tu lah.”Aku meliarkan pandangan ke tempat lain. “Iyeke ni? Aku tak percayalah.” “Kau ni kan,aku kata semua tak percaya.Dah aku dapat tawaran kerja dekat sana,kau nak aku cerita apa lagi nih?” “Tak adalah,aku pelik.Takkanlah banyak-banyak orang dia bagi tawaran dekat kau.” “Salah ke kalau dia bagi tawaran dekat aku?” “Bukan..Maksud aku-.“ “Ah,sudah-sudah.Kau anggap je lah tawaran tu macam rezeki kepada Allah yang dikurniakan kepada aku.Takkan itu pun kau nak rasa pelik.”Saja aku memutar belitkan cerita dan membetulkan kembali cermin mata di batang hidung.Zulaikha mengeluh sebelum tersenyum dan memegang bahuku. “Lantaklah,aku tak kisah.Apa-apa pun,aku nak ucapkan tahniah.Akhirnya kau dapat kerja jugak,dalam masa yang singkat pulak tu.”Ucapnya dan tersenyum lebar.Aku pula hanya mengiakannya.Kalaulah kau tahu Zulaikha,kalaulah kau tahu. “Aku panggil kau ni sebenarnya nak ajak makan,daripada tadi terperuk je dalam bilik nih.” “Aku kena siapkan laporan la Zu.” “Kau gila tak nak makan? Aku kenal kau la Hani,kau ni kuat makan.Jomlah,aku tak nak makan sorang-sorang.”Saja Zulaikha mempamerkan wajah kesiannya.Adoiyaii.Aku mengalah. “Oklah,oklah.Aku nak ‘save’ laporan jap.” Kataku dan terus menuju ke meja.Aku ‘save’ laporanku yang tidak siap dan buka cermin mata. Tengku Daniel memicit-micit dahinya dan menutup mata apabila berasa pening.Mana tidaknya,sudah lama dia buat kerja tanpa berhenti membuatkan matanya berasa pedih.Dia tahu ibunya melarangnya untuk buat kerja pejabat di wad.Kalaulah ibunya nampak sekarang,agak-agaknya aku takkan jejak dekat syarikat ayah aku lagi.Tapi disebabkan sifatnya yang memang ‘workerholic’,Tengku Daniel tidak boleh berhenti membuat kerja.Dia berasa geram dan tidak puas hati apabila mengetahui kerjanya terbangkalai.Sebab itulah dia meminta bantuan pak cik Rahim untuk membawakan Macbook dan beberapa kerjanya daripada pejabat.Dia cuba untuk fokus kepada kerja yang tertangguh daripada memikirkan projek ayahnya. Mengalah jua,dia menutup Macbook dan letakkannya di tepi meja kecil yang disediakan.Dia menyandarkan badannya kebelakang dan melihat meja dan sofa yang berada di sudut kamar itu.Sofa yang diduduki oleh Hanani pagi tadi dan meja yang digunakannya untuk membaca fail.Entah kenapa dia boleh terbayang pula imej Hanani di sofa itu.Jujur dia katakan,cara Hanani bekerja pagi tadi memang menarik perhatiannya.Dengan wajah comelnya ketika berkerut apabila tidak faham isi dalam fail itu.Ketika dia menggigit hujung pen dan menggaru-garu tudungnya apabila berasa geram.Kenapa? Kenapa aku tertarik sangat dengan minah tu? Dalam hidup aku,aku kenal ramai perempuan cantik.Malah lebih cantik dan putih daripada Hanani.Tapi kenapa semua benda yang dia buat hari ni aku mesti tengok? Aduuh,kenapa dengan aku nih? Semasa Hanani tertidur pun,asalnya dia pergi ke Hanani kerana ingin mengejutkan gadis itu.Entah bagaimana dia boleh mengelus pipi Hanani yang lembut dan menyentuh bibirnya.Nasib baik dia dapat kawal diri dan akhirnya mengejutkan Hanani.Lagi-lagi melihat Hanani tersenyum masa tidur,lagi menggugat keimanan dalam dirinya.Aduh,aku dah parah ni! Apa yang ada pada Hanani? Bagi aku dia biasa-biasa je.Tapi kenapa aku macam ni? Dengan melepaskan keluhan dia meraupkan rambutnya kebelakang.No.Aku tak boleh tertarik dengan minah tu.Tak ada sebab aku perlu suka dia.Dia hanya tolong aku pada waktu susah je dan tak lebih daripada tu.Aku kena usir perasaan pelik ni sekarang. Bizzt! Bizzt! Terkejut Tengku Daniel dibuatnya.Dengan malas dia mencapai telefon bimbitnya dan melihat mesej yang diterima.Unknown Number? Dia mula rasa sesuatu.Laju dia membuka mesej. Kau patut duduk senyap dan biarkan Rasyid kena tangkap. -Unknown Number Membulat matanya.Macam mana ‘dia’ tahu? Sebab Rasyid masuk kerja balik ke? Laju Tengku Daniel mendail nombor telefon tersebut.Lama dia tunggu namun talian diputuskan.Tak guna,dia tak nak angkat! Angkat panggilan aku pengecut. -Daniel Balas Daniel.Lama dia tunggu namun masih tiada apa-apa.Tengku Daniel menghantar sms lagi. Pulangkan projek aku. -Daniel Dia tunggu seketika dan terkejut apabila telefon bimbitnya berbunyi. That’s for me to know,and you to think. -Unknown Number “Damn!” Dengan geram Tengku Daniel mengutuk.Dia tahu hal ini takkan selesai dengan senang.Mesti ada sesuatu yang ‘dia’ nak pada aku! Tapi,projek itu masih ada pada dia atau pada orang lain? Arghh! Secara tiba,telefon bimbitnya berbunyi lagi,terus dia melihat mesej yang terpapar. Tengku Daniel,kau patut tahu ni bukan soal untung.Tapi lebih mendalam. -Unknown Number Apa maksud kau? Aku tak ada masa nak layan semua ni. -Daniel Benda ni adalah dendam.Dendam aku pada kau.Enjoy. -Unknown Number Lama Tengku Daniel meneliti mesej itu dengan bingung.Dendam? “Kamu tahu tak nurse dengan doktor cari kamu satu hospital pagi tadi! Kamu pergi mana Daniel?” Marah Datin Miza sambil memandang tajam satu-satu anak lelakinya yang berada di atas katil hospital.Mahu gugur jantung dia apabila menerima panggilan daripada hospital bahawa Daniel tidak berada di dalam wadnya.Dia ingat anaknya kena culik lagi! Hissh,buat orang trauma je.Tengku Daniel tersenyum nakal. “Alah,orang keluar je ambik angin.Doktor tu yang ‘over-acting’ sangat.” “Over-acting? Doktor tu jalankan kerja dia je tau,kamu tu yang ngada-ngada nak keluar sangat kenapa?Tak boleh tunggu lepas keluar? Haiish.”Datin Miza menggeleng-gelengkan kepalanya banyak kali.Pening memikirkan tabiat Daniel. “Bosanlah duduk sini je,Daniel makan pastu tengok tv.macam tak ada life.” “Kamu tu sakit,nak cari ‘life’ pun tunggulah parut dekat perut tu sembuh.Sakit tu buat macam cara orang sakit.”Tegur Datuk Tengku Hanafi. Tengku Daniel menggaru-garu rambutnya yang tidak gatal. “Ok.fine..” “Jangan ingat diri kamu je,orang lain pun ada kepentingannya jugak”Datuk Tengku Hanafi menegur lagi. “Okey,okey Daniel takkan buat lagi! Puas.Hmmph.”Rimas Tengku Daniel dan membuang pandangan ke luar tingkap. Datuk Tengku Hanafi menggeleng-gelengkan kepalanya lalu melihat jam tangan. “Miza,jomlah kita balik.Esok abang ada appointment.” “Baik bang.Ha Daniel,jangan buat kerja bodoh lagi.Duduk sini elok-elok dan jangan susahkan kami.Faham?” Tengku Daniel melepaskan keluhan. “Yes,I got it.Could you please go now,dad has an important meeting tomorrow.”Sengaja dia mencari alasan.Datin Miza mencium dahi anaknya dan tersenyum. “Please be better soon and come home.” “Ok ibu.” Datin Miza melepaskan tangan anaknya dan keluar daripada bilik wad.Giliran Datuk Tengku Hanafi pula mendekati anaknya. “Jangan buat kerja macam ni lagi.” “Iye,Daniel takkan buat lagilah.” “Ayah tahu perangai kamu ni memang lain sikit,susah nak percaya.” “Disebabkan itulah,ayah kena percayakan Daniel.Bukan ke Daniel ni satu-satunya anak ayah?” Dia tersenyum lebar membuatkan Datuk Tengku Hanafi melepaskan keluhan.Susah betul nak percaya,bukan dia tak tahu perangai anaknya sendiri. “Cepat sembuh,lepastu sambung kerja kamu dekat pejabat tu.” “Roger that.” “Daniel.” “Ye?” “Tadi perangai pak cik Rahim agak pelik,kamu tahu apa-apa ke?” Kali ini,mata Datuk Tengku Hanafi memandang tepat-tepat kedalam anak matanya membuatkan Tengku Daniel gelisah.Dia tahu pandangan tu.Ayahnya mengesyaki dirinya sendiri. “Hmm? Pelik macam mana? Daniel tak tahu pun.” “Kamu betul ni?” Sengaja Datuk Tengku Hanafi menyoal lagi. “Apa ayah cakap ni? Daniel tak faham.” Hati Tengku Daniel sudah berdegup kencang.Aduhh,janganlah ayah tahu. Lalu,Datuk Tengku Hanafi meraupkan wajahnya. “Mungkin ayah yang penat sangat.Tak ada apa-apalah Daniel.Ayah nak cakap satu je,tolong jangan fikir pasal projek tu dan fokus dengan kesihatan kamu.Ok?” Laju Tengku Daniel menganggukkan kepalanya dan Datuk Tengku Hananfi pun berlalu pergi.Lalu,cepat sahaja Tengku Daniel menghempaskan tubuhnya di atas katil dengan lega.Ayah tak tahu lagi,maksudnya pak cik Rahim tak cakap apa-apa.Bagus pak cik Rahim,dia banyak tolong aku.Tengku Daniel tersenyum sendiri.Kemudian,dia mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor pak cik Rahim.Lama seketika barulah diangkat panggilannya. “Hello? Daniel?” Suara garau pak cik Rahim menyapa. “Pak cik,ni Daniel.Sorry ganggu tapi Daniel nak cakap terima kasih sebab tak beritahu ayah apa-apa.” Laju Tengku Daniel menyatakanya. “Owwh,itu ke.Tak ada apa-apalah,pak cik faham kamu risau dengan kesihatan ayah kamukan.” “Haha..haah,saya memang risau sebab penyakit jantung dia serius jugak.Emm,pak cik.” “Ye?” “Saya nak tanya pasal hal pagi tadi,siapa yang bagi pak cik surat berhenti kerja Rasyid?” Kata Tengku Daniel berterus terang,dia tak suka berselindung bagai. “Hari tu,pak cik keluar lunch dekat cafetaria syarikat.Bila masuk ofis terus nampak sampul tu atas meja pak cik.Bila pak cik cari Rasyid,dia dah tak ada dalam ofis,sebab itulah pak cik ingat dia betul-betul dah berhenti kerja.” “Ooo..CCTV pak cik dah check? Siapa yang letak surat tu atas meja pak cik?” “Pak cik check,tapi entah kenapa waktu tu CCTV rosak.Pak cik rasa ada orang yang buat.” Tengku Danial mengeratkan buku limanya dengan geram.Tak guna,dia dah rancang semua nih! “Tak apalah,pak cik.Saya nak tanya itu je.Emm,kalau tak keberatan,boleh tak pak cik bawak sesuatu untuk saya esok?” “Bawak apa?” Tengku Daniel tersenyum lebar. ************************* Aku turun ke bawah dan menuju ke dapur.Dengan malas aku membancuh teh dan bawa muk ke ruang depan.Aku melabuhkan punggung di sofa dan menghirup air panas dalam muk perlahan-lahan.Hmm,nak buat apa ye hari ni? Aku ada banyak benda nak tanya pasal tawaran kerja dekat syarikat Group Perdana Jaya Enterprise dekat mamat tu.Tapi takut tak sesuai pulak nak bincang dekat hospital.Kena tunggu dia keluar hospital dululah ni.Alahai,lamanya.Takut mamat tu lupa pulak.Hanani terdiam sejenak dan mindanya terbayang peristiwa semalam.Rasyid,Tengku Daniel,projek penting mamat tu.Haih,serabutnya hidup mamat tu.Semalam menyaksikan peristiwa tu pun berjaya buat kepala aku pening.Hissh,baik aku jangan terlibat lagi.Nampak macam bahaya pun ada. “Woi,hari ni kau nak membuntang je ke dalam rumah.” Sapa Zulaikha yang baru turun tangga dengan pakaian lengkap untuk pergi ke pejabat.Aku mencebik.Cemburu sebenarnya Zulaikha masih mempunyai kerja.Berbanding aku.Huhu.. “Entahlah..” “Kau ni,pergi la keluar cari kerja.” Aku senyap.Takkan nak balas, ‘aku dah dapat tawaran kerjalah! Daripada mamat sengal’.Baik tak payah. “Lepas ni aku keluarlah.”Bohongku.Sebenarnya nak angkat punggung daripada sofa ni pun dah terasa berat.Secara tiba,telefon bimbitku berbunyi dan laju aku mengangkatnya. “Assalammualaikum?” “Woi,datang wad aku sekarang.Jangan lambat.” Kemudian talian dimatikan.Mukaku berkerut dan memandang skrin telefon bimbitku dengan tidak percaya.Amboi,tak balas salam aku satu.Yang kedua tak boleh tahan arahkan aku macam kuli mak bapak dia! Hisshh,geramnya! Aku mengetap bibir dan mendengus. “Kau ni dah kenapa? Dapat panggilan maut?” Zulaikha tergelak. Laju aku meletakkan muk atas meja dan bangun daripada sofa. “Huhh,aku kena keluar beb.Nak siap kejap.Bye,memandu tu selamat sikit.” Sempat lagi aku menasihatkan Zulaikha sebelum daki tangga dan masuk ke dalam bilik. “Woi,kau nak pergi mana!” Laung Zulaikha daripada bawah. “Mana boleh tahu!” Balasku kembali. “Tak apa,nanti aku korek-korek rahsia kau Hani! Bye beb!” Aku tergelak kecil dan menggeleng-gelengkan kepala.Kalau kau tahu Zulaikha,aku tak tahu nak cakap apa. Aku bersiap ala kadar dengan mengenakan jubah moden dan tudung bawal crepe.Walaupun menyampah,namun mamat tu masih bakal bos aku.Kenalah bergaya dan kemas sikit penampilan diri.Mamat tu pun dikira baik hati tawarkan aku kerja walaupun baru kenal aku,aku patut bersyukur apabila dihulurkan bantuan sebegitu rupa sewaktu aku susah.Puas dengan penampilan diri,aku keluar daripada rumah dengan memakai stoking dan sandal.Masuk ke dalam kereta dan keluar daripada perkarangan rumah,aku menuju ke hospital Tengku Daniel. Tiba sahaja di hospital,aku terus menuju ke tingkat 3 dan sudah berada di hadapan bilik 205.Lagi sekali.Kenapalah takdir suka bawa aku di hadapan bilik ni? Haihh.Buka sahaja pintu,aku terkejut apabila terlihat Tengku Daniel di atas katil dengan Macbook di ribanya.Bukan itu sahaja,terdapat pak cik Rahim di sebelah dengan membawa sebuah kotak yang terdapat banyak kandungan fail di dalamnya.Wajahku berkerut. “Assalammualaikum..”Kataku perlahan. “Lambat gila kau sampai.Maklumlah,pandu pun macam siput.”Tegur Tengku Daniel tanpa memandangku malah terus menaip Macbook di ribanya.Aku mengambil nafas dalam-dalam.Sabar Hani,sabar! Jangan layankan sangat si gila ni.Datang-datang je terus maki orang. “Apa maksud awak saya lambat? Awak tak beritahu saya pun pukul berapa saya kena datang.”Balasku dengan nada jengkel. “Memanglah,aku nak tengok betapa seriusnya kau dengan tawaran kerja aku ni.Ingat,aku tak nak ambil pekerja yang tak komitmen.” Ieeee,geram aku. “Masalahnya,macam mana saya nak lambat sedangkan waktu pun awak tak-“ Kata-kataku dipotong apabila menangkap gelakan kecil pak cik Rahim. “Eh?Maaf pak cik Rahim,saya tak perasan pak cik Rahim tadi.”Aku menyapanya dengan malu.Ya Allah,itulah layankan sangat mamat tu,pak cik Rahim dekat sebelah pun tak beri salam. “Lain kali jangan lambat.”Sengaja Tengku Daniel berkata lagi seperti menambah api dalam hatiku.Aku tidak melayan namun cuba membentukkan senyuman pada pak cik Rahim. “Hahah,pak cik tengok kamu dengan Daniel ni macam rapat je.”Pak cik Rahim tersenyum kearah aku. “Eh,tak adalah pak cik.Saya ni-.“ “Pak cik tahu,bakal pekerja syarikat Group Perdana Jaya kan? No need to mention that,Daniel already told me everything.” Aku menganggukkan kepala dan tersenyum. “Dia anak kawan baik ayah.Haji Ibrahim.”Secara tiba Tengku Daniel menyampuk. “Oo..patutlah macam rapat.Tapi,kenapa suruh dia buat kerja dekat sini Daniel?” Soal pak cik Rahim memandang Tengku Daniel.Aku hanya berkerut.Buat kerja? “Daniel sengaja nak suruh dia tahu basic things awal-awal.” “Hmm,dengar macam Hanani ni ‘special’ je.” Pak cik Rahim tersenyum kearah aku penuh makna.Tengku Daniel tidak menjawab namun masih tekun menaip.Aku pula sudah melarikan pandangan ke tempat lain. “Ohh,oklah macam tu.Pak cik kena pergi,banyak benda nak uruskan dekat syarikat.Assalammualaikum,Daniel,Hanani.” “Waalaikummussalam,terima kasih pak cik.”Senyum Tengku Daniel dan aku pun sama.Aku hanya melihat pak cik Rahim yang membuka pintu wad bersedia untuk pergi.Kemudian,dompet pak cik Rahim terjatuh di atas lantai.Laju aku mengutipnya.Disebabkan dompetnya terbuka,aku dapat menangkap gambar seorang budak perempuan yang comel sedang tersenyum gembira.Aku mengagak itulah anak perempuan pak cik Rahim.Comelnya! Laju aku menghulurkan balik dompet itu kepada pak cik Rahim.Dia tersenyum lebar. “Thanks Hanani.” “It’s ok.Comel anak pak cik.”Pujiku dengan senyuman manis. Tanpa aku jangka, raut wajah pak cik Rahim terus berubah.Seperti terkejut dan terus muram.Aku terkedu. “Pak cik?” “Oh,nothing.Bye.” Laju sahaja pak cik Rahim pergi seperti ingin melarikan diri daripada sini.Entah kenapa perasaan bersalah datang menyapa aku.Aku ada buat salah ke? Kenapa wajah pak cik Rahim macam tu?Itu bukan anak dia ke? “Woi,apa kau berdiri dekat situ.Meh sini.”Panggil Tengku Daniel dan baru aku tersedar betapa lama aku sudah tercegat di pintu wad.Aku menggeleng-gelengkan kepala cuba mengusir fikiran tadi dan menuju ke katil Tengku Daniel. “Ye?” “Kau nampak fail tu?” Laju mataku memandang kotak yang berada di atas meja dan terdapat banyak fail di dalamnya. “Nampak.Tapi kenapa?” “Semua maklumat dengan data-data tahun lepas tentang syarikat Group Perdana Jaya Enterprise ada dalam fail tu.Aku nak kau teliti,baca dan faham tentang syarikat ayah aku lepas tu buat laporan.Sebelum kerja,kau kena tahu apa sebenarnya syarikat Group Perdana Jaya Enterprise.”Katanya dengan senyuman yang sinis.Mata aku membulat memandang fail yang berlambak di dalam kotak itu.Gilalah! Mana boleh aku baca satu-satu fail tu! “Ta..Tapi fail tu banyak.Saya mana sempat habiskan semuanya dalam satu hari! Ini tak adil!” Protesku. “Aku tak cakap pun kau kena siapkan laporan tu hari ni.Buat masa sekarang,aku nak kau teliti,selidik dan baca.Faham.” Aku mengeluh.Melihat fail yang berlambak itu seperti sudah menyesakkan jiwa aku.Adoiiyai. “Tapi banyak sangat...”Gumamku. “Kau sedar tak siapa bos sekarang.” Dingin sahaja suaranya.Aku terdiam. “Ok saya buat.”Balasku perlahan.Dalam hati menyampah gila.Haihh,bertuah badan dapat bos bi-polar macam ni. “Good,now go.Buat dekat meja sana.”Arahnya lagi dan tidak memandang wajahku lagi.Aku mencebik dalam hati dan menuju ke arah meja yang terdapat kotak tersebut.Disebabkan ini bilik VIP,hospital ni menyediakan sebuah sofa panjang dan meja kaca yang agak besar.Orang kayakan,bolehlah duduk dekat bilik mahal macam ni.Dengan malas aku mengeluarkan semua fail di dalam kotak dan susunnya di tepi.Aduhh,banyaknya nak kena membaca.Aku ni memanglah jenis suka membaca,tapi kalau baca pasal maklumat-maklumat ni mana ada aku minat.Buat tidur boleh lah.Aku menarik nafas dalam-dalam dan mengeluarkan beberapa pen dan ‘highlight’ di dalam tas tangan.Ok,you can do this! Demi kerja,mak dan abah.Kacang je nih! Dengan perlahan-lahan,aku meneliti satu persatu fail dan garis apa-apa keyword yang dapat aku faham. Selepas beberapa minit,sudah dua fail aku teliti.Apabila badan terasa lenguh,aku berhenti membaca dan mengeliat panjang.Aku tersenyum.Fuh,lega dapat regangkan badan.Namun,wajahku berubah apabila dapat menangkap pandangan Tengku Daniel memandang kearahku.Senyuman di wajahku terus hilang dan hatiku berdebar.Alamak,dia pandang aku ke tadi? Aku membalasnya dengan pandangan bingung namun Tengku Daniel masih memberikan aku pandangan tajamnya.Ish,aku buat salah ke? “Awak,kenapa pandang saya?” Aku cuba menegur. Tengku Daniel memandangku lagi.Aku sudah bingung dan memandang di belakangku pula.Dia pandang apa ni? Takkan dia renung aku kut? “Awak,hello?” Tengku Daniel melepaskan keluhan dan menggeleng-gelengkan kepalanya. “Tak ada apa-apa.Sambung buat kerja.”Katanya dengan serius dan terus menaip.Aku hanya memberikanya jelingan tajam.Mamat ni pelik betul.Daripada tadi menaip,tak putus ke jarinya? Sudahlah suka bagi orang renungan menakutkan dia tu.Ahh,biarlah dia.Malas untuk berfikir lagi,aku cuba fokuskan pula pada bentuk graf di hadapanku. “Pada tahun 2011,saham menaik sebanyak...” Aku berkata perlahan dan cuba fahamkan betul-betul.Makin lama,mataku memberat.Aduh,mengantuknya.Jangan tidur Hani,bangun! Aku menampar-nampar pipiku.Namun Entah kenapa penghawa dingin ni buat aku selesa sangat macam nak lentok je dekat sofa ni.Tanpa aku sedar,aku menyandarkan badan di sofa dan tertidur. Hmm,bestnya.Aku tersenyum dalam tidur apabila terasa ada satu jari halus mengelus pipiku perlahan-lahan.Jarinya mengelus pipiku berulang kali sebelum beralih pada bibirku pula.Wajahku berkerut.Eh,siapa pulak pegang wajah aku dalam mimpi ni? Mak ke? Apabila sentuhan jari itu hilang,senyuman di wajahku hilang.Wajahku bertambah berkerut namun mataku masih berat untuk dibuka.Maklumlah,sofa ni empuk sangat.Kalau buat katil pun best nih.Aku tersenyum lagi. “Woi! Bangunlah!” Terkejut aku dengan sergahan itu dan terus membuka mata.Terpacak di hadapanku Tengku Daniel dengan wajah ‘poker face’ nya seperti biasa. “Eh? Saya dekat mana ni? Bukan dekat rumah?” Aku memandang sekeliling apabila mamai.Ya Allah,kau dekat dalam wad Tengku Daniel lah Hanani! Kau tertidur ingat tak! “Seronok cik kak tidur dekat sofa hospital?” Dia memerliku dengan pandangan tajam.Mukaku merona merah apabila tersedar dengan tindakanku.Malunya,dia nampak aku tertidur! Lena pulak tu! Aduhh,aku dah penat untuk tanggung malu depan lelaki ni lagi.Aku hanya menundukkan kepala dan membentuk tudungku semula perlahan-lahan. “Aku suruh kau buat kerja,bukan tidur.” “Sorry,saya terlelap je tadi.” “Dah siap baca ke semua fail?” “Belum..Ada lagi.”Kataku dengan perlahan.Sejak bilalah aku jadi pengecut dengan mamat ni. “Lain kali jangan tertidur,aku benci orang yang suka buang masa.Tidur dekat sofa hospital aku pulak tu.”Katanya seperti mengejek.Aku mengetap bibir dengan geram. “Saya tertidur kan,bukan sengaja.” “Bila aku kata menjawab.” Aku hanya menyepi malas untuk berkata.Semua tak kena apa yang aku buat dengan mamat nih.Benci gila. “Mengutuk akulah tu dalam hati.’ Tengku Daniel berkata lagi membuatkan aku terkejut. “Ma..mana ada.”Sorokku. Tengku Daniel ketawa dan menggeleng-gelengkan kepalanya. “Sudahlah,aku nak pergi tandas.” Katanya dan mula melangkah untuk berlalu pergi.Aku mencebik. “Tak tanya pun.” “Kau memang suka cari pasal dengan aku kan.”Tengku Daniel berhenti dan menoleh kearahku dengan jelingan tajam.Aku kecut perut. “So..Sorry.Saya akan senyap sekarang.”Kataku dan terus menutup mulut.Scary lah mamat ni. Dia tergelak lagi dan tersenyum lebar. “Tahu pun takut.Hahah..”Ketawanya dan masuk ke dalam tandas.Aku menggigit bibir dengan geram.Hissh,aku rasa macam nak hempuk je mamat berlagak tu.Mentang-mentang bakal bos aku,nak berlagak garang pulak.Tunggu? Tadi aku pasti ada orang sentuh wajah aku? Mataku membulat.Tengku Daniel ke yang pegang?! Ataupun...Itu dalam mimpi aku je? Aku terdiam sejenak memikirkan siapa makhluk yang memegang wajahku ataupun itu ilusi mimpi je? Ish,tak dapat aku bezakan.Takkanlah mamat tu nak pegang aku? Aku konfem dia nak pegang aku pun rasa jijik.Sudahlah asyik kata aku lembap! Geram. Lamunanku dikejutkan dengan nada dering telefon bimbit yang berada di atas katil Tengku Daniel.Ish,terkejut aku dibuatnya.Aku menghampiri katil itu perlahan-lahan.Alamak,telefon mamat ni berbunyilah pulak.Takkan aku nak angkat,memang nak kena bakar dengan mamat tu lah jawabnya! Aku membuat keputusan untuk membiarkan sahaja dan menunggu sehingga Tengku Daniel keluar.Aku cuba intai nama pemanggilnya. ‘Lyana’ Aku agak terkejut.Buah hati diakah? Secara tiba pintu tandas dibuka dan laju aku mengundur beberapa langkah. “Apasal?” Soalnya kearahku dan menghampiriku. “Ni...Telefon awak berbunyi.”Kataku dan dia hanya menganggukkan kepala.Dia mengangkat panggilan tersebut dan menuju ke luar wad.Namun aku dapat menangkap sedikit perbualannya. “Hai sayang...I masih-“ Laju Tengku Daniel keluar daripada wad.Aku terdiam sebentar.Aku tahu yang dia akan ada awek.Aku tahu sangat.Tapi kenapa aku rasa lain macam ye? Aku tak suka perasan ni.Serius. Apabila semua masalah terungkai,Tengku Daniel mengaku bahawa Rasyid tidak bersalah dan pak cik Rahim meminta maaf pada pihak polis.Rasyid juga telah memberikan Tengku Daniel surat berhenti kerja yang dia terima di rumahnya.Akhirnya,polis beredarkan diri apabila pak cik Rahim tidak putus mengucapkan maaf atas kesulitan yang diberi.Pak cik Rahim memandang Rasyid dengan riak bersalah. “Maafkan saya dan juga pihak syarikat Group Perdana Jaya,kalau saya tahu kamu dipermainkan tadi saya takkan panggil polis.Maafkan saya.”Kata pak cik Rahim dengan lemah. Rasyid tidak menjawab namun hanya menghadiahkan jelingan tajam.Apabila tidak mendapat respon daripada Rasyid,pak cik Rahim mengeluh. “Saya keluar dulu.” Pak cik Rahim meminta diri dan menangkap pandanganku.Dia terlihatku dan menguntumkan senyuman lemah.Aku pula membalasnya dengan kekok.Aduhai. Tengku Daniel melihat Rasyid. “Aku minta maaf daripada pihak syarikat aku yang memberhentikan kau.Dan...Salah faham tadi.”Tengku Daniel berkata perlahan.Rasyid masih seperti tadi,menghadiahkan jelingan tajam pada Tengku Daniel pula.Mungkin hatinya sudah benci dan berapi melihat Tengku Daniel dan pak cik Rahim yang hampir membuatkan dia masuk ke dalam lokap.Kalau aku pun memang marah macam tu. “Esok datang syarikat balik.”Tengku Danial kata buat kali terakhir dan berlalu pergi daripada situ.Aku dapat tangkap riak muka Rasyid yang agak berubah.Gembira dan terkejut mungkin.Dengan tercengang-cengang aku mengikuti Tengku Daniel pergi kearah pak cik Rahim.Pak cik Rahim kelihatan sedang berbincang dengan seseorang di telefon.Mulutnya terkumat kamit. “Baik tuan.Ya,ya..Saya dah telefon pihak tu tadi.Ok,ye.Saya datang ke syarikat sekarang.”Pak cik Rahim memutuskan talian dan memandang Tengku Daniel.Rautnya kelihatan sungguh lemah dan penat.Aku berasa kasihan. “Pak cik kena pergi Daniel.Ayah kamu tak tahu lagi tentang hal ni.Kamu nak pak cik maklumkan ke pada-.“ “Tak pak cik.Biarkan ayah tak tahu,saya tak nak ayah risau.”Balas Tengku Daniel. Pak cik Rahim menganggukkan kepalanya dan melepaskan keluhan. “Baiklah kalau begitu,pak cik minta maaf sangat terburu-buru panggil polis dalam hal ni.Pak cik yakin sangat Rasyid yang buat tadi,dengan semua bukti yang pak cik tahu.Haiih..” Tengku Daniel tersenyum. “Tak apa,saya tak salahkan pak cik langsung.Terima kasih pak cik,kesetiaan pak cik kepada ayah dan syarikat kita memang saya hargai.” Pak cik Rahim tersenyum. “Pak cik bukan apa,ayah kamu banyak berjasa pada pak cik.” “Pak cik,kalau penat berehatlah dulu ye.”Aku menyampuk secara tiba-tiba.Aku betul-betul kasihan melihat pak cik Rahim yang sudah berumur namun menanggung kerja pejabat yang berat.Kuat betul orang tua ni.Tengku Daniel agak terkejut dengan keprihatinanku. “Thanks,cik-?” “Hanani.”Senyumku. “Thanks for your concern miss Hanani.Saya hargainya.Assalammualaikum.” “Waalaikummussalam.”Aku dan Tengku Daniel jawab serentak kemudian melihat pak cik Rahim masuk ke dalam keretanya dan berlalu pergi.Tanpa membuang masa,Tengku Daniel menuju ke keretaku dan masuk ke dalam perut kereta.Eh,tak duduk dekat tempat pemandu pulak mamat nih? Aku terus masuk ke dalam kereta. Tengku Daniel melihat kertas pemecatan Rasyid dan projek palsu di ribanya. “Siapa yang hantar surat ni dekat Rasyid?” Dia mengeluh sendirian.Sunggul sungguh wajahnya. “Damnit! Where is the genuine project! Arggh!” Dia melepaskan amarahnya dan meraupkan rambutnya kebelakang.Sudah serabai jadinya.Aku pula hanya diam,tidak tahu hendak memberikan respon apa sebab aku memang tak faham satu hapak yang terjadi pada mamat nih.Sudahlah dipaksa untuk mengikuti mamat ni,lepas tu terjebak pulak dengan masalah dia. “Kenapa awak tak nak suruh polis tolong carikan projek awak yang penting sangat tu?” Entah kenapa aku berani sangat bersuara untuk bertanya.Tengku Daniel menyandarkan badannya kebelakang dan menutup mata.Tenangkan fikiran dia agaknya. “Polis terlalu sibuk tentang kes perniagaan dadah syarikat Red Dodo sekarang untuk ambil tahu tentang projek syarikat aku.” “Ha,awak tak suruh ke polis soal siasat ketua syarikat Red Dodo! Kalau dia yang culik awak,dia mesti tahu siapa yang nak ambil sangat projek tu.” “Ketua dia koma selepas kena tembak dengan polis,anak buah dia yang culik aku pun semua mati ditembak sebab bertindak kasar pada polis.”Dia berkata dengan malas.Aku melepaskan keluhan apabila semua rancanganku tidak ada jalannya.Hissh,aku pun sudah pening kepala. “Yang jelas sekarang,orang yang rancang penculikan aku dengan syarikat Red Dodo adalah orang dalam syarikat aku.Kalau tak dia mesti takkan tahu tentang projek ayah.”Dia berkata sendirian.Aku hanya menganggukkan kepala.Sudah seperti dalam cerita detektif pun ada. “Saya tak sangka pulak awak dapat hafal seluruh projek,hebat betul minda awak.Kalau saya tanya awak makan kismis jenama apa,awak-“ “Projek tu penting pada aku sebagaimana penting pada ayah aku.Sebab tulah aku teliti betul-betul projek tu.” Aku terdiam. “Hani,kau boleh pandu sekarang.”Arahnya kemudian meletakkan lenganmya di atas dahi.Aku tahu akal dia seperti ribut sandy sekarang.Tanpa membuang masa aku menghidupkan enjin dan keretaku meluncur di atas jalanraya. “Apa kita buat dekat sini?” Tengku Daniel bangkit daripada menyandarkan badannya ke kerusi dan memandang surau yang berada di luar tingkap.Aku membuka tali pinggang keledar dan memandang Tengku Daniel dengan bingung.Apa maksud mamat ni apa kita buat dekat sini? Dia tak nak solat asar ke? “Apa maksud awak,waktu asar kan dah lama berlalu.Awak tak nak solat ke?’Sengaja aku memerlinya.Dia menggaru-garu rambutnya yang serabai dan memandang mataku. “A..Aku..”Dia berkata dengan nada perlahan. “Apa? Apa awak cakap?” Wajahku berkerut dan sengaja aku mendekatkan telingaku kepadanya. “Aku lupa macam mana nak solat.”Akhirnya dia mengaku juga kelemahan dirinya dalam bab solat.Aku cuba menyorokkan senyuman yang terbit di bibir.Dah agak dah dengan gaya terkejut dia tadi. “Ooo,awak lupa ke tak pernah solat langsung ni?” Aku tersenyum nakal. “Senyaplah lembap.”Marah Tengku Daniel dan berpaling daripada melihat wajahku.Aku tergelak. “Sorry kalau kecilkan hati awak.Haha.Awak pergi je la tengok macam mana lelaki solat kat dalam tu,nanti awak ingat lah.” “Ambil whuduk pun aku tak ingat.”Mengakunya lagi.Aku terkejut namun cuba menyorokkanya lagi.Seriuslah ambil whuduk pun tak ingat? Wow,liarnya mamat nih. “Alah,tengok je lah macam mana orang lain buat.”Aku memberi alasan lagi. “Kau cakap senang la lembap.” Aku mengetap bibir apabila dia memanggil aku lembap sekali lagi.Kata orang lembap dia tu yang tak reti solat.Astarfirullahalazim,jangan kutuk orang Hanani! Nanti pahala kau yang kurang. “Suka hati awak la,saya nak solat! Saya tinggalkan kunci dekat sini jadi jaga kereta.”Marahku dan terus keluar daripada kereta.Aku menapak ke luar dan menuju ke bahagian wanita.Sehinggalah aku terdengar bunyi keretaku dikunci dan aku menoleh.Tengku Daniel yang baru keluar daripada kereta menuju ke bahagian whuduk lelaki.Aku tergelak kecil.Dalam keras-keras kepala pun patuh jugak mamat nih. “Solat jugak awak ye.” Tengku Daniel menoleh melihat wajahku dengan terkejut.Aku tersenyum sinis.Selepas selesai menunaikan solat asar,aku keluar daripada surau dan telah melihat Tengku Daniel sedang menungguku di tepi kereta. “Whatever.”Balasnya dengan malas dan membuka pintu kereta. “So,macam mana awak solat?” Soalku sengaja ingin mengenakannya lagi. Dia mencebik. “Boleh tak masuk dalam kereta dulu.”Katanya dengan geram dan masuk ke dalam kereta lalu menghempas pintu.Aku turut masuk ke dalam kereta dan memakai tali pinggang keledar.Aku memegang stereng dan memandang wajahnya. “Aku tiru je la apa orang buat dalam tu.Daripada ambil whuduk sampailah ke solat.Puas hati.”Luah Tengku Daniel dengan wajah ‘poker face’nya.Aku ketawa kecil dan menganggukkan kepala. “Aku..Hmmm,rasa agak tenang sedikit.”Mengakunya lagi cuma kali ini agak perlahan.Aku tersenyum panjang.Alhamdulillah,itulah nikmatnya solat.Walaupun aku tak tahu betul ke tidak solat yang dilakukan mamat ni,tapi usaha dia ada.Aku kagum. “Bak sini telefon awak.”Pintaku. “Apa kau nak buat?” Dia memberikan aku jelingan tajam. “Bagi je lah.Saya bukan nak buat apa-apa pun.”Aku memaksa lagi. “No.Bagi tahu dulu kau nak buat apa.”Tegasnya.Aku melepaskan nafas dengan bosan.Hadoi. “Hish,macamlah saya nak curi sangat telefon canggih awak tu.Saya sedar diri la.Bagi je nanti awak tau.” Dia masih memandangku dengan curiga. “Awakkan nak jadi bos saya,awak kena la ada sedikit kepercayaan pada saya.Hmm?” Aku mengangkat kening.Dengan melepaskan keluhan dia beri juga aku Iphone S5 nya.Aku keriangan dalam hati.Aku menekan skrinnya dan buat apa yang terlintas dalam akalku sejak daripada tadi.Selepas selesai,aku tersenyum lebar dan menghulurkan telefon bimbitnya kembali. “Nah!” Laju Tengku Daniel merampas dan periksa apa yang telah terjadi pada telefon bimbitnya.Haha.. “Apa kau buat?” “Saya dah muat turunkan aplikasi cara-cara nak solat dengan whuduk dekat telefon awak.Nanti senang awak nak tengok,bijak tak saya?”Aku tersenyum membangga diri.Tengku Daniel ketawa dan menggeleng-gelengkan kepalanya. “Bijak apa cik kak oi,itu semua orang boleh buat.Dah jangan membebel,drive cepat.Kau pandu sudahlah perlahan gila.”Katanya dengan kasar membuatkan aku mencebik.Bukan nak terima kasih! Ish,aku lupa siapa mamat ni.Tengku Daniel si mamat sengal dan ego gila.Arggh.Tanpa membuang masa aku memandu kereta tanpa memandang kearah Tengku Daniel langsung.Sebal. Aku berhentikan kereta aku tepat-tepat di hadapan hospital.Tengku Daniel membuka tali pinggang keledarnya dan bersedia untuk keluar. “Eh awak tunggu.” Kataku. Dia melepaskan keluhan dan memandang wajahku dengan geram. “Apa lagi ni?” Aku mencari sesuatu di dalam kocek dan akhirnya terjumpa juga. “Nah,ambil plaster ni.Hidung awak lukalah.Itulah,pergi layankan sangat si Rasyid tu buat apa.”Aku membebel dan menghulurkanya dua ‘plaster’.Kebetulan aku terjumpa dalam poket semasa solat tadi.Tengku Daniel agak terkejut dengan tindakanku namun mengambilnya perlahan-lahan.Kemudian satu senyuman kecil terbit daripada bibirnya.Dia mendekati wajahnya padaku membuatkan mataku membulat. “Thanks sayang.”Bisiknya di telingaku dan terus keluar daripada kereta.Mukaku membahang apabila dia sengaja mengusikku dengan panggilan ‘sayang’.Tak guna betul! “Hei,tak ingat ke pasal hormati hak saya! Ieeee.”Marahku. Tengku Daniel tergelak tanpa memandang kebelakang dan masuk ke dalam hospital.Aku menggeleng-gelengkan kepala dan sedia untuk pandu dan pulang ke rumah. Aku keluar daripada bilik dan menuruni tangga dengan membawa buku ‘Deadly Mist’ di tangan.Sampai sahaja di ruang tamu,aku sudah melihat Zulaikha yang sudah terpacak di hadapan televisyen sambil mengunyah biskut kesayanganya.Arrgh,kontrol tv lagilah minah ni.Sabar je la dapat kawan macam ni.Aku duduk di sofa dan sandar di sebelah sofa.Zulaikha melihatku. “Kau nak baca buku?” “Iyelah,takkan aku tengah bersilat kut.” “Tunggu.Kalau kau baca buku,maksudnya-.“ Telefon bimbitku di atas meja berbunyi dan tertera nama mak.Laju aku mengangkatnya. “Assalammualaikum.Ye mak,apsal telefon nih?” “Waalaikummussalam.Tak ada,mak bukan apa nak call.Nak cakap je nanti acik nak datang rumah.” “Ooo..” Aku menganggukkan kepala sedikit.Acik merupakan kakak abah,dia selalulah jugak lawat rumah mak dengan abah untuk bertanyakan khabar.Hmm,dah jarang jugak dengar cerita tentang acik. “Bila dia nak datang?”Soalku. “Esok.” “Nampaknya acik dah makin baik.” “Haah,mak pun rasa macam tu.Abah kamu gembira betul,beriya dia ajak datang rumah”. Aku tergelak kecil. “Baguslah.Bukan senang nak jadi normal dan keluar daripada pengalaman lepas.”Aku berkata sayu. “Kan,mak pun bersyukur perangai dia dah ok.Oklah,mak kalau boleh tak nak ungkit dah benda-benda lepas.Nanti kalau kamu ada masa balik kampung ye Hanani.Mak bukan apa,mungkin acik kamu tu makin ceria sedikit kalau ramai orang tengok dia.” Aku tersenyum. “Ok mak,inshaallah nanti lapang Hanani balik ye.” “Baguslah.Kamu ok dekat sana?” Tanya mak membuatkan aku tersentak.Kalaulah mak tahu keadaan aku.Huuwaa! “Emm,ok mak.Ok je alhamdulillah.Hahah.”Aku ‘cover’ line. “Baguslah.Mak letak dulu ye,Assalammualaikum.” “Waalaikummussalam.” Aku memutuskan talian dan letak kembali telefon bimbitku di atas meja.Aku memandang Zulaikha dan wajahnya memang tertulis : cepat cerita dekat aku semuanya.Haha,Zulaikha oh Zulaikha. “Acik aku nak datang esok dekat rumah,mak aku suruh balik kalau ada masa.”Kataku dan menyandarkan kembali badan di sofa. “Acik kau? Yang anak tunggal dia meninggal sebab kemalangan tahun lepas?” Aku menganggukkan kepala dan membuka buku untuk sambung membaca bab yang aku tertinggal. “Bukan kau kata dia kena ‘kemurungan’ ke sejak anak dia meninggal?” “Memanglah,sejak kemalangan tu je dia selalu kurung diri dalam bilik.Tapi entah kenapa dia nak lawat mak dengan abah aku tahun ni.Aku rasa tu benda baik.”Aku tersenyum memikirkan mak dengan abah yang selalu melawat acik sejak peristiwa kemalangan itu berlaku. “Alhamdulillah,manusia boleh berubah dengan masa.” “Yup,things got better and better.” “Ha,yang kau ni baca buku apahal?” “Apasal,salah ke? Bukan aku selalu baca buku?” Wajahku berkerut memandang Zulaikha.Kening Zulaikha terangkat satu. “Bukanlah pelik,aku kenal kau.Kau selalu baca buku bila kau tengah free atau hati kau tenang.Ni,hati kau tengah tenang ke jadi penganggur ni?” Aku melepaskan keluhan dan memandang tajam pada Zulaikha. “Kau ni,saje je kan nak ingatkan aku tentang hal tu.Aku tengah berusahalah ni cari kerja.” “Yeke? Kau cari kerja dekat mana hari ni? Sampai petang baru balik rumah?” Aku terdiam.Aduh,aku tak nak mention langsung pasal mamat sewel tu.Aku dah dapat agak nanti Zulaikha membebel pada aku.Aku menggigit bibir. “Emmm,ada lah dekat tempat ni..”Ngelatku.Zulaikha hanya menggeleng-gelengkan kepalanya dan sambung melihat drama di kaca tv. “Suke hati kaulah cari kerja dekat mana Hani,asalkan halal.Aku doakan kau dapat kerja tak lama lagi.”Kata Zulaikha.Aku tersenyum lebar. “Aww,thanks.” “Tapi,janganlah gembira sangat.Rezeki tak datang bergolek tau.” Aku memuncungkan bibir. “Mana ada aku gembira..” Mataku memandang buku di tangan.Aku gembira ke hari ni? Entah kenapa minda aku boleh terbayang pula wajah mamat sengal pagi tadi.Haaiish,ingat lelaki ego tu buat apa,padam,padam! Tiba sahaja di hadapan syarikat Group Perdana Jaya Enterprise,Tengku Daniel terus menuju ke bilik keselamatan dan aku pula terpaksa mengikutinya.Maklumlah,aku kan kuli dia.Sampai di sana,pak cik penjaga itu agak terkejut melihat perwatakan Tengku Daniel. “Eh?Tuan?” Laju pak cik itu bangun daripada kerusi. “Saya tak ada masa untuk dibuang.Cepat tunjukkan saya CCTV tarikh XX dekat hadapan bilik datuk.”Laju sahaja mamat ini bertindak.Secara drastik wajah dan nadanya menjadi serius.Disebabkan permintaan Tengku Daniel,kalut pak cik penjaga itu melakukan tugasnya. “Err,waktu bila tuan?” “Emm,9.30? No! 9.32 minit.Cepat!” Gesanya lagi. Hish,kesianlah dekat orang tua tu.Gumamku dan memerhatikan sahaja tindakan mereka. Pak cik itu menekan suatu butang dan terpapar di skrin CCTV pada waktu 9.32 minit di hadapan bilik datuk.Pada waktu itu,terdapat seorang lelaki yang berbadan gempal sedang menunggu di luar bilik datuk.Dia meninjau-ninjau ke dalam dan mundari-mandir di hadapan bilik.Aku memerhatikan lagi begitu juga Tengku Daniel.Kemudian,imej Tengku Daniel yang baru keluar daripada bilik datuk muncul dan aku dapat menangkap Tengku Daniel sempat mengerling kearah lelaki berbadan gempal itu.Aku merapati Tengku Daniel. “Siapa lelaki tu?” Bisikku. Riak Tengku Daniel berubah. “Rasyid.” Katanya dengan geram. Kenapa dengan mamat ni,bad mood je? Kami memerhatikan CCTV itu lagi dan ternyata lelaki yang digelar Rasyid itu meraup wajahnya kemudian berlalu pergi.Itu je? “Damn! Dia tahu ke?” Desis Tengku Daniel.Aku semakin bingung. “Lepas dekat hadapan bilik datuk,mana lelaki ni pergi?” Soalnya lagi. Pak cik itu meneliti satu persatu rakaman yang terdapat di skrin. “Dia terus menuju ke pejabat dan sambung kerja seperti biasa tuan.” Muka Tengku Daniel semakin berkerut seakan-akan dia turut bingung apa yang terjadi. “Tak apalah,saya nak pergi pejabat.Thanks by the way.” Laju katanya dan terus keluar daripada bilik keselamatan.Ish,laju sangatlah mamat ni! “Awak,perlahan la sikit.” Dia tidak mengendahkanku.Hey,aku cekik-cekik jugak. “Laju sikit.”Arahnya dan aku hanya menjeling tajam.Kami masuk ke dalam bangunan syarikat tersebut dan aku agak tergamam dengan ruang lobi yang besar dan canggih.Wow! Aku pernah nampak ruang syarikat ni dalam majalah,tak sangka betul-betul besar dan cantik macam ni.Aku leka seketika sebelum sambung kembali mengikuti Tengku Daniel daripada belakang.Tidak sempat Tengku Daniel menekan butang lif,satu suara memanggilnya daripada belakang. “Daniel!” Kami berdua menoleh serentak. “Pak cik Rahim!” Tengku Daniel kedengaran teruja. “Pak cik dah agak kamu akan datang! Kamu dah tengok rakaman CCTV ke?” “Sudah pak cik,tapi saya tak faham macam mana dia boleh berlagak seperti-.“Tidak sempat Tengku Daniel berkata,pak cik yang digelar Rahim memotong percakapanya. “Pak cik dah check surat berhenti dia Daniel,ini dia.” Hulur pak cik Rahim satu sampul surat berwarna putih.Laju Tengku Daniel membuka dan membaca surat tersebut dengan teliti. “Jadi betul lah dia terus berhenti bekerja selepas kejadian penculikan Daniel semalam.”Katanya dan aku agak terkejut. “Pak cik tahu kamu akan cari dia,ini alamat dia.Pak cik tak tahu dia akan ada ke tak,tapi ini je peluang yang ada Daniel.”Kata pak cik Rahim dan menghulurkan sehelai kertas kecil yang mempunyai alamat. “Thank you pak cik,I don’t know what to said.You really help me this time.”Tengku Daniel kedengaran ikhlas. “Tak apa Daniel,ini semua kerana syarikat ayah kamu.”Pak cik Rahim tersenyum sebelum matanya beralih padaku. “Ini siapa?” Dia memerhatikanku dengan pelik. Errk? “Errm,saya-.“Aku terhenti apabila tidak tahu nak kata apa.Aku ni apa kepada Tengku Daniel? Pekerja bukan? Takkan nak cakap bakal pekerja kut? “Dia teman saya pak cik.”Senyum Tengku Daniel dan aku memandangnya dengan mata bulat. “Teman?” Wajah pak cik Rahim berkerut.Aku tidak tahu untuk kata apa lagi. “I’m sorry uncle,we gotta go.Thanks again!” Senyum lagi Tengku Daniel dan terus menarik lenganku keluar daripada syarikat tersebut. “Hissh,awak buat lagi! Lepaslah,ingat tak tentang hak saya!” “Kau jalan slow gila kalahkan siput.Aku tak ada masa nak tunggu.”Katanya tanpa perasaan dan terus menarik aku dengan laju.Sampai sahaja di kereta,dia membuka pintu untukku dan menolak aku ke dalam.Lalu dia membuka pintu untuk dirinya pula dan hidupkan enjin.Aku terdiam dengan perlakuannya.Apahal mamat ni nak cepat sangat? Disebabkan terlalu bingung,aku buat keputusan untuk senyap sahaja.Tengku Danial membaca alamat yang ditulis dan menganggukkan kepalanya.Keretaku keluar daripada tempat syarikat dan sekejap sahaja berada di atas jalan raya.Gulp.Aku mula takut apabila kelajuan kereta bertambah.Dah mula dah dengan pemanduan palesit dia! Mukaku berkerut apabila keretaku berhenti di kawasan perumahan teres.Aku memandang sekeliling. “Ini ke alamat yang dia tulis?”Soalku. “Haah,sekarang kita kena keluar dan cari nombor rumah 28”. Katanya dan terus keluar daripada kereta.Aku tidak membuang masa dan turut keluar daripada kereta.Apabila mengunci kereta,kami berjalan mencari rumah yang bernombor 28.Melilau mataku mencari nombor 28 di setiap rumah.Sehinggalah mataku dapat menangkap seorang lelaki yang sedang membasuh tayar keretanya di hadapan rumah.Aku memerhatikan nombor rumahnya. “Awak,itu dia nombor 28!” Laju aku berkata dan menunjukkan rumah yang terdapat lelaki tersebut.Tengku Daniel mengecilkan matanya untuk meneliti lelaki yang sedang membasuh tayar keretanya.Lalu matanya membulat. “Itu Rasyid! Jom!” Laju Tengku Danial berjalan kearah rumah tersebut.Aku pula agak teragak-agak untuk melangkah.Aduh,apa mamat tu nak buat nih?Rasa tak sedap hatilah pulak.Tengku Daniel berhenti tepat dihadapan pagar dan memerhatikan Rasyid yang sedang membasuh tayar keretanya.Rasyid mendongak dan terkejut apabila menyedari kehadiran kami berdua. “Eh? Kau bukan-?” Rasyid berdiri dengan tanganya yang berbuih. “Kau bukan ke anak Datuk Hanafi?” Katanya dengan nada kemarahan.Aduh,tangan aku dah berpeluh nih. “Kalau ya kenapa?” Nada Tengku Daniel agak mencabar. Dengan kemarahan,Rasyid membaling spannya ke tanah lalu membuka pagar.Dia mendekati Tengku Daniel dengan mata membesar.Ish,Rasyid ni boleh tahan besar badanya! Aku mula cuak. “Kalau ya kenapa? Aku nak tanya kau,apa yang kau buat dekat depan bilik datuk hari tu?Hmm?” Mata Tengku Daniel mencerlung.Rasyid kelihatan terkejut. “Kau tahu?” “Rakaman CCTV menceritakan semuanya.Kau tak payah berlakon!” Rasyid menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum dengan tidak percaya. “Kalau ya kenapa?” “Kau tahu pasal projek tu kan! Kalau tak,kenapa kau berhenti kerja tepat bila kes aku semalam!” Tengku Daniel juga mula hilang sabar. “Projek? Aku yang berhenti kerja?Hahah!” Rasyid tergelak besar dan mengenggam buku limanya dengan erat.Tidak semena-mena satu tumbukan dilayangkan pada Tengku Daniel membuatkan Tengku Daniel hampir terjatuh ke tanah.Aku yang tidak menyangka menutup mulut dengan mata membulat. “Kau kata aku yang berhenti kerja! Syarikat kau yang berhentikan aku tak guna! Sekarang,aku tak ada duit nak tanggung anak aku dekat kampung!” Mata Rasyid mula membara dan hendak menyerang Tengku Daniel sekali lagi.Aku sudah kaget.Namun Tengku Daniel sempat mengelak dan menendang perut Rasyid sekuat hati.Rasyid mengaduh kesakitan di atas tanah. “Kau jangan nak tipu aku! Aku baca surat berhenti kau sebijik-bijik apa yang kau taip!Sekarang mana projek tu!” Tengku Daniel mula baran. “Pergi matilah dengan projek tu!” Rasyid menyerang lagi dan Tengku Daniel sempat mengelak.Aku sudah takut melihat kedua-dua sifat panas baran lelaki di hadapanku.Ya Allah! Rasyid menendang perut Tengku Daniel dan Tengku Daniel sempat menumbuk pipi Rasyid.Mereka berdua mengerang kesakitan namun masih tidak mengalah. “Sudah la tu,kita bincang baik-baik!” Aku mula bersuara dengan risau.Namun malangnya,mereka tidak mengendahkan aku.Just great.Note the sarcasm.Kemudian,mataku menangkap satu fail di dalam kereta Rasyid yang terbuka pintunya.Apa tu? Aku memandang Tengku Daniel dan Rasyid yang masih bergelut diantara satu sama lain.Arggh,ambil je lah! Dua orang beruk tu tengah sibuk bergaduh!Dengan laju aku mengambil fail itu dan membukanya.Apabila terbaca kertas pertama yang tertulis ‘Group Perdana Jaya Enterprise’,mataku membulat.Ini ke projeknya? “Awak!” Tengku Daniel terkejut apabila aku memanggilnya membuatkan perbuatanya ingin menumbuk Rasyid terhenti.Matanya membulat memandang fail di tanganku. “Ini ke failnya?!” Laju aku pergi ke Tengku Daniel.Tengku Daniel membuka fail itu dengan kasar. “Damnit! Inilah projek ayah aku!” Tengku Daniel tersenyum dan memberikan jelingan tajam pada Rasyid.Rasyid yang culik Tengku Daniel selama ni? “A..Apa?! Macam mana benda tu ada dekat situ?!” Rasyid kelihatan tergamam dan tidak percaya. “Kau tak payah nak berlakon,memang jelas kau yang ambil projek ni!” “Sumpah aku tak tahu macam mana benda tu ada dekat dalam kereta aku! Projek apa yang kau katakan tadi pun aku tak tahu apa sebenarnya!” Rasyid kelihatan terdesak dan masih menafikannya.Mukaku berkerut.Apa yang terjadi ni?Kenapa Rasyid kelihatan betul-betul tidak bersalah. “Bukti dah ada ada,penipuan kau dah basi.Aku akan pastikan kau ditangkap polis sebab upah orang hapuskan aku!” Tengku Daniel berkata dengan serius dan matanya kelihatan sungguh dingin tanpa perasaan.Gulp,aku takut melihat Tengku Daniel waktu ini. “Sumpah Daniel aku tak buat! Hari tu aku pergi kerja macam biasa,lepastu aku terjumpa satu kertas yang suruh aku tunggu dekat depan bilik datuk.Aku pun pergilah!” Rasyid mula bercerita. “Kau jangan nak tipu,buktinya ada dekat aku sekarang ni!” Tengku Daniel mula hilang sabar. “Lepas aku tunggu,tak ada apa-apa pun yang terjadi.Bila aku balik kerja,aku dapat surat daripada syarikat kau yang aku diberhentikan kerja!Kau tahu tak betapa hancurnya hati aku pada waktu!” “Apa kau cakap ni?” Tengku Daniel agak terkejut. “Syarikat kau yang berhentikan aku Daniel,aku tak pernah tulis surat berhenti kerja!” Tengku Daniel kelihatan tergamam dan muka aku lagi bertambah kerutannya mendengar semua kenyataan ini. Kemudian,kepala kami menoleh apabila terdengar bunyi pagar dibuka. “Kami polis,Rasyid Bin Mamat,kami dapat dakwaan bahawa awaklah yang terlibat dengan kes penculikan Tengku Daniel dan merampas projek penting syarikat daripada dia.” Mata aku membulat dan Rasyid kelihatan terkejut.Dua orang polis yang berseragam segak memandang tegas kearah Rasyid dan mengeluarkan gari tangan.Di sebelahnya terdapat pak cik Rahim?! “A..Apa? Aku tak bersalah?!” Rasyid mula menapak kebelakang dengan takut. Pak cik Rahim menapak kehadapan. “Pak cik panggil polis?” Soal Daniel terkejut juga dengan tindakan drastik pak cik Rahim. Pak cik Rahim tersenyum dan menganggukkan kepalanya. “Semua dah jelas Daniel,projek tu ada dekat tangan kamu.” Tengku Daniel terdiam seketika.Aku terkejut dengan apa yang terjadi membuatkan aku kaku di tanah.Tup tap tup tap polis datang? Aku dalam drama ke? Muka Rasyid ketara dengan ketakutan. “Aku tak ambil projek kau Daniel sumpah! Tolonglah percayakan aku!” Rasyid masih merayu melihat Tengku Daniel.Seorang polis menggari tanganya dan seorang lagi memegang erat bahu Rasyid. “Awak berhak untuk diam dan kes awak akan dibincangkan dalam mahkhamah.” Garau suara polis yang memberi amaran itu. “Semua bukti dah ada Rasyid,kau tak boleh nafi lagi.” Ucap pak cik Rahim. Rasyid tergamam dan polis mula membawa dia pergi. “Awak...” Aku menghampiri dan memanggil Daniel.Semua yang terjadi seperti tidak masuk akal.Namun Tengku Daniel tidak mengendahkanku malah hanya menyelak lagi projeknya di tangan. “Tunggu.”Tengku Daniel bersuara membuatkan pergerakan polis terhenti dan Rasyid memandangnya. “Kenapa Daniel?” Soal pak cik Rahim. “Projek ni bukan projek sebenar,projek ni palsu.” Mulut aku hampir ternganga. “Apa maksud kamu?” Soal polis. “Saya hafal semua bentuk tandatangan dalam projek tu,dalam kertas ni tandatangan semua pihak bentuknya lain sekali.Dan ada beberapa ayat yang salah,ni memang bukan projeknya.” Mata aku tidak berkedip memandang Tengku Daniel seperti tidak percaya apa yang dia kata.Betapa tajamnya penglihatan mamat tu dan betapa seriusnya dia tentang projek ayahnya sampai dia hafal semua helaian projek.Gilalah. “Ja..Jadi maksud kau-?” Rasyid tersenyum lebar seperti ada cahaya yang menyelamatkannya daripada masalah. “Ya Rasyid,kau tak bersalah.Tapi ada orang yang permainkan kau.”Tengku Daniel melepaskan keluhan berat.Sangat berat.Pak cik Rahim kelihatan hampa. ‘Datang wad aku esok,aku nak pulangkan sesuatu.’ Arahan Tengku Daniel semalam dalam telefon bimbitku masih terngiang-ngiang dalam otak aku.Terdapat seribu soalan dalam kepalaku sehingga aku tidak sedar pintu lif sudah terbuka.Dengan melepaskan keluhan aku keluar daripada lif dan menuju ke bilik nombor 205.Sampai sahaja di depan pintu,aku merenung pintu itu dengan tajam.Kalau aku ada laser mata,sudah lama pintu ni berlubang.Sudahlah semalam telefon hampir lewat malam,kemudian cakap macam bagi arahan lepastu matikan talian! Erggh,manusia apa tak ada adab macam tu! Tambahan lagi selepas otak aku kusut tentang berita kemuflisan syarikat aku,Tengku Daniel menghubungiku untuk menambahkan lagi kekusutan yang ada! Kenapa ya Allah aku dipertemukan dengan mamat menyusahkan macam dia tu. Tapi,dia nak pulangkan apa? Aku ligat berfikir sehingga telefon aku berdering. Laju aku mengangkat panggilan kerana nada dering aku agak kuat.Aku tak nak kacau pesakit-pesakit kaya dekat sini.Terutamanya mamat sengal tu.Hmmph! “Assalammualaikum?” “Hani ni akulah,apasal suara kau slow nih?” Oh,Zulaikha rupanya. “Aku dekat hospital.Hospital ni sunyi semacam sebab tu suara kena slow camnih.” “Lahh,apasal kau dekat hospital ni? Pening kepala semalam sambung lagi ke?” Oh,aku lupa aku tak beritahu apa-apa dekat Zulaikha pasal Tengku Daniel.Ish,tak nak aku! Sudahlah mamat tu serabutkan hidup aku,aku tak nak tambahkan lagi dengan beritahu Zulaikha.Sorry Zu,huhu. “Haah,pening lagi.Itulah pergi hospital.” Aku terpaksa menipu.Terdetik rasa bersalah dalam hati. “Kau ni,aku risau betul lah.Tak payah la fikir sangat pasal syarikat kau tu,padanlah kepala asyik pening je.”Nasihat Zulaikha. “Macam mana aku tak pening Zu,aku dah tak ada kerja.Aku ni anak tunggal tahu tak,kebajikan mak dengan ayah aku dekat bahu aku sekarang.”Luahku dengan sayu. “Aku tahu tu Hani,tapi kau perlu tabah.” “Kalaulah bos aku tak ambil rasuah,syarikat aku takkan muflis dan aku still ada kerja sekarang.”Kataku dengan geram namun masih dalam nada perlahan. “Masa tak boleh diputarkan kembali Hanani.Kau kena ikhtiar untuk cari kerja baru sekarang.” “Bukan senang beb nak cari kerja baru.Lagi-lagi zaman sekarang yang dah canggih bagai.” “Aku tahu susah nak cari kerja baru Hanani.Aku tahu.”Kata Zulaikha dengan nada buntu.Aku tahu Zulaikha tidak tahu bagaimana ingin menolong aku sekarang.Tak apalah,biar aku selesaikan masalah aku sendiri. “Tak apalah Zu,aku kena pergi.Bye Assalammualaikum.” “Waalaikummussalam.” Aku melepaskan keluhan berat dengan hampa.Lalu aku menyimpan kembali telefon bimbitku di dalam kocek jeans dan menoleh untuk memasuki ke dalam wad Tengku Daniel.Membulat mataku melihat susuk tubuh yang berada tepat di hadapanku. “Eh?! A..Awak memang ada dekat sini ke tadi?” Soalku dengan terkejut. Tengku Daniel tersenyum penuh makna sebelum menyandarkan badanya di pintu wad.Ya Allah,maksudnya dia dengarlah perbualan aku tadi! Ieee! “Awak ni kenapa ha? Suka sangat curi dengar perbualan orang!” Aku mengetap bibir apabila terasa malu.Mukaku membahang. “So,you jobless right?” Senyum Tengku Daniel membuatkan aku berasa malu serta merta.Tak guna! Dia tahu aku tak ada kerja.Ish,memalukannya,jatuh maruah aku.Aku hanya memberikan dia pandangan tajam. “Itu hal saya,awak tak perlu tahu.” Aku melemparkan pandangan ke tempat lain. Tengku Daniel ketawa membuatkan aku memandangnya dengan bingung. “Hahah,you are so predictable Hanani.” Wajahku berkerut namun cepat sahaja bertukar kepada terkejut apabila Tengku Daniel menarik lenganku memasuki wadnya.Laju dia menutup pintu wad dan menarik aku hampir dengan katilnya. “Hei,jangan pegang sayalah!” Marahku.Aku memang pantang disentuh dengan orang yang bukan mahramku.Geramnya aku! Malangnya Tengku Daniel tidak mengendahkan kemarahanku malah menolak aku untuk duduk di atas kerusi pula.Dia juga menarik satu kerusi dan duduk tepat dihadapanku.Aku bingung. “Awak kata nak pulangkan sesuatu,mana barangnya?” Aku menjeling tajam. “Hari tu kau ingat tak aku ada kata,aku tak nak ucapan kau tapi aku nak balasan.” Gulp. “Tapi saya tak ada kata pun nak setuju dengan semua tu.”Aku cuba bersikap tegas. “Ah,but in this matter you really don’t have a choice.” “Apa maksud awak?” “Aku tahu kau tak ada kerja,jadi aku nak tawarkan sesuatu dekat kau.” Aku mula berasa tidak sedap hati.Apa yang mamat ni nak katakan? “Kalau kau tolong aku hari ni,aku akan pertimbangkan kau untuk kerja dekat syarikat Group Perdana Jaya Enterprise.”Kata Tengku Daniel dengan serius namun masih menguntumkan senyumannya.His smile are seriously creeping me out. Aku tergamam.Dia nak tawarkan aku kerja? K.E.R.J.A? Tunggu,apa motif dia sebenarnya? “Kenapa tiba-tiba nak tawarkan saya kerja?” Soalku.Semuanya terlalu mencurigakan untuk aku mempercayai mamat nih. “Macam yang aku kata,aku perlukan pertolongan kau.Hanya untuk hari ni sayang,dan aku akan pertimbangkan untuk ambil kau bekerja dekat syarikat ayah aku.” Bulu roma aku menegak apabila dia memanggil aku ‘sayang’. “Apa jaminan awak?” Tengku Daniel tergelak membuatkan aku mencebik. “Tak perlu jaminan,semua orang tahu yang aku akan mengambil alih syarikat tu tak lama lagi.Kau tak perlu risau.” Hati aku masih tidak percaya. “Awak nak pertolongan apa?” Tengku Daniel senyap seketika membuatkan hati aku gelabah. “Tolong aku keluar daripada hospital ni.” Mulut aku hampir ternganga. “What? Itu je,kenapa awak tak keluar je sendiri?” Bingungku. “Kau ni bodoh kan,kalau aku boleh keluar sendiri aku takkan mintak pertolongan kau.Doktor dengan jururawat takkan bagi aku jejak luar hospital nih!” Bengangnya membuatkan hatiku mengecil.Aku agak terasa apabila dia memanggilku bodoh.Dia tu yang mereng. “Maaf saya tak boleh tolong.”Marahku. “What?” “Sebab saya tak tahu macam mana nak bawak awak keluar daripada hospital nih,lagi satu perangai awak buat saya menyampah.Saya takkan tolong orang tak ada adab macam awak.”Tegasku dan memandang ke tempat lain.Dia ingat aku boleh sorokkan dia dalam bakul biar doktor dengan jururawat semua tak nampak? Memang tak masuk akal.Aku bangun untuk pergi apabila malas lagi untuk berurusan dengan lelaki macam nih.Namun Tengku Daniel menarik lenganku dengan kasar membuatkan aku hampir terjatuh di atas ribanya dalam keadaan dia yang sedang duduk. “Hei!Lepas-.“ “You have a nerve to call me a man with no manners.”Marahnya. Mata tajam Tengku Daniel menusuk tepat ke dalam anak mataku dan suaranya yang dalam membuatkan bulu romaku menaik.Barulah aku sedar betapa hampirnya wajah kami. “Saya paling tak suka orang sentuh saya! Sekarang tolong lepaskan tangan awak daripada lengan saya,sekarang.”Kataku dengan baran. “Cuba kau fikir kalau kau tak ada kerja Hanani,apa kau nak buat? Siapa nak tanggung mak dan ayah kau.Kau jugak yang kata kau anak tunggalkan?”Senyumnya. Aku terkedu. “Baik kau terima,bila peluang terbuka luas Hanani.Aku tak buat peluang ni untuk suka-suka tau.” Aku menelan air liurku sedalam-dalamnya.Argh,yang penting dia kena lepaskan lengan aku dulu! Aku tak nak kena tangkap maksiat dengan mamat gila nih! “Daniel,lepaskan tangan saya!” Dia hanya tersenyum dan mengeratkan lagi pegangan di lenganku.Ini mustahil! Aku takkan dapat kalahkan tenaga lelakinya. “Ok,ok! Saya buat!” “Good girl.” Dia tersenyum kemenangan sebelum melepaskan lengan aku yang disayangi.Terdapat sedikit kesan merah di lenganku kerana peganganya yang kasar. “Lain kali,jangan sekali-kali sentuh saya! Kalau tak saya menjerit!” Aku memberi amaran dan menapak sedikit kebelakang.Tengku Danial hanya ketawa sebelum bangun daripada kerusi. “You not even my type honey.” Aku mengetap bibir. “Good thing because we have mutual feelings!” Balasku dengan marah. “Jangan tipu Hanani,semua perempuan jatuh cinta dengan aku.”Tambahnya lagi. Adoi,apa dosa aku bertemu dengan makhluk tuhan macam ni?!Aku menggigit bibir tanda tidak puas hati sementara Tengku Daniel pula pergi ke almari yang disediakan oleh hospital tersebut.Dia mengeluarkan dompetnya dan menuju kearahku.Apabila dia memberikan aku kad kreditnya,aku hanya memandangnya dengan bingung.Hmm? ******************* Aku memakirkan kereta di tempat parkir hospital dan keluar daripada kereta apabila selesai membeli belah.Aku mengambil dua beg plastik yang terdapat di kerusi belakang dan menghempas pintu kereta.Hissh,menyusahkan aku jelah mamat nih! Dengan bengang aku memasuki kembali ke dalam bangunan hospital dan naik ke tingkat tiga.Apabila sampai ke tingkat tiga,aku berjalan menuju ke bilik 205 dan tersenyum apabila terserempak dengan jururawat yang berada di kaunter. Tiba sahaja di hadapan wad mamat sengal itu,mataku mengerling kearah dua beg plastik yang berada di tangan aku.Seluar jeans lelaki berada di dalam beg plastik EDWIN dan baju biru pekat berada di dalam beg plastik GAP.Secara automatik aku melepaskan keluhan memikirkan pakaian lelaki yang terpaksa aku beli apabila Tengku Daniel memberikan aku kad kreditnya.Sudahlah cerewet dengan aku,lepas tu nak suruh aku beli pakaian-pakaian yang mahal je! Dia lupa agaknya aku yang tukang beli,buat aku macam orang bawahan dia.Padahal belum jamin aku kerja dengan dia lagi! Haih,menyampah aku.Dengan menarik nafas panjang,aku membuka pintu wad dan masuk ke dalam. Laju aku menuju kearah Tengku Daniel yang sedang duduk di kerusi dan membaling dua beg plastik itu di atas ribanya.Tengku Daniel agak terkejut dengan tindakanku. “Nah! Semua yang awak nak ada dalam tu.” Kataku dengan tidak puas hati. Tengku Daniel melihat ke dalam plastik itu untuk meneliti pakaiannya yang dibeli oleh aku. “Topi mana?” “Ada dalam tu,cuba perhatikan betul-betul.” Tanganya mencari-cari di dalam beg plastik EDWIN dan tersenyum lebar apabila menjumpai topi yang aku pilih untuknya. “Good,you doing great.Sekarang aku nak tukar baju,kau tunggu sini.” Laju dia bangun daripada kerusi dan menuju ke tandas. “Eh? Buat apa saya nak tunggu sini?” Ish,sekarang nak kena tunggu dia tukar baju pulak ke? Argh. “Pertolongan kau dengan aku belum habis lagi cik Hanani,sekarang tunggu dekat sini senyap-senyap.”Katanya dan sambung menuju ke tandas. Aku mencebik membuatkan perjalananya terhenti dan dia menoleh kearahku. “Oh,kau jangan keluar daripada wad.Stay ok.” “Iye,iyelah.Cepatlah tukar baju!” Kataku dengan nada malas dan Tengku Daniel masuk ke dalam tandas. Aku menggaru-garu tudungku yang tidak gatal memikirkan kembali tentang apa yang telah aku persetujui.Boleh ke aku boleh percayakan mamat tu? Aku tahulah dia yang akan pegang jawatan ayah dia nanti,tapi betul ke dia nak bagi aku peluang kerja? Betul ke aku buat ni?Ish,kau ni mudah sangat percayakan orang la Hani! Kalau dia tipu kau macam mana? Nak buat macam mana,aku tak ada pilihan lain.Aku sudahlah tiada kerja dan yang paling penting sekarang adalah kebajikan kedua ibu bapa aku. Zruu! Pintu tandas dibuka dan Tengku Daniel menapak keluar daripada tandas.Dia menyisir rambutnya ke tepi dan menyarung topi atas kepalanya.Mata aku tidak berkedip dan aku cuba mengawal mulutku daripada terlopong.Shoot! Why he is so freakin handsome.Kenapalah Tengku Daniel sekarang ni seperti model yang baru sahaja keluar daripada majalah GQ?Ini tak adil! Aduh,kawal hati kau Hanani! Aku menelan air liur sedalam-dalamnya dan menoleh ke tepi. “Ok tak?” Katanya sambil mendepakan tangan.Hatiku berdebar apabila aku memandangnya perlahan-lahan. “Not bad.” Kataku dengan laju dan meliarkan pandanganku ke tempat lain.Tengku Daniel tersenyum melihat wajahku dan menghampiriku. “Jangan tipu,jujur cepat.How do I look?” “Saya cakap awak nampak ok,fine dan baik.Puas hati.”Aku mengetap bibir. Tengku Daniel ketawa dan menggeleng-gelengkan kepalanya. “Hanani,minda kau terlalu senang untuk dibaca.Cakap je lah yang aku ni hensem sangat sampai kau tak dapat kawal.” Perasan gila. “Jangan perasan sangat boleh tak.” “Alright.” “Kenapa awak nak beli baju baru? Awak tak ada baju ke selama ni?” “Cik kak,aku baru masuk hospital semalam.Kalau aku tau benda ni akan jadi,dah lama aku packing baju awal-awal.Faham.” Dia memerliku. Aku hanya membuat mulut berbentuk ‘o’.Tengku Daniel menuju ke pintu wad dan menolaknya sedikit.Dia mengintai ke luar dan menoleh kearahku. “Kau ke sini.”Arahnya dan aku terus akur.Terlalu malas nak protes. “Apa dia?” “Kau duduk sini,tengok bila nurse tu dah pergi daripada kaunter.Lepastu baru kita keluar.” Rancangnya.Aku menganggukkan kepala dengan malas dan mengintai jururawat di kaunter.Kelihatan jururawat itu sedang rancak berbual di telefon dan menulis sesuatu di dalam buku catatan.Aduh,macam lama lagi je jururawat tu nak duduk situ? Namun,tidak sampai seminit dan jururawat itu meletakkan gagang telefonya dan mengeluarkan sesuatu daripada begnya di atas meja. “Dia dah pergi ke belum?” “Shh!” Aku masih memerhatikan tingkah laku jururawat itu yang mengeluarkan sebuah beg kecil yang berisi penuh dengan peralatan mekap.Lalu dia keluar daripada kaunter dan masuk ke dalam tandas berdekatan.Oh,ni kes dia nak touch-up balik mekap dia la nih.Aku tersenyum. “Orait! Jururawat dah masuk dalam tandas.”Kataku memandang Tengku Daniel. “Great! Let’s go.” Laju sahaja Tengku Daniel keluar daripada bilik wadnya dan berjalan ke koridor dengan aku mengekorinya daripada belakang.Secara tiba,jururawat tadi kembali keluar daripada tandas. “Aduh,lupa compact powder pulak.”Rungut jururawat muda itu. Aku dan Tengku Daniel beku seketika.Alamak! Mati kalau dia nampak Tengku Daniel! Jururawat itu berjalan menuju kearah aku dan Tengku Daniel dengan laju.Secara tiba,bahuku dipeluk erat dan aku terkejut.Laju aku memandang Tengku Daniel dengan baran. “Sayang nak makan apa hari ni?Kita makan makanan barat nak?” Tengku Daniel berlakon dan menunduk sedikit ke bawah melindungi wajahnya dengan topi.Dia menarik aku ke depan kearah lif.Aku masih tidak puas hati dengan tindakannya dan cuba menepis tangannya di bahuku. “Janganlah pegang-pegang! Saya bencilah!” Marahku dengan nada berbisik.Namun Tengku Daniel tidak mengendahkanku dan terus berjalan ke lif. “Sayang jangan risau,abang belanja semuanya.”Senyum Tengku Daniel membuatkan aku mengetap bibir.Hissh! Jururawat itu memandang sekilas kearah aku dan Tengku Daniel.Dia tersenyum kearahku membuatkan aku membalasnya dengan senyuman kekok.Dia memerhatikan Tengku Daniel seketika dengan raut berkerut.Dia perasankah? Aku sudah berdebar. “Jom kita pergi sekarang.”Kata Tengku Daniel dan laju menekan lif. Jururawat tersebut memerhatikan kami sebentar sebelum pergi kembali ke kaunternya.Aku melepaskan keluhan lega.Fuhh,nasib baik tak kantoi.Apabila lif terbuka,laju sahaja Tengku Daniel menarik aku masuk ke dalam dan menutup pintu secepatnya.Lif tertutup dan turun ke tingkat bawah. “Fuhh,nasib baik jururawat tak perasan siapa aku.”Lega Tengku Daniel dan membuka topinya. Aku geram.Laju aku memijak kasutnya dengan kasar.Padan muka! Tengku Daniel mengerang kesakitan dan memberikan aku jelingan tajam. “Woi,kau ni dah kenapa!” Marahnya dan mendekatiku membuatkan aku menapak kebelakang. “Awak tu yang salah,saya dah kata banyak kali jangan sekali-kali sentuh saya.Sekarang ni awak yang tak hormatkan hak saya sebagai wanita!” Kataku dengan penuh perasan. “Bla,bla,bla.Kau ni banyak berleter tau.Kau ingat aku nak sangat ke pegang kau,itu aku berlakon je lah!” “Berlakon ke tak berlakon ke.Saya tak kira,awak tetap kena jaga hak saya!” “Argh,pertama kali aku jumpa perempuan sekolot kau.” Mata aku membulat.Apa dia cakap? “Kolot? Ieee,ini pun pertama kali saya jumpa lelaki sombong macam awak! Hissh,buang masa saya je.” Tengku Daniel tergelak. “Buang masa kau pun,kau masih perlukan aku kan?” Dia tersenyum lebar. Aku mencebik dan memandang ke tempat lain.Sakit jiwa layan lelaki macam nih. “Sebanyak mana kau melawan,mengaku je lah yang kau perlukan aku untuk masa depan kau.”Dia mengungkit lagi dengan nada sombong. “Senyaplah.” Dia ketawa halus.Aku menghentakkan kepala ke dinding lif. Aku membuka pintu kereta untuk memandu namun dihalang oleh Tengku Daniel. “Awak ni kenapa?” “Biar aku pandu.Kau pandu mesti lambat gila.” “Excuse me? Awak pernah tengok saya memandu ke? Tak pernah kan.Jadi biar saya pandu sebab ni kereta saya.” Tengku Daniel memerhatikan keretaku dengan riak kosong. “Ini kereta? Patutlah kereta kau macam ni,ikut stail kau agaknya.”Dia berkata dengan sinis. Aku membara. “Ieee,awak pergi sekarang.Awak tak layak nak naik kereta ni.Saya pun tak hingin nak tumpangkan awak!” Luahku dengan tidak puas hati. “You have to help me,remember? Sekarang duduk dekat sebelah sana,aku yang pandu”Katanya dengan sinis. “Arggh!” Aku mengeratkan buku limaku dan menghentak kaki dengan geram.Kuatkan iman Hanani,kuatkan iman! Demi kerja, abah dan mak,aku rela dengar cakap lelaki sewel ni.Hanya untuk hari ni,dan mimpi ngeri ni akan berakhir esok.Aku membebel-bebel sebelum masuk ke dalam perut kereta bersebelahan dengan Tengku Daniel.Mamat itu hanya tersenyum kemenangan melihatku sebelum memusing stereng kereta dan keluar daripada tempat hospital. Keretaku diberhentikan di hadapan sebuah Cafe.Aku memandang Tengku Daniel dengan tidak puas hati.Dia pandu macam palesit! Nak aku mati agaknya! “Awak ni tak boleh drive perlahan sikit ke! Kereta saya ni bukanya F1,nak redah je jalan macam tu.Nasib baik tak terlanggar kereta tadi!” “Itu kau kata laju? Still slow for me.” Mata aku membulat.Kemudian aku memandang Cafe di seberang. “Kenapa berhenti dekat sini? Kata nak pergi syarikat datuk?” Bingungku. “Aku terasa macam nak minum kopi pulak.Belikan untuk aku.”Arahnya dengan sesuka hati. “Guna duit siapa?” “Kaulah,siapa lagi.”Dengan selambanya dia berkata padaku. “Amboi,awakkan kaya.Pergilah beli sendiri.” “Nanti aku bayar balik,pergilah masuk sana.”Dia makin malas melayan karenahku. “Saya malaslah nak gerak,kita terus pergi syarikat datuk je la.”Gerutuku. Tengku Daniel merapatkan wajahnya padaku membuatkan laju aku kebelakang.Namun malangnya belakangku terdapat cermin kereta. “Kau sedar tak yang aku ni bakal bos kau,kalau kau nak prestasi bagus.Baik kau turut je apa yang aku nak.Hmm?” Katanya dan memandang mataku tepat-tepat.Hatiku kembali berdebar apabila melihat wajahnya dengan begitu dekat.Aku kalut. “I..Iyelah.” “I like when you obedience.” Katanya dengan serius.Tanpa membuang masa aku membuka pintu kereta. “Aku nak Americano Latte no whipped cream.” “Bertuahnya aku dapat bos yang demanding.”Bisikku. “Apa kau kata?” Matanya mula mencerlung.Hatiku kecut. “Erk,tak ada apa-apa.Saya keluar dulu!” Laju aku menutup pintu dan sempat menangkap tawa halusnya. Aku terkedu seketika melihat lelaki yang berada di atas katil.Mamat semalam!Oh ya,nama dia ialah Tengku Daniel.Aku memerhatikan kepalanya yang berbalut dengan wajah berkerut.Aduh,patutlah hati aku tak sedap daripada tadi,memang betul lah jangkaan aku! Eggh.Mulut aku terkunci dan Tengku Daniel terus menerus memberikan aku jelingan tajam dia.Kenapa dia pandang aku macam tu,berpeluh aku dibuatnya. “Kau anak Haji Ibrahim ke?” Tengku Daniel bersuara membuatkan aku terkejut namun aku cuba mensorokkanya. “Haah,mana dia sekarang?” “Haji Ibrahim dengan aunty Zaiton berbual dekat luar sekejap dengan datuk Hanafi and datin Miza.”Katanya dengan nada mendalam. Aku hanya menganggukkan kepala walaupun dalam hati sedang kegelisahan.Okey Hani,ada 0.01% yang dia takkan ingat aku semalam! Baik kau lari sekarang.Laju aku membentukkan senyuman kekok. “Oklah,kalau macam tu saya keluar dulu.”Kataku dengan gugup dan serta merta berpaling.Just get out! “Aku kenal kau.” Gulp. “Kau-“ Tolong jangan. “Kau perempuan semalam kan?” Aku menoleh memandang wajahnya.Ternyata Tengku Daniel sedang tersenyum sinis kearahku.Cis,sombong betul perwatakan dia. “Siapa? Saya rasa awak salah orang.Sorry.”Aku membuat bodoh. “Jangan nak berlakon depan aku boleh tak.” “Saya kena keluar,bye.” Laju aku membuka pintu sehinggalah- “Kau tahu,kalau kau tolong aku malam tu mungkin keadaan aku takkan seteruk macam ni.” Mendidih aku mendengar perkataan itu.Laju aku menuju ke katilnya. “Salah saya? Siapalah yang degil sangat tak nak mintak tolong sampai sanggup tolak saya ke tanah,awakkan!”Marahku. “See? Aku tahu kau perempuan semalam.” Tengku Daniel senyum kemenangan.Laju aku menutup mulut apabila tersedar aku terlanjur kata.Dia perangkap aku! Tak guna betul! “Tak perlulah berlakon depan aku cik-?” “Hanani.” Aku berkata dengan jelingan tajam.Grr. “Ye,cik Hanani.You are worst in acting.” Dia tersenyum lagi membuatkan aku meluat walaupun senyuman dia memang menawan.Tengoklah gigi dia,putih semacam.Aduh,sempat lagi kau ushar gigi dia Hanani? But,why he is so arrogant? It’s already made me sick.Aku mengambil nafas panjang. “Apa-apa pun,terima kasih sebab selamatkan saya.Kalau awak tak selamatkan saya semalam,hidup saya memang saya sendiri tak boleh terangkan apa jadi.Terima kasih ye.”Aku mengucapkan dengan ikhlas dan memandang ke bawah.Aku betul-betul rasa ringan dapat mengucapkan ucapan itu kepada penyelamatku semalam-Tengku Daniel.Terima kasih Ya Allah dapat berikan aku menjumpainya.Walaupun perangai Tengku Daniel ni memang nak buat aku berapi je memanjang! “Thanks?” Dia tergelak membuatkan aku berkerut. “Disebabkan aku selamatkan kaulah,cedera aku bertambah parah tau tak.Kau tak rasa ke ucapan kau tu tak cukup.” Aku mengetap bibir danTengku Daniel memandang mataku tepat-tepat. “Jadi awak tak ikhlas lah selamatkan saya? Macam tu?” Baranku. Dia hanya tersenyum panjang membuatkan aku meluat.Sudahlah senyumanya cantik,sengaja nak buat aku lebih menyampah. “Saya dah cakap apa yang saya nak cakap,kalau awak daripada awal memang tak nak selamatkan saya pun itu bukan salah saya.Kalau tak ada apa-apa lagi,saya nak keluar.Assalamualaikum!” Kataku dengan bengang dan berpaling untuk keluar sehinggalah lengan aku ditarik kasar dan wajahku begitu hampir dengan Tengku Daniel.Mata aku membulat. “Aku tak nak ucapan kau,aku nak balasan.” Dia merenung mataku. “Ish,apa ni pegang-“ Pintu wad dibuka secara tiba membuatkan laju aku melepaskan pegangan Tengku Daniel.Tengku Daniel juga berlagak seperti menggaru-garu rambutnya yang tidak gatal.Cis! “Ha,dia memang dah ada dalam wadlah abang!” Senyum ibuku memandangku di tepi katil Tengku Daniel.Aku hanya tersenyum kekok.Kemudian mataku terpandang kepada sepasang suami isteri yang aku andaikan sebagai Datuk Tengku Hanafi dan Datin Miza.Laju aku menuju kearah Datin Miza dan menyalamnya. “Oh,ini anak kamu Zaiton,comel orangnya.”Datin Miza memerhatikanku sebelum tersenyum kearah ibu.Aku hanya tersipu malu. “Assalammualaikum pak cik.”Ucapku. “Waalaikummussalam.Tak sangka dah besar anak kamu Ibrahim,muka sebijik macam Zaiton pulak tu.Hahah.”Datuk Tengku Hanafi tersenyum kearahku membuatkan aku hanya tersenyum malu.Abah pula hanya ketawa. “Ni,dah kenal ke dengan anak pak cik Hanafi?” Soal abah. “Emm,dah bah.”Saja aku menjawab ringkas. “Eh? Dah kenal lama ke Daniel mak cik ni?”Datin Miza menyoal. “Owh,saya baru-.“ “Kitaorang dah kenal lama dah ibu.”Jawab Tengku Daniel selamba membuatkan aku menoleh kearahnya dengan geram.Apahal dia nak tipu mak dia pulak? Hish,susahkan hidup aku jelah mamat nih! “Betul Hanani?” Datin Miza kelihatan teruja. “Eh,tak-.“ “Sejak Daniel datang Malaysia lagi dah kenal Hanani.Rapatlah jugak.” Tengku Daniel tersenyum lebar kearahku dengan penuh makna.Aku hanya bengang dan memberikannya jelingan tajam.Entah kenapa aku tangkap mata Datin Miza kelihatan bersinar-sinar.Aku mengalah dan mengambil nafas panjang. “Emmm,ye mak cik.Apa yang dia cakap betul lah tu.”Aku memaniskan suara walaupun dalam hati berapi sekali. “Aww,that’s great.”Datin Miza tersenyum lebar dan aku lihat mak pun turut tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. “Oklah Hanafi,aku tak nak ganggu kau sekeluarga lagi.Aku sekeluarga balik dulu.”Abah tersenyum lebar. “Ish,apa kau nih.Kau tak pernah ganggu aku Ibrahim.Lawat je anak aku kalau kau nak,bawak Hanani sekali lagi pun aku tak kisah.” Kata Datuk Tengku Hanafi dengan nada gembira.Entah kenapa apabila dia sebut nama aku,aku rasa seperti ada udang sebalik batu ayat pak cik nih.Biarlah. Abah dan Datuk Tengku Hanafi berpelukan sebelum berjabat tangan lagi membuatkan aku tersenyum.Memang susah nak tengok lelaki berpelukan,kalau mereka berpelukan memang sah persahabatan yang mereka ada betul-betul berharga.Nampaknya abah dengan Datuk Tengku Hanafi rapat betul masa sekolah menengah dulu. Aku pun turut menyalam Datin Miza selepas ibu berpelukan dan berbual sedikir dengan Datin Miza.Aku tidak menoleh kearah Tengku Daniel langsung,menyampah aku. “Hanani.” Aku agak terkejut dia memanggil namaku.Aku tidak menjawab namun hanya memandang wajahnya. “Kau lupa nak beritahu aku nombor telefon kau.We are friend right?” Dia tersenyum sinis lagi sebelum menghulurkan aku Iphone S5 nya.Aku mengetap bibir dan mengambil nafas panjang.Aku tak boleh marah sebab aku tahu mak dan Datin Miza sedang perhatikan aku sekarang. “Apa awak ni,kan saya dah bagi hari tu.Buat apa nak bagi lagi?” Aku tersenyum dan melakonkan watak.Mengada-ngada nak nombor aku bagai.Dia nak buat apa lagipun? “You know Im careless right? Aku dah ter-delete.Cepatlah bagi.” Dia menghulurkan telefon bimbitnya kepada aku sekali lagi membuatkan aku terpaksa mengalah.Haiih.Laju aku mengambil Iphone S5 nya dengan geram dan memasukkan nombor telefon bimbitku dalam ‘contact’ nya. “Awak nak buat apa dengan nombor saya nih?” Aku berbisik padanya apabila menghulurkan telefon bimbitnya yang canggih. “Aku-.“ “Oklah! Kami gerak dulu ye.Hanani jom!” Kata abah dan terus buka pintu wad diikuti oleh mak.Terpaksalah aku mematikan perbualan dengan mamat di hadapanku dan bergerak ke pintu wad.Aku tersenyum sekali lagi kepada Datin Miza dan Datuk Tengku Hanafi.Namun,apabila mataku tertancap pada Tengku Daniel,dia hanya memberikan aku senyuman nakal dan melambaikan tangan.Aku berasa meluat namun cuba untuk tidak menunjukkanya dihadapan pasangan suami isterti tersebut dan keluar daripada wad. Tutup sahaja pintu kereta,aku menghidupkan enjin dan keluar daripada tempat parkir kereta tersebut.Eghh,mamat tu nak buat apa dengan nombor telefon aku?Tak boleh ke dia lupakan je tentang hal semalam? Benci betul aku dengan perwatakan dia,taulah anak datuk! Nak je aku goreng mamat tu dalam kuali sampai hangus.Tapi teruk jugak kepala dia berbalut tadi. “Abah tak tahu pulak kamu dah kenal anak lelaki Tengku Hanafi tu?” Terkejut aku apabila abah menyoal daripada belakang.Mataku memandang cermin melihat abah yang sedang memandangku.Aduh. “Ha? Ohh,kenal-kenal macam tu je bah.”Aku mengelat. “Mak pun tak sangka Hani,terus terang jelah dengan kami kalau kamu ada hubungan dengan dia.” Aku dapat tangkap nada gembira dalam suara mak.Ish,apa mak merepek nih? “Mana adalah mak! Merepek je,orang dengan anak datuk Tengku Hanafi tu mana ada apa-apa.” “Mak tengok kamu berdua semacam je tadi.” “Ala mak,Daniel tu memang macam tu kat semua orang.” Aku malas ingin melayan perbualan ini lagi.Hakikatnya,aku dengan mamat tu berkawan pun tak pernah. “Kut ye pun kamu berdua ni kawan,apsal dia pandang kamu macam tu?” Pandang macam mana maksud mak ni? “Hish,orang dengan dia kawan je lah.Entah-entah dia dah ada awek mak.” Aku memberi alasan.Serius aku tak terkejut kalau Tengku Daniel sudah ada buah hati,tengoklah gaya karisma dan wajahnya.Memang perempun seperti aku tak ada peluang. “Abah tak kisah.”Secara tiba abah bersuara membuatkan aku terkejut.Aku tak jangka ayat tu akan keluar daripada mulut abah sendiri.Selama ni,bab-bab hukum agama dengan pergaulan lelaki dan perempuan selalu abah titik beratkan padaku.Dan aku juga sebagai anak tunggal,memegang pegangan agama hidupku dengan serius. “Maksud abah,umur kamu tu memang dah sesuai untuk orang masuk meminang Hani.” Kata abah memandang mataku namun aku cuba fokuskan pada jalanraya di hadapan.Gulp.Dah masuk topik lain pulak abah ni. Malam itu,selesai menunaikan solat isyak aku terus keluar daripada bilik dan menuju ke ruang tamu.Zulaikha yang sedang ralit menonton televisyen tidak menyedari apabila aku menghampirinya. “Boo!” “Eh mak kau!” Zulaikha melatah kuat membuatkan aku tergelak besar tanpa selindung. “Lol.Kuatnya kau melatah.Haha..” “Iee,kau ni tak ade kerja lain ke! Berhenti terkejutkan aku!” Marah Zulaikha dan meraupkan rambutnya kebelakang.Aku hanya tergelak kecil dan melihat apa yang ditonton oleh Zulaikha.Ceh,dia sedang tengok cerita hindustan rupanya! “Ish,cuba tukar citer best skit.Ini cerita hindustan,aku nak tengok movie orang putih la malam nih.”Saja aku cuba merampas remote di tangan Zulaikha namun laju sahaja minah tu mengelak. “Senyaplah ko.Aku dapat remote dulu jadi akulah yang dapat tengok tv malam ni.Duduk senyap-senyap.” Kata Zulaikha dengan bangga dan sambung melihat Shahrukhan dan Kajol yang sedang menari di kaca televisyen.Aku hanya mencebik dan melihat drama bollywood di hadapanku dengan malas.Layan je lah.. Biztt! Bizzt! Laju aku mencapai telefon bimbitku yang berada di atas meja kopi dan mengangkat panggilan tersebut. “Assalammualaikum.Siapa ni?” “Hani,ni aku Syuhada!” Suara Syuhada kelihatan cemas membuatkan mukaku berkerut.Syuhada merupakan rakan sepejabat denganku.Kenapa dengan dia? “Kau kenapa ni Syu?” “Hani,syarikat kita muflis Hani! Bos kita kena tangkap sebab rasuah!” Aku tergamam dan beku seketika sehingga Zulaikha memegang bahuku. “Beb,kau ok tak ni?” Soal Zulaikha dengan serius. Aku menelan air liur sedalam-dalamnya. “Aa...Bi..bila semua ni berlaku?” Aku meraupkan rambutku dengan rimas. “Baru tadi,budak-budak dekat pejabat semua dah tau hal ni.” Serius aku tak tahu nak cakap apa. “Ok Syuhada,aku letak dulu.Ak..Aku nak kemaskan fikiran aku sekejap.”Kataku lemah. “Ok Hanani,aku tahu perasaan kau sebab aku pun alami benda yang sama tadi.Bye.” Kemudian talian dimatikan dan aku memandang Zulaikha dengan riak kosong. “Weh,apahal muka kau pucat ni? Kau jangan takutkan aku Hani,apa yang syuhada kata tadi?” Soal Zulaikha lagi apabila hilang sabar. “Beb,aku tak ada kerja.” Kataku membuatkan Zulaikha turut tergamam.Ya Allah,apa aku nak buat? ********************** “Daniel,ibu nak kamu rest cukup-cukup.Jangan fikirkan kerja,otak kamu perlukan rehat.”Kata Datin Miza dan mencapai tas tangan Chanel nya.Tengku Daniel melepaskan keluhan dan menyandarkan badannya kebelakang. “Ibu,ibu dah cakap benda tu 12 kali! Daniel taulah,Daniel pun tak nak pressure kan diri Daniel sangat.”Kata Tengku Daniel dengan malas.Datin Miza melepaskan keluhan sebelum tersenyum. “Take care ok?” “I will mum.” Datin Miza memegang erat tangan anaknya sebelum membuka pintu wad. “Ayah tahu hal ni serius,tapi sekarang ayah nak kamu rehat dan jangan fikirkan hal ni lagi.Kamu jangan risau,ayah akan handle kan.”Kata Datuk Tengku Hanafi dengan yakin dan tersenyum kepada anak lelaki tunggalnya.Tengku Daniel melepaskan keluhan lagi sebelum menganggukkan kepala dengan lemah.Dia tahu ayah dia boleh uruskan syarikatnya sendiri,tapi pasal projek tu masih membuatkan hati Tengku Daniel gusar. Akhirnya,Datin Miza dan Datuk Tengku Hanafi pulang ke rumah membuatkan Tengku Daniel bersendirian di dalam wadnya.Dia tidak boleh tidur dan lelapkan mata.Dia tahu ibunya marah kalau dia fikirkan hal kerja,namun dia tidak boleh bantu dirinya sendiri.Apabila dia cuba memejamkan mata,peristiwa semalam tentang ketua syarikat Red Dodo dan ‘dia’ menerjah kembali dalam akalnya.Hati dia tidak tenang selagi tidak tahu siapa ‘dia’ yang dikatakan oleh ketua syarikat Red Dodo.Tak.Tengku Daniel tidak boleh berdiam diri tentang hal ini,dia perlu jumpa projek ayahnya segera kerana nanti syarikat Group Perdana Jaya Enterprise yang menimpa malangnya.Projek tu adalah projek terbesar ayahnya.Laju Tengku Daniel mencapai Iphone nya dan mendail seseorang.Seseorang yang boleh dia percayai kerana ayahnya pun berbuat begitu. “Assalammualaikum.Hello pak cik Rahim?” “Eh? Daniel? Kenapa telefon pak cik malam-malam nih?” Suara serak pak cik Rahim kedengaran di hujung talian. “Pak cik,pak cik dah jumpa orang-orang yang curiga dekat syarikat kita?” Laju sahaja Tengku Daniel menerjah dengan soalan. “Emm,Daniel.Pak cik bukan tak nak beritahu kamu,tapi ayah kamu suruh kamu rehat dulu,pak cik tak nak-.“ “Pak cik please,hati Daniel betul-betul tak tenang sekarang.Daniel perlu tahu siapa yang nak serang Daniel pak cik.” Suaranya kedengaran terdesak. “Pak cik tak tahu boleh beritahu kamu ke tak.Ayah kamu arahkan pak cik-“ “Tolong pak cik,Daniel cuma nak senarai nama orang-orang mecurigakan dalam syarikat kita.”Tengku Daniel terus mendesak.Terdengar keluhan daripada talian sana. “Terlalu banyak nama Daniel,pak cik tak dapat cakapkan dekat kamu satu persatu.But,there this one man that was very suspicious.” “How so?” “Masa tu pak cik check CCTV dekat security guard.Pada tarikh XX pukul 9.32 minit,dia ada dekat depan bilik datuk.Mungkin dia yang tahu datuk serahkan projek tu pada kamu.” Tengku Daniel teringat sesuatu.Itu tarikh semalam! Dan pada waktu tu aku memang ada dalam pejabat ayah.Waktu itulah ayah berikan aku sepenuh kepercayaan untuk ‘handle’ kan projek penting ayah dan serahkan aku fail yang berisi projek tersebut. “Nama dia siapa pak cik?” “Nama dia..jap ye.” Tengku Danial terdengar bunyi kertas diselak seketika. “Muhammad Rasyid,dia kerja dalam bahagian akauntan syarikat.” Tengku Danial mengetap bibirnya.Dia menutup mata cuba mengingati balik saat-saat selepas dia keluar daripada pejabat ayahnya bersama projek itu di dalam briefcase.Ya! Dia ingat dia terlihat seorang lelaki berada di luar bilik ayahnya sejurus sahaja dia keluar! Itukah Rasyid? “Ada lagi benda yang pelik Daniel.” Suara pak cik Rahim. “What is it?” “Rasyid dah berhenti bekerja semalam.Pelikkan?” “What?! Jadi pak cik rasa dia ke yang rancang penculikan Daniel?” “I don’t know Daniel,I don’t have the concrete answer yet.Tapi pak cik akan terus siasat latar belakang dia dahulu.Pak cik yakin,dia ada kena mengena dalam hal projek kamu.” Tengku Daniel tergamam. “Terima kasih untuk semua maklumat ni pak cik Rahim.Saya betul-betul hargainya.”Tengku Daniel melepaskan keluhan. “Tak apa Daniel,kita berdua berjuang benda yang sama atas nama syarikat Group Perdana Jaya Enterprise.If I were you,I do the same things as well.” “Sekali lagi,thanks pak cik Rahim.” “Baiklah.” Kemudian talian dimatikan oleh pak cik Rahim.Tengku Daniel membaling Iphone nya di atas katil dan mundar-mandir di wadnya yang besar.Dia tidak betah duduk diam lagi.Dia perlu jumpa Rasyid esok! Rasyid sahaja yang terlihat dia keluar daripada pejabat ayahnya.Mungkinkah dia juga tahu projek itu ada dengan aku dan buat rancangan untuk serang aku petang tu? Arggh! Esok aku kena keluar,tapi macam mana? Doktor mesti tak nak lepaskan aku keluar daripada wad ni?Tengku Danial meraupkan rambutnya kebelakang dengan rimas.Lalu,matanya menangkap sapu tangan merah jambu di atas katilnya yang dia tidak sedari daripada tadi.Dia terdiam lama sebelum satu rancangan terbit dalam akalnya.Ya,Hanani. Aku membuka mata secara paksa apabila lagu alarm menterjah masuk ke dalam telingaku. “Here is my story, I've got my type Tattoos and skinny jeans, black boots and piercings A public enemy Not Cinderella, still got my shoes I like the animal, the supernatural Maybe I'm crazy but-“ Haisshh,bisingnya! Laju aku menutup lagu Dracula oleh Bea Miller di telefon bimbitku sebelum menghempaskan kembali mukaku di bantal.Aku membaluti badanku dengan selimut apabila berasa sejuk semacam.Sejuknya pagi ni? Laju aku memandang ke tingkap dan sangkaanku tepat sekali apabila melihat titisan hujan renyai di luar tingkap.Hujan pada waktu pagi macam ni? Aku mengeliat panjang sebelum turun daripada katil dan membuka tingkap.Aku menadah tangan dan rasa air hujan yang sejuk.Fikiranku kembali terlayar pada persitiwa semalam.Nasib baik Allah masih menyayangiku.Nasib baik mamat tu baik hati untuk menolongku walaupun keadaan dia teruk macam tu.Tapi,bagaimana dia sekarang?Tak mungkin dia dapat bertahan lama dengan keadaan macam tu semalam. Aku menutup mata dengan wajah berkerut.Hati aku rasa bersalah gila sebab tidak dapat membantu pemuda semalam.Aku melepaskan keluhan berat dan menutup tingkap.Balik sahaja pada wak tu semalam,aku terus menunaikan solat syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada lelaki semalam.Kalau dia tak selamatkan aku,aku dah dapat bayangkan betapa kelamnya masa hadapan aku.Aku menggeleng-gelengkan kepala memikirkan betapa aku tidak boleh memutarkan masa kembali untuk menolong pemuda semalam.Laju aku keluar daripada bilik dan mengetuk pintu di sebelah bilikku. “Zu,bangun! Dah pagi woi!” Aku menjerit dengan senyuman Zulaikha yang merangkap rakan serumahku tidak tahu apa-apa yang terjadi semalam.Yang aku ingat wajah bingung dia apabila aku terus masuk ke dalam bilik untuk tunaikan solat semalam.Aku merapatkan telingaku ke kayu pintu.Senyap je?Minah ni hidup ke tak ni? “Weh,bangunlah! Aku siapkan sarapan.” Kataku dan tanpa membuang masa turun melalui tangga dan menuju ke dapur.Aku masukkan dua keping roti ke dalam pembakar roti dan memanaskan air untuk membancuh teh.Yup,inilah sarapan yang aku dengan Zulaikha setiap hari hadap.Nak buat macam mana,aku dengan Zu memang anak dara pemalas.Aku melihat kelibat Zulaikha yang turun daripada tangga sambil menutup mulut ketika menguap.Aku tersenyum menggeleng-gelengkan kepala sebelum menghidang air teh dan dua keping roti bakar di atas meja.Laju sahaja Zulaikha menuju ke dapur dan menyumbatkan satu keping roti ke dalam mulutnya. “Hei,ko dah gosok gigi ke belum?Eww.”Sengaja aku menyakat. “Woi,aku dah gosok gigilah.Agak-agaklah nak fitnah aku pun.”Balas Zulaikha sebelum menghirup air teh yang aku buat. “Thanks Hanani for breakfast.”Sengih Zulaikha seperti kerang busuk sebelum pergi ke singki.Aku hanya mencebik sebelum membawa roti dan mug ke ruang tamu.Aku memakan rotiku dan membuka televisyen untuk melihat berita Awani. “Weh,kau kerja tak hari ni!” Jerit Zulaikha di dapur.Mataku masih tertancap di berita yang dipamerkan. “Hoi,dengar tak?!” “Akutakkerja” “Apa? Kau cakap laju sangatlah!” “Aku.Tak.Kerja!” “Owh,okey.” Kata Zulaikha kemudian aku mendengar dia sambung membasuh cawan di singki.Haha,aku memang macam ni.Kalau tengok televisyen memang jangan kacau aku.Nanti aku jawab endah tak endah.Aku memandang sekilas jam di dinding.Pukul 8:37 pagi.Awal lagi nak sidai baju,layan berita dululah. “Syarikat Group Perdana Jaya Enterprise yang diketuai oleh Datuk Tengku Hanafi telah membuat aduan kepada pihak polis untuk menangkap ketua syarikat Red Dodo yang telah disabitkan kesalahan kerana punca kepada kecederaan anaknya iaitu Tengku Daniel pada malam semalam.Pihak polis juga berjaya menjumpai buti-butir maklumat jenayah syarikat Red Dodo yang-“ “Beb!Minyak masak dah habis nanti teman aku pergi pasar!” Aku melepaskan keluhan apabila suara Zulaikha daripada dapur menganggu fokus aku pada berita yang dipaparkan.Sudah la berita ni menarik! “Ish,okey okey.Aku temankan.Senyap sikit Zu,aku tengah dengar berita nih!” Gumamku. “Apa yang syok sangat berita tu?” Kata Zulaikha dengan cebikan sebelum tiba di ruang tamu dan melabuhkan punggungnya di sofa bersebelahanku. “Berita ini dihangatkan lagi apabila ketua syarikat Red Dodo dan kumpulannya yang terdiri daripada satu bangsa Thailand,tiga bangsa Cina dan dua orang Melayu ditembak semalam akibat melakukan keganasan terhadap pihak polis semasa serbuan dibuat di syarikat tersebut.Perkara ini dikatakan terjadi kerana unsur ingin membalas dendam terhadap syarikat Group Perdana Jaya Enterprise dan Datuk Tengku Hanafi enggan memberi apa-apa maklumat lagi tentang apa yang terjadi.Anaknya,Tengku Daniel yang dirawat di Hospital swasta Kuala Lumpur dikatakan mempunyai tikaman yang dalam di perut dan-“ Tikaman? Takkanlah-. “Seramnya beb dunia zaman sekarang.Ish,susah jugak jadi orang kaya ye?Tak pasal-pasal anak datuk tu jadi mangsa.”Kesal Zulaikha sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Aku hanya menyepi dan menelan air liur sedalam-dalamnya.Jadi semalam itu diakah?Tengku Danial? Aduh,betulkah? “Hoi,dengar tak apa aku cakap ni?” Suara Zulaikha di telingaku memutuskan lamunanku serta merta. “Eh? Ohh,dengar dengar.”Aku melepaskan keluhan dan meraupkan rambut kebelakang. “Kau kenapa,dengar berita macam ni terus aku tengok macam stress?” “Tak ada apa-apalah.”Sorrokku. “Iyelah tu,entah-entah-“ Bizt!Bizt! Laju aku mengangkat panggilan apabila malas untuk mendengar bebelan Zulaikha lagi.Siapa tak kenal minah tu,kalau membebel memang tak boleh berhenti. “Assalammualaikum,Hani.Mak ni?” Aku terkejut mendengar suara lembut ibu di talian. “Mak?Eh,kenapa telefon Hani? Mak sakit?” Soalku dengan resah. “Ish,bukanlah.Ni mak nak beritahu,mak dengan abah dalam perjalanan ke rumah sewa kamu dengan Zulaikha.” “Kenapa mak?” Aku mula bingung. “Abah kamu,dia dapat berita semalam terus nak datang Kuala Lumpur.Katanya nak lawat kawan lama dia.Mak pun ikutkan je lah.Mak harap kamu tak kerja hari ni.” “Owh,Hani tak kerja.Mak dengan abah naik apa?” “Kami naik bas,nanti tunggu kami dekat terminal ye.” “Okey mak,lain kali kalau nak datang call Hani dulu.Tak payah naik bas,abah tu bukanya sihat sangat.” “Mak tahu,ayah kamu tu la degil sangat.Orang tua tu bukanya nak dengar cakap mak pun.Kelam kabut semalam kata nak lawat kawan dia.” Kenapa dengan abah? “Okey okey,nanti Hani jemput.” “Terima kasih ye,mak letak dulu.Assalammualaikum.” “Waalaikummussaam.” Aku memutuskan panggilan dan memandang wajah Zulaikha. “Beb,mak dengan abah aku-“ “Nak datang.Aku tahu sebab aku dengar lah sengal.” Aku tergelak kecil. “Hati-hati masa memandu okay.” “Sure friend.”Aku tersenyum sebelum bangkit daripada sofa. ********************* ‘Tit!’ Laju Datin Miza menutup televisyen selepas mendengar berita yang disampaikan tersebut.Dia mundar-mandir di dalam wad anaknya dengan resah.Remote di tangan masih dipegang erat. “Mum,please calm down.” Kata Tengku Daniel di katil hospital.Perut dan kepalanya telah berbalut dengan rapi.Dia betul-betul rasa berterima kasih dengan pemandu teksi semalam kerana telah menghantarnya ke hospital setelah dia pengsan di dalam teksi.Sekarang nih,perbuatan ibunya pula yang membuatkan dia pening kepala.Datin Miza masih khuatir dengan keadaan anaknya lagi-lagi selepas berita ini menjadi viral dalam televisyen. “Mum,please.Pening Daniel tengok ibu sekarang.Daniel okeylah.”Kata Tengku Daniel dengan melepaskan keluhan. “How could I not worried Daniel? You,my only son just got stabbed by a lunatic that-.“ “Miza,tenangkan diri kamu tu.Abang pun risau jugak dengan semua benda yang terjadi sekarang.Bukan abang je,syarikat abang pun terlibat tau.” Akhirnya Datuk Tengku Hanafi bersuara apabila telah lama berdiam diri di sofa yang disediakan di hospital.Surat khabar terdapat di tanganya. Akhirnya,Datin Miza melepaskan keluhan yang berat sebelum menghampiri Tengku Daniel di katil.Dia memegang erat tangan anak lelaki kesayanganya itu. “Kamu betul-betul ok ni?” Soalnya dengan sayu. Tengku Daniel tersenyum kecil. “Yes mum,Im really is.Stop being worried ok.” Tengku Daniel menyentuh wajah ibunya. Datin Miza tersenyum sebelum menganggukkan kepalanya. “Miza,tolong belikan abang coffe dekat luar.”Pinta Datuk Tengku Hanafi. Wajah Datin Miza berkerut. “Eh?Tadi abang baru minum-“ “Please?” Kata Datuk Tengku Hanafi kali ini lebih mendesak. Datin Miza terpaksa akur dan keluar daripada wad yang besar tersebut.Apabila pintu wad ditutup,Datuk Tengku Hanafi bangun daripada sofa dan duduk di kerusi bersebelahan anaknya. “Semalam,ayah tanya pihak polis.Mereka tak jumpa sebarang sampul surat yang berisi projek penting ayah dekat tempat serbuan termasuk tempat ketua syarikat Red Dodo.” Tengku Daniel meraup wajahnya dengan hampa. “Habis,macam mana projek tu boleh hilang? Ayah,projek tu betul-betul penting bagi syarikat kita.Kalau benda tu jatuh dekat tangan orang yang-.” “Ayah tahu Daniel.Ayah yang berikan benda tu pada kamu.”Datuk Tengku Hanafi turut melepaskan keluhan berat.Berita semalam memang hampir membuatkan jantungnya gugur.Lagi-lagi melibatkan anak lelakinya,nasib baik dia tidak terkena serangan jantung. “I’m so sorry dad.Kalau Daniel tak desak ayah semalam.Ayah takkan bagi projek tu pada Daniel untuk ‘handlekan’.” Tengku Daniel memberanikan diri memandang mata ayahnya.Memang,semuanya salah dia. “No Daniel.Ayah memang percayakan kamu untuk pegang projek sebesar tu.Salah ayah semua ni.Kalau ayah tak tukar cawangan kamu dan umumkan pertukaran jawatan kamu dekat meeting hari tu,semua benda ni takkan terjadi.”Datuk Tengku Hanafi bersuara dengan serak. “Maksud ayah? Benda ni dari-“ “Yes Daniel,ayah percaya ni kerja orang dalam.Red Dodo tu hanyalah kerjasama yang diorang dapat nak jatuhkan syarikat ayah dan kamu.Tapi ayah pasti,penjahat sebenarnya tak ditangkap lagi.” Orang dalam? Siapa? Aku masih ingat Lim menyebut perkataan ‘dia’.Itukah orangnya?Argh,semuanya memeningkan kepala aku. “Siapa ayah rasa?’ “Ayah tak tahu.Tapi ayah dapat rasakan orang tu dekat dengan kita.” Secara tiba,pintu wad terbuka dan terpacul wajah Datin Miza dengan dua minuman kopi tin di tangan. “Abang,Rahim datang.Ni,dekat sebelah pintu.”Kata Datin Miza dengan senyuman. “Rahim?” Seorang lelaki tua yang memakai sut hitam menapak masuk ke dalam bilik wad bersama plastik berisi buah di tangan.Rambutnya yang hitam bersinar disisir ke tepi dan cermin matanya kelihatan agak tebal di mata Tengku Daniel.Rahim Ismail,setiausaha persendirian tertinggi ayahnya. “Assalammualaikum tuan,maafkan saya sebab datang macam ni.Harap tak menganggu.” Kata Rahim dengan senyuman lembut dan menghampiri katil Tengku Daniel.Tengku Daniel memerhatikan perwatakan Rahim dengan riak kosong.Sejak dia tiba di Malaysia dan mengetahui bahawa Rahim merupakan setiausaha persendirian ayahnya untuk jangka masa yang lama,dia suka memerhatikan perbuatan orang tua itu.Dia sendiri tidak tahu mengapa.Rahim selalu bertutur kata dengan lembut dan sering mengenakan sut untuk orang yang berumur macam dia.Rahim seorang yang berkarisma.Tengku Daniel tahu bahawa ayahnya selalu mempercayai Rahim untuk perkara-perkara yang penting dalam syarikat dan ayahnya juga memaklumkan bahawa Rahim seorang yang setia kepada ayahnya dan syarikat Group Perdana Jaya.Pendek kata,dia cemburu kepada orang tua itu kerana meraih kepercayaan ayahnya lebih daripada dia sendiri. “Taklah,kamu tak ganggu langsung.Kenapa kamu datang? Ada hal dalam syarikat?” Soal Datuk Tengku Hanafi dan nadanya mula menjadi serius. “Abang...”Datin Miza memegang bahu suaminya.Cuba menegur sikap Datuk tengku Hanafi yang suka membawa pekerjaan tidak mengira di mana mereka berada.Dia tidak suka Datuk Tengku Hanafi membangkitkan hal pekerjaan di wad anaknya ketika anaknya sedang cedera parah di atas katil.Datuk Tengku Hanafi yang menyedari hakikat itu melepaskan keluhan panjang. “Sorry Miza..” Datin Miza hanya menggeleng-gelengkan kepala dan meletakkan tin kopi di atas meja. “Datuk jangan risau,syarikat datuk buat masa sekarang tak ada masalah.Saya datang ni dengan tujuan melawat.”Senyum Rahim yang dibalas dengan senyuman Datuk Tengku Hanafi. Rahim meletakkan buah itu di atas meja bersebelahan dengan Tengku Daniel dan memandang pemuda itu dengan lama.Tengku Daniel cuba membentukkan senyuman walaupun hatinya tidak rela. “Terima kasih pak cik Rahim.” “Pak cik harap kamu ok.Walaupun agak kesal dengan apa yang menimpa pada kamu malam semalam,termasuk rampasan projek-“ “Ehem.”Datuk Tengku Hanafi sengaja berbunyi. “Maafkan saya,saya tak patut bangkitkan hal kerja di sini.Anyway,I hope you get better soon.Please eat well.” Rahim memberikan senyuman kepada Tengku Daniel. “Thank you pak cik Rahim,pak cik pun sama untuk jaga kesihatan.” Rahim mengangukkan kepalanya sebelum menoleh kearah bosnya. “Datuk,saya beredar dulu untuk pergi ke syarikat.” “Pergilah Rahim.” Rahim mengangukkan kepalanya sekali lagi sebelum keluar daripada wad yang diikuti oleh Datin Miza untuk mengucapkan terima kasih. “Ayah,pasal projek tu-“ “Daniel,ayah nak kamu rehat.Buat masa sekarang jangan fikir pasal projek tu.” “Tapi ayah,apa kita nak buat dengan projek tu hilang? Group lain mesti akan-“ “Daniel.Rehat.” Datuk Tengku Hanafi memberikan pandangan tajam pada anaknya membuatkan Tengku Daniel terkejut dan terdiam. “Ayah akan suruh Rahim pantaukan pekerja dalam syarikat.Kamu jangan risau,sesiapa yang suspicious dalam syarikat tu Rahim pasti akan dapat tangkap.” Kata Datuk Tengku Hanafi dengan yakin tapi tidak pada Tengku Daniel.Datuk Tengku Hanafi juga beredar daripada wad untuk menemui isterinya dan tinggallah Tengku Daniel seorang diri dalam wad. Tengku Daniel merebahkan badannya di atas katil dan meletakkan lengannya di atas dahi.Dia melepaskan keluhan berat dengan perasaan yang serabut.Macam mana ayah nak aku lupakan benda serius macam ni? Aduh,hati aku tak tenang selagi projek tu jatuh ke tangan orang lain.Kalau penjahat sebenar masih ada di luar sana,maksudnya dia masih buru aku? Damnit! Who is the bastard?! Tengku Daniel meraup wajahnya dengan kasar sebelum dia teringatkan sesuatu.Laju tanganya masuk ke bawah bantal dan menarik sapu tangan bewarna peach.Dia memerhatikan sulaman ‘H’ yang terdapat pada sapu tangan itu. ‘H’? Huruf pertama nama perempuan tu ke? Secara tiba akalnya mengimbau kembali wajah perempuan yang kalut namun masih degil untuk menolongnya.Perempuan tu-tunggu? Apasal aku teringatkan dia? Haiih. ********************* Tiba sahaja di terminal,aku terus menjemput mak dan abah masuk ke dalam kereta.Selesai menempatkan beg-beg mereka ke dalam bonet.Aku menutup bonet dengan kasar dan masuk ke dalam kereta.Aku memusingkan stereng dan kereta aku keluar daripada terminal bas tersebut dan berada di atas jalan raya. “Mak dengan abah nak pergi rumah Hanani dulu ke?” Soalku melihat wajah ayah daripada cermin. “Takyah Hani,abah tak nak buang masa.Kita terus pergi hospital swasta Kuala Lumpur.” Membulat mataku. “Hospital? Kawan abah sakit ke?” “Bukan kawan abah,sebenarnya anak dia yang sakit.Itulah abah risau sebab abah dengan dia kawan daripada sekolah menengah lagi.” Kata abah dengan raut yang berkerut.Mak yang berada di sebelah suaminya hanya menggeleng-gelengkan kepala memikirkan sifat abah yang degil. “Hiish,buat bersabar bang.Takkan nak pergi sekarang jugak,tak menganggu ke mereka sekeluarga?” “Tak.Tak akan ganggu,abang percaya sebab dia yang beri maklumat hospital pada abang.”Kata abah kemudian merenung ke luar tingkap.Uiish,apasal abah yakin sangat ni? Aku menelan air liur sedalam-dalamnya apabila memikirkan tempat yang akan aku tuju-Hospital swasta Kuala Lumpur.Ishh,takkanlah mamat semalam? Tak mungkinlah Hanani! Banyak orang yang sakit dalam dunia ni okey.Mungkin bukan Tengku Daniel semalam.Just relax.Aku cuba sedaya upaya menenangkan hatiku ketika sedang memandu walaupun sebenarnya perbuatan aku gagal seratus peratus.Entah kenapa boleh teringat pula sepasang mata coklat hazel yang menawan. Tiba sahaja di hospital,aku mencari tempat parkir dan memakirkan keretaku di luar berhampiran dengan pintu hospital.Laju abah keluar daripada kereta yang diikuti oleh mak.Aku mengunci kereta dan kami bersama masuk ke dalam hospital.Abah menuju ke kaunter dan bertanya kepada pekerja hospital itu. “Dik,bilik Tengku-“ Suara abah tenggelam apabila hati aku menjadi terlalu gusar.Aduh,apasal aku berdebar sangat nih!Wake up Hani,lupakan hal semalam.Tengku Daniel tak ada kena mengena dengan kau dan bukan salah kau sebab tinggalkan dia semalam.Ish,nak kencing pulak. “Mak,Hani pergi tandas sekejap.Nanti Hani datang.” “Lahh,kamu waktu-aktu ni nak pergi kencing.”Suara abah. “Hissh,benda ni mana boleh tahan bah.” “Iyelah-iyelah,pergi sana.Nanti pergi bilik nombor 205 tau.” “Ok,ok.” “Ingat,205.”Kata abah sekali lagi membuatkan aku hanya menganggukkan kepala. Laju aku berpaling dan menuju ke tandas yang berdekatan.Selesai urusanku,aku membasuh tangan di singki dan membasuh muka.Ok Hani,bertenang.Kau hanya jumpa anak kawan abah dan balik.That’s it.Aku menarik nafas dalam-dalam dan keluar daripada tandas.Laju aku masuk ke dalam lif dan tiba di tingkat 3.Aku menapak ke koridor dan mencari bilik yang disebut abah tadi. “205..205..Mana ni?” Muka aku berkerut. Apabila mataku tertancap pada pintu kayu berwarna coklat gelap yang besar,aku tersenyum.Ha,itu dia! 205! Aku tersenyum riang sebelum menuju ke arah pintu tersebut.Wow,ini bilik VIP?! Abah kawan dengan siapa ni? Ah,lantaklah.Kawan abah bukan kawan aku.Apabila aku menolak pintu bilik tersebut,aku masuk ke dalam perlahan-lahan. “Assalammualaikum-“ Membulat mataku apabila terlihat lelaki yang berada di atas katil di hadapanku. “Kau?” Lelaki itu terkejut termasuk aku. “Awak?!” Mamat mata coklat hazel semalam! Laju aku memerhatikan sekeliling namun tiada sesiapa dalam bilik.Mana abah dengan mak? Adoi,aku salah bilik ke?
|
ArchivesCategories |